You are on page 1of 4

1.Dengan menggunakan dua foto yang telah anda hasilkan ,buat penilaian dari segi penggambaran & komponsisi.

Kemudian kaitkan dengan pedagogi.Seterusnya banding bezakan kedua-dua foto tersebut.Buat kesimpulan. Media fotografi, walaupun agak baru tetapi ia merupakan media yang boleh mempersonakan pemerhati, justru itu ia boleh memberi impak yang besar kepada pembelajaran pelajar. Media fotografi membantu saya untuk menguasi aspek teknikal kamera, kemahiran dan teknik menangkap (shot) gambar yang baik supaya ia boleh digunakan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan pengetahuan yang saya perolehi,saya mencuba menangkap gambar yang berkaitan dengan Keindahan Alam Sekitar untuk diajar dalam matapelajaran KajianTempatan. Gambar ini ditangkap ketika sambutan Hari Thaipusam di Pulau Pinang.Saya mencuba untuk menangkap gambar ini dari sesi teknik KOMPOSISI. Sebelum saya menangkap gambar ini,saya bayangkan bahawa imej ini iaitu Matahari dibahagikan kepada 9 segmen yang sama oleh 2 garisan menegak dan 2 mendatar. Kedaulatan undang-pertiga mengatakan bahawa saya harus meletakkan elemen yang paling penting dalam senario saya iaitu Matahari di sepanjang garisan ini, atau di tempat di mana mereka bersilang.

Gambar ini ditangkap di Botonical Garden di Pulau Pinang pada hari Thaipusam juga.Ketika bersiar-siar di taman bunga itu,saya cuba menangkap gambar ini dari aspek PENGGAMBARAN. Saya cuba menangkap gambar ini dengan menggunakan teknik jarak sederhana. Biasanya, untuk menghasilkan gambar yang lebih baik kita perlu menggunakan lensa normal atau lensa sudut lebar untuk jarak sederhana. Saiz apertur yang kecil dipilih untuk memberi imej yang tajam keseluruhannya manakala kelajuan pengatup disesuaikan mengikut aperture. Hasilnya saya dapat menangkap gambar mengikut teknik yang saya pelajari melalui modul yang saya terima daripada Pensyarah saya.Saya dapat rasakan bahawa gambar yang ditangkap dari aspek Penggambaran lebih jelas dan tepat. Secara kesimpulannya,walaupun saya baru mempelajari cara menangkap yang betul namun gambar-gambar yang saya tangkap itu dapat menarik minat pelajar terhadap pengajaran saya.Selain itu,foto-foto yang saya tangkap itu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap isi kandungan yang ingin saya sampaikan kepada mereka.

2.Buat sedikit pemerhatian @ selidikan di Pusat Sumber sekolah anda.Apakah media bahan 2D dan 3D yang ada.Apakah media-media ini kerap digunakan @sebaliknya (tidak) oleh guru sekolah anda.Cuba dapatkan sebab-sebab ia digunakan atau tidak oleh rakan-rakan guru.
Bahan 2D Bahan Dua Dimensi (2D) adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.mempunyai dua dimensi iaitu lebar dan panjang . Berbentuk leper dan tidak mempunyai kedalaman. Terdapat tiga jenis bentuk 2D:

Bentuk Geometri Bentuk Abstrak Bentuk Gambaran Bahan 2D yang ada di sekolah saya ialah :

Carta, gambar foto, graf, Lukisan, kad imbasan, peta , poster, bahan bercetak
Bahan 3D Terdapat dua jenis bentuk 3D iaitu:

Bentuk 3D sebenar dan Bentuk 3D tiruan

Bahan 3D yang ada di sekolah saya ialah : Boneka sarung tangan Model Relia Akuarium Topeng Mobail

Kebanyakkan guru di sekolah saya,kerap menggunakan media bahan 2D dan 3D yang terdapat di sekolah kami. Ramai guru di sekolah saya gemar menggunakan carta dan kad imbasan.Carta urutan paling popular di kalangan guru kerana mereka rasakan ia senang untuk menerangkan tentang aliran sesuatu proses atau tindakan kepada para pelajar. Ia dihasilkan secara mendatar bagi menunjukkan perkembangan dan untuk mudah difahami setiap langkah-langkah satu persatu.Kad imbasan juga mendapat sambutan hebat di kalangan guru khasnya guru-guru yang mengajar tahap satu.Mereka menggunakan kad imbasan bergambar dan kad imbasan tulisan kerana menarik minat pelajar untuk mengikuti P&P seseorang guru tersebut. Boneka sarung tangan juga menjadi bahan 3D yang utama ketika aktiviti bercerita. Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Boneka jenis ini memerlukan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk anggota boneka.Seterusnya,model keratan rentas menjadi pilihan utama para guru yang mengajar matapelajaran sains. Model ini menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan selalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia. Mobail bermaksud bergerak. Mobail biasanya digantung tinggi dan mempunyai maklumat seperti keratan gambar atau tulisan dengan menggunakan tali. Keratan yang digantung perlu mempunyai maklumat pada kedua-dua belah muka. Selain itu, kedudukannya juga perlu seimbang dengan menyusun keratan gambar dan tulisan dari bawah ke atas dengan jarak yang sesuai supaya tidak berlanggar antara satu sama lain. Topeng boleh diperbuat daripada kertas. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Ramai guru berpendapat bahawa penggunaan pelbagai bahan yang baik dan bermutu seperti bahan 2D dan 3D membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, menarik, berkesan dan berkualiti .

You might also like