You are on page 1of 24

Analisis Kesalahan Tatabahasa

Perkara yang diterangkan mesti mendahului penerang contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya. (Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. ) salah Cili sos Mini perpustakaan Zaleha Restoran Jaya Klinik Kata jamak salah mereka-mereka semua kereta-kereta para-para pelajar empat orang abang-abang kata penguat salah sangat tinggi sekali sungguh jauh sekali paling indah sekali amat menakutkan sekali kata adjektif dan imbuhan ter tanpa penguat. Salah Sani mendapat markah yang tertinggi sekali. Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu. kata hubung salah Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya. Badannya besar kecuali kakinya kecil. Kata bilangan salah Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa Minggu Penyayang. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. 7. Kata Sendi betul mereka semua kereta para pelajar empat orang abang betul sangat tinggi sungguh jauh paling indah amat menakutkan betul Sani mendapat markah yang tertinggi . Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu. betul Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya. Badannya besar tetapi kakinya kecil. betul Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa Minggu Penyayang. Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. Betul Sos cili Perpustakaan mini Restoran Zaleha Klinik Jaya

i - Dari salah Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu. Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguhsungguh. ii - Daripada salah Tilam itu dibuat dari getah asli. Sukarmi lebih tinggi dari abangnya. Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama. iii - Pada salah Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan. Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam. Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara. iv - Di salah Saya dilahirkan diSarawak. Ayah awak bekerja dimana ?

betul Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu. Dari hari ini, saya akan belajar bersungguhsungguh.

betul Tilam itu dibuat daripada getah asli. Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya. Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama. betul Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan. Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam. Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara. betul Saya dilahirkan di Sarawak. Ayah awak bekerja di mana ?

Penjodoh bilangan salah betul Setiap orang pelajar. Setiap pelajar. Sesetengah orang rakyat. Sesetengah rakyat. Seluruh buah negeri. Seluruh negeri. Semua ekor binatang. Semua binatang. Kata ganti diri salah betul Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis. polis. Kau tinggal di mana ? tanya Siva kepada Cikgu tinggal di mana ? tanya Siva kepada gurunya. gurunya. Kata adjektif salah betul Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat lazat. benar.. Pemandangan di pantai yang nian indah itu Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya. mempesonakannya. kata kerja transitif salah betul Ibu sedang jahit baju kurung. Ibu sedang menjahit baju kurung. Ayah selalu cuci keretanya. Ayah selalu mecuci keretanya. Ayat pasif salah betul Cerpen itu telah dikarang oleh saya. Cerpen itu telah saya karang.. Latihan itu mesti dibuat oleh kau. Latihan itu mesti kaubuat. Kata tanya salah betul Kamu berasal dari manakah ? Kamu berasal dari mana ?

Apa nama pengawas itu ? Bila ayah akan pulang ? Binatang peliharaan awak bernama siapa ? Ejaan salah Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital. Kucing itu tidur dibawah meja. Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu. Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab. Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak. Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.

Siapakah nama pengawas itu ? Bilakah ayah akan pulang ? Binatang peliharaan awak bernama apa ? betul Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital. Kucing itu tidur di bawah meja. Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu. Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab. Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.

Kata Ganti Diri 1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang. 2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya: *Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah) Kucing itu mati dilanggar lori. (betul) 3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak. Misalnya: *Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah) Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul) 4. Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu, *andaanda, *mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya: *Merekamereka yang bersalah akan dihukum. (salah) Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul) 5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya: *Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah) Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul) 6. Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja. Kata Bilangan 1. Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya. 2. Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut: (a) *Setengah orang tidak suka akan durian. (salah) Setengahsetengah orang tidak suka akan durian. (betul) (b) *Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah) *Tiaptiap pelajar harus berdisiplin. (betul) (c) *Kedua orang itu anggota polis. (salah) Keduadua orang itu anggota polis. (betul) (d) `Berbagai usul dikemukakan­nya. (salah) Berbagaibagai usul dikemukakannya.(betul 3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut: *Parapara peserta sedang berbaris.(salah) Para peserta sedang berbaris. (betul 4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut: (a) *Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah) Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul) (b) *Harganya tiga setengah ringgit. (salah)

