You are on page 1of 15

SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (1)

MUZIUM DAN PENDIDIKAN

1.0 Pengenalan
Institusi pemuziuman telah lama wujud bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh
dunia. Penubuhan Muzium yang pertama di Malaysia bermula sejak tahun 1883 iaitu
pada zaman pemerintahan British. Kerajaan British mula menubuhkan Muzium Perak di
Taiping. Seterusnya, British menubuhkan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun
1888. Negeri Selangor kemudiannya menubuhkan Muzium Selangor pada tahun 1899
(Muzium Negara Malaysia: 2007).

Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di
bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan
tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh
pemerintah British. Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh
disebabkan pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10
Mac 1945. Akibatnya, sebahagian besar artifak telah musnah. Pada tahun 1959, sejurus
selepas kemerdekaan, kerajaan melantik seorang arkitek untuk mereka bentuk Muzium
Negara yang akan dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor. Bangunan ini telah
dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni
Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963 (Muzium Negara Malaysia:
2007).

Dalam tempoh Rancangan (RMKe-9) peruntukan sebanyak RM442.4 juta akan


disediakan untuk program budaya, seni dan warisan. Daripada jumlah ini, 63 peratus
akan digunakan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya dan 37 peratus
adalah untuk melaksanakan pelbagai program seni dan budaya di peringkat negeri dan
daerah. Dalam RMKe-8, perbelanjaan sebanyak RM 79.0 juta telah digunakan untuk
memelihara dan memulihara muzium-muzium di Malaysia. Pada RMKe-9, Kerajaan
Malaysia telah memberi peruntukan sebanyak RM 65.0 juta dalam usaha untuk
memperbaiki kemudahan dan koleksi artifak yang sedia ada dan yang bakal dipamerkan
supaya dapat memberikan pengetahuan beserta pendidikan kepada para pelawat yang
melihatnya (RMKe-9: 498).
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (2)

2.0 Muzium
Menurut Corsane (2005), beliau memberikan definisi muzium yang diambil daripada
International Council of Museums (ICOM: 1989) yang berdasarkan definisi pada tahun
1974 iaitu muzium boleh didefinisikan sebagai sebuah institusi yang bersifat tetap iaitu
merupakan sebuah bangunan yang tidak akan berpindah. Misalnya, pembinaan muzium
menggunakan bangunan atau tapak yang asal atau khas. Selain itu, penubuhan sesebuah
muzium bukan bertujuan untuk mencari keuntungan, sebaliknya bersedia memberi
khidmat dan maklumat kepada masyarakat yang berkaitan dengan pemuziuman,
pekembangannya terbuka kepada umum iaitu tidak ada halangan kepada masyarakat,
memperoleh, menyelidik, memulihara, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan
pendidikan dan kesenangan, barang-barang pembuktian manusia dan lingkungannya.

Weil (1990) memberikan fokus kepada muzium dan memperkatakan mengenai


pemuziuman:
It has proven comfortable. To focus museum rhetoric on the socially beneficial
aspects of a museum would ultimately be to invite discussion on a wide range of political
and moral issues that could well pit trustees against staff members and staff members
against another. By contrast, to focus on function-on the good, seemingly value-free work
of collecting, preserving and displaying-projects with a sense of ideological
neutrality…..in which people of diverse social views are able to work more amiably
together.
Max Hebditch (1990) telah menjelaskan muzium kepada dua bahagian iaitu:
Pertama: The power of relics and symbols contained in museums.
Kedua: The unstructured and informal means of transmitting information and
experiences by means of the exhibition.

