• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
TAFSIR SURAH AL-HUJURAT AYAT 3-5
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah merekaitulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagimereka ampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnya orang-orang yang memanggilkamu dari luar kamar (mu) kebanyakan mereka tidak mengerti. Dan kalau sekiranyamereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka sesungguhnya itu adalah lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah Al-Hujurat.Dalam ayat yang lepas kita telah jelaskan tentang amaran Allah kepada mereka yangmengangkat suara lebih tinggi dari suara nabi SAW atau bercakap dengannya seperti bercakap dengan orang lain dengan tidak menghormati kedudukan Rasul SAW .Hukumnya adalah
haram
. Dalam ayat ini Allah SWT memuji mereka yangmerendahkan suara mereka ketika berbicara di majlis Rasullullah Sallahu AlaihiWassalam atau ketika bersama dengannya. Sifat mereka ini menunjukkan akhlak mereka yang murni serta sifat keihlasan yang tidak diragui. Hati mereka dipenuhidengan taqwa.Mereka yang mencapai martabat ini layak mendapat keampunan dari Allah ataskesalahan dan kesilapan mereka serta mendapat ganjaran yang setimpal. Kaedahmenyebut :
لَمَعْا ِسنِج  ُءاَزَْا
“ Balasan berdasarkan amalan yang dilakukan.Firman-Nya :
)) ىوقت بو ا حتا يذا ((
“Orang –orang yang Allah uji hati mereka untuk dilihat ketaqwaaan mereka.”Dalam mentafsirkan ayat “” boleh dijelaskan dengan dua pengertian :
Pertama
: Pengujian hati dan didapati ianya ikhlas dan penuh dengan sifat taqwa.
Kedua
: Pembersihan dan penyucian hati dari sebarang ganguan dan perkara yangmenggelapkan hati seperti proses pengoksidaan emas untuk menghasilkan emastulen.Diantara mereka yang diuji hati mereka untuk dilihat ketaqwaan mereka ialah SaidinaAbu Bakar, Saidina Umar Al-Khattab, Uthman, Ali dan Thabit bin Qais RA.
 
Apakah ganjaran atas sikap mereka yang terpuji ini ?Firman-Nya :
((
ظ رجأ ةرفغ 
))
(a)Pengampunan iaitu dari dosa dan ketelanjuran yang dilakukan(b) Ganjaran yang besar : kerana mereka yang beramal dengan mentaati dan beradabdengan Rasullullah SAW.Sifat merendahkan suara suatu sifat yang terpuji.Di dalam surah Luqman ayat yang ke-19, Allah SWT berfirman menjelaskan nasihatLuqman kepada anaknya. Firman Allah Taala :Maksudnya : “Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.”
Kisah :
Dari Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab RA , bahawasanya beliaumendengar suara dua orang lelaki di masjid nabi SAW. Mereka mengangkat suaramereka. Saidina Umar datang ke arah mereka berdua seraya bertanya : “ Tahukahkamu di manakah kamu sedang berada sekarang.? Kemudian bertanya lagi : “ Darimana kamu berdua datang?”. Mereka menjawab : “ Kami datang dari Thaif” SaidinaUmar meneruskan kata-katanya : Sekiranya kamu berdua penduduk Madinahneccaya aku akan rotan kamu.”Ayat yang keempat dan kelima:Kemudian Al-Quran menyentuh peristiwa yang berlaku kepada rombongan BaniTamim ketika mereka datang untuk menemui Rasullullah SAW pada tahun ke-9Hijrah iaitu dikenali sebagai tahun rombongan.Pada tahun ini berbagai rombonganArab dari setiap tempat datang menemui Rasullullah SAW dan memeluIslam.Mereka ialah orang-orang Badwi berkelakuan kasar . Mereka memanggilRasullullah SAW dari belakang bilik-bilik ( Hujurat) isteri baginda SAW.