Harganya tiga ringgit setengah. (betul) 3 Penjodoh Bilangan 1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. 2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya: (a) *para orang pelajar (salah) Para pelajar (betul) (b) *segala ekor binatang (salah) segala binatang (betul) (c) *sekalian orang peserta (salah) sekalian peserta (betul) (d) *seluruh buah negari (salah) seluruh negeri (betul) (e) *semua orang gadis (salah) semua gadis (betul) 4 Kata Sendi 1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat. 2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya: (a) *Ravi suka durian. (salah) Ravi suka akan durian. (betul) (b) *Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah) Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul) (c) *Abang sudah pergi pejabat.(salah) Abang sudah pergi ke pejabat. (betul) (d) *Kita mesti hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul) (e) *Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah) Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul) 3 .Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan. Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada) (b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari) (d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari) (e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari) (f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di) (g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan) h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di) (i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di) j)Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke) k)Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan) l)Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara­ saudara berikan. (bukan * diatas) 5 Kata Kerja Tak Transitif 1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang penuh. 2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya: berbincang, berkata, bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan awalannya. Contohnya: (a) *Dia kata kepada saya. (salah) Dia berkata kepada saya. (betul) (b) *Jangan lompat. (salah) Jangan melompat. (betul (c) *Dia senyum kepada saya. (salah) Dia tersenyum kepada saya. (betul)

6 Kata Kerja Transitif 1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. 2. Objeknya mestilah frasa nama. 3. Kecuali kata makan dan minum serta katakata yang berapitan ber...kan, semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya: (a) *Dia suka baca buku. (salah) Dia suka membaca buku (betul (b) *Ahmad tendang bola itu. (salah) Ahmad menendang bola itu. (betul) 4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i berbagaibagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhatihati. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut: (a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah) Dia memberi saya sebatang pena. (betul) Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul) (b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah) Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul) Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul) 7 Kata Tanya 1. Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. 2. Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa, dan siapa. 3. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan siapa. 4. Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja. 5. Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia. 6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut: (a) *Nama kucing ini siapa? (salah) Nama kucing ini apa? (betul) (b) *Apa nama anak saudara ini? (salah) Siapa nama anak saudara ini? (betul) 8 Kata Hubung 1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat. 2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan. (a) Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka) (b) Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun) (c) Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan) (d) Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila) (e) Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila) (f) Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan "agar) (g) Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka) (h) Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga) (i) Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun) (j) Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru. (bukan * baik...ataupun) 9 Penggunaan Kata yang Tidak Tepat 1. Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya tetapi berlainan maknanya. 2. Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan ini.

3. Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan salah dalam ayat. Kata dan Keterangannya Contoh Kesalahan dan Pembetulan Adakah dan Apakah Salah i. Kata adakah digunakan untuk mendapat (a) *Apakah benar ceritamu itu? jawapan ya atau tidak. (b) *Apakah Ali datang semalam? ii. Kata apakah digunakan untuk mendapat (c) *Apakah kamu bermimpi? jawapan tentang nama binatang,benda, Betul keterangan tentang sesuatu, dan untuk (a) Adakah benar ceritamu itu? menanyakansesuatu yang tidak (b) Adakah Ali datang semalam? khusus. (c) Adakah kamu bermimpi? iii. Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku apabila kata apakah digunakan pada tempat adakah. Banyak dan Ramai Salah i. Kata banyak mempunyai hubungan (a)* Ramai orang yang Nadir dalam majlis itu. dengan jumlah atau bilangan sama ada (b) *Tidak ramai orang yang suka akan ikan air tawar manusia, benda, atau binatang. (c) *Sudirman mempunyai peminat yang ramai. ii. Kata ramai pula mempunyai hubungan Betul dengan keadaan Huh-rendah, (a) Banyak orang yang Nadir dalam majlis itu. riang, gembira, meriah, serba (b) Tidak banyak orang yang suka akan ikan air tawar. gist, sibuk, tidak sunyi, dan pen(c) Sudirman mempunyai peminat yang banyak. duduk yang banyak. Jadi, kata ramai menunjukkan suasana atau keadaan. iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata banyak diganti dengan kata ramai. Boleh dan Dapat Salah i. Kata boleh lebih sesuai digunakan (a) *Adik saya sudah boleh menungang basikal. dalam hubungan dengan keizinan. (b) *Dia tidak boleh Nadir kerana deman. ii Kata dapat pula lebih sesuai (c) *Saya tidak boleh berlari kencang kerana badan saya gemuk. digunakan dalam hubungan dengan Betul keupayaan atau kemampuan. (a) Adik saya sudah dapat menunggang basikal. iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku (b) Dia tidak dapat Nadir kerana demam. apabila kata dapat diganti dengan (c) Saya tidak dapat berlari kencang kerana badan saya gemuk. kata boleh. Bukan dan Tidak Salah i. Kata bukan dan tidak tergolong (a) *Beg ini bukan berat. dalam kelas kata nafi untuk (b) "Adik bukan tidur di bilik. membentuk ayat nafi. (c) *Dia bukan menulis surat. ii. Kata bukan tidak boleh digunakan Betul apabila frasa adjektif atau frasa (a) Beg ini tidak berat. kerja menjadi predikat ayat. (b) Adik tidak tidur di bilik. iii. Kata tidak pula tidak boleh diguna(c) Dia tidak menulis surat. kan apabila frasa nama menjadi predikat ayat. Golong dan Gulung Salah i. Kata golong boleh diberi imbuhan (a) *Gulungan petani memerlukan bantuan. menjadi menggolongkan, tergolong, (b) *Mereka tergulung dalam kumpulan orang baik-baik. golongan, dan penggolongan. Tiap(c) "Beliau menggulungkan mereka sebagai penentang. tiap kata ini berbeza maknanya. (d) *Kakak sedang menggolong tikar. ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan Betul menjadi bergulung, mengulung, ter(a) Golongan petani memerlukan bantuan. gulung, dan gulungan. (b) Mereka tergolong dalam kumpulan orang baik-baik. iii. Kata golong dan gulung ini sering (c) Beliau menggolongkan mereka sebagai penentang.

salah digunakan dan salah dieja kerana seakan-akan sama bentuknya. Menonton dan Menuntun i. Kata menonton bererti melihat sesuatu pertunjukan. Selain itu, ada pula kata mempertontonkan, tontonan, dan penonton. Setiap kata ini berbeza maknanya. ii. Kata menuntun pula bererti memimpin. Selain itu, ada juga kata lain seperti bertuntun, tuntunan, dan penuntun. Setiap kata ini pun berbeza maknanya. iii. Penggunaan kata menonton sering dieja salah sebagai menuntun kerana bentuknya seakan-akan sama. Pedalaman dan Pendalaman i. Kedua-dua kata ini berasal daripada kata yang sama (dalam) tetapi berbeza maknanya. ii. Pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari perhubungan dan kemudahan. iii. Pendalaman pula bererti usaha mendalami atau mendalamkan. iv. Kesalahan pengunaan kata ini dalam ayat berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaannya. Pendapat dan Pendapatan i. Kedua-dua kata ini pun berasal daripada kata yang sama (dapat) tetapiberbeza maknanya. ii. Pendapat bererti buah fikiran atau pandangan. iii. Pendapatan pula bererti hasil pencarian yang biasanya dihubungkan dengan gaji atau upah. iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata pendapatan digunakan pada tempat pendapat. Tembok dan Tembuk i. Tembok bererti dinding atau halangan yang dibuat daripada batu. Kata ini boleh dibentuk menjadi kata kerja menembok yang bererti mendinding. ii. Tembuk pula bererti tembus atau berlubang. Kata ini pun boleh dibentuk menjadi kata kerja menembuk yang bererti membuat lubang. iii. Kesalahan penggunaan kata ini dalam ayat berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaannya. Bentuk Jamak 1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:

