You are on page 1of 14

PERBANDINGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM MATEMATIK DI MALAYSIA DENGAN SINGAPURA DAN HONG KONG Nurhashimah binti Zaba

ABSTRAK Pentaksiran untuk pembelajaran adalah misi kerajaan dalam melaksanakan sistem PBS di sekolah. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui perbandingan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang dijalankan di Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Kajian ini mengandungi kaedah pelaksanaan PBS dan transformasi kurikulum sekolah di setiap negara. Secara keseluruhannya, Singapura dan Hong Kong masih berorientasikan peperiksaan awam di mana PBS menyumbang 15-40% daripada keseluruhan penilaian. Pentaksiran di Malaysia harus mengalami transformasi agar penglibatan pelajar lebih optimum dalam usaha memperbaiki pencapaian dan mengejar kemajuan negara. Perubahan dalam pentaksiran akan menjadikan sistem pendidikan di Malaysia setanding dengan negara luar.

1.0

PENDAHULUAN

Malaysia yang merupakan sebuah negara sedang membangun giat berusaha dalam melakukan kemajuan dari segala aspek dan komponen pembangunan. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperbaiki, mengekalkan dan meningkatkan kemajuan negara seiring dengan perkembangan dunia pada masa kini dan tidak terkecuali dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan negara mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Menurut Noor Azreen Abd Aziz (2010), pendidikan berperanan dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri, berterampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan yang ingin dilahirkan ini juga berupaya untuk berfikir secara kreatif dan kritis, dan berkemahiran dalam menyelesaikan masalah. Kerajaan Malaysia telah memikirkan usaha bagi memantapkan sistem pendidikan negara. Dengan itu kerajaan telah merangka strategi pembaharuan terhadap struktur kurikulum pendidikan dan sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan. Fokus utama dalam perlaksanaan sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar serta memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya menjadi lebih holistik. Ghafar (2011), mendefinisikan pentaksiran
1

adalah proses mengukur, proses penilaian, proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Justeru, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan di bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interprestasi keseluruhan meklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah menilai keberkesanan pembelajaran seterusnya membuat penambahbaikkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam sistem pendidikan dahulu hingga kini, setiap pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan awam pada tahap tertentu dan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Demam peperiksaan ini sangat terasa di setiap sekolah sehingga baki hari sebelum peperiksaan dihitung dengan cermat. Ini kerana, melalui keputusan peperiksaan awam inilah yang menentukan kedudukan (ranking) sesebuah sekolah (Sidek, Majid, Sah, Mohamed, & Hashim, 2012). Namun, penilaian seperti ini hanya menilai kebolehan dan pengetahuan pelajar dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sangat terhad. Pentaksiran yang diberikan sebahagiannya hanya menguji kemampuan murid menghafal kandungan mata pelajaran yang diajar. Situasi pembelajaran di dalam kelas juga sangat terpengaruh dengan sistem peperiksaan. Sesetengah guru hanya memfokuskan beberapa subjek dalam satu-satu mata pelajaran sebagai sasaran soalan peperiksaan pada tahun tersebut. Perubahan pemikiran para pengkaji dalam bidang pendidikan ke arah pendidikan yang lebih cemerlang mendorong kepada perkembangan dalam pendidikan terutama perkembangan dalam cara pentaksiran atau penilaian pembelajaran para pelajar sekolah. Oleh itu, sistem pentaksiran baru dalam pendidikan telah dibina menuntut penglibatan bersama antara pihak sekolah, pendidik, ibu bapa dan pelajar. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah satu kaedah pentaksiran baru yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dirancang, ditadbir, diberi pemarkahan dan dilaporkan oleh pihak sekolah. LPM telah menyelitkan perlaksanakan PBS terhadap semua sekolah bagi sebahagian mata pelajaran dengan memasukkan penilaian kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Sidek, Majid, Sah, Mohamed, & Hashim, 2012). LPM meyediakan instrumen, piawai, kiteria, panduan dan peraturan perlaksanaan PBS bagi setiap sekolah. Dalam kajian ini akan diterangkan dengan lebih lanjut mengenai PBS yang sedang dan akan dijalankan di Malaysia dalam satu mata pelajaran dan perbandingan sistem pentaksiran berasaskan sekolah dari negara lain iaitu Singapura dan Hong Kong.
2

