You are on page 1of 5

Simpulan bahasa Sakit mata

Maksud Berasa tidak elok pada pandangan

Contoh Sakit mata saya melihat kelas kamu yang kotor dan bersepahsepah ini Mereka bersengkang mata untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Mak Limah mudah rambang mata apabila melihat pelbagai jenis pakaian yang cantik-cantik di gedung pakaian itu. Puan Wardina baru menimang cahaya mata setelah sepuluh tahun berkahwin. Arwah bapanya tidak meninggalkan apa-apa kecuali tanah sekangkang kera sahaja. Orang lain sibuk bekerja tetapi pemuda itu masih berpeluk tubuh. Akibat terjatuh ketika berlari, dia terpaksa berputih mata dalam pertandingan itu. Insaflah, nak. Jangan sampai ibu putih tulang baru kamu nak berubah. Gerombolan komunis itu mengangkat bendera putih kepada anggota tentera kita. Saya memang langkah kanan kerana ketika tiba jamuan sedang dihidangkan. Nampaknya kita langkah kiri kali ini. Baru hendak ke majlis itu hujan turun dengan lebatnya. Fadil membuka langkah seribu setelah dikejar oleh anjing liar. Orang itu memang begitu, suka angkat bakul tentang kehebatan dirinya.

Sengkang mata

Tidak tidur malam

Rambang mata

Sukar membuat pilihan

Cahaya mata

Anak

Sekangkang kera

Tanah atau kawasan yang kecil

Peluk tubuh

Orang yang malas berusaha

Putih mata

Hampa kerana hajat tidak tercapai

Putih tulang

Meninggal dunia

Bendera putih

Mengaku kalah atau menyerah diri

Langkah kanan

Bernasib baik

Langkah kiri

Tidak bernasib baik

Langkah seribu

Lari meninggalkan sesuatu tempat Memuji diri sendiri

Angkat bakul

Hati batu

Orang yang keras hati

Patutlah semakin dinasihati semakin menjadi-jadi. Ruparupanya dia hati batu. Dia memang mulut murai. Ada-ada sahaja yang hendak dicakapkan olehnya. Jangan ceritakan rahsia ini kepadanya kerana dia itu mulut tempayan. Pak Harun bermandi peluh setelah seharian bekerja di sawahnya. Budak muka tembok itu selamba sahaja walaupun dimarahi gadis yang digangguinya. 1) Walaupun bijak, Salmah sentiasa merendah diri. 2) Salmi berasa rendah diri kerana dia merupakan anak orang susah.

Mulut murai

Orang yang suka bercakap

Mulut tempayan

Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia

Mandi peluh

Dibasahi peluh

Muka tembok

Orang yang tidak tahu malu

Rendah diri

1) Tidak sombong 2) Berasa serba kekurangan

Kera sumbang

Orang yang suka memencilkan diri

Dia umpama kera sumbang kerana tidak mahu bergaul dengan rakan-rakannya. Mereka senyum kambing apabila mengetahui aku dilantik sebagai pengawas. Pemuda hidung belang itu kena belasah kerana menganggu anak gadis orang. Orang yang hidung tinggi memang dibenci oleh masyarakat. Azmi senyum simpul apabila mendapat hadiah bersempena ulang tahun kelahirannya. Tidak hairanlah jika dia mendapat nombor satu, dia memang otak cair. Farid merupakan orang harapan sekolah untuk menjuarai pertandingan pidato itu. Budak kepala batu itu tidak akan mendengar nasihat sesiapa pun.

Senyum kambing

Senyum yang dibuat-buat untuk mengejek

Hidung belang

Lelaki yang suka menganggu perempuan

Hidung tinggi

Orang yang sombong

Senyum simpul

Senyum yang menunjukkan kegembiraan

Otak cair

Orang yang bijak

Orang harapan

Orang yang paling dipercayai

Kepala batu/keras hati/keras kepala

Orang yang degil

Telinga nipis

Orang yang cepat marah

Orang yang telinga nipis memang begitu, cakap sikit dah nak melenting. Budak itu naik darah kerana diejek oleh kawan-kawannya. Sejak berjawatan tinggi dan tinggal di Bandar yang besar, Lamit sudah lupa daratan. Kes ini melibatkan anaknya tetapi dia lepas tangan sahaja. Kedua-dua seteru itu sentiasa bertikam lidah setiap kali bertembung. Dulu dia penyokong pasukan Selangor tetapi sekarang dia berpaling tadah dengan menyokong pasukan Johor. Kita harus alas perut terlebih dahulu sebelum pergi ke sekolah. Perlakuan yang tidak sopan boleh menjatuhkan harga diri seseorang. Kebakaran itu menyebabkan keluarga Badrul tinggal sehelai sepinggang sahaja. Wang muka untuk membeli kereta itu hanya RM3000. Dia itu telinga lintah. Orang bercakap berbisik pun dapat didengarinya. Pegawai itu ditangkap oleh badan pencegah rasuah kerana makan suap. Pemuda-pemuda yang suka melepak di tepi jalan itu digelar kacang hantu kerana suka menganggu ketenteraman orang kampung. Pendatang asing yang panjang tangan itu telah ditangkap oleh penduduk kampung.

Naik darah

Tidak dapat mengawal diri kerana berasa sangat marah Orang yang lupa asal usul diri atau tidak mengenang budi

Lupa daratan

Lepas tangan

Tidak masuk campur dalam sesuatu urusan Bertengkar

Bertikam lidah

Berpaling tadah

Bertukar fikiran dengan berpihak kepada orang lain

Alas perut

Makan dengan jumlah yang sedikit agar tidak lapar Maruah atau kehormatan diri

Harga diri

Sehelai sepinggang

Tidak ada pakaian lain selain yang dipakai sahaja

Wang muka

Wang pendahuluan untuk membeli sesuatu Pendengaran yang tajam

Telinga lintah

Makan suap

Menerima rasuah

Kacang hantu

Orang yang jahat dan suka menganggu orang lain

Panjang tangan

Orang yang suka mencuri

Angkat kaki

Meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab

Fahmi angkat kaki dari warung itu selepas mendapat panggilan daripada ibunya yang menyuruhnya pulang ke rumah. Penjenayah itu terpaksa angkat tangan setelah cedera ditembak oleh pihak polis. Kakak ingin mengahwini lelaki yang kaya dan berharta kerana dia mata duitan. Usahlah menipu budak itu walaupun dia lurus bendul.

Angkat tangan

Mengaku kalah atau menyerah diri

Mata duitan

Mementingkan wang

Lurus bendul

Orang yang sangat jujur dan mempercayai apa-apa sahaja yang dicakapkan oleh orang lain Berasa terlalu dukacita dan kecewa

Makan hati

Mak Lijah selalu makan hati kerana anak-anaknya degil dan suka bergaduh.

You might also like