(d) Kakak sedang menggulung tikar. Salah (a) *Kami menuntun televisyen sehingga larut malam. (b) *Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama. (c)*Filem Mandarin semakin kerap menjadi tuntunan kita. (d)*Para penuntun bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola. Betul (a) Kami menonton televisyen sehingga larut malam. (b) Kumpulan itu akan mempertontonkan suatu drama. (c) Filem Mandarin semakin kerap menjadi tontonan kita. (d) Para penonton bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola. Salah (a) *Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air. (b) *Pedalaman dasar Sungai Kelang di lakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir. Betul (a) Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air. (b) Pendalaman dasar Sungai Kelang dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.

Salah (a) *Pada pendapatan saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan? (b) "Pada pendapatan saya,penswastaan banyak membawa kebaikan. Betul (a) Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan? (b) Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa kebaikan.

Salah (a) * Tembuk Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti. (b) *Tapak kasut ini sudah tembok. (c) *Pekerja itu menembok dinding dengan penebuk elektrik. Betul (a) Tembok Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti. (b) Tapak kasut ini sudah tembuk. (c) Pekerja itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik.

(a) pengulangan kata nama seperti burungburung, guruguru, kawankawan, dan sebagainya. (b) penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah kereta, semua pelajar, para pemudi, dan sebagainya. (c) Pengulangan kata adjektif seperti baikbaik, handalhandal, tinggitinggi, dan sebagainya. (d) pengulangan kata yang mendu­kung makna jamak seperti rakyat. 2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang. Misalnya: (a) *dua buah keretakereta (salah) dua buah kereta (betul (b) *semuapelajarpelajar(salah) semua pelajar (betul (c) "para pemudipemudi (salah) para pemudi (betul) 3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang. Misalnya: *Rakyatrakyat Malaysia harus bersatu padu. (salah) Rakyat Malaysia harus bersatu padu. (betul (b) 4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Misalnya: Lukisanlukisan itu cantikcantik belaka. (salah) Lukisan itu cantikcantik belaka. (betul) (b) *Bangunanbangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (salah) Bangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (betul) 11 Hukum DM 1. Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan katakata untuk membentuk frasa nama dalam ayat. 2. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenangwenang. Misalnya: (a) *"lainlain hal(salah) halhal lain (betul) (b) *Malik kedai runcit (salah) kedai runcit Malik (betul) (c) `goreng pisang (salah) pisang goreng (betul) (d) `cili sos (salah) sos cili (betul) (e) *mini estet(salah) estet mini (betul) 12 Frasa Adjektif 1. Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat. 2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat. Contohnya: sangat besar atau besar sekali. 3. Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif sekaligus. Misalnya: (a) "Ubat itu sangat pahit betul. (salah) Ubat itu sangat pahit. (atau) Ubat itu pahit betul. (betul) Soalan inilah yang paling sukar sekali. (salah) Soalan inilah yang paling sukar. (atau) Soalan inilah yang sukar sekali. (betul) 4. Apabila kata adjektif yang berawalan ter digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan. Misalnya: (a) *Asmah mendapat markah yang paling terbaik. (salah) Asmah mendapat markah yang terbaik. (betul) (b) *Stadium inilah yang terbesar sekali di dunia. (salah)