2.0

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI MALAYSIA

Perlaksanaan PBS telah dilaksanakan di Malaysia pada tahun 2011 bagi murid tahun satu di semua jenis sekolah rendah manakala pada tahun 2012, pelajar tingkatan satu bagi semua jenis sekolah menengah. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tidak seperti sistem penilaian dahulu yang hanya menumpukan kepada peperiksaan umum yang amat terhad, PBS menilai pelajar melalui penglibatan mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik. Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Rajah 2.1: Komponen dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan rumah dan ujian. Bagi PP pula ditadbir, diperiksa dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkanoleh LPM dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian pelajar dalam aktiviti jasmani dan kesihatan dan aktiviti ekstrakurikulum. Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur kebolehan semulajadi pelajar, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat kecenderungan, sikap dan personaliti pelajar.

Dokumen Standard Prestasi (SP) telah dikeluarkan oleh LPM sebagai panduan untuk pentaksir iaitu guru menambah baik Pentaksiran Sekolah (PS) sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. SP merupakan satu penyataan yang menerangkan tentang pencapaian seseorang individu atau pelajar dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras yang telah dikenalpasti. Jadual 2.1: Kerangka Standard Prestasi BAND 1 2 3 4 5 6 Tahu Tahu dan Faham Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Berdarab Mithali Jadual 2.2: Tafsiran Band BAND 1 TAFSIRAN Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respon kepada perkara yang asas 2 Murid menunjukkan kefahaman menukar bentuk komunikasi ata menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari 3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi 4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu pengikut prosedur atau secara sistematik 5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif 6 Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mepunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan meklumat menggunakan ayat yang sesuai bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. STANDARD

Dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia, guru dan pelajar memainkan perana utama bagi memastikan ianya berkesan dan ,mencapai objektif yang ditetapkan. Guru berperanan sebagai motivator, pemudahcara, membuat pemerhatian ke atas tugasan pelajar, mendapatkan maklumat daripada aktiviti dan tugasan yang dilaksanakan oleh pelajar dan akhir sekali memberi maklum balas. Secara keseluruhannya, guru perlu membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Pelajar pula diajar dan dipupuk oleh guru untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Pelajar perlu mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari, seterusnya melaksanakan tugasan yang diberikan supaya guru boleh mengetahui kemahiran pelajar dan boleh dibuat ditaksir. Dengan melaksankan PBS, seseorang pelajar itu dinilai berdasarkan hasil tugasan yang lebih jelas dan berterusan dalam jangka masa yang lebih panjang. Kesimpulannya, pelajar ditaksir dengan mencapai kejayaan dalam mendapatkan ilmu, kemahiran dan amalan nilai murni serta sikap yang terpuji (Noraini Idris, 2005). PBS bertujuan untuk seseorang guru itu memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran di samping cara pentaksiran dilakukan (Hwa Tee Yong & Lim Chap Sam, 2008). Melalui PBS, pencapaian pelajar ditaksir sama ada tinggi atau rendah, meningkat atau tidak, dan keputusan dibuat sama ada pelajar memerlukan pengayaan atau pemulihan. Lebih Proses pentaksiran hendaklah dijalankan dengan mengumpul maklumat secara sistematik supaya dapat meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu jujur dalam menilai pelajar dan tiada unsur berat sebelah Sesungguhnya mengetahui seseorang pelajar itu memahami sesuatu konsep adalah suatu matlamat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan ranking pelajar tersebut di dalam kelas. Melalui pentaksiran guru mampu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar dan merancang tindakan susulan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 2.1 PBS dalam Subjek Matematik di Malaysia PBS Matematik telah dijalankan untuk pelajar Tahun 1 bermula 2011 dan pelajar Tingkatan 1 bermula 2012 bagi menggantikan Peperiksaan UPSR dan PMR. Sebagai contoh bagi PBS Matematik tingkatan satu ini dinamakan Pelaporan Standard Menengah Rendah (PSMR). Pelajar tingkatan satu ini dikategorikan sebagai kohort pertama 2012-2014. Dengan itu seratus peratus markah dari PSMR pada tahun 2014 nanti adalah dari PBS.
5

