NOTA 9: PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN
Susunan: Amiene RevMaksud Pengurusan
Pengurusan ialah suatu proses untuk merancang, mengorganisasi, memimpin danmengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagimencapai matlamat yang ditetapkan (James Stoner, 1985) seperti berikut:1.Proses: Cara teratur untuk melakukan kerja. Semua pengurus terlibat dalamaktiviti tertentu bagi mencapai matlamat. Dengan ini. Tugas perlu dilakukansecara teratur dan mengikut prosedur tertentu.2.Merancang: Pengurus perlu memikirkan matlamat dan tindakan tertentu yangwajar diambil dalam mengurus organisasi yang dipimpinnya. Beliau hendaklahmerancang tindakan secara teliti supaya kaedah, rancangan dan logik.3.Pemimpin: Sebagai seorang ketua, pengurus perlu mengarah dan mempengaruhisubordinat supaya mereka melakukan tugas tugas yang diarahkan dengan penuhtanggungjawab.4.Mengawal: Pengurus memastikan bahawa organisasi bergerak ke arahmatlamatnya.5.Mengorganisasi: Pengurus menyelaraskan sumber tenaga manusia dan bahanorganisasi. Keberkesanan organisasi bergantung kepada keupayaan pengurusmenentukan penggunaan segala sumber bagi mencapai matlamatnya.
Tugas/Peranan Pengurus
1.Bekerjasama dengan sesiapa sahaja pada setiap peringkat, sama ada dalam atau diluar organisasi demi mencapai matlamat. Contoh: Untuk menjayakan acara sukantahunan, Pengetua perlu menghubungi Majlis Sukan Negara dll.2.Bertindak sebagai saluran komunikasi dalam organisasi. Menyediakan maklumatterkini untuk ahli, contohnya maklumat berkaitan kebajikan ahli dan organisasi.3.Menjadi pengantara dalam menyelesaikan masalah salah faham yang timbuldalam organisasi. Contoh: Pengetua/Penolong Kanan hendaklah bertindak wajar,rasional dan adil dalam menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak.4.Sebagai seorang ahli politik yang menggunakan kebolehan memujuk ahli dan berkompromi untuk mencapai matlamat organisasi, lebih-lebih lagi subordinatmempunyai pelbagai latar belakang. Pengetua perlu mengkaji situasi danmengumpul maklumat yang tepat terlebih dahulu.
Add a Comment