Stadium inilah yang terbesar di dunia. (betul) 5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasz sendi apabila diperluas. Misalnya: (a) *Saya gemar lagulagu Melayu asli. (salah) Saya gemar akan lagulagu Melayu asli. (betul) (b) *Kami benci sikapnya itu. (salah) Kami benci akan sikapnya itu.(betul) 13 Frasa Kerja Tak Transitif 1. Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja talk transitif sebagai kata kerja utamanya. 2. Kata kerja talk transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi kerana akhiran kan pada apitan ber...kan itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi dengan, atau pada, atau tentang. Misalnya: (a) *berdasarkan pada keterangan ini (salah) berdasarkan keterangan ini (betul) (b) *bertanyakan khabar (betul bertanyakan tentang khabar (salah) 3. Frasa kerja talk transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas. Misalnya: (a) *Ingatkah kamu janji janjimu? (salah) Ingatkah kamu akan janjijanjimu? (betul) (b) *Kami ingin bertemu Pengetua esok. (salah) Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok. (betul) 14 Frasa Kerja Transitif 1. Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu. 2. Antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain tidak boleh disisipkan. Misalnya: (a) *Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah) Kami membincangkan masalah itu. (betul) (b) *Dia membeli banyak buah.(salah) Dia banyak membeli buah. (betul) (c) *Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. (salah) Saya hendak menjelaskan perkara itu lagi. (betul) Saya hendak memperjelas perkara itu. (betul) 15 Frasa Kerja Pasif Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut bentuk terikat. Oleh sebab itu, katakata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata kerja pasif itu. Misalnya: (a) *Surat itu saga akan balas.(salah) Surat itu akan saga balas. (b) *Orang itu kita patut Bantu.(salah) Orang itu patut kita Bantu. (betul) (c) *Kerja itu kamu mesti siapkan.(salah) Kerja itu mesti kamu siapkan.(betul) 3. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh disamakan. Misalnya: (a) *Buku itu dibaca oleh saya.(salah) Buku itu saya baca. (betul) (b) * Mejameja itu disusun oleh kami. (salah) Mejaineja itu kami susun. (betul) (c) *Nota itu ditulis oleh kamu? (salah) Nota itu kamu tulis? (betul

Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua. Misalnya: (a) *Dinding itu dia conteng. (salah) binding itu diconteng olehnya. (betul) (b) Drama itu mereka persembah­kan. (salah) Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul) Ayat Tergantung 1. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat. 2. Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan ayat. 3. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti yang berikut. *Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjeknya) Negara-negara di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (subjeknya Negara-negara) 4. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah seperti yang berikut. (a) *Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya) Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah) (b) *Kamu yang mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya) Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dart sim) atau Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah) Beberapa contoh "ayat tergantung" yang lain serta pembetulannya adalah seperti yang berikut. (a) *Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (tidak ada subjeknya) Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (Subjeknya: Keterangan im) (b) *Bagi setiap orang mesti mematuhi undang-undang. (tidak ada subjeknya) Setiap orang mesti mematuhi undangundang. (subjeknya: setiap orang) *Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya) Seluruh kawasan sudah dinaiki air. (subjeknya: Seluruh kawasan)

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1. Kesalahan dari Segi Kata Kata Ganti Diri 1. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah. 2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh: Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah ) Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul ) Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah ) Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )

3.

Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah ) Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )

Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah ) Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )

4. Kata kami bererti saya dengan dia. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti anda dengan saya atau anda dengan kami. Orang yang diajak bercakap disertakan. 5. Kami mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( salah ) Kita mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( betul ) Kita akan ke rumah awak, kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah ) Kami akan ke rumah awak, kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )

Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah ) Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul ) Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah ) Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )

6.

Kata mereka tidak boleh diulang. Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah ) Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )

7.

Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan. Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah ) Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul ) Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah ) Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

Kata Bilangan 1. Terdapat 6 jenis kata bilangan: Kata Kata Kata Kata Kata Kata bilangan bilangan bilangan bilangan bilangan bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya. tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya. pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya. pisahan seperti masing-masing, dan setiap. himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya. tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.

2. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan. salah a. setengah orang b. tiap murid c. berbagai warna d. kedua mempelai betul a. setengah-setengah orang b. tiap-tiap murid c. berbagai-bagai warna d. kedua-dua mempelai

3.

