• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 2
    CommentGo Back
Download
 
PRAKATA
ااا ابراةاوماووو  وأ
Projek
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
ini dijalankan khusus untuk memenuhiprasyarat untuk mendapat kelulusan dan pengiktirafan sebagai seorang guru berijazah.Penulisan Ini adalah berdasarkan kepada keperluan sukatan kursus terkini yang terdapat diinstitut-institut perguruan seluruh Malaysia.Isi kandungan kerja kursus ini merangkumi 4 bab. Pada bab pertama, membincangkanberkaitan dengan sukatan pelajaran, huraian pelajaran, buku teks dan buku panduan guru.Pada bab 2 dan 3 pula membincangkan berkaitan dengan penyedian dan penggunaan RPSdan RPH serta BBM j-QAF. Kajian yang dilakukan banyak membawa erti kepada penulissekali gus memberi inspirasi baru kepada beliau untuk menjadi guru yang cemerlang.Kerja kursus ini mula ditulis pada 24 Ogos 2008 semasa saya sedang mengikuti PBS.Moga-moga projek ini akan memberi manfaat kepada saya sendiri dan semua pihakkhususnya bakal-bakal pendidik yang banyak berkorban dan menggembleng tenaga dalammendaulatkan agama, bangsa, dan negara selaras dengan kehendak pendidikan semasa.Akhir kalam, ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada guru-guru SK Surayang sudi melapangkan masa bersama-sama mengajar dan mendidik saya menjadi bakalguru yang berjaya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang memberidorongan positif dan tunjuk ajar. Kepada kedua ibu-bapa tercinta, Fatimah binti Sulaiman danAbdul Mutalib bin Kadir yang banyak berkorban, membantu dan penyuntik semangat sehinggaterhasilnya kerja kursus ini. Semoga Allah memberkati usaha kita bersama.
Muhammad Hanis bin Abdul MutalibInstitut Perguruan Tun Hussein OnnBatu Pahat, Johor Darul Takzim.
 
PENGENALAN
Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perludikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatandan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama; pendidikan asas tilawahal-Quran, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu ‘Ain, ketiga; pemupukanamalan Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syari‘at Islam dan keempat;penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid. Keempat-empatbidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampumenanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita yang tinggi,daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbangkepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu memastikansetiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya matapelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukminyang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab,beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan FalsafahPendidikan Islam.
MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,kerketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnahsupaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arahmempertingkat tamadun bangsa dan negara.
 
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah,murid dapat :1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma dengan betul dan fasih, untuk memupukminat membaca al-Quran dan menjadi amalan.2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arahmeyakini al- Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan bentengkeagamaan.5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagaituntutan kewajipan umat Islam.6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asasperkembangan tamadun manusia.7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
03 / 25 / 2010This doucment made it onto the Rising List!

salam,, mm bagusnye laporan n rflxi awk ni.. sy bg full mark,, bek punyer.. byk yg sy balaja dr gaya pnulisn awk ni. smg b'jaya dlm profesion ni k.. all d best.

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...