You are on page 1of 11

Panduan Mengdiagnosis Kelemahan Dalam Pembelajaran

Punca Kelemahan Dalam Cadangan Tindakan/Pemulihan


Pembelajaran
1. Kesihatan
a) Selalu sakit Beri tahu ibu bapa supaya dapat
b) Susah dengar rawatan
c) Susah bercakap, menyebut.
d) Rabun jauh, rabun dekat

2. Emosi
a) Kurang motivasi Ransangkan pelajar
3. Sosial dan ekonomi
a) Tidak boleh belajar dengan Beri kaunseling dan bimbingan
rakannya, nakal, kacau dalam
kelas, mempertikaikan. Beri tahu ibu bapa. Mungkin boleh
b) Tidak mampu membeli buku, dapatkan bantuan daripada PIBG atau
alay tulis. sumber lain.
4. Hasil pembelajaran dalam
bidang kognitif Terangkan semula. Beri lebih banyak
a) Pemahaman: tidak faham latihan untuk memperkukuhkan
sesuatu konsep, kemahiran, atau kefahaman.
maklumat. Bantu pelajar menerangkan semula
b) Komunikasi: tidak faham tetapi secara lisan atau bertulis. Beri lebih
tidak boleh terangkan semula banyak latihan secara lisan atau
secara lisan atau bertulis.` bertulis untuk pelajar menerangkannya
semula.
c) Ingatan: faham tetapi tidak Ajar cara-cara mengingat. Beri latihan.
boleh ingat sesuatu fakta, konsep, Ransangkan pelajar.
atau maklumat. Tunjuk cara mengaplikasi. Beri lebih
d) Aplikasi: faham dan boleh ingat banyak latihan tentang aplikasi.
fakta atau konsep tetapi tidak boleh
aplikasikannya ke dalam situasi
yang baru.
5. Pembelajaran bidang afektif
a) Tingkah laku: tidak amalkan Beri kaunseling, bimbingan, aktiviti dan
tingkah laku yang diingini. ransangan
b) Amalan nilai-nilai murni: tidak
amalkan nilai-nilai murni
6. Pembelajaran dalam bidang
Psikomotor Tunjuk cara secara berperingkat dan
a) Tidak boleh melakukan sesuatu pelajar melakukannya sehingga mahir.
kemahiran manipulatif (gerakan) Beri lebih latihan.
dengan betulerti mengukur,
melukis, mewarna, melompat tinggi,
memukul bola hoki, bermain alat
muzik, menukul, atau menjahit.

Kaedah Motivasi
1) Motivasi atau rangsangan adalah sangat penting untuk merangsang
pelajar mempelajari atau membuat sesuatu sehingga mereka menguasai
atau menyelasaikannya.
2) Merangsang pelajar hendaklah dilakukan kerap kali supaya motivasi
mereka untuk belajar selalu berada pada tahap yang tinggi.
3) Ada dua cara motivasi:
a) Motivasi Ekstrinsik: Pelajar dirangsang oleh guru, ibu bapa, media
massa
b) Motivasi Intrinsik: pelajar merangsang diri mereka sendiri.

a) Motivasi Ekstrinsik
I. Boleh menggunakan dua kaedah berikut:
· Kaedah Ganjaran
· Kaedah Hukuman
II Guru digalakkan supaya menggunakan kaedah ganjaran
kerana kaedah ini didapati membawa kesan yang lebih baik dan
positif.
III Dalam kaedah ganjaran, guru boleh menggunakan berbagai
teknik seperti:
· memberi kasih sayang
· memuji
· memberi galakkan
· menghormati
· menanam minat
· sedia membantu dan berkerjasama
· sedia mendengar dan bersimpati
· berhemah tinggi
· menanam rasa yakin
· menenam budaya rajin belajar, ingin mencari ilmu, minda
inkuiri, membaca
· memberi cabaran
· memberi tugasan yang boleh diselesaikan
· memberi ganjaran atau hadiah
· menggunakan unsur-unsur agama
· menggunakan pelbagai cogan kata atau kata hikmat
· menggunakan cerita atau kisah yang bertema moral
· berfikir secara positif
· memberi tanggungjawab tugas
· memberi bimbingan kaunseling.
IV Adakalanya kaedah hukuman terpaksa digunakan. Teknik
yang harus digunakan dalam kaedah ini:
· Tegas
· Tegur
· Disiplin
· Marah
· Denda
V Sekiranya terpaksa menggukan kaedah hukuman, guru
dinasihatkan supaya menggunakan juga teknik ganjaran.
VI Guru harus mengelak daripada menggunakan teknik yang
boleh mengakibatkan kesan buruk atau negatif seperti berikut:
· memaki
· memalukan
· menakutkan
· mencederakan
· dera
· tidak mempeduli
· mengkritik sifat peribadi
· menghampakan

