You are on page 1of 32

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, 56000 KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2010

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JASMANI DAN SUKAN

(PJM 3112)
Lawatan Ilmiah dan Karnival Permainan Tradisional
NAMA :NURUL HANI BINTI ABDUL MANAF NO KAD PENGENALAN :900425-15-5010 KUMPULAN NAMA PENSYARAH : PISMP (G 5.8) : MISS TENG SIEW LIAN

TARIKH SERAHAN

: 27 MAC 2012

ISI KANDUNGAN
1.0 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional 2.0 Panggilan Minit Mensyuarat 3.0 Minit Mensyuarat 4.0 Laporan Karnival 4.1 Laporan setiap AJK 4.2 Laporan individu (Laporan penilaian keberkesanan aktiviti pertandingan permainan tradisional) 5.0 Refleksi 5.1 Refleksi lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negara 5.2 Refleksi Karnival Permainan Tradisional 6.0 Rujukan 7.0 Lampiran 7.1 Syarat pertandingan 7.2 Borang-borang 7.2.1Borang Pendaftaran 7.2.2Borang Pemarkahan 7.2.3Senarai nama 7.3 Risalah / Brochure

7.4 Tentatif program


LAPORAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL Karnival Permainan Tradisional yang dikelolakan oleh Unit PISMP Semester Lima telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Karnival ini telah berlangsung pada hari Sabtu iaitu pada 24 Mac 2012 yang lepas bertempat di Padang IPGM Kampus Ilmu Khas sendiri. Karnival tersebut dianjurkan oleh Jabatan Sains Sukan dan sebanyak sebelas kelas telah terlibat dalam pengendalian karnival itu. Karnival ini diadakan bagi mengikuti dan melengkapkan Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan. Permainan tradisional adalah satu aspak pada kehidupan manusia. Permainan ini dikenali juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan permainan tardisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa lapang selepas bekerja di sawah padi ataupun semasa tidak turun ke laut. Sebaliknya sukaneka pula permainan yang dimainkan dalam bentuk pertandingan dan mempunyai beberapa peraturan-peraturan ringkas. Sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dipertandiangkan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah persetujui. Sukan akan lebih menarik jika terdapat unsur-unsur pertandingan, perancangan, kemahiran motor dan juga startegi. Karnival Permainan Tradisional bermula seawal jam 7.30 pagi. Semua guru pelatih telah berkumpul di tapak karnival permainan kecil masing-masing dan mula menghias tempat permainan mereka (Rajah 1). Karnival permainan kecil ini terdiri daripada 11 jenis permainan tradisional iaitu setiap kelas dengan setiap jenis permainan yang berbeza. Antara permainan-permainan yang dipertandingkan ialah galah panjang, layang-layang, gasing, guli, batu seremban, baling selipar, gusti lengan, congkak,

konda-kondi, ketinting dan sepak raga. Kesemua guru pelatih diminta berkumpul di depan astaka sebelum aktiviti berlangsung (Rajah 2). Pada majlis pembukaan, beberapa orang guru pelatih daripada opsyen Pendidikan Khas telah bersiap sedia bagi menyambut kedatangan Encik Zulkifli yang diminta untuk merasmikan karnival tersebut. Beliau kemudiannya diiring ke astaka oleh guru-guru pelatih tersebut (Rajah 3). Majlis dipengerusikan oleh Mustaqim dan Diana daripada opsyen Pendidikan Khas (Rajah 4). Selepas menyanyikan lagu Kebangsaan dan lagu institut, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Baasit (Rajah 5) . Kemudian majlis menjemput Encik Zulkifli naik ke pentas untuk merasmikan Karnival Permainan Tradisional. Tepukan gemuruh bergema sejurus selepas perasmian berlansung (Rajah 6). Selesai majlis perasmian, setiap kumpulan bersurai ke tapak permainan masingmasing. Penentuan sesi permainan dilakukan iaitu sesi 1 pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dan sesi 2 pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Aktiviti gusti lengan yang dikendalikan oleh kumpulan kami mendapat sesi kedua. Jadi pada pagi tersebut, aktiviti permainan guli, gasing, ketinting, layang-layang, sepak raga dan baling selipar dimulakan dahulu. Acara-acara permainan (Rajah 7). Pada sesi kedua, acara galah panjang, konda kondi, layang-layang, congkak, gusti lengan dan batu seremban pula dipertandingkan. Acara gusti lengan yang dikendalikan oleh kumpulan kami mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Ramai guru-guru pelatih berkumpul di kawasan permainan dan memberikan sorakan kepada rakan-rakan mereka yang bertanding. Perlawanan begitu sengit dan pesertapeserta yang terdiri daripada guru-guru pelatih lelaki dan perempuan kelihatan begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk memenangi pertandingan tersebut. Bagi pertandingan gusti lengan ini, kekuatan otot tangan sangat penting bagi membantu para peserta menjuarai pertandingan ini (Rajah 8). tersebut mendapat sambutan menggalakkan memandangkan guru-guru pelatih masih bertenaga dan bersemangat untuk memulakan