Tugasan PBS Matematik terbahagi kepada dua iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS). Tugasan PP adalah soalan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan hanya dilakukan sekali setahun. Jenis-jenis tugasan PP adalah seperti kerja kursus, kajian, persembahan, pameran, folio, jurnal, rekacipta dan lain-lain. Manakala, tugasan PS perlu dijalankan sepanjang tahun dan semua eviden atau soalan dari guru atau pihak sekolah. Bagi PSMR, semua guru Matematik tingkatan satu perlu menbina soalan eviden mengikut zon sekolah dari topik pertama hingga topik akhir, mengumpulkannya untuk digunakan oleh para guru Matematik tersebut. Guru Matematik perlu menyediakan fail perkembangan individu pelajar dan juga fail showcase. Fail perkembangan individu pelajar adalah fail yang merekodkan semua eviden dari semua mata pelajaran yang telah dilakukan oleh pelajar dan dimasukkan di dalam fail. Setipa orang pelajar perlu mempunyai satu fail perkembangan individu pelajar dan fail ini disimpan oleh pihak sekolah. Fail showcase pula mengandungi semua eviden terbaik pelajar dari semua mata pelajaran. Namun, hanya satu fail showcase bagi setiap kelas. Bahan-bahan yang perlu ada bagi seseorang guru Matematik yang menjalankan PBS adalah: a) Dokumen Standarad Prestasi(DPS), b) Senarai Semak Kelas, c) Senarai Semak Individu, dan d) Eviden (Buku Panduan Pengurusan PBS di Malaysia, 2011). Eviden di sini ialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh pelajar yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. Antara contoh evidens ialah tulisan, bahan cetakan, persembahan, foto, grafik, artifak, laporan dan sebagainya. Sebagai contoh eviden seperti soalan-soalan Matematik, eviden-eviden tersebut perlu diperbanyakkan dan diberi kepada pelajar-pelajar untuk pentaksiran. Jenis-jenis eviden yang hendak digunakan adalah terpulang kepada citarasa guru tersebut. (Yong & Sam, 2008). Selepas mentaksir semua eviden, guru perlu mentaksir pencapaian pelajar mengikut DSP pelajar. Jadual 2.3: contoh draf (DSP Matematik Tingkatan 2, 2012)
BAND PENYATAAN STANDARD B1 1 Tahu pengetahuan asas matematik DESKRIPTOR BID1 PENGENALAN KUASA DAN PUNCA KUASA EVIDEN B1D1E1 Menyatakan suatu nombor yang didarab dengan nombor yang sama sebagai kuasa dua nombor tersebut dan sebaliknya. B1D1E2 Menyatakan suatu nombor yang didarab dua kali dengan nombor yang sama sebagai kuasa tiga nombor tersebut dan sebaliknya 6

Sekiranya pelajar ada melakukan kesalahan dalam melakukan tugasan, guru perlu membuat pengajaran sekali lagi dan mengulangi eviden yang sama sehingga pelajar dapat menjawab dengan betul sebelum guru menyimpan eviden tersebut di dalam Fail Perkembangan Individu pelajar. Seterusnya, guru perlu menandakan band pelajar dalam Senarai Semak Kelas sebelum merekodkannya di dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran PBS (SPPBS). Eviden yang telah direkodkan boleh dilupuskan dengan mengembalikan kembali kepada pelajar tersebut manakala eviden yang terbaik dan terkini perlu disimpan dalam fail pelajar.

