You are on page 1of 18

Tajuk :

Oleh: (Nama) (Jawatan)

Muqaddimah
Berpegang dengan aqidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya.
Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Berasal daripada perkataan yang bererti ikatan atau simpulan yang kukuh. Maksud akidah dari segi bahasa ialah kepercayaan yang kukuh di dalam hati

Dari segi istilah ia membawa maksud kepercayaan dan keimanan yang mantap, teguh dan kukuh dalam diri tanpa ada sedikitpun keraguan terhadap penciptanya.

Bahasa

Istilah

Ciri-ciri Akqidah

Marifatullah (mengenal ALLAH) Marifatur Risalah (mengenal Rasul) Marifatul Bathi (mengenali Hari Kebangkitan)

Marifatullah (Mengenal ALLAH)


Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan ALLAH SWT. Allah berfirman dalam surah Al-Ikhlas yang bermaksud:
Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia." Wajib mengenal nama-nama ALLAH yang mulia serta sifat-sifatnya yang suci dari segala kekurangan.

Di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:
, , ,

"Sesungguhnya bagi Allah itu ada sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu. Sesiapa yang menghitungnya nescaya dia masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil) dan Dia suka kepada bilangan yang ganjil." (Riwayat Al Bukhari)

Meyakini pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Esa lagi Maha Berkuasa serta tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun. Allah SWT berfirman dalam surah Al Anbiyaa ayat 22 yang bermaksud: Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhantuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan

Marifatur Risalah (mengenal Rasul)


Mengenali dan mempercayai Rasul-Rasul yang dipilih oleh ALLAH untuk menerima wahyu dan menyampaikan syariatNYA. Menjadi pembimbing untuk memimpin makhluk menuju kepada ajaran agama Islam. seluruh

Mengajar manusia supaya mengenal Allah dan memahami matlamat kejadian, mengetahui asal-usul dan ke mana manusia akan kembali.

Allah berfirman dalam surah Al-Nahl ayat 36 yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan (Rasul-rasulnya).

Marifatul Bathi (mengenali Hari Kebangkitan)


Mengetahui dan mempercayai tentang Hari Kebangkitan iaitu hari di mana manusia dibangunkan dari kubur-kubur masing-masing (dihidupkan selepas mati).

Dikumpulkan dan dihisab segala amalan sama ada amalan baik atau buruk untuk diberikan balasan pahala atau siksaan.

Allah berfirman dalam surah Al-Muminun ayat 16 yang bermaksud:


Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat. Surah Al-Muthaffifin ayat 4-6 yang bermaksud: Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan. Pada suatu hari yang besar. (Iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam. Marifatul Bathi (mengenali Hari Kebangkitan)

Faktor- faktor Aqidah rapuh


1) Cabaran ISME-ISME SEKULARISME KAPITALISME LIBERALISME MATERIALISME Pemisahan antara agama dan urusan duniawi. Ekonomi berasaskan sistem ribawi. Kebebasan tak terbatas. Penyembahan kepada material (kebendaan). Mengagungkan individu. Hiburan tanpa batas.

INDIVIDUALISME HEDONISME

Faktor- faktor Aqidah rapuh


2) ISLAM tidak diamalkan sepenuhnya Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Faktor- faktor Aqidah rapuh


3) Pemujaan terhadap makhluk

Artis Pemimpin Ahli sukan dan sebagainya

Kesan Kerutuhan Aqidah


1) Gejala Murtad Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 106 yang bermaksud: Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.

Kesan Kerutuhan Aqidah


2) Jauh dari Rahmat dan Hidayah Allah Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 104 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah (Al Quran), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka dan bagi mereka azab yang pedih

Kesimpulan
Betapa pentingnya peranan aqidah sebagai dasar hidup seseorang muslim kerana dari didikan aqidah yang mantap akan dapat melahirkan insan-insan yang sanggup berkorban untuk Agama ALLAH SWT. WALLAHUALAM

SESI SOAL-JAWAB

You might also like