Beliau menambah lagi tentang bahan yang dipamerkan secara tidak langsung memberi
peluang kepada para pelawat untuk membentuk pengalaman sendiri berdasarkan kepada
apa yang telah disaksikan.
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (3)

Di negara lain seperti di Britain, muzium menjadi salah satu tepat yang terkenal dalam
kehidupan masa kini mereka . Kebanyakan rakyat di sana mengunjungi muzium ketika
dalam waktu santai mereka. Muzium memberi sumbangan yang besar untuk menarik
pengunjung-pengunjung luar. Sekolah juga membuat lawatan ke muzium sebagai
tambahan kepada sistem pembelajaran. Koleksi muzium yang dihimpunkan adalah boleh
menjadi kepercayaan kepada semua. Koleksi yang dihimpunkan oleh pihak sesebuah
muzium adalah untuk tujuan keseronokan dan kesedaran melalui pendidikan, sebagai
rekod kepada masa lampau dan perbezaan budaya (Keene: 1996).

3.0 Pendidikan
Pendidikan ialah suatu proses pembelajaran yang dilakukan berdasarkan pengalaman
yang dilalui pembacaan, kajian serta hubungan dengan faktor persekitaran. Pendidikan
juga boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara formal dan tidak formal. Pendidikan
secara formal biasanya berlaku di sekolah semasa pengajaran oleh guru-guru. Pendidikan
tidak formal boleh berlaku di luar waktu peesekolahan apabila kita berada di rumah
semasa berkomunikasi dengan ibu bapa, melalui pengalaman lepas dan sebagainya
(Stone & Mackenzie: 1990).

Proses pembelajaran teori-asas sains. Ahli psikologi menjelaskan bahawa melalui


pendidikan kanak-kanak mula berfikir dan merasai tentang sesuatu yang mereka pelajari
bagaimana proses pembelajaran berlaku, mereka mula mencari apakah pengaruh yang
terdapat dapat motivasi, bagaimana pengajaran tersebut mempengaruhi mereka. Perkara
lain ialah mengenai pengetahuan, kejelasan, kesungguhan dan pengajaran secara
langsung dan aktif (Shuell: 1996).

Sumber warisan sejarah berpotensi sebagai aset yang mempunyai kepentingan dan
dinamik dalam skop aset pendidikan. Maklumat mengenai perkara-perkara atau koleksi
lepas seperti artifak dapat dipelajari di muzium. Ini mungkin dipelajari dan telah
ditetapkan secara formal dalam sistem pembelajaran dan juga berlaku dalam situasi tidak
formal dan yang mana sesuatu yang ditemui semasa di muzium atau semasa berada di
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (4)

kawasan sejarah (heritage), atau yang digabungkan dengan kawasan persekitaran


bersama pembangunan dan lanskap budaya tempatan (Stone: 1992).

4.0 Pendidikan Muzium


Pendidikan muzium ialah suatu pembelajaran dengan yang dapat dilakukan cara melihat
bahan pameran, menyentuh koleksi artifak yang dipamerkan dan merasai kekukuhannya ,
mendengar penjelasan yang diberikan tentang koleksi artifak yang dipamerkan,
memegang bahan koleksi yang dipertontonkan (pengalaman) melalui himpunan koleksi
atau artifak yang dipamerkan di sesebuah muzium (Condit: 1976).

Aktiviti pendidikan di muzium pada hari ini telah ditemui hasil kerja oleh
Kenneth Hudson (1976). Beliau meringkaskan pembangunan muzium pada masa kini
dapat dibangunkan dengan perkenalkan muzium melalui pendidikan di serata dunia untuk
memastikan mereka mendapat lebih banyak maklumat yang benar dan berasas.
Pendidikan muzium juga dapat menjamin pengekalan identiti budaya untuk terus dihayati
oleh masyarakat. Muzium bukan lagi sebuah rumah stor atau agen untuk penyimpanan
barang-barang bersejarah.

Terdapat bukti tentang perkara berkaitan pemuziuman kepada pendidikan seperti


yang diperkatakan oleh George Brown Goode (1897) pada hujung abad ke-19. Beliau
mencadangkan agar sesebuah muzium meletakkan label pada setiap bahan yang
dipamerkan supaya para pengunjung dapat mengetahui apa yang dilihat oleh mereka di
samping mengingati koleksi atau bahan yang dipamerkan.