Acara tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum menutup majlis, Encik Mokhtar Ahmad diminta untuk menyampaikan sedikit ucapan sepanjang memantau karnival yang berlangsung. Encik Shaari Osman juga telah dijemput kepentas bagi menyampaikan ucapan beliau sempena karnival tersebut. Seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sesi penutupan Karnival Permainan Tradisional disempurnakan oleh Pengarah IPGM Kampus Ilmu Khas sendiri iaitu Encik Shaari Osman. Majlis tamat tepat pada pukul 1.30 petang (Rajah 9). Karnival Permainan Tradisional ini telah berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan. Sungguhpun terdapat beberapa masalah yang timbul pada awalnya, namun ia dapat diselesaikan dengan pengalaman dan bantuan daripada pensyarah dan juga kesungguhan yang ditunjukan oleh semua ahli jawatankuasa.

LAMPIRAN LAPORAN

Lampiran 1: Aktiviti menghias kawasan permainan

Lampiran 2 : Guru-guru pelatih berkumpul di depan astaka

Lampiran 3 : Encik Zulkifli disambut dan diiring ke astaka

Lampiran 4 : Mustaqim dan Diana mengacarakan majlis

Lampiran 5 : Bacaan doa oleh Baasit

Lampiran 6 : Perasmian oleh Encik Zulkifli Lampiran 7

Permainan Layang-layang

Permainan Gasing

Baling Selipar

Lampiran 8

Acara Gusti lengan lelaki

Gusti lengan perempuan

Lampiran 9

Ucapan oleh Pengarah IPGM IK, Encik Shaari Osman

Pemenang Permainan Batu Seremban

Pemenang Permainan Ketinting

Pemenang permainan guli

REFLEKSI LAWATAN ILMIAH KE MAJLIS SUKAN NEGARA Pengurusan dan pentadbiran adalah sangat berkait rapat dengan Pendidikan Jasmani dan juga sukan. Apabila sesuatu subjek itu dapat diuruskan dan ditadbir dengan baik, maka ia akan memberi impak yang positif kepada pihak pengurusan tersebut. Oleh itu, pada semester ini Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan menyatakan bahawa kami perlu membuat satu lawatan ilmiah ke mana-mana atau beberapa agensi-agensi pusat sukan seperti majlis sukan negara, institut sukan, persatuan permainan, majlis sukan negeri ataupun lain-lain badan yang berkait rapat dengan sukan dan Pendidikan Jasmani. Jadi, kami telah bersepakat memilih Majlis Sukan Negara sebagai tempat destinasi untuk lawatan ilmiah kami. Sepanjang lawatan ke Majlis Sukan Negara, iaitu pada 21 Mac 2012 yang lepas, saya dapati kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan dalam menjayakan lawatan ini sangat membanggakan. Sebelum lawatan berlangsung, ahli jawatankuasa bertugas telah mengatur segala persiapan dan perancangan dengan begitu baik. Perjalanan ke Majlis Sukan Negara berjalan dengan lancar. Tiada sebarang masalah yang dihadapi sepanjang kami berada di sana. Kekuatan yang saya dapat saya lihat daripada lawatan ilmiah ini ialah semangat dan kerjasama setiah ahli dan jawatankuasa dalam menjalankan tugas dengan begitu baik. Setiap ahli yang terlibat mengambil bahagian dalam menjalankan tugas dan tidak terhad diserahkan kepada ahli jawatankuasa yang bertugas sahaja. Selain itu, pengurusan masa juga harus dipuji kerana semua ahli tiba tepat pada masanya dan tiada ahli yang terlewat tiba sebelum bas bertolak. Program berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Ahli-ahli berjaya menguruskan masa dengan baik dan mengikut tentatif yang disediakan.

