You are on page 1of 11

BAB 4 KERJA PAIP

Sistem bekalan air di rumah: a. Sistem terus membekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke semua pili. b. Sistem tidak terus membekalkan air ke tangki simpanan air yang akan menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah.

Paip Bekalan Air


Paip Perhubungan Paip Perkhidmatan Paip Agihan menghubungkan paip utama dengan meter air.
menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili

dapur. mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan di rumah.
Menggunakan paip jenis BG atau PVC

Paip Cuci

Dipasang di dasar tangki


Berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja

Paip Limpah

pembersihan tangki dijalankan Dipasang tinggi sedikit dari aras penuh tangki simpanan air Bersaiz lebih besar sedikit dari paip perkhidmatan
Menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap

bebola rosak.

Tangki Simpanan Air

Fungsi: menyimpan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan lain di rumah. Terletak di atas bilik air dan bertutup untuk mengelakkan pencemaran. Menerima air dari paip perkhidmatan dan dikawal oleh injap bebola serta pelampung.

Ia diperbuat daripada bahan kepingan galvani, gentian kaca atau poli. Muatan tangki biasanya antara 140 liter hingga 450 liter.

Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip Jenis Paip 1. Paip besi bergalvani (BG)
Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink. Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter. Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm. Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan. Gred A B C Ketebalan Nipis Sederhana Tebal Kod warna Perang Biru Merah Kegunaan Paip Limpah Paip Agihan Paip perhubungan dan paip perkhidmatan

2. Paip polivinil klorida (PVC) Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC) Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas. Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm. Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.

3. Paip Poli (HDPE)


boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan hujan. berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan dan boleh digulung. ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai. lebih mahal dan tidak boleh ditegakan. apabila penyambungan dibuka, hujung paip perlu dipotong kerana terdapat kesan pencengkam pada hujung paip itu. boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji. penyambungan tidak memerlukan glu kerana terdapat sleeve dalam penutup untuk mencengkam paip poli. di dalam sleeve terdapat gelang getah.

Penyambung Paip

Bahan Pemasangan Paip


1. Pita PTFE

untuk sambungan paip yang berulir.

dililit pada ulir mengikut arah pusingan jam sebelum penyambung dipasang pada paip.

2. Glu Paip PVC (simen pelarut)


bahan perekat cecair yang dijual dalam tin. disapu pada paip atau pemyambung PVC yang tidak berulir sebelum pemasangan dilakukan.

JENIS DAN KELENGKAPAN PAIP


Alatan Tangan
1. Pita pengukur digunakan untuk mengukur 2. Gergaji besi untuk memotong paip PVC dan paip besi bergalvani

mempunyai bingkai yang boleh dilaraskan bagi saiz mata gergaji yang berlainan ukuran.

3. Pemotong paip beroda memotong paip besi bergalvani dengan tepat dan cepat 4. Ragum paip yoke memegang dan mengapit batang paip besi bergalvani supaya tidak bergerak semasa memotong, mengulir dan melakukan kerja-kerja pemasangan. 5. Kikir bulat untuk membuang gerigis di dalam hujunh paip selepas dipotong 6. Kikir rata membuang gerigis luar pada hujung paip 7. Pemotong paip PVC/Poli untuk memotong paip PVC/poli dengan tepat dan cepat apit pemotong paip PVC/poli pada batang paip yang hendak dipotong dan pusing disekelilingnya tambah tekanan perlahan-lahan

8. Perengkuh Paip mencengkam dan memutarkan batang paip. rahangnya boleh dilaraskan untuk mencengkam batang paip tidak sesuai untuk melonggarkan atau mengetatkan bahagian kepala pili, nat atau penyambung yang tepinya rata 9. Sepana boleh laras melonggarkan atau mengetatkan nat pada pili dan penyambung. rahangnya boleh dilaraskan untuk disesuaikan dengan saiz benda kerja 10. Playar cengkam seribu mencengkam batang paip dan mengetatkan penutup penyambung poli semasa menjalankan kerja pemasangan paip poli

TANGKI SIMBAH terdapat 2 jenis tangki simbah tangki simbah aras tinggi dipasang 2 meter dari paras lantai

tangki simbah aras rendah dipasang 1 meter dari paras lantai digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah untuk membersihkan mangkuk tandas diperbuat daripada plastik atau tembikar

boleh menyimpan air sehingga 9 liter

BAHAGIAN UTAMA DAN FUNGSI TANGKI SIMBAH

1. Paip alur masuk (paip agihan) membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah. 2. Paip alur keluar (paip simbah) menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas. 3. Paip limpah menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung. 4. Injap bebola mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah. 5. Pelampung

terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.

6. Injap gegendang mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas. 7. Tuil tarik/tangkai pelepas tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air. 8. Tiub sifon menyalurkan air ke paip simbah
OPERASI TANGKI SIMBAH

MENGAWAL ARAS AIR DALAM TANGKI SIMBAH kedudukan injap bebola perlu dilaraskan supaya air dalam tangki simbah tidak melebihi paras paip limpah dan melimpah keluar; paras air yang terlalu rendah dan kekurangan air menyebabkan tangki tidak dapat melakukan proses simbahan.

PILI

digunakan untuk mengawal pengaliran air keluar melalui batang paip. diperbuat daripada loyang (campuran kuprum dan zink), pili PVC dan pili bersadur kromium. terdapat 2 jenis pili iaitu pili berbibir dan pili bertiang.

i. PILI BERBIBIR alur masuk mendatar. biasa digunakan pada tab mandi dan singki di dapur. ii. PILI BERTIANG alur masuk menegak. biasa dipasang pada tab mandi dan singki jenis tembikar.

You might also like