Muzium menjadi sebuah institusi yang berkuasa sebagai cara untuk pendidikan.
Pendidikan muzium menjadi tema yang sentiasa berulang-ulang semasa di abad terakhir
yang bukan sahaja dalam kesusasteraan muzium tetapi melibatkan persidangan muzium
antarabangsa (International Council of Museums: 1972).
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (5)

Olofsson (1979) menjelaskan di sesetengah negara, pemandu pelancong dan beberapa


program telah dijalankan bagi tujuan pendidikan di sesebuah bangunan muzium yang
hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar dan pelajar kumpulan yang lain.

5.0 Tujuan Pendidikan Muzium


Tujuan pendidikan muzium adalah untuk memberi dan memastikan setiap maklumat
yang dibekalkan tentang sesuatu fakta atau kebenaran adalah benar. Sesuatu fakta itu
akan dinyatakan kebenarannya melalui hasil penyelidikan yang dilakukan oleh para
pengkaji, pameran yang dijalankan dan aktiviti ilmu yang berkaitan dengan artifak. Ini
akan memberi faedah kepada pemahaman yang lebih baik mengenai perkara lepas yang
telah berlaku (Stone & Molyneaux: 1994).

Menurut Olofsson (1979), tujuan pendidikan muzium dijalankan adalah untuk


memastikan keadaan sesuatu maklumat berada pada aliran yang betul, memberi peluang
yang professional untuk melihat koleksi-koleksi yang dihimpun, pelawat yang melihat
bahan-bahan pameran dapat bertukar-tukar pendapat, cadangan sesama mereka dan
memberi sokongan kepada rakan sekerja yang berada di muzium kerana pada masa
tersebut prioriti pendidikan mengenai pemuziuman masih di peringkat yang rendah.

Bagi memperkukuh dan memupuk penghayatan melalui pendidikan kepada


budaya dan warisan di kalangan rakyat Malaysia, pelbagai usaha telah dilakukan bukan
sahaja dalam institusi pemuziuman sahaja malah ia dilakukan dengan memelihara dan
memulihara produk kebudayaan seperti tapak warisan, monumen dan artifak,
terutamanya yang mempunyai kepentingan sejarah. Sehubungan ini, 63 monumen dan 25
tempat bersejarah dipelihara, dipulihara dan dinaik taraf untuk manfaat negara serta
sebagai tarikan pelancong. Produk ini termasuk Rumah Merdeka di Alor Star, Kedah
iaitu rumah asal Perdana Menteri pertama yang telah dibaik pulih menjadi sebahagian
daripada Memorial Tunku Abdul Rahman (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010).

Di samping menyelenggara muzium sedia ada, muzium dan arkib baru juga
diwujudkan bagi menunjukkan pencapaian Malaysia serta menjadi pusat untuk
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (6)

memelihara dan mendokumen sejarah negara. Bagi mempamerkan pencapaian Malaysia


dalam industri automatif, Muzium Automobil Nasional telah dibina di Kompleks Litar
Antarabangsa Sepang. Muzium tersebut dibuka kepada orang ramai pada tahun 2004 dan
menarik lebih daripada 34,500 pengunjung. Penubuhan Arkib Negara cawangan
Kedah/Perlis pada tahun 2003 dan Arkib Negara cawangan Sabah pada tahun 2005 telah
memudahkan koleksi, pemerolehan dan pemeliharaan rekod negara bagi tujuan
penyelidikan. Di samping itu, Muzium Kesenian Islam menyumbang ke arah
mempromosi seni dan artifak Islam tempatan dan asing. Langkah juga diambil
mewujudkan kesedaran mengenai kekayaan warisan budaya negara dengan penyebaran
maklumat dan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti seperti seminar dan bengkel
(Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010).

