Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kajian KAtak Hutan Nirwana UPMKB

Kajian KAtak Hutan Nirwana UPMKB

Ratings:

4.5

(4)
|Views: 1,471 |Likes:
Published by mamaidoya
Kajian simple yang dijalankan di Hutan Nirwana, UPM Bintulu, Sarawak yang memakan masa 1 bulan lebih di dalam hutan.
Kajian simple yang dijalankan di Hutan Nirwana, UPM Bintulu, Sarawak yang memakan masa 1 bulan lebih di dalam hutan.

More info:

Published by: mamaidoya on Mar 26, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/01/2013

pdf

text

original

 
1
BAB 1PENDAHULUAN1.1 Pengenalan Projek Kajian
Projek amali semester kajian kepelbagaian spesies katak di Kem Hutan Nirwana UPMKB inidijalankan oleh pelajar Tahun Akhir Diploma Perhutanan (Sesi 2007/2008) bagimelengkapkan kriteria di dalam kursus elektif Pengurusan dan Perlindungan Hidupan Liar (FHU2211). Ini merupakan kajian serupa yang kedua dijalankan di Hutan Nirwana UPMKB,dan yang kelima kalinya dijalankan di UPMKB. Projek ini dijalankan selama 8 minggu bermula daripada 30 Januari 2008 hingga 16 Mac 2008, di mana penangkapan katak dilakukan sebanyak 3 kali seminggu. Projek ini juga dijalankan selama 3 hari berturut-turut pada setiap minggu iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.Penangkapan katak di sekitar Kem Hutan Nirwana dilakukan pada sebelah malam disepanjang sungai dan kawasan denai sepanjang sungai. Aktiviti penangkapan katak dijalankansekitar jam 8.00 malam sehingga jam 12.00 malam. Ini kerana, kebanyakan spesies katak aktif dalam jangka masa ini. Katak-katak yang telah diperoleh akan di bawa ke makmal untuk dicam spesiesnya dan diketahui komposisinya dari segi berat dan panjang. Seterusnya, katak-katak tersebut akan dilepaskan kembali ke habitat asal untuk memastikan spesies tersebutterus kekal di Hutan Nirwana. Mana-mana spesies yang belum pernah direkodkan dan tidak ada di dalam senarai awetan, hanya seekor akan di awet untuk rujukan pada masa hadapan.Segala maklumat dan rekod mengenai katak-katak yang diperoleh akan disimpan dandijadikan rujukan.Kajian mengenai kepelbagaian spesies katak ini juga merupakan kajian yang kedua di jalankan di Hutan Nirwana UPMKB. Kajian oleh pelajar 
 senior 
yang terdahulu melibatkan beberapa bahagian di kawasan tengah Hutan Nirwana, dan pada kali ini, kajian inimemfokuskan kepada spesies-spesies katak yang boleh dijumpai di sekitar Kem Hutan Nirwana UPMKB, yang terletak di sebelah barat kawasan Hutan Nirwana.
 
2
1.2
 
Objektif Kajian
Objektif utama kajian kepelbagaian spesies katak ini adalah untuk mengetahui kepelbagaianspesies kata di Hutan Nirwana UPMKB, dan secara tidak langsung mengetahui struktur anatomi serta ciri-ciri katak mengikut spesies. Antara objektif lain adalah:
 
Untuk membolehkan pelajar melakukan pengecaman katak-katak di UPMKB khasnyadan di Borneo, amnya.
 
Merupakan suatu bentuk pengenalan mengenai kajian penyelidikan di dalam bidangPengurusan Hidupan Liar.
 
Mendedahkan kepada pelajar mengenai dunia pekerjaan sebenar di dalam bidang penyelidikan hidupan liar.
 
Merapatkan silaturahim di antara pihak-pihak yang terlibat, di mana kerjasama dantoleransi adalah sangat penting semasa melakukan kajian.
 
Membolehkan pelajar mengetahui cara dan kedah yang betul untuk menjalankankajian, menyediakan laporan dan membentangkan kajian.
 
Menerapkan kesedaran menghargai hidupan liar yang terdapat di UPMKB.
 
Menanamkan sifat ingin tahu mengenai hidupan liar ke dalam diri para pelajar.
 
Memupuk semangat keberanian semasa menjalankan kerja-kerja pencarian katak dikawasan hutan pada waktu malam.
 
Membolehkan pelajar menimba pengalaman dan pengetahuan semasa berada dikawasan hutan.
 
3
BAB 2ULASAN PERPUSTAKAAN2.1 Pengenalan Kepada Katak 
Perkataan ‘Amfibia’ di ambil daripada perkataan Greek, ‘Amphibios’, yang bermaksud duakehidupan. Ini merujuk kepada spesies hidupan yang hidup di daratan dan di air. Amfibiayang wujud pada hari ini berasal daripada suatu spesies kuno yang fosilnya pernah dijumpaidan dianggarkan berusia 360 juta tahun.Amfibia merupakan haiwan vertebrata berdarah sejuk yang secara khasnyamempunyai anggota badan termasuk sirip, serta mempunyai kulit yang lembut dan lembaptanpa sisik atau bulu. Telurnya juga tidak bercangkerang. Hidupan ini biasanya terbentuk daripada hidupan akuatik pada peringkat larva dan menjadi hidupan air dan darat atau air sepenuhnya setelah menjadi dewasa. Terdapat tiga order amfibia yang hidup di atas muka bumi ini iaitu, Urodela, Anura dan Apoda (Gymnophiona).Order Urodela terdiri daripada amfibia yang mempunyai karakter umum sepertianggota badan yang jarang berubah, dan ekor yang sama panjang dengan badannya. Giginya juga boleh dilihat pada kedua-dua rahang atas dan bawah tetapi kadangkala tidak begitu jelas.Antara contoh amfibia daripada order ini adalah salamander dan bengkarung air.Order Apoda pula merupakan sejenis hidupan yang hidup di kawasan subterraneanwalaupun pada peringkat larva, ia boleh dijumpai di celah batuan atau keladak di dalamsungai. Adaptasi hidupan ini kepada habitatnya yang berada di dalam lubang tanahmenyebabkan ia kehilangan sebahagian anggota badannya seperti ekor. Bentuk badannyamenyerupai ular dan mempunyai mata yang sangat kecil. Seperti order Anura, order inimempunyai peringkat-peringkat hidup yang pelbagai. Order ini biasanya dikenali sebagaicaecillians, dan jarang dilihat kerana habitatnya yang bukan di atas daratan. Antara contohhidupan daripada order ini adalah
 Ichyophis glutinosus
atau sejenis cacing.Order Anura yang terdiri daripada katak dan kodok merupakan suatu order yangmempunyai kepelbagaian variasi. Anura bermaksud ‘tanpa ekor’ dan ini merujuk kepadaketiadaan ekor pada spesies-spesies matang di dalam order ini. Perkataan ‘Salientia’ juga

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Chstiong Hilary liked this
Aslinah Rahman liked this
Foo Ngai Zheng liked this
Lia Aseptin liked this
Mohd Shafiq liked this
meenzainuri liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->