You are on page 1of 5

Sejarah dan Perkembangan Bola Tampar Dunia

Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun tahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri2 yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium YMCA, Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof. William J.Morgan (18701942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya is sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peratuuran diwujudkan. Jaring kemudian diletakkan di tengah dan ebberapa perturan diwujudkan.

Semasa perang dunia pertama, tentera AS memperkenalkan permainan bola tempar ke Eropah, Poland serta Rusia. Secara beransuran permainan bola tampar telah berkambang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Usaha telah diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin pada tahun 1936 tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan.

Menjelang tahun 1966, kejohanan dunia diadakan di Prague sempena Simposium Saintifik Pertama. Kejohanan tersebut dimenangi oleh Czechoslovakia. Pada tahun 1982, permainan bola tampar amat popular di pantai Copacabana, dan Ipanema di RIo de Janeiro. Pada tahun 1987m kejohanan di Ipanema di Rio de Janeiro. Pada tahun 1987, kejohanan di Ipanema diiktiraf oleh FIVB World Series Men's Circuit. Pada tahun 1992, bola tampar pantai mencapai status profesional dan diberi status Olimpik oleh IOC dan KL terms.

Sejarah Bola Tampar Malaysia

Pada mulanya, permainan bola tampar hanya mula popular di Pulau Pinang dan Selangor dalam masa yang lebih kuran sama. Di Pinang, permainan ini diperkembangkan oleh pelajar yang baru pulang dari Universiti Chi-Nan, Shanghai. Di Selangor, pertandingan Liga Bola Tampar Selangor diadakan pada tahun 1927. Ia melibatkan penyertaan pasukan2 dari Klang dan KL termasuklah pasukan ACS. Pada awal tahun 1930-an, pasukan dari Universiti HK dan China sentiasa melakukan lawatan2 tidak rasmi dan mengadakan perlawanan2 persahabatan di bandar2 besar seperti Spore, KL, dan PP. Kebanyakan perlawanan tersebut dikelolakan oleh Persatuan Sukan Cina di peringkat negeri. Aktiviti sukan bola tampar tergendala semasa Perang Dunia Kedua, namun berjaya dihidupkan kembali. Walau bagaimanapun, selepas Kejohanan Antara Negeri Ke3 pada tahun 1951, kegiatan sukan ini terhenti tanpa sebarang pertandingan. Menjelang tahun 1959, satu usaha untuk memupuk minat dalam sukan ini dikaji semula. Para perwakilan Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah bermesyuarat untuk menubuhkan Persatuan Bola Tampar Amatur Malaya.

Pada 18 Oktober 1959, para perwakilan PP, Perak dan Selangor tela bermesyuarat di PP untuk menubuhkan Persatuan Bola Tampar Amatur Malaya. Persatuan ini telah didaftarkan pada 9 Julai 1959. Persatuan ini telah menganjurkkan kejohanan bola tampar kebangsaan antara negeri yang pertama pada tahun 1960 di PP. Pada tahun 1962, persatuan ini telah bergabung dengn Persekutuan Bola Olimpik Malaya. Pada tahun 1966, persatuan ini telah menganjurkan kejohanan kebangsaan kali yang kedua di Bentong dan bahagian wanita turut dipertandingkan.. Antara tahun 1960-63, permainan bola tampar telah menggunakan sistem sembilan pemain manalaka sejak tahun 1964, sistem enam pemain pula diperkenalkan di Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan Pertama di Singapura. Pada tahun 1962, buat pertama kalinya Malaya telah menyertai kejohanan peringkat antarabangsa, iaitu di Sukan Asia Keempat di Jakarta. Seterusnya, Malaysia turut mengambil bahagian di Sukan SEAP ketiga (1965).Sukan Asia Kelima, Sukan SEAP Keempat dan Kelima serta Sukan Sea. Manakala pada tahun 1968, Kejohanan Bola Tampar Remaja Kebangsaan Pertama dianjurkan di Pulau Pinang.

Untuk kejohanan antarabangsa, MAVA telah berjaya menganjurkan Asian Junior Women Championship di kUALA Lumpur pada tahun 1992, women's world volleyball grand prix di Stadium NEgara serta Junior Men volleyball Championship. Sehingga kini, sukan bola tampar tetap kekal sebagai salah satu acara sukan yang digemari walaupun tahap penglibatan dan prestasinya belum mencapai tahap yang tinggi setanding fengan beberapa sukan antarabangsa yang lain.

Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Bola Tampar dari Wee Eng Hoe Edisi Kedua

You might also like