You are on page 1of 20

Program Kembara Ilmu PPU SMK Kota Samarahan Capai Matlamat

Hasrat pelajar-pelajar Pra-U SMK Kota Samarahan untuk mengadakan lawatan akademik pada 23 hingga 29 Mac 2013 sempena cuti sekolah yang lepas ke Semenanjung Malaysia telah tercapai. Berkat kesungguhan dan ketabahan Program Lawatan Akademik Kembara Ilmu In to The New World dengan dilaksanakan. Pelajar-pelajar mula berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 23 Mac 2013 sebelah malam dalam dua penerbangan yang berbeza. Bagi menjimatkan kos program kami besetuju bermalam di LCCT sebelum bertolak dari LCCT ke Melaka pada 24 Mac 2013. Bagi kami yang kali pertama menaiki kapalterbang memang sangat menyeronokkan , lebih-labih lagi layanan istimewa yang diberikan kepada rombongan kami. sokongan YB.Dato Sri Muhammad Ali Mahmud berjaya

Pengalaman pertama menaiki kapal terbang memang indah

Wajah riang dan ceria

Setibanya di Melaka destinasi pertama yang kami kunjungi adalah St.Peter Church, Melaka . St. Peter Church yang terletak di Jalan Bendahara ini dibangunkan pada tahun 1710 ketika Melaka berada di tangan Belanda. Gereja Katolik ini merupakan gereja Katolik paling tua di Malaysia dan masih dipergunakan. Rombongan kami yang terdiri daripada 35 orang iaitu 8 orang guru dan 27 pelajar meneruskan lawatan ke Jongker Street. Di sini kami menemui pelbagai jenis jualan barangan klasik yang mencuit hati kami.

Deretan penjaja di sini seolah-olah membawa kami kepada kehidupan silam di Melaka. Sepanjang deretan kedai itu, kami turut menjenguk makam Hang Kasturi iaitu salah seorang sahabat Hang Tuah. Makam Hang Kasturi terletak di kawasan Jonker Walk juga dikenali sebagai Jalan Hang Jebat.

St.Peter Church lokasi pertama lawatan kami sebaik tiba di Melaka

Peniaga di Jongker Street menjual pelbagai angan klasik

Makam Hang Kasturi

Kami tambah teruja berada di bandaraya bersejarah ini apabila rombongan kami menelusuri Christ Church of Melaka yang terletak di tengah kota, di samping Stadthuys Museum dan Kantor Pos Pusat di Dutch Square. Belanda membangun Christ Church of Melaka ini pada tahun 1753, waktu itu bernama Dutch Reformed Church (Gereformeerde Kerk). Inggris mengambil alih gereja ini pada tahun 1795 dan mengubahnya menjadi Anglican Church.

Sebahagian ahli rombongan mengabdikan kenangan di Christ Church ,Melaka

Melepaskan keletihan di pucak bukit St.Paul

Mengambil peluang berehat sambil menghayati tinggalan sejarah

Sempat tersenyum walaupun dalam keadaan letih

Binaan batu-bata konkrit yang kukuh sebagai kota pertahanan

Kotak fikiran kami terus membayangkan bagaimana Belanda berjaya mendapatkan Melaka
dari tangan Portugis pada tahun 1640 dan kota ini kemungkinan berumur dalam umur 350 tahun lebih. Kami tambah teruja apabila menuruni bukit dan terbiasa nampak dengan

bangunan yang terdapat di buku-buku sejarah. Bangunan yang cukup gah itu adalah A Famosa. Kota yang di bina oleh Alfoso de Albuquergue itu hamba-hamba raja yang ditawan. menggunakan 300-400

A Famosa kota pertahanan tinggalan Portugis

Bergambar di hadapan kota A Famosa

Setelah siap dan tersergam indah di kaki bukit St.Paul ia dinamakan A Famosa yang bermaksud Kota Yang Termasyhur. Mungkinkah di sini peristiwa Sultan Mansur Shah..Sultan Muzaffar Syah, HangTuah Lima
bersahabat, Tun Perak..dan anak buah Alfonso de Albuquerque yang bertempiaran lari menyelamatkan diri dari di bedil askar Belanda. Ternyata bahan binaan yang digunakan amat kukuh yang menjadi kebangaan dan kekebalan kota ini dari ancman musuh. Kami seterusnya di bawa ke Istana Kesultanan Melaka. Istana Kesultanan Melaka

(replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina Istana Melayu, di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga

1477. Kami seolah-olah berada di zaman tersebut dan terasa menjiwai serta dekat dengan zaman pada waktu itu. Segala apa yang dipelajari dalam sejarah ternyata benar.

