Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
UNIT 7-Asas Kebudayaan Kebangsaan.

UNIT 7-Asas Kebudayaan Kebangsaan.

Ratings: (0)|Views: 28 |Likes:
Published by Ires

More info:

Published by: Ires on Apr 21, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/17/2013

pdf

text

original

 
 Asas Kebudayaan Kebangsaan
 
 ___________________________________________________________________________ 
134
 
UNIT 7
ASAS KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini anda dapat:1.
 
Memperlihatkan unsur-unsur budaya pelbagai bangsa dan kaum yang membentukkebudayaan kebangsaan.
 
2.
 
Mengenal pasti pengaruh asing dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan
 
3.
 
Memahami peraturan dan adat resam pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia
 PENGENALAN
nit ini kita akan membincangkan asas-asas kebudayaan yang membentuk bangsaMalaysia. Budaya memperkenalkan sifat sesuatu bangsa. Jika diperhatikan daripada kata-kata tersebut, dapat dibuat pengertian bahawa cara ataupun corak hidup sesuatu bangsadalam sesebuah Negara dipandang oleh bangsa lain melalui kebudayaan Negara bagi sesuatubangsa tersebut. Dalam kontek Negara kita Malaysia ini yang terdiri dari berbilang bangsa dankaum serta suku yang mana tiga kaum tersebar, iaitu kaum Melayu, Cina dan India yangmempunyai latar belakang perkauman yang amat berbeza sekali. Oleh itu untuk menyatakanbudaya Melayu, iaitu budaya peribumi sebagai kebudayaan kebangsaan adalah tidak tepat sekalikerana ini bermakna kita melupakan budaya dua kaum lagi yang mempunyai pengaruh yang kuatdalam kehidupan kedua bangsa itu. Justeru itu, bertitik tolak dari sinilah perlunya kepadapembentukan satu kebudayaan yang merangkumi kesemua budaya yang terdapat dalam negaraini yang membentuk kebudayaan kebangsaan.
PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN
ulisan para golongan oreintalis dan para pengikut mereka tidak dapat menentukan kriteriayang dapat membezakan yang manakah unsur-unsur 
marginal 
(serpihan) dan yang unsur-unsur yang menjadi teras pembentukan kebudayaan. Penerlitian terhadap unsur-unsur asas yang membina kebudayaan Melayu itu dengan sendirinya akan menjelaskan bahawapengalaman yang dilalui dan pembentukan kebudayaan Melayu adalah berbeza daripadakebudayaan-kebudayaan lain, walaupun yang berada berhampiran dengannya.Oleh itu, bukan di Jawa, Kemboja atau di mana-mana yang arus dilihat untuk perkembangankebudayaan Melayu awal. Kita boleh menerima tanpa soal tentang adanya penganutan agamaHindu-Buddha di kalangan masyarakat Bali dan Jawa Tengah kerana hakikatnya terpancar sehingga ke hari ini daripada segi bahasa mereka yang sarat dengan istilah Sanskrit dan adanyapengaruh tulisan
Palava
, anutan kepercayaan dan kesenian mereka yang berasaskan Bramanikdan
Slametan
dan adanya kepercayaan dan kesenian candi-candi di merata tempat yang masihmengkagumkan mereka. Tetapi gambaran di Bali dan Jawa Tengah itu tidak sesuai dikenakan ke
T
 
