You are on page 1of 3

REFLEKSI Nama: Wan Mohamad Ishak Bin Wan Adik No. K/P : 901013-03-5121 Kumpulan: PISMP 6G No.

Matrik : 86084025 Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu (BMM3111) ini dengan baik bersama rakan saya iaitu Mohd Noor Haswad Bin Othman walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian kerana sedang menjalani amalan profesional praltikum fasa kedua. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru kepada saya. .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik bersama ahli kumpulan saya, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan istilah dalam bahasa Melayu. Di sini kumpulan kami telah berjaya mengkaji konsep semantik dan pertaliannya dengan disiplin linguistic dan sejarah bahasa Melayu. Aspek-aspek ini dihubungkaitkan dengan bidang semantik dan peristilahan. Sesungguhnya untuk mengkaji dan menganalisis cerpen bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu menghayatinya dengan penuh kesungguhan. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa

Dewan dan sumber-sumber dari internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat analisis mengenainya akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi. Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas dari erti atau makna pada setiap perkataan yang diucapkan. Dapatan daya daripada tugasan ini adalah, semantik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam penyelidikan linguistik. Dalam semantik juga kita boleh mengenal apakah yang disebut klasifikasi makna, relasi makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Selain itu, semantik juga merupakan subdisiplin linguistik yang membicarakan makna iaitu makna kata dan makna kalimat. Oleh itu, ilmu baharu ini sangat membantu saya untuk memantapkan lai ilmu dalam bidang bahasa Melayu yang sepatutnya ada dalam diri saya sebagai seorang bakal guru major dalam bahasa Melayu. Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat.Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Nadzeri Bin Isa yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan

ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan. Sekian, terima kasih.

You might also like