You are on page 1of 14

TAJUK DRAMA KOMSAS: CABARAN NAMA

FATIN HANISAH BT MOHD FAUZI NURUL IZZATI BT MAZLAN NURUL ASYIQIN BT AZHAR

SINOPSIS
Perbualan Yahya, Mariah, Firdaus,Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi pada masa sekarang iaitu cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran. Kemunduran berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif . Zainal dianggap mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak mahu menerima pendapat orang lain. Perbualan berlangsung antara Yahya dan Mariah tentang sikap masyarakat yang suka bertekak dan berbual kosong. Mariah mengatakan masyarakat kita miskin namun bercita-cita tinggi. Yahya mencadangkan agar masyarakat mencari jalan untuk mengumpul wang dan kemudiannya berniaga agar boleh menubuhkan yayasan. Hal ini dapat membantu anakanak ke universiti. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan.Pertubuhan tersebut telah mengadakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama. Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak.Firdaus menjelaskan masyarakat sendiri yang bersikap lemah dan beku. Hani mempersoalkan sikap pemuda yang tidak berubah ke arah kebaikan. Firdaus pula menegaskan sikap kerjasama amat penting dalam masyarakat kampung yang kekurangan modal.

Di rumahnya sendiri, Yahya bersendirian bermonolog. Dia bercakap tentang Encik Osman, ahli parlimen yang sudah lupa balik kawasan untuk menunaikan janji pilihan raya. Dahulu semasa berkempen, pidato sahaja yang berapi-api. Kini di parlimen, sibuk dengan pantun pula. Yahya berasa Encik Osman tidak ikhlas. Semasa kempen (imbas kembali), Encik Osman kononnya sanggup berkorban harta dan nyawa demi membantu orang kampung keluar daripada kemiskinan. Surat Encik Osman di tangan Yahya yang bersulam janji manis disifatkan oleh Yahya sebagai dusta. Yahya mahu wakli rakyat melaksanakan tanggungjawab, serta tidak menganggap pengundi sebagi tangga sahaja. Di balai raya hanya pemuda yang berbual. Sambil merujuk rencana akhbar, Yahya bersetuju bahawa masyarakat mesti digalakkan menceburi bidang perusahaan. Zainal mencelah bahawa masyarakat kita tidak layak berniaga dan berhujah tentang Syarikat Kilang Padi yang baru ditutup. Firdaus segera membidas Zainal sebagai oportunis sama seperti Encik Osman yang cepat gelap mata melesapkan wang syarikat. Firdaus mahu orang Melayu lebih agresif, tetapi Husin bimbang adat resam dan budi bahasa orang Melayu tergadai.

Firdaus menjelaskan tentang ajaran Islam dan ciri dinamik dan progresif generasi baharu. Yahya menambah tentang ciri keras kepala dan menolak sikap tidak apa. Firdaus dan Husin mahu mereka mencontohi usaha Nabi Muhammad SAW yang membawa alam cerah ke Tanah Arab. Semua sekali bersetuju, kecuali Zainal yang masih bermenung.

Di rumah Yahya, enam sahabat itu merayakan kejayaan rancangan persatuan mereka yang tersiar di akhbar. Keberanian menuntut hak, muafakat dan perpaduan ialah kunci kemenangan. Zainal mula faham keperluan berani bersuara demi melahirkan angkatan baharu yang maju.

PEMIKIRAN/TEMA
Tema drama ini ialah perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan Yahya mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara perubahan yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dengan harapan dapat membela masyarakat.

PERSOALAN
Penentangan terhadap suatu arus perubahan. Kepentingan berpegang pada janji. Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat.

WATAK & PERWATAKAN


Watak utama Yahya Ketua Pemuda Parti dan suami Mariah. Pemuda kampung bersemangat tinggi. Berpandangan jauh dan berpendirian tegas. Gigih berusaha. Watak sampingan : FIRDAUS Berfikiran positif. Pemuda yang tetap pendirian. Bijak berhujah. ZAINAL Berfikiran negatif. Mementingkan diri sendiri.

Permulaan

Peleraian

BINAAN PLOT
Klimaks

Perkembangan

TEKNIK PLOT
o Teknik dialog o Teknik monolog o Teknik imbas Kembali o Teknik pemerian (Pengarang menyampaikan teknik ini dalam bentuk arahan-arahan pentas)

GAYA BAHASA
Diksi Peribahasa Simile Personifikasi

LATAR
LATAR MASA Pada waktu malam Pada waktu petang LATAR TEMPAT Di rumah Yahya Di rumah Firdaus Di balai raya LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang berpandangan jauh Masyarakat yang mementingkan diri Masyarakat yang suka membazirkan masa Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri

NILAI
Permuafakatan Ketegasan Kegigihan Rasional Berwawasan Berani

PENGAJARAN
Kita hendaklah bersama sama berusaha ke arah kebaikan Kita mestilah menunaikan janji yang telah dibuat Kita hendaklah menjelaskan hutang apabila dengan seseorang Janganlah kita membuang masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah Janganlah kita bersikap mementingkan diri

SEKIAN, TERIMA KASIH!!

You might also like