You are on page 1of 10

1 KRM 3023 ASAS UKURAN KERK LEY TING (D20102045927)

KRM3023 ASAS UKURAN


TUGASAN 2

TUGASAN 2: (Individu)

a. Bagi tajuk tertentu daripada Unit Pengajaran yang anda pilih sendiri, rancangkan satu aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Di samping itu, kenal pasti kesukaran yang biasa dihadapi oleh murid dalam unit pengajaran yang telah dipilih. Bagi setiap kesukaran, bincangkan cara untuk mengatasi. b. Buat satu rakaman video yang memberi penerangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang dalam (a).
KUMPULAN Group UPSI 20 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

KERK LEY TING NAMA TUTOR E-LEARNING:

D20102045927

0177637527

Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah


TARIKH SERAH: 27 / 10 / 2012

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

2 KRM 3023 ASAS UKURAN KERK LEY TING (D20102045927)

Isi kandungan a. Pengenalan b. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaram c. Miskonsepsi d. Penutup e. Rujukan

Muka surat 3 3-4 5 6 7-10

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

3 KRM 3023 ASAS UKURAN KERK LEY TING (D20102045927)

a. Pengenalan
Unit pengajaran yang saya pilih ialah Timbangan Berat. Timbangan berat merupakan satu nilai. Dalam matematik kita dapat mengaitkan nilai timbangan berat untuk sedikit sebanyak menggambar ketepatan dan perincian dalam timbangan tanpa mengira unit timbangan digunakan. Timbangan berat boleh dapat melalui proses membanding, memperkayakan perbendaharaan kata pelajaran mengenai timbangan berat dengan menggunakan alatan untuk menimbang dan membaca alatan ini. Penambahan dimulakan dengan unit yang sama iaitu gram dengan gram atau kilogram dengan kilogram. Dalam jangka masa satu jam ini, saya akan mengajar mata pelajaran Matematik bagi tahun 4. Bilangan murid yang terdapat dalam kelas ialah 34 orang. Bidang yang saya akan ajar ialah Timbangan Berat. Tajuknya 7.3 Penambahan timbangan berat (kilogram). Hasil pembelajaran yang akhir ialah murid berupaya untuk melaksanakan pengiraan tambah dua timbangan berat dalam unit kilogram yang melibatkan satu tempat perpuluhan

b. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Dalam set induksi, saya menunjuk dua gambar (2kg epal dan 4kg epal) sambil menanya soalan kepada murid-murid (berapakah jumlah kilogram dua epal ini?), apabila murid-murid dapat menjawab soalan, saya terus memberitahu tajuk pelajaran hari ini kepada murid-murid, iaitu Penambahan timbangan berat (kilogram).

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

4 KRM 3023 ASAS UKURAN KERK LEY TING (D20102045927)

Langkah pertama, saya akan menerangkan apa itu operasi penambahan dua timbangan berat dalam unit kilogram yang melibatkan satu tempat perpuluhan. Langkah kedua, saya terus menunjukkan beberapa contoh operasi penambahan di atas SMART Board sambil mengajar murid cara pengiraan. Seterusnya, saya akan mempamerkan beberapa soalan penambahan dua timbangan berat di SMART Board dan meminta murid-murid menjawab soalan di atas SMART Board. Semasa murid sedang menjawab soalan, saya menerap nilai murni seperti berani cuba, kesunggunhan dan sifat tidak putus asa supaya murid-murid lebih berkeyakinan diri. Apabila murid tidak dapat menjawab soalan, saya akan memberi bimbingan sambil tunjukkan cara menjawab. Dalam langkah ketiga, saya membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Seterusnya, saya akan mengedarkan pen maker dan kertas mahjong, maka saya akan tunjukkan soalan di atas SMART Board kepada setiap kumpulan. Seterusnya saya terus meminta murid-murid membuat pengiraan dalam kumpulan, maka saya akan mengingatkan murid-murid agar tidak lupa menulis simbol g atau kg (kilogram). Semasa murid-murid sedang menjalankan aktiviti kumpulan, saya menerap sikap keusahawanan iaitu mengaitkan penambahan dalam aktiviti perniagaan. Selepas murid-murid menyiapkan latihan, saya akan minta murid-murid menampal kertas latihan di atas papan hitam. Dengan itu, saya akan membuat perbincagan jawapan bersama dengan murid-murid sambil menanda soalan dalam kertas mahjong.