VII Ingatan: walaupun motif guru adalah untuk merangsang, atau


mendisiplinkan pelajar, mereka mungkin didakwa dimahkamah
sekiranya tindakan sampai mencederakan atau mengaibkan
pelajar dan keluarganya.

b) Motivasi Intrinsik
1. Pelajar juga boleh menggunakan dua kaedah merangsang diri:
· Kaedah Ganjaran
· Kaedah Hukuman
2. Dalam Kaedah Ganjaran, pelajar boleh memilih beberapa teknik
seperti berikut:
· ingin mendapat kasih sayang, kepujian, penghormatan dan
sebagainya daripada orang lain
· ingin menggembirakan hati guru, ibu bapa dan rakan
· ingin mencapai cita-cita
· berasa yakin
· meminat diri
· menggunakan unsur agama
· menggunakan cogan kata atau kata hikmat
· mengamalkan nilai murni
· tidak putus asa
· mencuba hingga berjaya
· sedia menghadapai cabaran
· memberi ganjaran atau hadiah
· menaakul atau meramal
· berfikir secara kritis dan kreatif
· bertanding dengan diri sendiri
3. Dalam kaedah hukuman, pelajar boleh menggunakan sebarang
teknik berikut:
· Ingin mengelakkan daripada penderitaan, dera atau
hukuman seperti marah, tegur, malu, takut, atau denda,
· Mendenda atau menghukum diri: misalnya tidak menonton
TV atau mengurangkabn masa untuk menonton TV.

CIRI-CIRI GURU DALAM P&P MASTERI

1. Menyayangi semua pelajar.


2. Yakin bahawa mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai
sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan pengajaran dan
pembelajaran adalah berkualiti.
3. Mencintai subjek yang diajar.
4. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi
memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran.
5. Merangsang dan mendorong pelajar untuk belajar sehingga mereka dapat
menguasai sesuatu hasil pembelajaran.
6. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah.

GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, oleh sebab itu tiada satu
kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Guru harus
mempelbagaikan kaedah dan aktiviti pembelajaran supaya pelajar dapat belajar
dengan berkesan.

Ada tiga gaya pembelajaran pelajar:


1. Gaya pembelajaran visual: pelajar dalam golongan ini suka belajar
dengan melihat
a) huruf atau perkataan
b) benda, gambar atau gambarajah
c) demonstrasi, tindakan dan lakonan.
2. Gaya pembelajaran audio: pelajar dalam kumpulan ini suka dengan
mendengar atau bercakap seperti:
a) Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru
atau pelajar lain
b) Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau
menghuraikan
3. Gaya Pembelajaran Kinestatik: Pelajar dalam kumpulan ini suka
belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu, seperti:
a) Menulis atau melukis sesuatu
b) Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi
atau projek.
Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus
menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan ketiga-tiga gaya
tersebut. Berdasarkan penyelidikan ada beberapa model yang boleh digunakan
sebagai panduan.

Model Sistem 4MAT (oleh Dr. Bernice McCarthy)

Model ini merujuk kepada empat jenis pelajar:


