You are on page 1of 9

KONSEP ETNIK, ETNISITI DAN ETNOSENTRISME

Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapt pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandanganmengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang melayu, india, cina, kadazan dusun, melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral. Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.

http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-etnik-etnisiti-dan-etnosentrisme.html

TUESDAY, 31 JULY 2012

Interaksi 2-Konsep Asas dalam Hubungan Etnik


Kuliah 2: Konsep-Konsep Asas dalam Hubungan Etnik

Konsep Masyarakat Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.

Etnik Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau, dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkahlaku yang sama. Etnosentrisme Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain. Ras dan Rasisme Ras dan Etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Ras bolah dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dsbnya. Rasisme Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkaitrapat dengan konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi Prejudis: pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip. Stereotaip: Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik.orang Belanda itu bersifat kedekut.

Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Konsep Budaya: Budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu, budhi dan daya. Budhi ialah kecergasan fikiran dan akal, daya pula ialah perkataan Melayu iaitu kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Oleh itu jika dicantum ia menjadi tenaga fikiran, usaha rohani dan kuasa menggerakkan jiwa Dalam Kamus Dewan budaya bermaksud kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dall. Budaya mengikut Kamus Falsafah (1996) membawa maksud cara hidup manusia, termasuk sikap, nilai, kepercayaan, sastera, sains, bentuk persepsi dan kebiasaan dalam bertindak dan berfikir Kesimpulannya budaya ialah: suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, sususnan organisasi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. 1. Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai. 2. Ciri-Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah,mempunyai unsur simbolik, adanya pandangan global (world view) 3. Budaya dibahagikan kepada budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Kebendaan seperti rumah, kereta, perahu, senjata dsbnya. Bukan kebendaan seperti kepercayaan, adat istiadat, undang-undang. 4. Adat resam menjadi petunjuk kepada individu untuk bertingkahlaku dalam mayarakat. 5. Bahasa menjadi alat penting untuk berkomunikasi 6. Agama adalah satu sistem nilai kepercayaan dan amalan hidup yang menjadi perlembagaan dalam hidup masyarakat. 7. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Namun ada budaya yang diambil kesan daripada pertembungan dengan pengaruh budaya lain. 8. Kepentingan budaya: Untuk membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti bangsa Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, semangat dan mental. Ia menjadi identiti kepada masyarakat dan keturunannya Ia diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Budaya adalah himpunan nilai yang lengkap sama ada dari segi intelektual dan kebendaaan yang

dapat diwarisi untuk memenuhi keperluan masyarakat yang disesuaikan dengan keadaan sekelilingnya. Konsep Perpaduan dan Integrasi Perpaduan: satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tana air. Integrasi: satu proses bagi mewujudkan sati identity nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripadaintegrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, social, pendidikan, politik Integrasi wilayah bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara yang maju dan kurang maju contohnyan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur atau Semenanjung dan Sabah/Sarawak Integrasi ekonomi bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik Integrasi kebudayaan ialah membentuk satu kebudayaan kebangsaan Integrasi sosial ialah merangkumi usaha-usaha untuk menyatupadukan rrakyat melalui aktiviti sosial antaranya sukan, pendidikan (aktiviti kokurikulum), kesihatan dan sebagainya Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi JERI. Contoh penubuhan sekolah Wawasan, Sekolah Kluster dan Sekolah Bestari Integrasi politik bertujuan untuk menyatukan rakyat melalui kerjasama politik seperti Parti Perikatan Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Akomodasi: 1. Proses yang memerlukan setiap kumpulan etnik menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain. Mereka juga akan mempertahankan budaya hidup masing-masing. 2. Proses akomodasi jelas kelihatan dalam pemerintahan apabila setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalma bidang ekonomi, pendidikan mereka saling memerlukan. 3. Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. Akulturasi: satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga

unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Asimilasi: satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. Amalgamasi: satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur. Pluraliti: Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi. Rujukan: Shamsul Amri Baharuddin. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA, 2007.
http://hubunganetnik-ipgkpi.blogspot.com/2012/07/konsep-asas-dalam-hubungan-etnik.html

2.4

Ethnocentricism Menurut william Sumner dalam Deaux, Dane dan Wrightsman, 1993, etnosentrik merupakan pandangan terhadap segala sesuatu dimana suatu kelompok menjadi pusat dari segalanya, menjadi acuan dalam menilai kelompok yang lain. secara tidak formalnya, menurut Sumner, adalah kebiasaannya setiap kelompok menganggap kebudayaan kelompok mereka adalah yang terbaik berbanding kebudayaan kelompok lain. Menurut Landis 1992, ethnosentrik merupakan satu bentuk prasangka yang menganggap budaya kelompoknya adalah benar dan budaya lainnya dalah salah. Taylor, Peplau dan Sears 2000, meyatakan pula bahawa ethnosentrik mengacu pada suatu kepercayaan bahawa ingroup lebih bai daripada outgroup. Hal ini dapat mempengaruhi evolusi yang dilakukan oleh kelompok tersebut. Ini dapatlah dikatakan bahawa sesuatu kelompok diakatakan etnosentrik apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standart dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah. Menurut Cohen 1992, etnosentrik mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara kelebihan etnosentrik ialah untuk meningkatkan lagi kesetian serta semangat patriotik terhadap bangsa atau kelompok mereka. Manakala antara kekurangan sikap ini ialah