6.0 Bentuk Koleksi Yang Dikumpul


Setiap koleksi semasa pameran di muzium mempunyai nilainya yang tersendiri. Bentuk
koleksi yang dikumpul sebagai bahan pameran dilengkapi dengan nilai-nilai warisan
seperti kebudayaan, tradisi, nilai warisan sejarah yang tinggi pada koleksi tersebut dan
nilai-nilai kesenian dan estetika.

Eirinberg (1992) menyebut warisan berada dalam kesedaran literal iaitu sesuatu
yang diwarisi. Beliau menyatakan perkatan warisan sebagai sesuatu yang diwarisi atau
pusaka. Warisan merujuk kepada sesuatu warisan yang mempunyai nilai yang mana
warisan tersebut telah diwarisi daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.

Wright (1985) juga menjelaskan mengenai warisan:


The interpretative stress on the senses, on the experience of meanings which are
vitaly incommunicable and undefined may only seem clear an example of what Hermann
Glaser once decribed as the “deadening of thought through mysticising vagueness”……a
kind of sacrament encountered only in fleeting if well remembered experiences which go
without saying to exactly the extent that they are taken for granted by initiates, by true
members of the ancestral nation.
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (7)

Warisan kebudayaan juga adalah sebagai harta kebudayaan. Dalam sesetangah kes yang
ekstrem, ia bergantung dengan keadaan yang bersesuaian (Eirinberg:1992). Koleksi
artifak atau bahan yang dikumpulkan untuk pameran perlu mempunyai nilai warisan
kebudayaan yang tinggi seperti pakaian yang dapat melambangkan keadaan sesuatu
budaya contohnya baju kurung melambangkan kebudayaan orang Melayu, sari pula
digunakan dalam kebanyakan uparaca ritual seperti semasa perkahwinan yang
kebanyakannya diamalkan oleh orang India dahulu.

Bentuk koleksi yang dihimpunkan merangkumi warisan sejarah yang merupakan


himpunan koleksi barangan atau artifak yang diwarisi. Warisan-warisan sejarah yang
biasa dipamerkan adalah menjadi bahan sejarah dari turun-temurun atau tinggalan lama
di muzium seperti rumah peninggalan pusaka, pedang, keris, pinggan mangkuk
masyarakat dulu kala, wang kertas dan syiling dan sebagainya yang mengandungi
pelbagai maklumat yang berlatarbelakangkan sejarah. Untuk mendapatkan sumber
perolehan sesuatu koleksi, institusi muzium perlu membuat objektif dan skop keperluan
koleksi yang diperlukan. Kaedah dan cara mendapatkan koleksi adalah perkara yang
paling penting dalam memdapatkan sesuatu koleksi. Ini bagi menjaga hak dan batasan ke
atas bahan yang bakal dipamerkan (Corsane: 2005). Perolehan bagi sesuatu koleksi akan
dilihat daripada dua segi iaitu material dan non-material.Warisan sejarah biasanya
bersifat material seperti alatan senjata yang pada kebiasaanya dapat dilihat.

Setiap koleksi yang dipamerkan bukan bertujuan sebagai bahan hiasan tetapi
koleksi yang dipamerkan kepada para pelawat adalah bertujuan memberi pengetahuan
dalam pendidikan supaya mereka dapat menggambarkan keadaan sejarah pada masa
lampau dan mengetahui asal-usul kejadian mereka. Oleh itu, setiap bahan pameran perlu
dilengkapi dengan nilai-nilai moraliti, nilai-nilai estetika dan kesenian. Ini supaya para
pelawat tidak jemu dan dapat menghayati himpunan koleksi yang dipamerkan.

Pertumbuhan dalam koleksi himpunan muzium adalah selari dengan setiap


pertambahan yang berlaku. Wilson dalam buku Keene (1996) menerangkan muzium
yang tidak melakukan sebarang koleksi adalah dikenali sebagai “dead museum” muzium
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (8)

yang mati atau merujuk kepada muzium yang tidak mempunyai nilai-nilai pendidikan
yang tinggi serta tidak memberi sebarang ganjaran ilmu kepada pengunjungnya.