Sebahagian ahli rombongan di hadapan Istana Kesultanan Melaka

Sejarah kemasyuran zaman Kesultanan Melaka di paparkan di sini. Dengan binaan bangunan yang mengkagumkan sebagai lambang seni bina Melayu, muzium ini sarat mempaparkan zaman kegemilangan Melaka. Bermula dengan sejarah pembukaan Melaka oleh Parameswara dengan kisah pelanduknya

Sejarah pembukaan Melaka dengan kisah sang pelanduk yang dipamerkan

Di satu sudut, balai rong seri dengan susunan tempat duduk para pembesar ditunjukkan dengan jelas. Setiap pembesar di tanda nombor yang mewakili gelaran masing-masing daripada sultan hinggalah kepada tawanan perang.

Susunan tempat duduk para pembesar Melaka Di setiap sudut juga di pamerkan Melaka sebagai pusat meritim dengan replika para pedagang dengan barang dagangan yang dibawa dari seluruh dunia. Kami dapat membayagkan betapa gahnya Melaka pada masa itu. Kisah pertarungan dua sahabat antara Hang Tuah dan Hang Jebat turut menarik perhatian kami. Antara kesetiaan kepada Raja dan hasrat untuk menegakkan keadilan dua sahabat ini terpaksa bertarung demi mempertahankan prinsip masing-masing. Muzium ini turut mempamerkan barangan purba termasuk dari segi pakaian tradisional masyarakat Melayu. Sesunggunnya memang nyata Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan tamadun Melayu yang akhirya membentuk Tanah Melayu dan hari ini di kenali sebagai Malaysia.

Replika pertarungan dua sahabat Hang Tuah dan Hang Jebat

Rombongan kami berhenti rehat di Dataran Pahlawan untuk makan tengah hari sebelum mendaftar masuk di Apartment Sri Pelangi. Pada sebelah petang pula, kami menimba pengalaman menaiki Menara Taming Sari setinggi 800 meter.

Melihat keindahan Melaka melalui menara Taming Sari

Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah. Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Di aras ketinggian 800 meter ,kami dapat melihat keindahan bandar Melaka yang pesat membangun.

Muzium Samudera lambang peranan Melaka sebagai pusat perdagangan

Seterusnya kami berkesempatan ke Muzium Samudera . Muzium ini merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.

Menikmati pemandangan Melaka melalui River Cruise Pada sebelah petang kami menelusuri Sungai Melaka. Sepanjang menyusuri Sg Melaka, kami melihat keindahan Kampung Mortem serta boleh menjamu mata dengan lukisan mural berwarna-warni, menceritakan sejarah melaka. Mural-mural ini dilukis oleh pelajar-pelajar UiTM .Keadaan pemandangan mural waktu malam dengan efek lampu neon, kena pulak pantulan pada pemukaan sungai , memang sangat cantik suasana ketika ini. Perjalanan seharian di Melaka walaupun memenatkan tetap menyeronokkan. Pada hari kedua 25 Mac 2013, kami mula bertolak ke Putrajaya menggunakan Bas Sewa Khas Kristal Salju dan tiba mendaftar penginapan di Transit Apartment,Putrajaya. Seterusnya kami mempunyai agenda menanti iaiatu lawatan sekitar Putrajaya dan destinasi

keutamaan kami adalah di kediaman Perdana Menteri Malaysia iaiatu Sri Perdana.

Rombongan kami merakamkan kenangan di Sri Perdana, Putrajaya

Ketibaan kami disambut oleh petugas-petugas di Sri Perdana. Terlebih dahulu kami diberi taklimat. Kami tidak dibenarkan mangambil gambar di dalam bangunan. Kami mula di bawa melawat dari satu lokasi ke satu lokasi dengan penerangan oleh pegawai berkenaan. Lawatan di sini membawa kami kepada erti tanggungjawab besar yang di pikul oleh Perdana Menteri. Pelbagai cenderamata dari Negara-Negara luar membuktikan bahawa Malaysia sememangnya terkenal dan mempunyai hubungan yang luas di serata dunia.

