You are on page 1of 13

2.

0
Takrif Fonetik

PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

Fonetik Adalah bidang ilmu yang mengkaji bagaimana penghasilan sesuatu bunyi bahasa oleh alat artikulasi atau alat tutur manusia. Contohnya: Bunyi Vokal [a]- bagaimana dan apakah alat-alat artikulasi yang berperanan untuk menghasilkannya.Untuk mengkajinya pendeskrifsian bunyi dibuat bagi mendeskripsi bagaimana bunyi-bunyi tersebut dituturkan, daerah sebutan dan alat artikulasi yang berfungsi serta adakah pita suara bergetar atau tidak. 2.1 Takrif Fonologi Fonologi adalah bidang ilmu yang mengkaji sistem bunyi-bunyi bahasa . Bidang Fonologi dibahagikan kepada dua ; iatu:a. Fonetik b. Fonemik. 2.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi a. Fonetik ialah bidang yang mengkaji bagaimana penghasilan bunyi bahasa manakala fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa. 2.3 Bidang-bidang Fonetik dan Fonologi a. Bidang-bidang Fonetik Bidang Fonetik terbahagi kepada beberapa bidang iaitu: 1. Fonetik Artikulasi/ Articulation Fonetik Bidang fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan atau mungkin dihasilkan oleh alat-alat tutur /artikulasi . Bidang ini mengesan alatalat artikulasi manakah yang berfungsi atau berperanan serta bagaimanakah kedudukan alat-alat artikulator itu semasa sesuatu bunyi dihasilkan. 2. Fonetik Auditori Bidang Fonetik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa berdasarkan pendekatan melalui pendengaran.. Contoh: lantang, nyaring , untuk membezakan bunyibunyi alat yang digunakan . 3. Fonetik Akustik Fonetik Akuistik mengkaji sifat-sifat bunyi. Kajian dibuat dengan melihat bagaimana gerak atau gelombang udara semasa bunyi itu dihasilkan dan bagaimana pengaruh gelombang udara itu kepada alat pendengaran( telinga). Pengkajian sifat bunyi ini dijalankan melalui rakaman bunyi yang terhasil dengan menggunakan perakam bunyi. Gelombang bunyi yang terhasil ( spektogram) dianalisis bagi menilai kesengauan bunyi, dan daerah sebutan 10

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan. a.Berikan definisi kajian fonetik. b. Berikan definisi Fonologi. c. Nyatakan Bidang-bidang dalam kajian fonetik.

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan. Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan antara fonetik dan fonologi.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Latihan 3 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan. Jelaskan kepentingan deskripsi bunyi dalam mengkaji fonetrik Artikulasi.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

11

TAJUK 2

Alat- Alat Artikulasi

Apa itu alat-alat Artikulasi ?

Alat-alat artikulasi ialah organ yang berfungsi /berperanan dalam proses menghasilkan bunyi bahasa. Alat artikulasi juga dikenali sebagai alatalat pertuturan dan organ sebutan.

Rajah menunjukkan Alat-alat Artikulasi

Alat-Alat Artikulasi:

12

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung Lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita Suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga Mulut Rahang Tenggorok

Daerah Alat Artikulasi dan Fungsinya. Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan

13

mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

14

Latihan 1. Lukis dan labelkan alat-alat artikulasi

Latihan 2 Pilih 10 jenis alat artikulasi dan nyatakan fungsinya.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

TAJUK 3

Bunyi Bahasa

Pengenalan

15

Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Bunyi-bunyi tersebut terhasil disebabkan oleh keadaan udara iaitu bagaimana udara keluar dan mengalami proses tertentu oleh alat-alat artikulasi. Bagaimanapun bukan semua bunyi yang terhasil dikatakan bunyi bahasa. Contohnya batuk dan bersin bukanlah bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa dibahagikan kepada dua ; iaitu bunyi vokal dan bunyi Konsonan 3.2 Bunyi Vokal Bunyi bunyi vokal adalah bunyi bahasa yang bersuara. Bunyinya terhasil apabila pita suara dirapatkan, udara dari paru-paru keluar tanpa sebarang sekatan dan terus keluar melalui rongga tekak dan mulut. 3.2.1 Ciri- ciri bunyi Vokal

4. Bunyi Kosonan Bunyi-bunyi bahasa yang selain daripada bunyi vokal adalah bunyi konsonan.Penghasilan bunyi konsonan Carta Konsonan Bahasa Melayu Sila Rujuk teks dan web untuk melihat gambaran diftong. Bunyi Diftong Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terjadi vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. a. (ai): b. (au): c. (oi): apabila berlaku

pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada

sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai lampau, silau, garau, surau, pukau amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot

TAJUK 4

Prosodi dan Suprasegmental

Konsep Prosodi dan suprasegmental adalah bunyi-bunyi yang dikatakan bersifat fonemis. Ada empat unsur suprasegmental yang bersifat fonemis ,yang terdapat dalam bahasa lain, iaitu; tekanan,panjang pendek,tona dan persendian.