Selain itu, sepanjang kami berada di sana, ahli-ahli kumpulan memberikan komitmen yang baik. Mereka begitu bersungguh-sungguh mendengar penerangan yang diberikan oleh ketua Majlis Sukan Negara mengenai atlet-atlet paralimpik. Hal ini dapat dilihat apabila begitu banyak soalan yang diajukan berhubung paralimpik dilontarkan kepada Ketua MSN tersebut apabila sesi soal jawab dibuka. Kelemahan sepanjang lawatan ini berlangsung pula ialah terdapat kumpulankumpulan yang hanya duduk dalam kelompok mereka sahaja dan tidak bergaul dengan ahli kumpulan yang lain. Hal ini menunjukkan pergaulan yang tidak sihat kerana kelompok-kelompok tersebut hanya bergaul dengan kumpulan mereka sahaja dan tidak bercampur dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Cadangan penambahbaikan saya untuk masalah ini ialah menjalankan sesuatu aktiviti yang memerlukan gabungan setiap ahli daripada setiap kumpulan dalam lawatan seperti ini. Hal ini boleh membantu merapatkan hubungan sesama guru pelatih walaupun berlainan kelas. Kelemahan lain ialah kami kurang didedahkan dengan atlet-atlet paralimpik sebelum ini, jadi pengetahuan tentang atlet-atlet ini sangat kurang dalam diri kami. Kami tidak diberikan peluang untuk berbual atau mengenali atlet-atlet paralimpik seperti ini dengan lebih dekat kerana kesuntukkan masa. Cadangan penambahbaikan saya pada masa hadapan ialah sekiranya lawatan ini dijalankan sekali lagi, para guru pelatih seharusnya diberikan peluang untuk berbual dan berbicara sendiri dengan atlet-atlet paralimpik ini supaya pengetahuan tentang atlet-atlet ini dapat dikembangkan dan tidak terhad kepada satu arah sahaja iaitu kepada murid-murid dan atlet-atlet normal sahaja. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negara ini berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang disediakan. Sepanjang lawatan tersebut berlangsung, tiada masalah yang timbul seperti dicederakan oleh atlet-atlet paralimpik tersebut atau mendapat layanan yang buruk daripada wakil-wakil MSN. Lawatan tersebut banyak memberikan pengetahuan baru kepada kami dan membantu kami untuk lebih mengenali sukan untuk golongangolongan seperti ini.

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL Selepas daripada lawatan ilmiah yang dijalankan, kami juga perlu menjayakan satu karnival permainan tradisional bersama semester 5 yang lain. Karnival inilah yang amat berkait rapat dengan apa yang telah kami perolehi daripada lawatan tersebut selain daripada perancangan kami untuk menguruskan karnival tersebut dengan berkesan. Karnival Permainan Tradisonal yang dijalankan ini perlulah mengikuti beberapa urutan dan prosedur-prosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana perancangan sesuatu program agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik. Karnival Permainan Tradisional ini bermula daripada perlantikan ahli jawatankuasa. Untuk program Karnival Permainan Tradisional yang jalankan ini, mesyuarat telah pun dijalankan sebanyak empat kali. Hal ini bertujuan untuk melicinkan urusan dan perjalanan program sepanjang aktiviti karnival itu berlangsung nanti. Daripada mesyuarat yang dijalankan, jawatankuasa pelaksana telah bersetuju untuk menjalankan karnival ini pada 24 Mac 2012 bertempat di padang Institut Perguruan Ilmu Khas sendiri. Karnival ini akan dijalankan bermula daripada jam 7.30 pagi dan dijangka tamat pada jam 12.30 tengah hari. Ini bermakna, setiap ahli jawatankuasa yang bertugas haruslah peka dan sentiasa bersedia menguruskan tanggungjawab mereka sementara menjelang hari carnival tersebut agar segala urusan dan perjalanan program dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Pembahagian tugas yang spesifik pada akan membantu melancarkan perjalanan karnival. Sepanjang Karnival Permainan Tradisional ini berlangsung, saya dapati kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan dalam menjayakan permainan ini sangat baik dan harus dipuji. Mereka memberikan komitmen yang cukup baik dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Selain itu, bagi ahli kumpulan yang tidak mempunyai tugas pada waktu tersebut, mereka tetap turut sama membantu ahli-ahli