7.0 Kaedah Pendidikan Muzium


Untuk menerapkan ilmu pengetahuan mengenai pemuziuman, pelbagai kaedah dilakukan
untuk menarik minat para pelawat tanpa mengira dari peringkat mana datangnya mereka.
Kaedah pendidikan muzium pada kebiasaannya dijalankan menerusi pameran. Dengan
cara ini, setiap pameran yang dilakukan perlu cantik, menarik dan dapat menarik minat
para pengunjung di samping mereka dapat mengingati koleksi bahan yang dipamerkan.

Olofsson (1979) menjelaskan beberapa cara atau kaedah pendidikan muzium yang
dapat dijalankan bagi mencerna idea-idea dan ilmu-ilmu baru dalam pendidikan muzium.
Kaedah pertama menurut beliau ialah didactic atau persetujuan mengajar. Untuk kanak-
kanak dan golongan remaja menghadirkan diri ke sekolah atau menjadi ahli kepada
sesebuah pertubuhan. Ini merujuk kepada penyertaan seseorang individu kedalam
bengkel, seminar yang berkaitan. Kaedah pendidikan muzium ini dijalankan menerusi
seminar-seminar tentang muzium, bengkel kesedaran, forum berkaitan kepentingan
kewujudan muzium adalah merupakan sebahagian daripada projek pendidikan muzium.
Dari situ, berlaku percampuran maklumat. Pembelajaran akan diberikan kepada pelajar
di dalam kelas dan kumpulan tertentu.

Tujuan utama di sini ialah mereka yang terlibat akan mempelajari sejarah dan pra-
sejarah masing-masing. Pendidikan muzium dapat dipelajari semasa waktu lapang. Masa
waktu senggang ini, pelajar khususnya digalakkan mengadakan lawatan berpandu ke
muzium, kawasan arkeologi dan monumen supaya mereka dapat menimba sedikit
pengalaman tentang sejarah. Lawatan ini perlu diadakan secara besar-besaran kepada
orang awam termasuklah kanak-kanak, ahli keluarga dan sebagainya. Pendidikan estetika
terutamanya kepada golongan muda perlu diterapkan seperti menggunakan kaedah
latihan untuk menbantu mereka memahami nilai-nilai estetika koleksi yang dipamerkan.
Selain latihan ilmiah, penyelidikan bersepadu hasil gabungan pihak yang berkaitan perlu
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (9)

diwujudkan bagi memantapkan lagi kekuatan sesuatu maklumat yang diperolehi


(Olofsson: 1979).

Kaedah pendidikan muzium juga dapat dijalankan dengan mengedarkan risalah-


risalah yang berisi maklumat berkaitan pemuziuman seperti kepentingan muzium,
bagaimana memahami budaya dan kesenian kita dan seumpamanya. Melalui penerbitan
berkala seperti majalah-majalah berkenaan muzium perlu dilakukan bagi masyarakat kita
mengetahui perkembangan terbaru yang dilakukan oleh pihak muzium dan hasil
penyelidikan terkini yang ditemui.

8.0 Matlamat Pendidikan Muzium


Terdapat tiga matlamat pendidikan muzium yang paling utama iaitu untuk mewujudkan
kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan dan
sejarah negara. Matlamat kedua pula adalah mempelbagaikan lagi program pendidikan di
muzium. Pihak pemuziuman seharusnya menggiatkan lagi program-program pendidikan
di muzium secara berterusan dengan mengadakan bengkel, pertandingan, kembara,
pameran dan sebagainya yang berkaitan dengan warisan dan kebudayaan negara
manakala matlamat utama yang ketiga untuk memperbetulkan tanggapan masyarakat
umum mengenai istilah dan pengertian muzium yang sebenarnya (Corsane: 2005).
Kebanyakan masyarakat menganggap penubuhan sesebuah muzium adalah untuk tujuan
pameran semata-mata namun sekiranya tidak wujud pendidikan muzium sudah pasti
masyarakat ini akan sentiasa beranggapan sedemikian. Melalui pendidikan muzium yang
diterapkan hal ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran dan pemahaman
kepada masyarakat tentang istilah serta tujuan sebenarnya penubuhan sesebuah muzium.

