Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
78Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Perkara 3 (1) - Islam Adalah Agama Persekutuan

Perkara 3 (1) - Islam Adalah Agama Persekutuan

Ratings: (0)|Views: 6,251 |Likes:

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Farouk Shaffrizal Othman on Mar 25, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/18/2013

pdf

text

original

 
Modul Perlembagaan dan Kenegaraan
Soalan 1 :
Islam adalah Agama Persekutuan“Perkara 3 (1) – Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lainboleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.(Perlembagaan Persekutuan)Sila jelaskan kefahaman anda berdasarkan perkara di atas.
Jawapan :
Kita telah menyaksikan bahawa pada masa ini terdapat golongan yangmempersoalkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Perkara begini tidaksepatutnya berlaku memandangkan telah lama kita mengecapi kemerdekaan dankontrak sosial yang dibina sebagai penguku yang menyokong kestabilan negaraselama ini semenjak lebih 50 tahun dahulu tidak patut dipersoalkan. Perkara yangtelah persetujui bersama oleh pengasas-pengasas dan pejuang-pejuangkemerdekaan terdahulu tidak patut dipertikaikan lagi. Sesiapa yang berbuatdemikian maka mereka tidak layak menggelar atau mengakui bahawa diri merekaadalah rakyat negara ini.Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu semenjak daripada dahulu lagi.Islam mula bertapak di Asia Tenggara pada abad ke 17. Agama Islam dikembangkandi Tanah Melayu melalui pedagang-pedagang Arab yang berdagang di AsiaTenggara. Agama Islam telah dibawa oleh pedagang-pedagang ini ke Melaka danseterusnya menjadikannya sebagai pusat penyebaran Islam di rantau ini. Pengaruhagama Islam dapat dilihat dalam pentadbiran sistem kerajaan Melayu Melakasepertimana yang telah dibuktikan oleh sejarah. Ini dapat dilihat semasapemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488) yang telah memerintahMelaka berdasarkan corak pemerintahan Khalifah Islam iaitu Saidina Umar al-Khattab. Raja Melaka menjadi ketua agama Islam dan menggunakan Sultan bagimencerminkan seorang pemerintah yang beragama Islam. Undang-undang Melaka
1
 
Modul Perlembagaan dan Kenegaraan
iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut juga dibentuk berdasarkankepada hukum-hukum Islam. Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa asing. Namun, Islam tetaputuh dan tidak mudah disingkirkan daripada penduduk Tanah Melayu. KedatanganInggeris ke Tanah Melayu contohnya tidak dapat mengubah agama Islam sebagaianutan penduduk tempatan pada masa itu. Sistem pentadbiran sahaja yang dapat diambil alih oleh pihak British. Tetapi kuasa berkaitan agama dan adat istiadat masihdiberikan kepada Raja-raja di negeri-negeri berkenaan. Misalnya negeri-negeri yangdikategorikan sebagai Negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Perak, Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan diletakkan di bawah satu pentadbiran kerajaan pusat.Semua hal ehwal pentadbiran di peringkat kerajaan negeri dilaksanakan mengikutnasihat Residen-General, kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan adatistiadat Orang Melayu dan Agama Islam.Tanah Melayu telah mengalami zaman penjajahan yang panjang bermuladaripada penjajahan kuasa Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan seterusnyakembali semula kepada Inggeris. Inggeris kembali ke Tanah Melayu dan membawacadangan penubuhan Malayan Union. Namun cadangan penubuhan Malayan Unionmendapat tentangan daripada masyarakat Melayu pada masa itu. Penentangan initelah membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Reid pada tahun 1956 untukmenggubal Perlembagaan Tanah Melayu dan setrrusnya membawa kepadapenubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan bebas daripadapenjajahan. Ahli suruhanjaya ini terdiri daripada Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings(British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid(Pakistan). Suruhanjaya telah bersidang sebanyak 131 kali untuk merangka suatumemorandum bagi pembentukan perlembagaan yang memiliki segala elemenkeadilan dan diterima oleh setiap penduduk sebagai kontrak sosial yang mengikatsemua rakyat untuk penubuhan negara yang merdeka. Dalam proses ini berlakulahtolak ansur antara kaum dari segi perkara-perkara yang berkaitan dengankepentingan mereka. Secara tidak langsung berlaku satu perjanjian murni di antarakaum-kaum di negara ini demi untuk kepentingan bersama. 
2
 
Modul Perlembagaan dan Kenegaraan
Suruhanjaya ini bertanggungjawab merangka draf perlembagaan yang adaseperti sekarang. Namun, penyertaan rakyat tempatan juga penting kerana iamenunjukkan betapa perlembagaan yang ada sekarang bukanlah sesuatu yangdiwariskan oleh suruhanjaya berkenaan. Suruhanjaya berkenaan dipandu olehsyarat-syarat yang telah ditetapkan oleh persidangan di London yang memintasuruhanjaya menyiapkan perakuan dan draf perlembagaan yang mengandungiperkara-perkara seperti berikut :a)pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat;b)pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-rajaMelayu;c)pewujudan jawatan ketua negara bergelar Yang di Pertuan Agong; d)pemeliharaan hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang sahmilik kaum-kaum lain serta; dane)pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruhMalaya.Laporan suruhanjaya yang lengkap dan siap pada awal tahun 1957 kemudiannyadikemukakan kepada Kerajaan British dan juga kepada raja-raja Melayu. Ini diikutioleh siri-siri mesyuarat di London dan Kuala Lumpur bagi membincangkan isilaporan tersebut. Hasil daripada siri perbincangan ini telah membawa kepada KertasPutih yang merupakan kumpulan syor tambahan yang sebahagian besarnyamerupakan hasil semakan terhadap syor-syor yang dikemukakan oleh SuruhanjayaReid.Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-raja, kedudukan istimewa orang-orang Melayudan kedudukan agama Islam adalah antara perkara-perkara penting yangdikemukakan oleh Kertas Putih. Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarangadalah hasil daripada cadangan tambahan yang dikemukakan oleh Kertas Putih.
3

Activity (78)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
yus11 liked this
Juju Juliyana liked this
Kamil Zainal liked this
Aina Aziz liked this
Rahmad Nadzri liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->