a) Pelajar Imiginatif
b) Pelajar Analitik
c) Pelajar Praktik
d) Pelajar Dinamik

Gaya Pembelajaran Mengikut Sistem 4MAT


Jenis 1.Pelajar 2.Pelajar 3.Pelajar 4.Pelajar
Ciri Imiginatif Analitik Praktik Dinamik
1. Matlamat Mencari Mencari fakta Mencari Mencari
makna dan yang kegunaan sesuatu yang
sebab menjelaskan maklumat baru
mempelajari konsep
maklumat
2. Cara Menggunakan Berfikir Menguji teori Cuba jaya dan
Belajar semua deria tentang idea dan menaakul penemuan
dan berkongsi secara sendiri
ide
3. Suka Berinteraksi Pendapat Tahu Mencipta atau
dengan orang pakar dan bagaimana mengaplikasi
lain dan menganalisis sesuatu maklumat itu
berkongsi sesuatu berfungsi dab
idea maklumat berinteraksi
dengan orang
lain
4. Kekuatan Inovasu dan Membina Mengaplikasi Tindakan dan
idea konsep idea yang menyudahkan
praktikal sesuatu
5.Suka Mengapa? Apa dia? Bagaimana Apakah boleh
menyoal teori atau dicipta oleh
maklumat itu saya?
dipraktikkan?
6.Cara Gunakan Terangkan Beri latihan, Beri projek,
Mengajar benda atau (guru atau kuiz, kerja tugasan, atau
pengalaman pelajar) dan amali, masalah dan
maujud. Beri galakkan eksperimen galakakan
peluang untuk pelajar untuk pelajar pelajar
perbincangan membuat mencuba berkongsi
dan analisis dengan hasilnya.
pengeluaran maklumat sendiri.
idea

GAYA PEMBELAJARAN MODEL DUNN & DUNN

Model Dunn & Dunn dicipta oleh Dr Rita Dunn dan Dr Kenneth Dunn. Model ini
mencadangkan bahawa gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung
kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus, seperti ditunjukkan
dalam jadual berikut:

Stimulus Unsur Ciri


Bunyi Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi
latarbelakang seperti muzik.
Cahaya Suka belajar di tempat yang cerah atau di
1. Alam tempat yang kurang cahaya
Sekitar Suhu Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat
yang panas
Pola Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi
dan meja atau di tempat tidak formal seperti
berbaring atau duduk di lantai.
Motivasi Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu
dirangsang oleh guru.
Ketabahan Boleh belajar dalam masa yang panjang atau
2. boleh belajar dalam masa yang pendek.
Emosi Tanggungjawab Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu
bimbingan oleh guru.
Struktur Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka
belajar sekiranya lebih masa diberi untuk
sesuatu mata pelajaran atau perkara.
Sendiri Suka belajar dengan sendiri
Pasangan Suka belajar secara pasangan.
Rakan sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya.
3. Pasukan Suka belajar dalam pasukan.
Sisiologi Guru Suka belajar dengan guru di sebelahnya.

Pelbagai cara Boleh belajar dengan mana-mana cara tersebut


di atas.
Persepsi Suka belajar dengan benda atau pengalaman
maujud atau dengan perkara abstrak.
Makan Suka atau tidak suka makan minum semasa
4. belajar.
Fizikal Waktu Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu
yang sesuai atau pada bila-bila masa.
Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar.
Global atau Pelajar global suka belajar secara menyeluruh;
Analitik pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan
membuat analisis.
Otak kiri atau Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak
5. Otak kanan kiri suka belajar bahagian-bahagian, bahasa,
Psikolog dan membuat pengiraan dan analisis;pelajar
i yang lebih memproses maklumat di otak kanan
suka belajar secara keseluruhan, membuat
sintesis,melukis, membuat gerakan dan
mencipta sesuatu,
Impulsif atau Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan
Reflektif manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum
bertindak.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) YANG BERKESAN


(MASTERI)

1. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untu pembelajaran
berkesan kerana pelajar berpeza dalam kebolehannya dan mereka juga
mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.

2. Kaedah atau aktivit p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran berkesan


ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan
menyeronokkan.

3. Merancang kaedah atau aktiviti p&p hendaklah mengambil kira kebolehan


dan gaya pembelajaran pelajar.

4. Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan guru:

· syarahan
· penerangan
· huraian
· demonstrasi/tunjuk cara
· bercerita
· pembacaan
· memberi nota

5. Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan pelajar:

· soal jawab · pembelajaran koperatif


· latih tubi atau kerja kumpulan
· bercerita · main peranan
· membuat latihan · lakonan
· penerangan, · simulasi
penjelasan, huraian · membuat nota sendiri
· perbincangan · lawatan
· inkuiri · pengajaran berprogram
· penemuan · pembelajaran berbantu
· bacaan komputer
· sumbang saran · Pembelajaran Akses
· demonstrasi oleh Kendiri (Self Access
pelajar Learning)
· kerja amali
· eksperimen
· projek
· kuiz
· penyelesaian masalah
· reka cipt

PEMBELAJARAN KOPERATIF

1. Penyelidikan menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah satu


cara pembelajaran yang berkesan.

2. Dalam pembelajaran koperatif, satu tugasan, projek atau masalah diberi


dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau
kelas.