3.0

PBS DI SINGAPURA DAN HONG KONG 3.1 PBS di Singapura

Seperti juga di Malaysia, sistem persekolahan di Singapura terdiri daripada enam tahun sekolah rendah, lima tahun sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi. Para pelajar menghadiri sekolah rendah bermula usia tujuh tahun sehingga berakhir dengan mengambil peperiksaan nasional iaitu Primary School Leaving Examination (PSEL). Selepas sekolah rendah, pelajar biasanya menghadiri sekolah menengah selama lima tahun. Pada akhir sekolah menengah, para pelajar mengambil peperiksaan Singapore-Cambridge GCEO Level, dan keputusan daripada peperiksaan tersebut menentukan jenis laluan yang dikejar oleh mereka. (Kementerian Pendidikan Singapura, 2006). Kementerian Pendidikan Singapura telah menetapkan objektif pendidikannya untuk menghasilkan pelajar yang berkeyakinan tinggi, mampu berkomunikasi dengan efektif dan berdikari. Oleh itu Program Pembelajaran Aktif (Programme for Active Learning PAL) diperkenalkan. Pentaksiran ini lebih melihat potensi pelajar dengan mengukur kemampuan mereka dan melihat pembangunan keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan dan aktiviti (Berinderjeet Kaur, 2005). Maka dengan ini pendidikan di Singapura diperkenalkan dengan Subject Based Banding (SBB) bermula pada tahun 2008 bagi menggantikan EM1, EM2 dan EM3 (English and Mother Tongue at 1st, 2nd and 3rd langue) stream di seluruh sekolah rendah di Singapura. SBB diperkenalkan untuk memastikan bahawa pelajar dinilai berdasarkan keupayaan diri mereka sendiri bergantung kepada minat dan kecenderungan tersendiri. Ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar merealisasikan potensi diri mereka. Dalam SBB, para pelajar sekolah rendah di Singapura diberi pilihan untuk mengambil subjek standard atau subjek asas, bergantung kepada kekuatan pelajar tersebut. Sebagai
7

contoh, jika seseorang pelajar itu mempunyai kelebihan dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik tetapi sangat lemah dalam Bahasa Ibunda dan Sains, pelajar tesebut boleh memilih untuk mengambil dua mata pelajaran yang kukuh di peringkat standard dan dua mata pelajaran yang lemah di peringkat asas sahaja. Dengan itu, pelajar tersebut boleh menumpukan mata pelajaran yang kuat manakala membina asas-asas dalam mata pelajaran yang lemah.Markah dalam mata pelajaran asas ditaksir lebih rendah daripada mata pelajaran standard sebagai markah keseluruhan PSLE kerana mengambil kira perbezaaan kandungan pembelajaran dalam subjek standard dan subjek asas. Subjek peringkat asas merangkumi kira-kira 75% daripada kurikulum standard sekolah. Dua kategori pentaksiran diperkenalkan di Singapura ialah penilaian berterusan atau Continuous Assessment (CA) dan penilaian semester atau Semester Assessment (SA) (Kaur, 2005):

a)

Penilaian berterusan (CA) - Mengumpul maklumat dari pelajar tentang kesesuaian kaedah pengajaran yang digunakan dan keberkesanannya. - Mengenalpasti kesukaran pembelajaran di kalangan pelajar agar guru boleh merancang pengubahsuaian yang lebih efektif - Mendapat tindak balas dari pelajar

b)

Penilaian semester (SA) Penilaian semester berbentuk sumatif yang diadakan di akhir semester atau pada akhir tahun. Tujuan penilaian semester ialah untuk mengenalpasti tahap pencapaian pelajar bagi keseluruhan tajuk yang telah pelajar pelajari sepanjang penggal.

3.2 PBS di Hong Kong Sistem persekolahan di Hong Kong agak berlainan daripada sistem persekolahan di Malaysia. Sekolah rendah di Hong Kong adalah selama 6 tahun mulai dari umur 6 hingga 11 tahun. Pelajar sekolah rendah diajar enam subjek iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik, Pengajian Am, Muzik, Seni Visual dan pendidikan fizikal. Seterusnya, pelajar akan memasuki sekolah menengah selama 7 tahun pada umur 12 hingga 18 tahun. Dalam menengah rendah, pelajar diajar mata pelajaran tambahan seperti sejarah, geografi dan sains
8

dan mata pelajaran lain. Manakala, menengah atas lebih selektif, dan pelajar boleh memilih aliran dan bilangan subjek yang dikehendaki. Sejak dari tahun 2000, kerajaan Hong Kong telah membuat pembaharuan pertama dalam perlaksanaan sistem pendidikan secara besar-besaran dengan memperkenalkan budaya baru dalam sistem pentaksiran. Ini kerana, sistem pendidikan dahulu lebih bersifat kompetitif dan selektif telah mendapat kritikan hebat dari orang ramai (Yu, Kennedy, Fok, & Chan, 2006). Oleh itu, Sistem pentaksiran berasaskan sekolah telah diperkenalkan dengan satu pendekatan yang dipanggil core-competence (kecekapan teras) iaitu satu pendekatan di mana kemahiran asas dan pengetahuan akan dijadikan rujukan untuk pentaksiran pembelajaran para pelajar. Guru digalakkan untuk mempelbagaikan mod pentaksiran yang berbeza untuk memberi kesesuaian kepada tujuan pembelajaran para pelajar di sekolah. Antaranya ialah pemerhatian prestasi pelajar dalam bilik darjah, pentaksiran kendiri dan rakan sebaya, perlaksanaan potfolio atau penyertaan kerja projek untuk menggalakkan pembelajaran dalam cara yang lebih fleksibel.

