You are on page 1of 5

UNIT DISIPLIN

PENDAHULUAN
Displin adalah satu elemen yang penting didalam menentukan ketertibaan sesuatu sistem. Displin adalah satu aspek yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu displin hendaklah diberi perhatian berat oleh semua pihak samada disekolah atau diluar sekolah. Sehubungan dengan itu, guru-guru, para pelajar dan ibubapa harus memainkan peranan dalam membina disiplin yang mantap di sekolah agar proses pengajaran dan pembelaran akan lebih licin dan lancar. Adalah menjadi harapan bagi unit disiplin Sekolah Menengah Teknik Tawau untuk melahirkan generasi yang cemerlang bukan setakat akademiknya tetapi juga membina akhlak dan sahsiah diri yang sempurna mengikut acuan budaya timur yang luhur dengan budi bahasa yang tinggi.

VISI
Kearah masalah disiplin sifar

MISI
Melahirkan pelajar yang bebas dari masalah disiplin

OBJEKTIF
Mencegah pelajar-pelajar yang bersalah dari mengulangi kesalahan mereka Mencegah pelajar-pelajar yang merbahaya atau bersalah dari mempengaruhi pelajar-pelajar lain Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang setimpal Untuk memperbaiki tingkah laku pelajar-pelajar yang bersalah

DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai : "Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan, menghgormati hak individu lain.Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat"

MATLAMAT DISIPLIN
Disiplin akan melahirkan individu yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan. disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu , demokratik, adil, liberal dan progresif. disiplin juga akan melahirkan

individu yang kreatif, mempunyai jati diri yang tinggi dan sentiasa memelihara harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

MATLAMAT DISIPLIN

1. Melahirkan insan yang berakhlak mulia demi kesempurnaan masyarakat 2. Mewujudkan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat setiakawan serta kekitaan 3. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan menjadi warganegara yang baik 4. Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada pelajar 5. Membantu pengetua dan guru-guru menjaga keharmonian, ketenteraman dan kelicinan pentadbiran sekolah 6. Menegaskan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahanya

OBJEKTIF HUKUMAN

1. Mencegah pelajar yang bersalah mengulangi kesalahan mereka 2. Mencegah pelajar yang merbahaya atau bersalah daripada mempengaruhi pelajar lain 3. Memberi ingatan kepada pelajar lain supaya tidak melakukan kesalahan 4. Setiap kesalahan yanng terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang setimpal 5. Memperbaiki tingkahlaku pelajar yang bermasalah

JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN /TATATERTIB TAHUN 2013

Panduan Tugas Guru-Guru Disiplin


1.Rondaan

Guru-guru yang ditugaskan meronda hendaklah meronda mengikut masa yang ditetapkan. Sila buat rondaan pada lokasi-lokasi yang difikirkan adalah hot-spot untuk muridmurid ponteng, merokok dan sebagainya. Setiap rondaan hendaklah dilaporkan dalam buku yang disediakan. Sila ambil buku tersebut di meja Pn. Herlina

2. Pagar & Murid Lewat


Guru yang bertugas menjaga pagar hendaklah memastikan pengawas mengambil nama murid yang lewat selepas pagar ditutup iaitu 7.30 a.m. Pengawas bertugas sehingga jam 7.40 a.m. maka, guru perlu meneruskan tugas pengawas dengan mengambil nama yang lewat sehingga jam 8.05 a.m. Sila ambil kotak berisi slip kehadiran lewat serta buku analisis kehadiran lewat di atas meja Pn Herlina sebelum bertugas di pagar. Sila keluarkan slip kehadiran lewat kepada pelajar yang lewat sekiranya perhimpunan telah selesai. Sekiranya perhimpunan masih berjalan, tidak perlu keluarkan slip tersebut. Ingatkan pelajar agar menyerahkan slip kepada guru tingkatan mereka. Nasihatkan murid agar lebih awal ke sekolah. Dendaan berbentuk mengutip sampah di dalam kawasan sekolah boleh dijalankan kepada murid-murid tersebut. Dendaan rotan boleh dijalankan kepada murid yang telah lewat selama 5 kali dan guruguru diminta merekodkan dendaan tersebut dengan mencatat dalam senarai nama pelajar yang digunakan agar tidak berlaku kekeliruan pada masa akan datang. Sila isikan jumlah murid yang lewat pada buku analisis kehadiran lewat dan tandatangan ruangan yang disediakan. Senarai nama murid serta kotak slip kehadiran lewat hendaklah diletakkan semula di atas meja Pn Herlina.

3. Laluan Waktu Balik

Guru-guru bertugas hendaklah berada di aras 3 tangga antara blok C dan D pada jam 1.05pm dan arahkan murid-murid agar turun melalui tangga Blok A dan B sahaja. - Tangga Blok C dan D adalah laluan murid-murid petang naik ke kelas. Guru-guru boleh beredar sekiranya semua murid telah turun dari kelas masing-masing.

4. Perhimpunan

Guru-guru yang ditugaskan hendaklah mengawal disiplin murid di tapak perhimpunan setiap kali ada perhimpunan.

You might also like