En.Yatiman PK Ting.6 menyampaikan cenderahati sebagai kenangan Seterusnya kami berkesempatan merakamkan gambar di Perdana Putra .Perdana Putra merupakan bangunan pejabat Perdana Menteri yang terletak kira-kira 50 meter dari aras laut mengadap tasik Putrajaya. Ia mempunyai bangunan berdinding batu asli dengan atap hijau dan kubah berbentuk bebawang, dikelilingi oleh empat kubah lebih kecil membentuk mercu tanda di Putrajaya. Pembinaan bermula pada tahun 1997 dan disiapkan pada awal 1999. Bangunan ini pertama kali diduduki pada April 1999 selepas kesemua seksyen Jabatan Perdana Menteri berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Kami sempat menunaikan solat Asar di Masjid Putra sebelum makan petang dan bersiar-siar di pusat membeli belah Alamanda.

Di belakang adalah Perdana Putra, pejabat pentadbiran Perdana Menteri Malaysia

Masjid Putra tersergam indah

Hari ketiga 26 Mac 2013, Destinasi Lawatan kami seterusnya adalah di Uitm Sah Alam dan Galeri Seni. Kami disambut oleh Irma Murni Ismail, Timbalan Kurator, UiTM Shah Alam . Beliau telah member penerangan mengenai kemasukan ke Uitm dan program-

program yang ditawarkan. Kami juga di bawa melawat hasil-hasil seni pelajar di UiTM.

Menyampaikan cederahati kepada Timb.Kurator, UiTM dan sebahagian pelajar khusyuk mendengar penerangan.

Hari ketiga 26 Mac 2013, Destinasi Lawatan kami seterusnya adalah di Uitm Sah Alam dan Galeri Seni. Kami disambut oleh Irma Murni Osmail, Timbalan Kurator UiTM, Shah Alam. . Beliau telah member penerangan mengenai kemasukan ke UiTM dan yang ditawarkan . program-program

Sejarah mata wang dari serata dunia terdapat di sini dan di sebelah bawah , dinding wang kertas Malaysia

Kami meneruskan lawatan ke Galeri Shah Alam sebelum bertandang ke Bank Negara Malaysia. Pada sebelah petang kami ke Balai Seni Visual pegawai pemadu Negara. Kami di sambut oleh

pelacong . Lawatan Akademik ini banyak mendedahkan kami kepada

pelbagai kerjaya seni. Pameran Seni Latif Mohidin yang sedang berlangsung merupakan tuah yang tidak dilepaskan.

Balai Seni Visual Negara

Destinasi lawatan kami seterusnya adalah di ibu kota Kuala Lumpur. Dalam renyai-renyai hujan kami bertandang ke KLCC dan Menara Kuala Lumpur yang menjadi mercu tanda negara. Kehebatan seni bina yang diilhamkan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad ketika itu cukup mengambarkan hasrat belaiu untuk melihat Malaysia maju dan makmur. Masa yang singkat mencemburui masa lawatan kami namun menyaksikan kedua-dua bangunan tersebut merupakan pengalaman indah bagi kami yang pertama kali menjejakkan kakai di sini. Pada jam 9.00 malam kami bertolak balik ke penginapan di Putrajaya dengan hati yang puas dan perasaan bangga.

Akhirnya kami sampai di KLCC dan Menara Kuala Lumpur

27 Mac 2013 merupakan hari yang kami tunggu-tunggu kerana Ketua Rombongan Cikgu Yatiman memaklumkan jadual lawatan seterusnya adalah ke Genting Highland, satu nama yang hanya kami dengar kehebatanya sebelum ini dan hari ini bakal menjadi kenyataan. Kami mula bergerak dari Putrajaya menuju ke stesen kereta kabel Genting Skyway. Sebaik sampai hati kami berdebar-debar berbaur teruja, antara takut dan seronok. Cikgu membahagikan kami kepada 6 kumpulan dengan setiap kumpulan dibawah pengawasan seorang guru. Kami mula menaiki cable car satu persatu, ketinggian dan gayat merupakan pengalaman indah buat kami. Perjalanan ke puncak genting sejauh 3.38km .