yang lain menjalankan tugas. Hal ini membuktikan semangat kerjasama dan tolongmenolong yang tinggi dalam kalangan ahli kumpulan itu sendiri. Sebagai contoh, apa yang dapat dilihat sepanjang permainan gusti lengan berlangsung, ahli-ahli yang tidak terlibat dengan sebarang tugas pada sesi kedua pagi itu bersama-sama turun padang membantu menjadi pengadil secara bergilir-gilir menggantikan pengadil sedia ada. Hal ini membuktikan bahawa mereka tidak mementingkan diri dan mampu memikul tanggungjawab yang bukan tugas mereka.

Selain itu, dari segi pengurusan pula dapat saya lihat setiap kumpulan menguruskan permainan mereka dengan begitu baik. Peralatan dan segala bahan yang hendak digunakan untuk permainan disediakan dengan lengkap. Contohnya bagi permainan congkak, kumpulan tersebut telah menyediakan khemah dan tikar untuk kemudahan para peserta. Hal ini menunjukkan bahawa mereka berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada peserta sepanjang permainan berlangsung. Bagi gusti lengan pula, kami telah menyediakan pelapik siku yang diperbuat daripada span untuk

mengelakkan kecederaan siku semasa perlawanan berlangsung. Hal ini adalah kerana memandangkan tiada peralatan khusus untuk permainan gusti lengan yang diperolehi, jadi kami telah mencari inisiatif lain dan membuat inovasi dengan menggantikan pelapik siku dengan span yang dicantum. Ternyata cara tersebut berkesan dan tiada kecederaan yang berlaku sepanjang permainan tersebut dijalankan.

Kekuatan lain yang dapat saya lihat sepanjang karnival ini berlangsung ialah semangat berpasukan dalam sesuatu kumpulan. Hal ini jelas apabila sesuatu kumpulan bertanding, ahli kumpulan yang lain bersama-sama bersorak untuk kemenangan kumpulan mereka. Sebagai contoh, ketika permainan baling selipar berlangsung, ahli kumpulan yang bertanding menjerit memberikan sorakan dan kata-kata semangat kepada kumpulan mereka. Ini menunjukkan semangat kesukanan dan berpasukan yang tinggi dalam diri mereka. Begitu juga situasi yang sama dapat dilihat dikawasan permainan gusti lengan. Para penyokong menjerit memberikan semangat kepada ahli yang bertanding.

Walaubagaimanapun, setiap yang dijalankan sungguhpun tidak banyak tetapi tetap ada kekurangan dan kelemahannya. Kelemahan yang dapat saya lihat sepanjang Karnival Permainan Tradisional ini ialah terdapat pengurusan syarat-syarat pertandingan oleh sesuatu kumpulan yang bertugas tidak relevan dan tetap. Sebagai contoh, bagi aktiviti permainan gasing, syarat dilonggarkan secara keterlaluan daripada syarat asal iaitu bagi setiap gasing yang jatuh dan masih berada di atas bulatan papan, ia tetap dikira hidup walaupun tidak berpusing. Hal ini menunjukkan bahawa pelonggaran syarat dibuat secara mudah dan tidak mengambilkira perkara-perkara lain dimana ianya mungkin tidak adil bagi gasing yang berpusing di atas papan tetapi terkeluar apabila ianya berhenti berpusing.

Untuk

penambahbaikan

pada

masa

hadapan,

saya

berpendapat

ahli

jawatankuasa yang bertugas untuk bahagian ini seharusnya mengambilkira pelbagai aspek sebelum membuat keputusan melonggarkan syarat supaya kelonggaran syarat yang dibuat tidak keterlaluan. Ahli jawatankuasa yang bertugas juga harus berbincang dengan peserta dan meminta pendapat ahli jawatankuasa yang lain. Selain itu, mereka juga seharusnya mengambilkira perbezaan individu sebelum meletakkan sesuatu syarat pertandingan supaya perkara sebegini tidak berlaku dan mendapat maklum balas negatif daripada peserta-peserta lain. Kelemahan lain yang dapat saya kenalpasti sepanjang karnival tersebut berlangsung ialah pengurusan kawasan permainan. Hal ini tidak sepatutnya berlakunya masalah memandangkan AJK-AJK yang terlibat telah bersetuju memilih tempat permainan mereka sehari sebelum karnival berlangsung. Walaubagaimanapun, masih terdapat kecuaian yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak menitikberatkan keluasan permainan mereka. Sebagai contoh, permainan galah panjang seharusnya