16

a. Tekanan Tekanan wujud pada sukukata perkataan. Kebiasaannya ditandakan [ ].Dalam bahasa Melayu tekanan tinggi/keras biasanya pada sukukata kedua dalam perkataan; contohnya dalam perkataan [susah], [rumah] b. Panjang-pendek

Ada bunyi panjang-pendek,tetapi dalam bahasa Melayu bunyi ini bukanlah unsur fonemis.Unsur panjang-pendek ini diberi lambang [ : ] yang dipanggil satu mora. [ :: ] dua mora dan [ . ] setengah mora. Contohnya mora yang bersifat fonemis dan boleh membezakan makna ialah ; i. ii. [sip] kapal dan [ si : p] biri-biri [sit] duduk dan [si : t] tempat duduk

c. Tona Tona merupakan unsur lagu yang ada pada sesuatu perkataan. Tona memproduksi unsur-unsur nada,kelantangan,tekanan, panjang pendek dan lain-lain dalam menimbulkan pola lagu dalam perkataan.Di antara bahasa-bahasa yang menggunakan tona untuk membezakan makna ialah bahasa Mandarin,Thai,Vietnam,Loas, Kampuchea.. Contohnya dalam bahasa Mandarin, terdapat empat tona digunakan; iaitu seperti jadual di bawah; Bil TONA 1 2 3 4 Tona mendatar Tona meninggi [ ma ] guni Tona turun-naik [ ma ] kuda Tona menurun [ ma ] marah [mai] menjual [ma i] membeli [ mai ] guni LAMBANG __ [ ma ] ibu PERKATAAN 1 PERKATAAN 2

d. Persendian. Persendian ialah unsur kesenyapan dalam ujaran yang memisahkan perkataan. Persendian diberikan lambang [ + ] , contohnya ujaran bangunan batu ditranskripsi sebagai [ banunan+batu]. Unsur persendiaan yang bersifat fonemis boleh dilihat dalan bahasa Inggeris; contohnya, i. I scream dan ice cream.

17

Dalam bahasa Melayu, persendian boleh dilihat dalam contoh di bawah; i. Ujaran [ belikantin] , boleh ditafsir [ belikan+tin] atau [beli +kantin]

Jelasnya, unsur persendian berfunsi sebagai pembeza makna.

TAJUK 5

FONEM VOKAL DAN KONSONAN

Pendahuluan Fonologi adalah bunyi-bunyi yang menjalankan fungsi dalam sistemnya. Bunyi-bunyi ini dinamakan sebagai fonem. Fonem Bahasa Melayu Ada 33 fonem dalam bahasa Melayu, 24 fonem tulen dan 9 fonem pinjaman. Daripada 24 fonem tulen itu,ada 6 fonem Vokal dan 18 fonem Konsonan. Fonem Vokal Terdapat 6 fonem vokal dalam bahasa Melayu, ia dapat dijelaskan sebagaimana di bawah; Vokal Depan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Contoh: bilik, itik, ipar, jari, cari. Vokal Depan Separuh Sempit (e) Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok

18

Vokal Depan Separuh Luas Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk seperti semasa

mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek Vokal Depan Luas ( a)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang Vokal Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang Vokal Belakang Separuh Luas Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Vokal Tengah

19

Vokal tengah / e/ dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai Fonem Konsonan Terdapat 18 fonem konsonan dalam bahasa Melayu. Bunyi-bunyinya dibahagikan kepada Bunyi letupan,sengauan,letusan,getaran, sisian dan separuh vokal.Contonya seperti jadual di bawah. Cara Gusi Lelangit Lelangit Glotis Artikulasi Dua bibir Gusi Lelangit Keras Lembut keras Daerah Artikulasi Letupan bersuara Letupan bersuara Letusan bersuara Letusan bersuara Sengauan Geseran bersuara Getaran Sisian Separuh Vokal w tak r l y tak p b tak t d c j m n s n/ ny n/ ng h k g

Berdasarkan jadual di atas, bincangkan secara berpasangan untuk menganalis bfonem konsonan dan berikan contoh-contoh perkataannya. Anda juga boleh berlatih untuk mengujarkannya. Konsonan Pinjaman

20

Terdapat 8 fonem pinjaman. Kesemuanya adalah geseran. Fonem-fonem ini berasal daripada perkataan-perkataan pinjaman. Jadual di bawah menunjukkan fonem pinjaman; Daerah Bibir-gigi Sebutan Cara Sebutan Geseran tak f bersuara Geseran bersuara v Gigi Gusi Lelangit Keras-Gusi Lelangit Lembut

0/ th s/ sy o/ dh z z/ gh x X/ kh

Contoh contoh perkataannya seperti jadual di bawah; Fonem f v z 0/ th O/dh s/sy z/dh x/kh x/gh Awal Fikrah vanila zaman 0ala0a oalim sor zarab xatam xaib Tengah wafat novel takziah tam0il haoir masarakat kazi baxil baxai baha0 lafao sabas haiz tarix balix Akhir wakaf

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan dan informasi tentang fonetik dan fonologi yang diberikan, diharap anda dapat memahami konsep, sistem dan aplikasi pengetahuan mengenai fonetik dan fonologi. Namun untuk memproleh pemahaman dan kemahiran yang lebih mendalam anda perlu mencari bahan sokongan dan rujukan yang pelbagai. Bahan sokongan bermakna 21

anda perlu melalui sesi perbincangan dengan pensyarah, kumpulan dan latihan-latihan yang berkaitan . Bahan rujukan pelbagai merujuk kepada rujukan daripada buku-buku, jurnal dan juga maklumat menerusi siber. Akhirnya, selamat menerokai bidang fonetik dan fonologi.

Buku Rujukan yang disyorkan

1. Abullah Hassan, 1974, The Morphologi of Malay , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Abdullah Hassan,1983 , Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling Jaya :Fajar Bakti Sdn.Bhd. 3. Brown,R, 1973, A First Language, The Early Stages, Cambridge, Massachusetts : Havard University Press. 4. Syed Hussein Ali, 1962 Malay As The Nasional Language, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Yunus Maris ,1963 Malay Sound System, Kuala Lumpur; Mimeograph. 6. Winstedt, R.O 1927, Malay Grammar, Oxford:Clarendon Press.

22

You might also like