Sebab turun ayat :
Ibnu Atiyyah menyebut di dalam tafsirnya : Ayat ini diturunkan sempenakedatangan delegasi dari Bani Tamim. Beberapa peribadi seperti Al-Aqra’ bin Habis,Az-Zibarqan bin Badar, A’mru bin Al-Ahtam. Mereka datang ke Madinah danmemasuki masjid an-Nabawi dan kemudiannya menghmapiri bilik-bilik isteri nabiSAW yang sembilan. Mereka gopoh dan memanggil nabi SAW tanpa menunggu nabiSAW keluar.Antara seruan mereka : Wahai Muhammad keluarlah kepada kami!Wahai Muhammad keluarlah kepada kami!” Sikap mereka ini menunjukkankekasaran ,sifat kebadwian dan tidak sopan .Nabi SAW menanti seketika dankemudian keluar..Allah Taala menurunkan ayat 4-5 Surah Al-Hujurat menegur sikapmereka.
 
Firmannya :
) وقعي  هرثكأ ((
Mereka yang memanggil nabi SAW sedangkan baginda sedang berada di rumahnyadan bersama isterinya, mereka mengatakan : “ Wahai Muhammad keluar kepadakamikebanyakan mereka golongan yang tidak berakal kerana tindakan mereka bukan tindakan orang yang berkal yang memilih waktu yang sesuai ,tempat yangsesuai serta menggunakan gaya bahasa yang sesuai dalam berkata-kata dengan nabiSAW. Dengan kelakuan ini mereka rugi kerana tindakan mereka dicatat oleh AllahSWT dalam Al-Quran dan ianya terus kekal sehingga hari qiamat.Tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh mereka ialah mereka tidak sepatutnya bergopoh-gapah sehinggakan menyakiti Rasul SAW dan mengejut nabi SAW sedang berehat tidur qailullah (tidur di waktu tengah hari) yang penting untuk memberisemangat baru untuk meneruskan kerja-kerja yang seterusnya.Tidak dinafikan niat dan matlamat mereka memang baik ,tetapi cara mereka menujuke matlamat tersebut yang tidak kena. Justeru itu kita perlu berfikir dengan bijak dalam bertindak .Seterusnya dalam ayat yang ke-5 Allah menyebut :
(ٌَ ٌوف ّاَ  اًرَخ  ِِإ َرَ تَ ارََص أ وَ
5
)
“Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui merekasesungguhnya itu adalah lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagiMaha Penyayang”Sikap bergopoh-gapah bukanlah satu sikap yang mulia sebaliknya sifat yang dituntutialah sifat bersabar. Di dalam Al-Quran banyak disebut tentang sabar dan memadailahkita memerhatikan firman Allah :
((
)) غ هرجأ را وي إ
S
esungguhnya bagi orang yang bersabar itu ganjaran yang tidak terhitung di sisiAllah”
Apakah pengajaran buat kita umat Islam hari ini ?
Sikap kita sebagai seorang mukmin lebih dari itu,kita beradab dengan setiap guru danalim ulama. Abu Ubaid Seorang alim yang zahid dan seorang rawi yang dipercayai,bahawa beliau pernah berkata. :“ Aku tidak pernah mengetuk pintu mana-mana orang alim sehingga dia keluar sendiri pada waktunya yang lazim”Dalam kisah yang lainseperti yang disebut oleh Imam Al-Alusi seorang ahli tafsir yang terkenal :“ Saya membaca dalam beberapa kitab bahawa Al-Hibr Ibnu Abbas RA,pergi kerumah Ubai bin Ka’ab untuk belajar Al-Quran darinya. Beliau duduk di muka pintudan berdiri menanti tanpa mengetuk pintu sehinggalah Ubai keluar. Ubai kagumdengan sikapnya ini sehinggalah pada suatau hari beliau mengatakan :“ Sila ketuk pintu wahai Ibnu Abbas?”
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...