dimainkan di kawasan yang besar dan lapang. Jadi ahli jawatankuasa yang bertugas seharusnya memilih dan menyediakan kawasan yang luas untuk menjalankan permainan tersebut. Tetapi, walaubagaimanapun mereka tidak mengambilkira aspekaspek tersebut. Kawasan tempat permainan mereka begitu terhad dan tidak mempunyai cukup ruang untuk permainan tersebut. Hal ini mengurangkan perasaan peserta untuk bermain dengan riang dan gembira. Peserta-peserta kelihatan kaku dan tidak seronok bermain permainan tersebut. Untuk penambahbaikan, kumpulan tersebut seharusnya memilih kawasan yang lebih luas dan lapang untuk menjalankan aktiviti permainan galah panjang itu. Mereka harus mengambilkira aspek-aspek keselamatan dalam menguruskan permainan mereka. Hal ini kerana, terdapat banyak lagi kawasan kosong yang luas dan boleh dipilih oleh mereka untuk aktiviti ini. Mereka seharusnya lebih peka ketika pemilihan kawasan dan mengambilkira rasional pemilihan kawasan tersebut supaya masalahmasalah ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, Karnival Permainan Tradisional ini berjalan dengan lancar dan jayanya mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang karnival tersebut berlangsung, tiada masalah besar yang timbul seperti pergaduhan atau penyalahgunaan bahan. Sungguhpun para peserta mahukan kemenangan berpihak kepada mereka, namun tiada permainan atau taktik kotor yang digunakan oleh mereka sepanjang karnival tersebut berlangsung bagi mencapai kemenangan.

RUJUKAN
Wee Eng Hoe (1994) Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti. Omardin Ashaari (1998) Siri Pengurusan Dan Pentadbiran Utusan, Pengurusan Sukan. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd HBPE3403 Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Nadiah Diyana Tan Abdullah, Ong Tah Fatt, Wee Eng Hoe (2007), Pengurusan Strategik Sukan, Selangor. Oxford Fajar Contoh minit mensyuarat, http://www.gengterengganu.com/v2/penulisan/737-contohminit-mesyuarat-ahli-jawatankuasa. Tarikh diambil: 27 Febuari 2012 Contoh laporan karnival, http://mcana71.blogspot.com/2009/05/laporan-karnivalsukaneka-dan-permainan.html. Tarikh diambil : 28 Febuari 2012

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah kurniaNya dapat juga saya menyelesaikan tugasan kerja khusus projek Pengurusan dan Pentadbiran Sukan ini. Tugasan ini telah berjaya disiapkan berpandukan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani bagi semester 5. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Miss Teng Siew Lian selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan yang terbaik sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Bimbingan yang tidak jemu-jemu daripada beliau serta kesabaran yang tinggi dalam memberikan ilmu kepada kami berhubung tugasan ini amat kami dihargai dan tidak mungkin dapat dilupakan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu, tidak kira dari segi kerjasama maklumat mahupun bantuan kewangan. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam penyelesaian tugasan ini sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Selain itu, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dari jabatan Sains Sukan yang lain kerana tidak putus-putus memberikan nasihat yang berguna sepanjang menyiapkan kerja khusus projek ini. Para pensyarah tidak lokek mencurahkan segala ilmu dan tunjuk ajar berhubung tugasan ini sehingga kami mampu menyediakan maklumat-maklumat berkaitan dengan selengkapnya.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

LAPORAN KARNIVAL

LAPORAN
SETIAP AHLI JAWATANKUASA (AJK)

LAPORAN INDIVIDU
(KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL)

REFLEKSI

REFLEKSI
LAWATAN ILMIAH KE MAJLIS SUKAN NEGARA

REFLEKSI
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

LAMPIRAN

You might also like