You are on page 1of 50

PLURALITI

DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA


(Kuliah pada Minggu 3) 28 Jan-1 Feb.2008
1

Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik. 2. Menjelaskan pembentukan pluralisme di Alam Melayu 3. Menyatakan kesan sekularisme penjajah dan pembentukan masyarakat pluralistik. 4. Menghuraikan perkembangan pembentukan masyarakat pluralistik selepas era penjajahan.
2

Liputan Kuliah
3.1 3.2 3.3 PENGENALAN PLURALITI BUDAYA ALAM MELAYU KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU : KESULTANAN MELAYU MELAKA PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL OLEH PENJAJAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL DI MALAYSIA MASYARAKAT PLURAL SELEPAS MERDEKA Politik Perlembagaan Pendidikan Ekonomi KESIMPULAN
3

3.4 3.5 3.6 3.5.1 3.5.2 3.5.3 3.5.4 3.6

Pluralisme Budaya Alam Melayu


Ciri Pluraliti dan Masyarakat Plural

Konsep pluraliti alam Melayu perlu difahami sbg asas utk memahami masyarakat plural.
Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian. Kedatangan penjajah berteraskan tiga matlamat utama iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi kesan dalam sistem kehidupan masyarakat di alam Melayu.
4

Pluralisme, Pluraliti & Pluralistik


Pluralisme: Ideologi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi masyarakat Melaka. Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan era penjajah British.
5

Pluraliti Budaya Alam Melayu


Realitinya, Malaysia adalah sebuah negara unik yang memiliki keistimewaan wujudnya masyarakat plural yang ketara.

Proses pembentukan masyarakat plural adalah berbeza dahulu dan sekarang. Pembentukannya di zaman sebelum penjajahan adalah berbeza berbanding selepas penjajahan.
6

Masyarakat plural wujud pelbagai bangsa mendiami sesuatu kawasan di Alam Melayu seperti Melayu, Cina, India, Eropah, Jepun dan lain-lain lagi

Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial, politik dan agama telah sedia ada dalam dunia baru mereka.
Mereka secara suka rela sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina telah berkahwin dengan masyarakat tempatan
7

Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-Buddha tidaklah begitu mendominasi masyarakat di Alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh ajaran Islam. Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab-kitab klasik mereka yang membincangkan secara meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah, metafizik, sistem sosial dan sebagainya. Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya agak jelas, seperti dalam aspek kesusasteraan dan pemerintahan
8

10

Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua hala antara Cina dan India. Alam Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan bagi kedua-dua pihak. Keadaan ini tanpa disengajakan telah mewujudkan pluraliti di Alam Melayu.

Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7M, telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu pengetahuan
11

Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris. Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka.

Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik Inggeris maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku.
Masing-masing menjalankan kehidupan di dalam kelompok masyarakat masing-masing. Namun, ini tidak bermakna tiada kehidupan yang harmoni.
12

Kemuncak Pluraliti Alam Melayu Kesultanan Melaka


Pemerintahan:
Era Melaka adalah kemuncak keagungan kerajaan Melayu.
Melaka dianggap The Venice of The East. Masyarakat plural yang wujud dapat hidup dengan aman dan damai, hasil dari sistem pemerintahan yang adil. Perlaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang berteraskan Islam mampu memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka pada waktu tersebut.
13

14

Perdagangan:
Aktiviti perdagangan antarabangsa juga berjalan dengan baik hasil dari sistem urus tadbir berteraskan Islam.

Kependudukan:
Masyarakat Melaka pada waktu tersebut terdiri dari pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam suasana aman dan damai.

Kebudayaan:
Kedatangan para pedagang antarabangsa ke Melaka juga telah menyumbang kepada multi budaya yang tersendiri.
15

16

17

18

Pembentukan Masyarakat Pluralistik oleh Penjajah


Ketibaan Inggeris adalah titik pemisah antara pluraliti dan masyarakat plural. Berbeza dengan penjajah Eropah yang lain, Inggeris menggunakan senjata serampang dua mata dalam misi penjajahan mereka iaitu imperialisme dan kolonialisme.
19

Dari aspek imperialisme, mereka menjajah secara fizikal di mana segala kekayaan hasil bumi negara jajahan akan diperah demi kepentingan ekonomi negara mereka sendiri seperti bijih timah dan emas Dari segi kolonialisme, mereka memperkenalkan sistem sosial, politik dan agama mereka kepada penduduk tempatan. Hasilnya, menerusi imperialisme budaya digunakan sebagai alat kerana mereka berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat peribumi seperti mana yang berlaku di India di mana hanya 120,000 orang Inggeris berjaya memerintah 600 juta orang India
20

Prinsip: Pemisahan Agama dan Negara (sekularisme), Agihan Kuasa, Federalisme.

Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu membawa konsep pemikiran pemisahan negara dan agama.

Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan, manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan.
Inggeris turut memperkenalkan sistem pentadbiran berasaskan 3 unsur penting, iaitu:Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan

21

22

Kubur Kamal Atatuk


23

Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Malaysia


Kedatangan orang China dan India ke Tanah Melayu di akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 yang bertujuan untuk memenuhi peluang-peluang perkerjaan seperti perlombongan, perladangan dan perniagaan yang disediakan oleh pihak penjajah British, orang-orang China, India dan Melayu.
24

Kewujudan peluang perkerjaan yang banyak, kekalutan ekonomi dunia serta galakan daripada British yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu telah menjadi faktor penggerak yang seolaholah memaksa kedatangan orang-orang China dan India ke Tanah Melayu.

