You are on page 1of 4

Pengikat Rivet

1. Sejenis bahan pengikat untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam pada rangka projek secara kekal. 2. Diperbuat daripada bahan logam lembut seperti aluminium atau loyang. 3. Saiz ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya. 4. Digunakan bersama rivetter.

Glu Panas
1. Bahan pengikat untuk mencantumkan kayu, papan lapis atau perspek. 2. Didapati dalam bentuk batang dan beberapa saiz. 3. Digunakan bersama hot glue gun. 4. Hot glue gun menggunakan bekalan arus elektrik untuk mencairkan batang glu panas.

Skru Benam Sendiri

1. Bahan pengikat untuk mencantumkan kepingan pada rangka atau pemidang projek. 2. Menghasilkan cantuman yang kuat. 3. Cantuman boleh dibuka semula jika berlaku kesilapan pemasangan. 4. Saiz ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya.

Skru kepala bulat

Skru kepala timbul

Skru kepala rata (kepala benam)

Paku
1. Digunakan untuk mencantumkan kayu atau kepingan logam pada kayu. 2. Diperbuat daripada keluli lembut yang disadurkan zink. 3. Paku khas diperbuat daripada tembaga, loyang dan aluminium. 4. Saiz ditentukan oleh panjang batangnya. 5. 2 jenis: a) Paku Kepala Rata b) Paku Kepala Panel

Paku Kepala Rata

Paku Konkrit

Paku Kepala Panel

Paku payung

Paku berkedut

BOLT DAN NAT

Kegunaan : 1. Mengikat bahagian kayu atau logam supaya tidak bercerai. 2. Terdapat 2 jenis iaitu bolt mesin dan bolt pedati. 3. Panjangnya antara 12mm hingga 750mm dan diameternya 6mm hingga 25mm. 4. Nat yang dipasang bersama bolt boleh di dapati di dalam beberapa bentuk.

You might also like