Antara matlamat-matlamat lain pendidikan muzium ialah memberi dan


menyampaikan maklumat yang tepat. Hal ini demikian kerana segala maklumat yang
disampaikan kepada pengunjung adalah diperolehi melalui kajian dan penyelidikan yang
teliti oleh pihak pemuziuman (Alofsson: 1979). Selain itu, pendidikan muzium turut
melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Penubuhan muzium juga berperanan
sebagai sebuah institusi yang memberi sokongan terutamanya kepada para pelajar dalam
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (10)

mata pelajaran sejarah yang merupakan subjek wajib di setiap sekolah. Matlamat yang
seterusnya ialah untuk melahirkan masyarakat yang celik warisan budaya dan sejarah.

Dengan wujudnya institusi pemuziuman ini pendidikan muzium mula


diperkenalkan. Keadaan ini secara tidak langsung telah memberi pendidikan tentang
muzium kepada masyarakat dan telah membuka mata masyarakat tentang pentingnya
untuk menjaga khazanah warisan bangsa. Matlamat lainnya ialah bagi melahirkan
masyarakat yang berkeperibadian. Dengan perkataan lain masyarakat akan lebih
menghargai serta mengetahui asal usul setiap warisan dan kebudayaan negara melalui
pendidikan yang disampaikan tersebut.

9.0 Fokus Pendidikan Muzium


Pendidikan muzium ini adalah bersifat terbuka. Sesiapa sahaja yang berminat boleh turut
serta dalam mempelajari hal berkaitan institusi pemuziuman ini. Tetapi, penubuhan
muzium juga memberikan fokus terhadap beberapa kumpulan tertentu. Bagi pelancong
dalam dan luar negara, mereka disarankan melawat muzium yang bersifat lebih umum
dan yang menggambarkan seni budaya sesebuah negera contohnya pelancong Jepun yang
datang ke Malaysia. Bagi golongan kanak-kanak dan dewasa, kebanyakan mereka
terdedah kepada pelbagai budaya asing yang masuk ke Malaysia. Oleh itu, mereka
memerlukan pendedahan supaya mengingati asal-usul diri mereka. Pelajar-pelajar
sekolah menengah dan rendah digalakkan mengikuti perkembangan muzium terkini
supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Ini kerana pelajar-pelajar di peringkat
sekolah menengah dan rendah mengambil mata pelajaran sejarah sebagai salah satu
keperluan dalam sistem sukatan pelajaran. Fokus terhadap guru-guru juga penting kerana
mereka merupakan pembimbing terpenting dalam membentuk jati diri seseorang pelajar.
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (11)

10.0 Konsep Pendidikan Muzium


Muzium turut memainkan peranan penting dalam pendidikan terutamanya kepada
masyarakat umumnya. Terdapat beberapa konsep pendidikan yang diterapkan oleh
institusi pemuziuman dalam menyampaikan mesej mereka kepada masyarakat yang
berkenaan dengan pemuziuman. Salah satu konsep pendidikan yang diterapkan ialah
pendidikan secara terbuka dan berterusan. Pendidikan yang menekankan aspek kesenian
dan warisan budaya harus diserap dalam diri masyarakat hari ini samada melalui media
massa mahupun media elektronik seperti televisyen, radio, internet, majalah, risalah-
risalah dan sebagainya (Read: 1973). Pendidikan ini haruslah dijalankan secara
berterusan dan bukannya secara berkala. Sekiranya pendidikan ini dijalankan secara
berterusan ianya secara tidak langsung akan dapat menarik lagi minat masyarakat untuk
memahami dan mendalami bidang yang berkaitan dengan pemuziuman seperti sejarah
serta warisan budaya negara.