mereka akan ketinggalan berbanding kelompok-kelompok yang lain kerana idea-idea dari luar sering dicurigai dan menganggap idea-idea dari luar mampu merosakkan serta mendatangkan keburukan kepada kelompok mereka. Contohnya golongan masyarakat orang asli atau masyarakat luar bandar tidak mahu menerima pemodenan kerana mengangap idea-idea pemodenan daripada masyarakat bandar mampu merosakkan budaya dan adat resam mereka. Oleh yang demikian mereka lebih sanggup hidup dalam kemiskinan dan mundur. Sikap etnosentrik ini bagaimanapun berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan antara anggota dalam sesuatu masyarakat atau bangsa dalam sesebuah negara. Oleh yang demikian, sikap etnosentrik merupakan sikap memandang kebudayaan kelompok lebih tinggi daripada kelompok budaya masyarakat lain. sebagai contoh, etnik melayu berpendapat bahawa masyarakat melayu mempunyai kebudayaan serta corak kehidupan yang lebih bertamadun serta lebih mulia berbanding kaum lain di negara ini.
http://salju-teratakkasih.blogspot.com/2011/11/konsep-kelompok-ingroup-outgroup.html

NOTA HUBUNGAN ETNIK


Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik Konsep Masyarakat Masyarakat menurut definisi kamus dewan(2005)ialah kumpulanmanusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu Konsep Etnik,Etnisiti dan Etnosentrisme Etnik boleh di definisikan sebagai kelompok manusia yangmengamalkan budaya yang hamper seragam,termasuk adapt resam,pakaian,bahasa dankegiatan ekonomi.Konsep etnik mempunyai erti yang berkait rapat dengankonsep-konsep ras dan bangsa. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etniktertentu.Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelasmenyatukann anggotanya dengn satu sejarah,nilai,sikap dan tingkah laku yangsama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasabangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budayadan etnisiti mereka adalah jauh lebih dan hebat daripada kelompok lain. Konsep Ras dan Rasisme Ras boleh diertikan sebagai sebuah kelompok social yangmempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan cirri-ciri fizikal-biologikalnyata,seperti warna kulit,warna rambut dan sebagainya.Ciri paling ketara yangdi gunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran,ataukepercayaan negative oleh sesuatu

kelompok social atau para anggotanya terhadapsesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau rassemata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakanterbuka. Konsep Prejudis dan Stereotaip Prejudis di takrif sebagai pandangan negative mengenai ahliatau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seeorang atau kelompok etniktertentu.Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Stereotaip merupakan kenyataan-kenyaaan umum yang negativeterhadap sesuatu kumpulan etnik lain seperti semua orang Arab itu beragamaIslam,orang Belanda itu bersifat kedekut dan sebagainya. Konsep Diskriminasi Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan,pemikiran dankepercayaan negative oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota ataukelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangannegative.Erti yang sebenarnya ialah diskriminasi ialah perbuatanmembandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lainberasaskan cirri-ciri etnik semata-mata.Diskriminasi merupakan manifestasiprasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etrnik.Diskriminasisemakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan stereotaip dalamsesebuah masyarakat,sama ada pada peringkat individu ataupun kumpulan.

Konsep Perpaduan dan Integrasi Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yangmenyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakatdapat membentuk satu indentiti dan nilai bersama serta perasaan cinta danbanggakan tanahair. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satuidentity nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segikebudayaan,social dan lokasi dalam sesebuah unit politik.Unsur integrasiterdiri daripada: -Integrasi Wilayah yang bertujuan mengurangkan jurangperbezaan pembangunan ekonomi dan social antara wilayah yang maju dan yangmundur.Di Malaysia tumpuan integrasi wilayah antara Malaysia Barat denganMalaysia Timur dan Pantai TimurSemenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. -Integrasi ekonomi yang boleh di ertikan sebagai usaha-usahauntuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik. -Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satukebudayaan kebangsan. -Integrasi social yang merangkumi usaha-usaha menyatupadukanrakyat melalui program social seperti sukan,pendidikan,perumahan dan kesihatan. -Integrasi pendidikan bertujuan mewujudkan satu systempendidikan yang bercorak

kebangsaan dan sempurna dari segi intelek,jasmani danrohani. -Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukanrakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Konsep Segregasi Konsep Segrasi merupakan pemisahan atau pengasingan antarasatu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuahNegara.Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan antaranya dari segi kawasantempat tinggal,system tempat tinggal,system persekolahan,pengangkutan dankemudahan awam.Segregasi wujud sama ada di dasari leh undang-undang atausebaliknya seperti dasar Aparteid di Afrika Selatan yang di laksanakan antaratahun 1948-1994. Konsep Akomodasi Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulanetnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetapmempertahankan budaya hidup masing-masing.Konsep ini di wakili oleh formulaA+B+C=A+B+C,di sini A,B dan C merujuk kepada budaya.

Konsep Akulturasi Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaandalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yangberbeza.Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatukebudayaan tertentu di hadapkan dengan unsure dari suatu kebudayaan asing yangberbeza sehingga unsure kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan di olahdalam kebudayaan sendiri.

Konsep Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuanantara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengankebudayaan dan identity yang sama.Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunyapenghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identity.Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A.

Konsep Amalgamasi Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budayaatau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.Cara utama dalammenentukanproses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antarakumpulan etnik.Konsep ini di nyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D http://episodperjuanganku.blogspot.com/2008/10/nota-hubungan-etnik.html

etnosentrisme: Kepercayaan/rasa bangga yang wujud dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik bhawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat drpad kelompok lain. Suatu perspektif melihat kelompok etnik lain daripada lensa dan kacamata etnik sendiri.

You might also like