Sistem pentaksiran di sekolah menengah di Hong Kong juga turut mendapat beberapa pembaharuan. Peperiksaan Hong Kong dan Lembaga Penilaian atau Hong Kong Examination dan Assessment Authority (HKEAA) telah menukar sistem pentaksiran dahulu kepada sistem pentaksiran yang baru. Pada sistem pendidikan dahulu, sekolah menengah mempunyai dua peperiksaan awam iaitu Hong Kong Certification of Education Examination (HKCEE) dan Hong Kong Advanced Level Examination (HKALE). HKCEE diambil apabila pelajar berada di tingkatan 5 (17 tahun) manakala HKALE bagi para pelajar tingkatan 7 (19 tahun). Pendidikan Hong Kong telah memansuhkan kedua-dua peperiksaan ini dan menggantikannya dengan Hong Kong Diploma of Secondary Education Examination (HKDSE) di mana para pelajar tingkatan empat tahun 2009 adalah menjadi kumpulan pertama pada masa itu. Peperiksaan HKDSE direka untuk menilai pencapaian calon dengan kebolehan yang berbeza, yang diambil dari tingkatan 4 hingga tingkatan enam sekolah menengah. Dengan itu, para pelajar akan tamat pengajian dan boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi setahun lebih awal. Antara pentaksiran selama 3 tahun dalam HKDSE adalah aktiviti membaca, kerja kursus, penyertaaan pelajar dalam kerja berkumpulan dan penyediaan kerja projek. (HKDSE, 2009)

4.0

PERBANDINGAN DAN PERBINCANGAN

Secara keseluruhan, konsep dan cara pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi Malaysia, Singapura dan Hong Kong mempunyai bentuk pentaksiran yang lebih kurang sama tetapi menggunakan strategi dan pendekatan yang berbeza. Bagi negara Malaysia, markah PBS bermula bagi tahun 1 sekolah rendah sehingga melangkah ke tahun 6 dan menyumbangkan 40% ke dalam UPSR. PMR dimansuhkan dengan menggunakan seratus peratus markah PBS manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih dikekalkan. Pentaksiran penilaian dilakukan melalui pemerhatian semasa di dalam kelas,keupayaan dan kesungguhan melaksanakan tugasan yang diberi dan penglibatan murid sesi soal jawab. Singapura juga menjalankan PBS melalui pemerhatian di dalam kelas,komunikasi lisan, penulisan tugasan, ujian dan tugasan penyiasatan. Markah menyumbangkan sebanyak 40% dan peperiksaan PSLE. Negara Hong Kong pula memperuntukkan 15% markah PBS dalam peperiksaan HKDSE (HKDSE, 2009). Kaedah pentaksiran pula merangkumi kerja kelas,amali ,potfolio dan projek.Ini menunjukkan Malaysia, Singapura, dan Hong Kong masih mangamalkan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan tetapi masih melaksanakan PBS. Ketiga-tiga negara ini menggalakkan pentaksiran yang bersifat formatif daripada pentaksiran yang bersifat sumatif. Pentaksiran formatif di sini bermaksud satu pentaksiran yang berterusan yang berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (Callingham, 2010) (Stiggins, 2005). Ia bertujuan memberikan maklum balas yang lebih tepat dan segera mengenai pencapaian pelajar dan membantu meningkatkan pembelajaran mereka. Walaubagaimanapun, pentaksiran sumatif masih dianggap penting dan digunapakai di sekolah-sekolah di ketiga-tiga negara ini. Pentaksiran sumatif adalah pentaksiran yang berlaku selepas selesai sesi pengajaran bertujuan untuk melihat hasil pembelajaran terhadap setiap pelajar (Callingham, 2010). Dengan itu, ketiga-tiga negara masih melaksanakan peperiksaan awam di setiap sekolah. Dalam kelebihan menjalankan PBS di Malaysia, PBS juga mempunyai kekurangannya. Antara kekurangannya ialah perlaksanaan PBS agak kompleks dan memakan masa yang panjang selain memerlukan koordinasi dan kepimpinan yang sesuai dalam mengendalikan PBS. Selain itu, faktor guru yang mempunayi tahap pengetahuan dan kemahiran yang sederhana tinggi dalam melaksanakan PBS juga menyumbang kepada kekangan ini. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar dan menganggap proses
10