Konsep pendidikan yang diterapkan kepada individu juga tidak mengira peringkat
umur samada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Namun sekiranya masyarakat tahu
atau sedar tentang pentingnya pendidikan pemuziuman yang ada kaitannya dengan
sejarah dan warisan bangsa tentu mereka tidak akan ketinggalan untuk mempelajarinya
dan menggalakkan anak-anak supaya turut mempelajarinya. Pendidikan yang berkenaan
pemuziuman ini boleh diserapkan dalam pembelajaran di sekolah-sekolah sejak di pra
persekolahan lagi sehingga ke pusat pengajian tinggi (Olofsson: 1979).

11.0 Kesan kepada Institusi Muzium, pendidikan dan Masyarakat

11.1 Kesan kepada institusi muzium


Melalui pendidikan muzium kepada masyarakat ianya dapat memberi kesan kepada
institusi pemuziuman itu sendiri contohnya seperti memperbetulkan salah anggap
masyarakat terhadap fungsi muzium yang sebenarnya. Jika dilihat pada masa dahulu
muzium memfokus kepada tujuan pameran semata-mata namun berbeza dengan institusi
muzium yang ada pada masa kini yang berperanan menyampaikan segala maklumat yang
berkaitan sejarah dan warisan negara (Hale: 1968). Pendidikan muzium juga memberi
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (12)

kesan lain kepada institusi muzium iaitu dengan memanfaatkan hasil penyelidikan yang
dilakukan oleh para profesional muzium selain dapat memanfaatkan kepakaran para
profesional muzium. Hal ini secara tidak langsung membolehkan kurator menambahkan
kepakaran dalam bidang mereka itu. Institusi pemuziuman turut berperanan menjadikan
muzium sebagai sebuah tempat atau destinasi kunjungan yang bermanfaat dan
menyeronokkan kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya.

11.2 Kesan kepada masyarakat


Pendidikan muzium dapat memberi kesan kepada masyarakat antaranya ialah untuk
memperbetulkan salah anggap masyarakat terhadap institusi pemuziuman. Melalui
pendidikan yang diterapkan oleh pihak muzium kepada masyarakat ianya boleh
menyedarkan masyarakat tentang kewujudan institusi muzium yang berperanan sebagai
gedung khazanah warisan negara. Pendidikan muzium juga turut melahirkan masyarakat
yang berbudaya dan celik sejarah. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan
masyarakat membentuk jati diri dan memupuk semangat cintakan negara dalam diri
mereka.

11.3 Kesan kepada pendidikan


Keperluan mempelbagaikan kaedah pengajaran juga amat ketara apabila guru perlu
membantu pemahaman pelajar dalam pembelajaran. Setiap kaedah pengajaran
mempunyai ciri-ciri yang khusus dan berkeupayaan memupuk atau melatih aspek-aspek
pengetahuan, kemahiran serta sikap tertentu. Keberkesanan setiap kaedah pengajaran itu
pula boleh dipertingkatkan lagi melalui penggunaan pelbagai alat bantu mengajar yang
relevan dan menarik. Perkembangan aspek-aspek sosial, kerohanian, mental dan fizikal
para pelajar juga perlu diberi perhatian. Pendidikan muzium dapat memberikan peluang
berfikir dengan lebih kreatif dan kritis, kemahiran menaakul, bertutur dan menulis. Selain
itu, mereka juga dapat memupuk diri sendiri dengan nilai-nilai murni dan kemahiran-
kemahiran sebagai asas kepada kehidupan di luar dan alam persekolahan. Kaedah-kaedah
pengajaran yang lazim diamalkan dalam bilik darjah boleh diklasifikasikan menjadi satu
bentuk taksonomi yang dapat memberikan gambaran tentang keberkesanan setiap kaedah
yang dijalankan (Peterson et al.: 1984).
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (13)