25

Telah berlaku interaksi yang baik di antara orang-orang China dan India yang datang dengan orang-orang Melayu yang telah sekian lama mendiami Tanah Melayu ini. Semenjak itu telah berlaku akomodasi cara hidup yang harmoni di antara ketiga-tiga etnik utama. Kolonialisme British memberi impak sangat besar terhadap masyarakat negeri di Malaysia sama ada dalam bentuk material mahu pun non-material. Walaupun dari sudut fakta British mempunyai sumbangan terhadap penambahbaikan kehidupan rakyat Malaysia.

26

Al-Attas ; kehadiran kolonialisme Barat membawa dasar memisahkan orang Islam daripada agama mereka British mula bertapak kukuh menerusi satu campurtangan secara tidak langsung pada tahun 1786 apabila Pulau Pinang diperolehi dari Kedah. Bagi memastikan penaklukkan mereka berjalan lebih tersusun dan sistematik penasihat British kemudiannya turut di tempatkan di Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB). Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 merupakan titik permulaan penguasaan British di Tanah Melayu.

27

Perkembangan ini dengan jelas memperlihatkan agama dipisahkan daripada urusan politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Ringkasnya, agama Islam dan adat istiadat Melayu terletak di bawah urustadbir.

28

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka


Politik: Walaupun berhadapan dengan berbagai cabaran, Malaysia masih lagi dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksanakan sistem demokrasi dengan berkesan. Dalam konteks politik domestik, demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan. n T.Melayu.

29

30

Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksanakan sistem demokrasi dengan berkesan. Dalam konteks politik domestik, demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan. Selepas era 1960an perjalanan politik Malaysia terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya. Hal ini terbukti melalui penubuhan Barisan Nasional pada tahun 1974.
31

Dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perhubungan etnik melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekang pihak tertentu seperti parti pembangkang yang cuba memecah belahkannya.

32

Perlembagaan:
Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding,pembentukan parti-parti politik etnik dan coalition sebagai model permuafakatan politik (Parti Perikatan, Barisan Sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif). Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini. Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini.

33

34

Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini. Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini. Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu.

Pertama, berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan sebagai waad.
Sosial kedua berlaku dalam konteks masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Malaysia.
35

Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai persepakatan untuk hidup dalam aman dan damai. Dengan itu terbentuklah CLC (Communities Liason Commitiee/Perhubungan Antara Kaum) pada tahun 1948.

36

37

Pendidikan
Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi. Ia penting sebagai satu wadah bagi menyatukan kepelbagaian budaya. Usaha ke arah ini sebenarnya telah dilakukan semenjak sebelum merdeka lagi khususnya melalui dua laporan iaitu Laporan Razak tahun 1956 dan Laporan Rahman Talib tahun 1960. Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu (Wan Hashim 1983).

38

39

40

Lebih jauh daripada itu, dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi kemerdekaan pada tahun 1957, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan dengan Bahasa British masih lagi digunakan sebagai bahasa rasmi. Walau bagaimanapun, pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip: (i) sekolah berbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan; (ii) oleh kerana Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran; (iii) pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia, dan bukan lagi berteraskan negara Cina dan India (John Lowe 1960).

41

Persetujuan kepimpinan Parti Perikatan terhadap Penyata Razak 1956 dan Rahman Talib 1960 adalah melalui proses musyawarah telah secara langsung mengikhtiraf penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat untuk penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain. Kerajaan juga telah mengambil langkah memperbanyakkan penubuhan institusi pengajian tinggi bagi mempertingkatkan bilangan pelajar Melayu ke universiti. Kesan daripada dasar ini kemasukan pelajar Melayu ke universiti telah meningkat daripada 20% tahun 1960 1964 menjadi 65% pada tahun 1975 (Milne dan Mauzy 1986).
42

Pada masa yang sama, golongan bukan Bumiputera khususnya masyarakat Cina merasakan satu keperluan untuk melindungi budaya warisan nenek moyang dengan menggunakan wadah pendidikan.

Oleh yang demikian, masyarakat Cina masih mempertahankan sekolah jenis kebangsaan Cina. Namun begitu, sukatan pelajaran di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina adalah selaras dengan apa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini penting untuk memastikan perpaduan negara dan pembinaan bangsa Malaysia dapat dicapai.

43

Ekonomi: Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat; Rancangan pra-merdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan separuh Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960) Perancangan lepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru.


Dasar Pembangunan Negara hingga kini.

44

45

46

Sistem ekonomi dualisme ini merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang berbeza namun bergerak seiringan dengan garis etnik: Pertama, sistem ekonomi moden yang mendominasi keseluruhan organisasi pengeluaran. Kedua, sistem ekonomi tradisional yang diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian. Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik pengeluarannya, pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi oleh etnik Melayu. Ia bercirikan budaya luar bandar (Ness 1967).

47

48

Berdasarkan gambaran umum di atas ketara sekali isu yang berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada. Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama dalam memupuk kerjasama antara etnik. Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber pencetus konflik. Dalam hal ini, isu ketidakseimbangan ekonomi telah dianggap sebagai salah satu faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

49

Kesimpulan
Memahami pluraliti adalah asas penting ke arah memahami pembentukan masyarakat plural. Pluraliti telah sedia wujud di Alam Melayu. Ideologi sekular telah mempengaruhi perubahan dalam sistem masyarakat sepadu.

Pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuhkan melalui dasar-dasar negara yang dibentuk berteraskan persetujuan bersama.
50

You might also like