You are on page 1of 2

Jurnal 2012

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : :

Ke-9 Kesembilan 01 05 April 2012

Persiapan untuk Pameran Sains Peringkat Sekolah

1. Masalah / Peristiwa Pada minggu ini saya telah menghadapi masalah untuk melatih murid-murid untuk pameran sains peringkat sekolah. Saya telah menghadapi kekangan masa di mana saya hanya boleh meluangkan sedikit masa semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta pada waktu rehat. Saya juga tidak dapat membahagikan kerja kepada murid-murid dan tidak dapat memberikan penjelasan yang mendalam mengenai projek yang dipilih oleh murid-murid. Walaupun begitu, pameran sains peringkat sekolah telah dijalankan dengan berjayanya.

2. Analisis Saya mendapati masalah ini berlaku kerana saya tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan para murid selain daripada masa pengajaran dan pembelajaran serta pada masa rehat. Ia juga menyebabkan saya tidak dapat melatih murid-murid dengan mendalam tentang projek dan eksperimen yang mereka lakukan semasa pameran Sains. Hanya segelintir murid yang selalu berjumpa dengan saya untuk mendapatkan idea tentang projek dan eksperimen yang mereka pilih.

Jurnal 2012
3. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya patut membincangkan tentang masalah ini bersama guru pembimbing dan mendapatkan nasihat daripada beliau. b. Saya akan pandai membahagikan masa pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti sampingan seperti Pameran Sains. c. Saya akan berbincang dengan guru-guru lain untuk mendapatkan bantuan mereka semasa menjalankan sesuatu projek.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan Saya akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini pada masa akan datang. Saya akan bijak membahagikan masa semasa mengendalikan sesuatu projek atau pameran dengan bimbingan guru-guru yang berpengalaman.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like