melaksanakan pentaksiran mengganggu tugas-tugas yang lain (Noor Azreen Abd Aziz & Sulaiman Yamin, 2010). Dengan adanya guru-guru yang terlatih, semua bentuk yang bersifat alternatif dan tulen seperti kerja kursus, projek, persembahan, kegiatan jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan jati diri pelajar boleh dilaksanakan.

5.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN PBS DI MALAYSIA

PBS di Malaysia masih terlalu baru. Oleh itu, langkah pertama untuk perlaksanaan PBS yang sistematik adalah dengan memberikan pendedahan yang khusus buat para pendidik terutama guru sekolah supaya mereka telah betul-betul memahami tujuan PBS dan cara perlaksanaannya. Dengan itu, PBS dapat dijalankan dengan baik, konsisten dan berterusan kerana mempunyai guru-guru yang berpengetahuan, berkemahiran dan sikap tanggungjawab yang tinggi. SBB yang diperkenalkan di Singapura adalah satu perlaksanaan yang baru di negara itu dan boleh dicontohi dalam pendidikan di Malaysia. Ini kerana pelajar ditaksir mengikut keupayaan sendiri mengikut subjek yang tertentu. Dengan mencontohi SBB ini, Malaysia akan melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan yang berkualiti bagi satu-satu subjek daripada melahirkan pelajar yang mempunyai kuantiti subjek yang banyak tetapi kurang dari segi kualitinya. (Begun & Farooqui, 2008) dalam kajiannya telah menemukakan beberapa cadangan bagi memastikan pentaksiran dijalankan dengan betul dan adil dan boleh dipraktikkan dalam PBS di Malaysia. Beberapa cadangan mereka ialah: pemantauan perlu dilakukan oelh penyelia akademik sekolah; guru besar perlu mengadakan mesyuarat dan memeriksa rekod guru-guru setiap penggal; satu jawatankuasa perlu ditubuhkan di setiap sekolah bagi memeriksa rekod PBS ibu bapa boleh membuat aduan kepada guru besar sekiranya mengesyaki anak-anak mereka menjadi mangsa kepada guru; guru besar perlu mengatur perjumpaan bersama ibu bapa selepas setiap penggal bagi menyelesaikan segala aduan ibu bapa; dan

11

satu elemen bimbingan dan kaunseling boleh diperkenalkan untuk membantu guruguru yang mempunyai masalah dalam perlaksanaan PBS. Dalam usaha untuk merealisasikan pentaksiran yang bercorak formatif seperti yang di

tekankan di Hong Kong, guru perlu memainkan peranan yang penting dalam merancang strategi pengajaran dengan kawalan dari pihak atasan juga. Menurut Noor Azreen Abd Aziz (2010), gambaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dapat diberikan dengan menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah. Antaranya ialah: Pentaksiran prestasi yan mengkehendaki pelajar untuk mencipta sesuatu produk dan merumuskan dengan kefahaman tentang konsep yang diajar Pemerhatian guru terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti dan perlaksanaan tugas dan merekodkannya Pentaksiran untuk pembelajaran di mana guru berinteraksi dengan pelajar untuk menilai kemajuan pelajar Pentaksiran sendiri iaitu pelajar menilai sendiri kerja yang dilakukannya Pentaksiran kerja kursus atau portfolio iaitu kerja pelajar merekodkan koleksi bahanbahan pembelajaran dalam cara yang teratur dan sistematik. Yong & Sam (2008) dalam kajiannya mereka telah membuat kerangka kerja mengenai perlaksanaan pentaksiran pemikiran matematik (Mathematical Thinking Assessment) yang melibatkan empat kompenan: a) pentaksiran persembahan, b) skala penilaian metacognitif, c0 Pembawaan Skala Penilaian Matematik dan d) Pemikiran Matematik Rubrik Pemarkahan. 6.0 KESIMPULAN