12.0 Penutup

Penubuhan sesebuah muzium adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk memberi
kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang pentingnya pemahaman tentang
sejarah dan seni warisan negara. Melalui pendidikan muzium pengetahuan tentang
penubuhan sesebuah muzium akan diperjelaskan lagi oleh pihak muzium. Keadaan ini
sekaligus dapat menolak tanggapan masyarakat yang memperkatakan bahawa penubuhan
muzium adalah sekadar untuk tujuan pameran semata-mata. Dengan tertubuhnya institusi
pemuziuman ini segala maklumat tentang sejarah dan warisan negara akan dinyatakan
dan diceritakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Institusi
pemuziuman turut memainkan peranan dalam menyelidik, mengumpul, memelihara
warisan sejarah, kebudayaan dan alam semula serta pameran. Kerjasama daripada semua
pihak amat digalakkan dalam usaha untuk meningkatkan lagi mutu pengurusan institusi
pemuziuman ini. Selain itu, muzium juga merupakan salah sebuah institusi yang
memiliki sesuatu yang penting dan ternilai untuk dimanfaatkan secara bersama dalam
usaha untuk merealisasikan matlamat penubuhannya. Penubuhannya juga berperanan
dalam menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan seperti melalui pameran,
ceramah, bengkel, seminar, forum, persidangan dan sebagainya. Oleh yang demikian,
penubuhan muzium adalah menjadi tunjang kepada pemuliharaan dan pemeliharaan
warisan bangsa agar ianya tidak terus lenyap ditelan zaman.
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (14)

Rujukan

Condit, L. 1976. Museums, imagination and education. Paris: Unesco.


Corsane, G. Ed. 2005. Heritage, Museum and Galleries: An introductory Reader.
London: Routledge.
Eirinberg, K. 1992. Culture under fire. Geographical Magazine. 64(12): 24-28.
Goode, G. B. 1897. The museums for the future. Annual report for the Smithsonian
Institution. Washington DC: The Government Printing Office.
Hale, J. 1968. Museums and the teaching of history. Museums 21(1): 67-72.
Hebditch, M. Ed. 1990. Why do we preserve objects? Dalam managing conservation,
conference preprints. London: UKIC.
Hudsons, Kenneth. 1976. Learning stations, customized worksheet and exhibit
effectiveness: the new museum jargon. Museum Journal 75(4): 165-166.
ICOM. 1972. The museum in the service of man: today and tomorrow. Paris:
International Council of Museums.
Keene, Suzanne. 1996. Managing Conservation in Museums. Jordan Hill: Butterworth
Heinemann.
Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. 491-499.
Malaysia. 2007. Pengenalan. Muzium Negara Malaysia.
Olofsson, Ulla K. 1979. Museums and Children. Monographs on Education. Paris:
UNESCO.
Peterson, R., Bowyer. J, Butts. D. & Bybee, R. 1984. Science and society: A source book
for elementary and junior high school teachers. Columbus, OH: Charles E. Merill
Publishing Co.
Read, John. 1973. Television and the museum.Paris: Unesco.
Shuell, T. J. 1996. Teacing and Learning in a classroom context. Dalam D. Berliner &
R. Calfee. Handbook of educational psychology. New York: Macmillan.
Stone, Peter. 1992. The Magnificent Seven: reason for teaching about prehistory.
Teaching History Oktober: 13-18.
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (15)

______ & Mackenzie, R. 1990. The Excluded Past: Archaelogy in Education. London:
Unwin Hyman.
______ & Molyneaux, B. 1994. The Presented Past: Heritage, Museums and
Education. London & New York: Routledge.
Weil, S. 1990. Rethinking the Museum. Washington : Smithsonian Institution.

You might also like