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

5 KRM 3023 ASAS UKURAN KERK LEY TING (D20102045927)

c. Miskonsepsi
Dalam pengajaran dan pembelajaran bertajuk Penambahan Timbagan Berat (kilogram) ini, saya mendapati ada sebahagian murid mempunyai miskonsepsi tentang nilai tempat bagi masalah artimetik atau digit yang selalu disusun secara menegak dan bermula dari kanan. Apabila murid-murid diberikan masalah seperti 1.2kg + 3kg, mereka biasa menghadapi kesukaran menyusun nombor dengan mengabaikan titik perpuluhan bagi memberi jawapan yang salah seperti 1.5kg. Selain itu, murid-murid sering tidak mengetahui nilai tempat kepada sesuatu nombor bulat. Sebagai contoh 3kg +12kg, murid-murid biasa tidak mengetahui nlai tempat bagi setiap nombor yang diberi, mereka ini biasa meletakkan nombor bulat nilai tempat sa ke nilai tempat puluh, maka memberi jawapan yang salah iaitu 42kg. Tambahan pula, ada sebahagian murid juga menghadapi masalah meletakkan titik perpuluhan dan sifar selepas nombor bulat, apabila suatu nombor itu ditulis tanpa titik perpuluhan, tetapi sebenarnya terdapat tititk perpuluhan bagi sebarang nombor bulat itu. Sebagai contoh 4kg +5.4kg, murid-murid sentiasa menjalankan pengiraan tambah dengan tanpa menulis titik perpuluhan kepada nombor 4kg, oleh itu murid-murid biasa memberi jawapan yang salah seperti 5.9kg.

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

6 KRM 3023 ASAS UKURAN KERK LEY TING (D20102045927)

d. Penutup
Bagi bahagian penutup, saya akan mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. Semasa murid-murid menjawab lembaran kerja, saya akan memberi bimbingan sambil membuat pentaksiran kefahaman murid-murid. Untuk mengatasi masalah miskonsepsi murid-murid, saya akan

menggunakan garis nombor untuk menunjukkan beza antara integer dan nilai perpuluhan. Semasa membuat latihan, saya akan sentiasa meminta murid-murid meletakkan titik perpuluhan dan sifar selepas nombor bulat. Sebagai contoh, kepada nombor-nombor seperti 3.5kg, 12kg, 1kg, 4.1kg, 6kg dan 23kg, saya akan galakkan murid-murid menulis dalam bentuk 3.5kg, 12.0kg, 1.0kg, 4.1kg, 6.0kg dan 23.0kg. Tambahan pula, saya akan sentiasa mengingat murid-murid bahawa, walaupun suatu nombor ditulis tanpa titik perpuluhan tetapi sebenarnya terdapat titik perpuluhan bagi sebarang nombor bulat.

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

7 KRM 3023 ASAS UKURAN KERK LEY TING (D20102045927)

e. Rujukan
1. Billstein, R, Libeskind, S.& Lott J.W. (1990). A problem Solving Approach to Mathematics for Elementary School Teachers, Fourth Edition. USA: Addison Wesley Longman. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Nombor dan Operasi. Kuala Lumpur. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 3. Wan Yusof Wan Ngah, Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. (2011). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Wan Yusof Wan Ngah, Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. (2011). Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 4 Teachers Handbook, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1988 ) Pengajaran pembelajaran matematik : Nombor Bulat. Kuala Lumpur. DBP. 6. Lim, C. S.,Fatimah, S & Munirah, G., (2003). Alat bantu mengajar matematik. Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

8 KRM 3023 ASAS UKURAN KERK LEY TING (D20102045927)

Gambar set induksi:

2kg

4kg

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

9 KRM 3023 ASAS UKURAN KERK LEY TING (D20102045927)

Lembaran kerja Kumpulan:

1.

6.5kg + 7kg =

5.

6.3kg + 9kg =

2.

4kg + 9.7kg =

6.

19kg + 4.3kg =

3.

71kg + 1.3kg =

7.

3.5kg + 12kg =

4.

3.7kg + 6kg =

8.

3kg + 5.9kg =

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

10 KRM 3023 ASAS UKURAN KERK LEY TING (D20102045927)

Lembaran kerja:
Nama:___________________ 1. 4.5kg + 7kg = Kelas: __________ 5. Tarikh:__________

6kg + 3.9kg =

2.

41kg + 6.7kg =

6.

9kg + 23kg =

3.

7kg + 13kg =

7.

3kg + 12.4kg =

4.

17kg + 4.6kg =

8.

2.3kg + 4kg =

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

You might also like