Kata para tidak boleh diulang. Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah ) Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )

4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan. dua dua tiga dua dua tiga setengah meter ( salah ) suku jam ( salah ) setengah ringgit ( salah ) meter setengah ( betul ) jam suku ( betul ) ringgit setengah ( betul )

Penjodoh Bilangan 1. 2. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan. BETUL setiap murid semua pekerja seluruh kampung segala binatang sekalian peserta para guru

SALAH setiap orang murid semua orang pekerja seluruh buah kampung segala ekor binatang sekalian orang peserta para orang guru 3.

Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. BETUL beberapa usul kedua-dua sifat setiap sumbangan semua pendapat segala cadangan tiap-tiap kenangan pelbagai teguran

SALAH beberapa buah usul kedua-dua bentuk sifat setiap buah sumbangan semua buah pendapat segala butir cadangan tiap-tiap bentuk kenangan pelbagai bentuk teguran Kata Sendi

1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada;

ke dan kepada . 2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan. SALAH BETUL Devi datang dari Batu Kurau.

Devi datang daripada Batu Kurau. Saya menunggu Yatie daripada pukul dua. Ely terima surat dari Elyas Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.

Saya menunggu Yatie dari pukul dua. Ely menerima surat daripada Elyas. Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.

Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari daripada sutera. sutera. Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. Contoh: a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah ) ~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul ) b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah ) ~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul ) c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah ) ~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul ) d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah ) ~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul ) 4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa. Contoh: a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah ) - Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul ) b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah ) - Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul ) c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah ) - Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )

Kata Kerja 1. Ada dua jenis kata kerja: a. kata kerja transitif b. kata kerja intransitif atau tak taransitif 2. Kata kerja transitif terbahagi kepada: kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. ) kata kerja yang berapitan men..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.) kata kerja yang berawalan mengi ( membanjiri, menghadiahi dsb.) kata kerja yang berawalan rangkap memper . ( memperdaya, memperoleh) kata kerja yang berapitan memper.kan ( memperhatikan, mempergunakan). Kata kerja yang berapitan memper.i ( mempelajari, mempersentai dsb.)

3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan mena. buang sampah ( salah ) membuang sampah ( betul ) b. goring ikan ( salah ) menggoreng ikan ( betul ) 4. Kata kerja transitif yang berapitan menkan dan meni berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati. Contoh:

SALAH Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak. Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.

BETUL Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan Ishak segelas air. Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.

Sampah sarap mengotori Taman Tasik Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping. Taiping. Yatie menasihati saya agar rajin belajar. Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.
5. Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada: Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya. Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.) Kata kerja yang berapitan beran ( berdekatan, berguguran )

Kata kerja yang berapitan berkan ( berpandukan, berlandaskan dsb.) Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.) Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)

6. Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh: tanya kepada Hamidah ( salah ) bertanya kepada Hamidah ( betul )

- jangan lompat ( salah ) jangan melompat ( betul ) senyum kepada Kartina ( salah ) tersenyum kepada Kartina ( betul )

Kata Hubung 1. Ada 3 jenis kata hubung iaitu: Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi. Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb. Kata hubung berpasangan seperti baikataupun, baikmahupun. Bukan saja.tetapi juga dan sebaginya.

2. Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan katakata hubung tersebut. Contoh: Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan. Budak itu cantik kecuali sombong. Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel. Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya. Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli. 3. Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.

Contoh: Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah ) Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah ) Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah ) Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah ) Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )

Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat 1. adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak. Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.

SALAH Apakah benar kata-katamu itu? Apakah dia menangis? Apakah aku bersalah?

BETUL Adakah benar kata-katamu itu? Adakah dia menangis? Adakah aku bersalah?

2. boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan. Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan. SALAH Syimir sudah boleh menunggang kuda. Mazni tidak boleh pergi kerana demam. Kami tidak boleh datang kerana hujan. BETUL Syimir sudah dapat menunggang kuda. Mazni tidak dapat pergi kerana demam. Kami tidak dapat datang kerana hujan.

