You are on page 1of 3

1.0 Teori dan Pendekatan yang Sesuai 4.

1 Teori Kognitif Piaget Piaget Jean (1869-1980) yang merupakan seorang ahli psikologi telah berpendapat bahawa pelajar perlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan pelbagai rangsangan. Keadaan pelajar tidak sama dengan orang dewasa, oleh kerana itu ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka. Selain daripada itu juga, Piaget turut menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang aktif dan bermotivasi. Pelajar juga mampu membina pengetahuan daripada pengalaman mereka dan mereka belajar melalui dua proses yang saling melengkapi iaitu asimilasi dan akomodasi. Berdasarkan teori Piaget ini dapat disimpulkan bahawa pelajar hiperaktif juga mengalami satu perkembangan kognitif yang sempurna seperti pelajar lain. Para pelajar hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran mereka melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Mereka akan terus menerokai alam sekitar mereka untuk mengetahui apa yang terdapat di situ dan sesuatu perkara tersebut tanpa memikirkan akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, Piaget menekankan mengenai pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran fizikal mereka. Melalui interaksi tersebut mereka dapat menambah kefahaman mereka mengenai perkaitan sebab dan kesannya. Piaget telah menjelaskan bahawa pelajar belajar melalui asimilasi dan akomodasi iaitu proses mengendalikan sesuatu objek dan peristiwa dengan cara yang selaras dengan skema yang sedia ada (asimilasi) dan mungkin mengubah suai pengetahuan mereka hasil peristiwa dan kejadian baru (akomodasi). Oleh sebab itu, pelajar yang hiperaktif

dikatakan mempunyai satu kepuasan dalam penerokaan yang mereka lakukan. Bukan saja mereka mampu menjana pengalaman dan mendapat pengetahuan baru tetapi mereka juga akan mengalami satu perkembangan kognatif yang seimbang dalam kehidupan mereka (Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias, 2001). 4.2 Pendekatan Konstruktivisme Sosial Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara para pelajar itu sendiri. Dengan cara ini pelajar berpeluang untuk membina hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Di samping itu juga, para pelajar hiperaktif ini akan mempunyai peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakanrakan mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas. Antara konstruktivisme pendekatan ini ialah yang digunakan dalam pendekatan berkumpulan,

seperti

pembelajaran

sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yang memberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan memori pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Selain daripada itu juga, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat mengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang hiperaktif ini.

Guru mampu untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para pelajar dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Oleh sebab guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan untuk dan pemikiran Guru pelajar secara langsung maka kepada segala proses pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat mereka belajar. hanya menjadi pemerhati pembelajaran tersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008).

You might also like