3. Beberapa teknik dalam Pembelajaran Koperatif (Spencer Kagan 1990):

a) Giliran Ahli kumpulan:


Setiap pelajar dalam satu kumpulan memberi idea atau pendapatnya
secara giliran.

b) Pameran kumpulan:
I. setiap kumpulan mempamerkan hasilnya
II. setiap pelajar melihat hasil setiap kumpulan dan
berbincang dengan ahli-ahli kumpulan itu.

c) Memadan benda:
Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda.

d) Kuiz:
I. Guru memberi soalan kepada satu atau semua
kumpulan.
II. Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk
mendapatkan jawapan.
III. Seorang pelajar dalm kumpulan itu memberi jawapan
kepada soalan guru.

e) Kad Hafalan:
I. Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang
mengandungi fakta atau maklumat penting untuk dihafal.
II. Guru menyoal.
III. Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu
menjawab dan markah akan diberi.

f) Semakan Pasangan:
I. Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk
diselesaikan.
II. Dalam satu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan
masalah itu dengan bantuan pelajar yang lain.
III. Kemudian penyelesaian masalah itu dibandingkan dengan
penyelesaian masalah pasangan yang lain.

g) Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat:


I. Pelajar dalam satu pasangan berfikir tentang sesuatu
topik yang diberi oleh guru.
II. Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam
kelas.

h) Peta Konsep Berpasukan


Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di
atas kertas yang besar.

i) Jawapan Giliran:
1. I. Satu kumpulan diberi sebilangan soalan
II. Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan

j) Penguasaan Secara Berpasangan:


Pelajar-pelajar menguasai sesuatu isi kandungan secara
berpasangan.
k) “Jigsaw” (Pakar dalam kumpulan)
I. Beberapa topik diberi kepada sesuatu kumpulan.
II. Seorang pelajar dalam satu kumpulan menjadi “pakar”
dalam sesuatu topik dan dia perlu belajar dan menguasai topik
itu.
III. Maklumat tentang topik-topik dikongsi supaya kumpulan itu
dapat memahami semua topik.

l) Kerjasama semua kumpulan:


I. Setiap kumpulan diberi satu topik yang berlainan tentang
sesuatu tajuk atau perkara.
II. Kumpulan itu akan membuat penyelidikan dan menjadi
pakar dalam topik itu.
III. Semua maklumat dikongsi dalam kelas.

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN AKTIVITI P&P

Kekesanan pembelajaran juga bergantung kepada keupayaan dan kemahiran


guru untuk mengurus kelas dan aktiviti p&p:

1. Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap
pelajar.

2. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran berkesan

3. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan


pembelajaran.

4. Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang sesuai untuk
sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar
dapat dirangsang sepanjang waktu pelajaran.

5. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan


perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran.

6. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang


dikehendaki.

7. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan


pelajar dalam kelas.

8. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau diagnostik


dan ujian sumatif.
9. Menjalankan ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif pada masa
yang sesuai.

10. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan.

11. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan
menggunakan kaedah yang berkesan.

12. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti p&p dalam sesuatu
pelajaran.

13. Menyimpan rekod secara sistematik tentang sifat peribadi dan pencapaian
pelajar.
TUJUH KECERDASAN (7 multiple intelligences)

Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu


dikembangkan (Howard Gardner 1983):
1. Bahasa
2. Logik-matematik
3. Ruang (spatial)
4. Muzik
5. Kinestetil
6. Interpersonal
7. Intrapersonal

Ciri-ciri Tujuh Kecerdasan


Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan
1. Bahasa Menulis karangan, sajak, puisi, Penulis, penyajak,,
pantun, dan memberi ucapan. penceramah.
2. Logik Menaakul, kiraan, membuat Saintis, jurutera, akauntan.
matematik analisis
3. Ruang Mencorak, melukis, mengukir Pelukis, pengukir.
(spatial)
4. Muzik Mencipta lagu, menyanyi, Pencipta lagu, penyanyi,
menikmati muzik, memain alat pemain alat muzik, peminat
muzik muzik.
5. Kinestetik Gerakan, tarian, lakonan, Atlit, pemain bola sepak,
sukan, memain permainan. peninju, penari, pelakon.
6. Perhubungan manusia Diplomat, ahli politik,
Interpersonal peniaga.
7. Nilai murni, pendirian, Pengarang, penyajak, ahli
Intrapersonal falsafah. falsafah.

Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan tetapi
dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.

You might also like