Sebuah Skyway boleh memuatkan 8 orang penumpang dan perjalanan untuk ke puncak agak lama dan menyeramkan juga sebab gayat pada ketinggian...lebih-lebih lagi masa naik cuaca memang berkabus tebal. Sebaik tiba di atas, masing-masing antara kami menceritakan pengalaman yang dilalui. Kami mula meneroka lokasi di Genting Highland seharian, menyeronokkan dan menghiburkan sesuai dengan panggilan kota keriangan.

Menjamu selera di kediaman Pn.Siti Nurbaya mantan Pengetua SMK Kota Samarahan di Putrajaya

Pada jam 7.00 malam rombongan kami ke rumah Pn.Siti Nurbaya Biti Mansor, mantan Pengetua SMK Kota Samarahan. Beliau telah menghidangkan makan malam kepada kami semua. Kami sangat terhutang budi dan menghargai jasa baik beliau. Sesungguhnya kami tidak menyangka boleh bertemu semula dengan beliau.

Ahli rombongan bergambar bersama Pn.Siti Nurbaya di kediamannya

28 Mac 2013 kami mula daftar keluar dari penginapan di Putrajaya dan menuju ke destinasi yang tidak kurang hebatnya. Cikgu memaklumkan kami perlu berehat dan berekreasi di Sunway Lagoon untuk melepaskan kepenatan sepanjang minggu berjalan. Pelbagai permainan yang terdapat di sini menghilangkan rasa penat. Kami mencuba pelbagai jenis permainan seperti Roller Coaster, Flying Folk, Mountain Bike, Rumah Hantu .Pada jam 3.00 petang, kami mula keluar dari Sunway Lagoon dan menuju ke penginapan di Nova Hotel, Bukit Bintang. Kami berkesempatan bersiar-siar di Berjaya Times Square hingga ke malam. Ada juga rombongan kami yang bergerak terlebih dahulu ke SOGO dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Kami berpeluang menaiki Monorel dan LRT sesuatu yang tidak terdapat di Sarawak.Kami juga sempat menjengah KL Central.

Pada 29 Mac 2013, kami masih berkesempatan bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Tepat jam 1.00 petang, kami mula bergerak ke LCCT dan pada jam 5.00 petang mula bertolak balik ke Kuching. Sesungguhnya , kami rasa sangat berbaloi membelanjakan sejumlah wang untuk melakukan lawatan ini kerana banyak perkara yang kami pelajari. Pengalaman yang dilalui memberi semangat untuk kami belajar lebih gigih.

Kami ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya YB.Dato Sri Muhammad Ali Mahmud , ADUN N13 Muara Tuang, Pengetua SMK Kota Samarahan Pn.Hjh.Maimunah Binti Bujang , Penolong Kanan Tingkatan 6 En,Yatiman,

Penyelaras Program Hjh.Nurmawati Hj.Zaman dan semua guru pengiring yang terlibat iaitu Cikgu Lau Siok Fong, Cikgu Zuryati Mohammad, Cikgu Celestin Nelson, Cikgu Francis, Cikgu Noorsalehan, Cikgu Hjh.Kadariyah dan semua rakan PPU yang menjayakan program ini.

Terima kasih sekali kepada semua yang terlibat

28 Mac 2013 kami mula daftar keluar dari penginapan di Putrajaya dan menuju ke

destinasi yang tidak kurang hebatnya. Cikgu memaklumkan kami perlu berehat dan berekreasi d Sunway Lagoon untuk melepaskan kepenatan sepanjang minggu berjalan. Pelbagai permainan

yang terdapat di sini menghilangkan rasa penat. Kami mencuba pelbagai jenis permainan seper Roller Coaster, Flying Folk, Mountain Bike, Rumah Hantu .Pada jam 3.00 petang, kami mula keluar dari Sunway Lagoon dan menuju ke penginapan di Nova Hotel, Bukit Bintang.

Kami berkesempatan bersiar-siar di Berjaya Times Square hingga ke malam. Ada juga rombongan kami yang bergerak terlebih dahulu ke SOGO dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Kami

berpeluang menaiki Monorel dan LRT sesuatu yang tidak terdapat di Sarawak.Kami juga sempa menjengah KL Central.

You might also like