You are on page 1of 15

Tema ialah persoalan utama atau persoalan pokok yang dikemukakan dalam sesebuah karya.

Persoalan pula ialah hal-hal lain yang diketengahkan dalam karya.

Menurut Mana Sikana, pengertian tema sebagai pokok persoalan atau makna penting dan kunci peristiwa dalam sesebuah karya hendaklah dijadikan luas pembicaraan. Tema seharusnya mengandungi hal-hal yang bersangkutan dengan persoalan-persoalan yang diceritakan dalam karya, pemikiran, falsafah dan premis. Premis ialah idea utama dan penting disebalik sesebuah karya itu.

Jelaslah tema pokok merupakan idea utama pengarang dalam menggarap sesebuah karya, manakala tema sampingan adalah persoalan-persoalan yang diutarakan untuk mengukuhkan tema itu sendiri.

Idea utama yang cuba ditonjolkan oleh pengarang dalam novel ini ialah mengenai pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.Keseluruhan cerita cuba memfokuskan bagaimana usaha dan ikhtiar seorang ibu untuk meringankan ataupun menghilangkan penderitaan anaknya.Bushrah sudah semacam nekad untuk berkorban agar anaknya dapat hidup seperti insan lain. Dia sudah terlalu tertekan melihatkan penderitaan anaknya.

Idea utama yang cuba ditonjolkan oleh pengarang dalam novel ini ialah mengenai kegigihan dan kecekalan seorang pelajar dalam menghadapi liku-liku cabaran hidup. Nazar sebagai watak utama mengalami pelbagai cabaran dalam kehidupan sehariannya. Semua cabaran tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya dalam hidup.

Hubungan Kekeluargaan Di antara persoalan penting yang cuba diutarakan oleh pengarang dalam novel ini ialah mengenai kekeluargaan. Melalui keluarga Zulkifli kepentingan dalam hubungan kekeluargaan itu begitu ditekankan sekali. Misalnya Zulkifli sentiasa menjalinkan hubungan yang rapat sama ada keluarganya sendiri mahupun keluarga isterinya. Perpaduan Novel ini sebenarnya berjaya mengungkapkan hubungan masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Malahan sifat tolong-menolong tanpa mengira bangsa dan agama adalah lambang perpaduan yang tinggi yang wujud dalam masyarakat Malaysia. Misalnya dalam diri Zulkifli telah tersemai perasaan mulia dan rajin membantu. Oleh itu, ketika dalam perjalanan ke rumah mentuanya untuk menghadiri kenduri dia tidak teragak-agak membantu apabila terlihat sebuah kereta terjunam ke dalam parit yang dalam. Walaupun pemandunya berbangsa Sikh tetapi semangat perpaduan yang wujud dalam dirinya menyebabkan dia memberi bantuan walaupun pada mulanya tidak disetujui oleh isterinya. Sebagai seorang warga Malaysia yang bertanggungjawab , Zulkifli menunaikan tanggungjawabnya dengan baik apabila membantu pasangan Sikh tersebut sehingga menghantar mereka ke hospital.

Semangat Persahabatan Novel ini cuba mengangkat soal persahabatan sebagai suatu yang mulia sekiranya diamalkan dengan betul. Misalnya dalam hubungan antara Zulkifli dan sahabatnya Muliyadi. Hubungan mereka yang telah lama terputus terjalin kembali dalam pertemuan di majlis perkahwinan adiknya.

Semangat Kejiranan Melalui novel ini pengarang cuba mengangkat semangat kejiranan yang masih wujud dalam masyarakat yang tinggal di kota.Walaupun secara umumnya dikatakan nilai kejiranan semakin pupus tetapi berlainan sekali dengan masyarakat yang tinggal di Bandar Tun Razak terutama Kak Wan Suriyati dan suaminya Gunawan yang tinggal berhampiran dengan rumah Zulkifli di Jalan Mewah Satu. Justeru itu, apabila tersiar berita penderitaan Nadhirah di akhbar seluruh jiran tetangga memberi perhatian dan simpati kepada keluarga Zulkifli.

Kasih Sayang Ikatan kasih sayang ini menyebabkan mereka saling memahami dan sanggup berkorban apabila berlaku sesuatu musibah dalam keluarga.Misalnya penderitaan yang dialami oleh Nadhirah diberi perhatian serius oleh ibu dan ayahnya. Keduadua orang tuanya sanggup berkorban semata-mata untuk kebahagiaan anak mereka dan ini adalah berdasarkan kasih sayang yang tersemi dalam diri.

Pendidikan Di antara persoalan penting yang cuba diutarakan oleh pengarang dalam novel ini ialah mengenai pendidikan.Melalui watak utama Nazar pengarang cuba menyelitkan betapa pentingnya pendidikan dalam diri seseorang remaja. Nazar walaupun menghadapi pelbagai masalah keluarga tetapi tidak mengabaikan pelajarannya. Dia sentiasa rajin ke sekolah dan mengulangkaji pelajaran di rumah. Hubungan Kekeluargaan Persoalan lain yang turut mendapat perhatian pengarang ialah hubungan kekeluargaan. Nazar digambarkan sebagai seorang anak yang memelihara keutuhan perhubungan dalam keluarga. Walaupun ibunya sakit, dan dia tidak memperoleh kasih sayang daripada seorang ibu tetapi Nazar mengambil berat keadaan ibunya.

Hubungan Kemasyarakatan Masyarakat yang bersatu-padu dan bekerjasama menjaminkan keselesaan dan ketenteraman hidup dalam sesebuah masyarakat. Pengarang mengambarkan masyarakat Kampung Kota amat erat hubungannya sesama ahli masyarakat. Ini jelas melalui beberapa peristiwa yang digambarkan oleh pengarang. Diantaranya dalam peristiwa kehilangan mahyun, seluruh ahli masyarakat memberikan kerjasama untuk mencari Mahyun.

Semangat Perpaduan Semangat perpaduan dikalangan ahli masyarakat yang berlainan bangsa dan agama amat kental sekali. Walaupun keluarga Ah Leong berbangsa Tionghoa tetapi mereka dapat bergaul dengan penuh mesra sesama jiran berbangsa Melayu. Malahan setiap masalah kampung dikongsi bersama tanpa menghiraukan status bangsa.

Keagamaan Sebagai watak-watak yang beragama Islam, tentulah pengarang tidak mengabaikan persoalan agama ini. Watak-watak yang digambarkan oleh pengarang adalah terdiri daripada mereka yang patuh dengan perintah agama. Contohnya dalam diri Pah Sahar sendiri, dia merupakan seorang individu yang patuh pada perintah agama.Disaat-saat akhir kehidupannya, Pak Sahar amat rajin beribadat di masjid.

You might also like