3.

bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.

Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat. SALAH Cincin ini bukan cantik. Kami bukan membaca buku. Basikal ini bukan mahal. Saya bukan duduk di situ. BETUL Cincin ini tidak cantik. Kami tidak membaca buku. Basikal ini tidak mahal. Saya tidak duduk di situ.

4. pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan. SALAH Kawasan pendalaman itu akan dimajukan. Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi. Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan. Kesalahan Dari Segi Frasa Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM) 1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui: pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya. BETUL Kawasan pedalaman itu akan dimajukan. Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi. Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.

Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid , dan sebagainya. Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya. Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh: dua biji telur semua murid para pendidik pelbagai acara segala haiwan sekalian penduduk seluruh kawasan

3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh: Lukisan itu cantik-cantik belaka. Pakaian di situ mahal-mahal harganya. Ayam di situ gemuk-gemuk. Pemuda di sini gagah-gagah belaka. Gadis di sini cantik-cantik. Kuih itu sedap-sedap rasanya. Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya. Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.

4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat: D beerti unsur yang diterangkan M beerti unsur yang menerangkan Contoh: SALAH BETUL

lain-lain hal Nani Kedai Roti goreng cempedak Maggi mi tomato sos mini bas mini taman 5. Frasa Adjektif

hal-hal lain Kedai Roti Nani cempedak goring mi Maggi sos tomato bas mini taman mini

Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling. Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat. Contoh: SALAH Bangunan itu tertinggi. Nani terpandai. Orang itu terkuat. BETUL Bangunan itu paling tinggi. Nani paling pandai. Orang itu paling kuat

Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.

Contoh: Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah ) Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul ) Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah ) Noralah pemain yang terhandal. ( betul ) Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah ) Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul ) Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contoh:

SALAH BETUL Buah langsat ini sangat manis sekali. Buah langsat ini manis sekali. Budak itulah yang paling nakal sekali. Budak itulah yang paling nakal. Sungguh indah nian pemandangan di Sungguh indah pemandangan di situ.

situ. Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh: BETUL Budak itu tidak suka akan durian. Nora sangat takut akan anjing. Nani sangat gemar akan filem Hindustan.

SALAH Budak itu tidak suka durian. Nora sangat takut anjing. Nani sangat gemar filem Hindustan.

Mereka tidak perlu pertolongan kami. Mereka tidak perlu akan pertolongan kami. Saya benci sikapnya itu. Saya benci akan sikapnya itu. 6. Frasa Kerja Intransitif Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.

Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya. Kata kerja intransitif yang berapitan ber.kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat. SALAH berlandaskan pada undang-undang berbantalkan dengan lengan berpandukan pada kamus beratapkan dengan langit bertilamkan dengan rumput BETUL berlandaskan undang-undang berbantalkan lengan berpandukan kamus beratapkan langit bertilamkan rumput

Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh: BETUL Kamu mesti ingat akan janji-janjimu. Kakak tidak mahu tidur di sini. Beliau akan datang ke kampung ini. Nani ingin berjumpa dengan cikgu. Saya ingin bertemu dengan gadis itu. Kami ternampak akan Cikgu Nora di

SALAH Kamu mesti ingat janji-janjimu Kakak tidak mahu tidur sini. Beliau akan datang kampung ini. Nani ingin berjumpa cikgu. Saya ingin bertemu gadis itu. Kami ternampak Cikgu Nora di

perhentian bas Pudu Raya. Frasa Kerja Transitif

perhentian bas Pudu Raya.

Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu. Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan. BETUL Beliau turut menyentuh perkara itu. Nora tidak mengetahui hal itu.

SALAH Beliau turut menyentuh tentang perkata itu. Nora tidak mengetahui akan hal itu.