Kesimpulanya, perlaksanaan PBS di Malaysia masih di tahap percubaan. Jika dibandingkan dengan negara Singapura dan Hong Kong, masing-masing telah berjaya dalam usaha menaiktarafkan sistem pentaksiran sekolah. Malah dalam akhbar BBC (British Broadcasting Corporation), sistem pendidikan di Singapura dan Hong Kong dalam kedudukan ke-lima dan ke-tiga di mata dunia (Coughlen, 2012). Walaupun kedua-duanya masih mengamalkan penilaian markah untuk peperiksaan awam, tetapi dengan menyelitkan pemarkahan untuk PBS, sistem pentaksiran menjadi lebih tepat dan adil. Para guru harus percaya akan keberkesanan perlaksanaan PBS di sekolah ini bakal merubah masa depan dan kualiti pembelajaran para pelajar. Pentaksiran yang dilaksanakan

12

berasaskan sekolah memberi peluang pelajar untuk tetap berkeyakinan bahawa mereka boleh terus belajar pada tahap produktif sekiranya usaha berterusan untuk belajar dilakukan (Mok, 2009). Pelajar perlu dihargai oleh guru dan rakan sebaya dalam persekitaran pembelajaran yang membina. Melalui pentaksiran juga, guru berupaya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar dan merancang tindakan susulan bagi mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

7.0

RUJUKAN

Aziz, N. A., & Yamin, S. (2010). Pentaksiran Alternatif: Menuju ke Arah Transformasi Sistem Pentaksiran di Malaysia. Fakulti Pendidikan: Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Begun, M., & Farooqui, S. (2008). School Based Assessment: Will it Really Change the Education Scenario in Bangladesh? International Education Studies , 1(2), 45-53. Buku Panduan Pengurusan PBS di Malaysia (2011) Callingham, R. (2010). Mathematics assessment in primary classrooms: Making it count. Crown Conference (pp. 39-42). Melbrourne: Crown Conference Centre. Coughlen, S. (2012, November 27). UK education sixth in global ranking. Retrieved Mac 20, 2013, from News Education & Family: http://www.bbc.co.uk/news/education-20498356 FU, T.-w., & NG, K.-m. (2012). Developement of Assessment Framework of Applied Learning Subject in Hong Kong . Hong Kong: HKEAA.

Ghafar. (2011). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah (2nd ed.). Skudai: Penerbit UTM Press. HKDSE. (2009). Information on School-based Assessment. Hong Kong: HKEAA. Kaur, B. (2005). Assessment of Mathematics in Singapore Schools. ICMI Regional Conference (pp. 1-8). Shangai: ICMI. Kementerian Pendidikan Singapura (2006). Primary Mathematics Syllabus. Singapura: Perancangan Kurikulum dan Visi Pembangunan. Mok, S. S. (2009). Falsafah dan Pendidikan di malaysia. Selangor: Multimedia Sdn. Bhd.

13

Sidek, S., Majid, N. A., Sah, N. E., Mohamed, H., & Hashim, M. N. (2012). The role of the Teachers in School-Based Assessment of Vocational Electives Subjects at Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn, Batu Pahat, Johor. Batu Pahat: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn. Stiggins, R. (2005). From Formative Assessment to Assessment FOR Learning: A Path to Success in Standard-Based Schools. Phi Delta Kappan , 87(4):324-328. Yong, H. T., & Sam, L. C. (2008). Implementing School -Based Assessment: Mathematical Thinking Assessment (MATA) Framework. In Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi (pp. 73-88). Kuching: Institut Perguruan Batu Lintang. Yu, W. M., Kennedy, K. J., Fok, P. K., & Chan, K. S. (2006). Assessment Reform in Basic Education in Hong Kong: The emergence of Assessment for Learning. Annual Conference of the International Association for Educational Assessment (pp. 1-12). Singapore: Quality Education Fund.

14

You might also like