Kami membincangkan masalah itu. Kami membincangkan tentang masalah itu. Mereka melebarkan lagi jalan itu. Mereka melebarkan jalan itu lagi. Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara.

Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di Cerpen ini mengisahkan perjuangan luar negara. menentang penjajah. Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah. Frasa Kerja Pasif 1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif. 2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada : frasa kerja pasif diri pertama frasa kerja pasif diri kedua frasa kerja pasif diri ketiga

3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya. 4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan mentetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya. 5. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan. 6. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga. SALAH BETUL

diambil olehku dibuang oleh kami disimpan oleh kita dihantar oleh saya dilaksanakan oleh patik diburu oleh hamba

kuambil kami buang kita simpan saya hantar patik laksanakan hamba buru

7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga. SALAH ditanya oleh anda diberikan oleh engkau dibeli oleh kamu dikirim oleh awak diperintahkan oleh tuanku dibersihkan oleh kalian BETUL anda Tanya engkau berikan kamu beli awak kirim tuanku perintahkan kalian bersihkan

8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua. SALAH beliau tulis dia kumpulkan mereka kutip baginda rasmikan ia bersihkan ditulis oleh beliau dikumpulkan olehnya dikutip oleh mereka dirasmikan oleh baginda dibersihkan olehnya BETUL

8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu. SALAH kami akan atasi kita perlu tolong saya sudah kirim akan kami atasi perlu kita tolong sudah saya kirim BETUL

hamba akan khabarkan patik belum laksanakan anda mesti edarkan engkau telah baca kamu akan baiki awak mesti siapkan kalian harus bereskan
KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT

akan hamba khabarkan belum patik laksanakan mesti anda edarkan telah engkau baca akan kamu baiki mesti awak siapkan harus kalian bereskan

1. Ayat Gabungan Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh: Nani dan Nora ke perpustakaan. Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah. Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh: SALAH Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi? BETUL Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?

Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai. di Relang atau di Jelai. Baik yang kaya atau miskin datang ke Baik yang kaya atau yang miskin rumahnya. datang Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan. ke rumahnya. Jangankan membeli kereta, motosikal Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan. pun saya tak mampu. Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu. 2. Ayat Pancangan Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh: a. Kereta Pak Leh itu terbabas.

b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia. Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu: i. Kereta itu terbabas. ii. Kereta itu kereta Pak Leh. Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut: i. Keluarga Mak Piah miskin ii. Keluarga Mak Piah bahagia. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh: SALAH Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya. Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank. BETUL Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya. Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh: SALAH Kami berdoa kamu berjaya. BETUL Kami berdoa agar kamu berjaya.

Semua orang tahu dia anak Pak Hamid. Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid. 3. Ayat tergantung Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.

Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang. Contoh: Budak itu / menangis. Farhana / jatuh ke dalam longkang. Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh:

Siapakah / gadis itu. Itulah / teman saya. Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ayat tergantung

Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.

SALAH Di seluruh negara mengalami banjir. Kerana hal itu akan dibincangkan. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. Banyak pelajar lulus dengan baik.

BETUL Seluruh negara mengalami banjir. Hal itu akan dibincangkan. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. Banyak pelajar yang lulus dengan baik. Ada pihak yang membangkang cadangan itu.

Ada pihak membangkang cadangan itu. Dia datang kelmarin. Dia yang datang kelmarin Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan.

Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. meningkat. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? Apakah perlu kita lakukan sekarang? Siapa kata saya berbohong? Peserta-pesert ayng lulus saja yang akan dipilih. Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bersalah. bahawa dia bersalah. Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu tumpas. Yang manakah yang betul? Yang manakah betul? 4. Ayat yang Tidak Betul Susunannya Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat. Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong?

Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku. Contoh: Ini hari Azizah tidak datang. Buku ini saya tidak mahu membaca. Yang melukis gambar ini Zainallah. Yang memukul awak siapakah? Itu pen dakwat sudah habis. Nora dan Nani baik berkawan. Majalah itu saya tidak menyimpannya.

You might also like