 sas Kebudayaan Kebangsaan
 
 ___________________________________________________________________________ 
 
135
 
atas kebudayaan Melayu di utara Semenanjung kerana bahasa, kesusasteraan, anutan agama,pandangan dunia, pemikiran dan intelektual yang menjadikan unsur-unsur membangunkankebudayaannya adalah jelas berteraskan unsur-unsur Islam.Pola pelbagai kebudayaan di rantau ini menjadi petunjuk bahawa tidak pernah wujud suatupengaruh yang dominan dan dapat meninggalkan satu bentuk kebudayaan yang seragam. Padatahun 1541 Rui de Brito (Portugis) mencatatkan masyarakat Brunei masih lagi tidak mempunyaianutan agama. Tahun 1607 – 1647 di Makkasar terdapat perubahan kepercayaan dari animistikkepada agama Islam.Pertukaran agama di kalangan masyarakat Melayu berdasarkan
(Frame of reference)
yangmenitikberatkan bukti-bukti pergolakan politik, ekonomi dan kesenian, iaitu pertama ia tidakmenentukan kriteria untuk menilai apakah unsur-unsur Hindu-Buddha yang dikatakan berkaitdengan kebudayaan Melayu itu. Seperti mana telah diperlihatkan bahawa sumber-sumber yangmereka itu bukanlah unsur-unsur penting yang membangunkan kebudayaan Melayu. Iasebenarnya lebih berupa unsur-unsur yang
marginal 
, serpihan dan bukan penentu. Kedua,saranan tersebut mengabaikan hakikat bahawa bahasa, kesusasteraan, anutan agama,pandangan dunia (
world 
 
view 
), pemikiran dan intelektual yang menjadi paksi utama untukmencorak jati diri kebudayaan di Malaysia dengan sifat-sifat kemelayuan itu mempunyai ciri-ciriyang tersendiri.Ketidakmantapan unsur-unsur Hinddu-Buddha dalam kebudayaan Melayu itu sebenarnyaboleh dilihat dari sudut perkembangan sejarah rantau ini di sekitar abad ke-12 hingga abad ke-17. Selewat-lewat pada abadke-12 masyarakat dunia telah menyaksikan sudah wujudkebudayaan Melayu berteraskan agama Islam berpusat di kawasan Selat Melaka sebagai suatuentiti tersendiri yang mencorak peta kebudayaan rantau ini.Kita sememangnya boleh beranggapan pada masa sebelumnya atau pada masa tersebutlaut dan pantai di kawasan Selat Melaka pernah dan terus menjadi laluan dan member kemudahan kepada para perdagang purba dan sami-sami Buddha yang mengembara(diistilahkan sebagai jalan suci) antara negeri China dengan India. Bagaimanapun adalah amatsukar untuk kita menerima kenyataan bahawa penyebaran Hindu dan Buddha meninggalkanpengaruh yang mendalam terhadap seluruh kawasan di rantau ini dan seluruh rantau ini dapatdigambarkan seolah-olah sekeping
 jigsaw puzzle
kebudayaan Buddha yang melengkapkan ruangkosong antara India dengan China itu. Seperti yang diketahui, rantau ini mempunyai pelbagaikebudayaan yang masing-masing mempunyai pola dan teras yang tersendiri. Kepelbagaian inimenjadi petunjuk tentang tidak pernah wujud suatu pengaruh dominan yang dapat meninggalkankesan memancarkan hanya satu bentuk kebudayaan yang seragam pada sesuatu masa bilasekalipun.Melihat akan kedudukan yang teguh dan sebatinya Islam dalam bahasa, kesusasteraan,anutan agama, pandangan dunia, pemikiran dan intelektual yang menjadi unsure-unsur membangunkan kebudayaan Melayu itu maka munasabahlah bahawa hanya Islamlah pengaruhluar yang meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kebudayaan Melayu sejak dari peringkatawal pertumbuhannya lagi.. Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan kebudayaan Melayu ituboleh digambarkan akibat hasil dorongan daripada pertembungan dengan pengaruh luar dan
Cuba anda bincangkan unsur-unsur hinddu-buddha yang terdapatdalam kebudayaan Melayu?.
 
 Asas Kebudayaan Kebangsaan
 
 ___________________________________________________________________________ 
136
 
faktor dalaman. Daripada banyak segi memang ada asasnya untuk menerima kenyataanpertembungan itu telah merubah petempatan kecil menjadi Negara kota, dari Negara kotabertukar menjadi negeri, dan dari negeri berkembang menjadi empayar yang sangat berkait rapatdengan kemakmuran ekonomi dan perkembangan bahasa dan intelektual. Kita juga bolehberanggapan penagutan Islam itu adalah sesuatu yang perlu untuk menjadi symbol kekuatanpolitik atau sekurang-kurangnya untuk membantu mengukuhkan status quo golongan pemerintahyang akhirnya merubah seluruh sistem termasuk agama dalam kebudayaan Melayu.Daripada sudut mana sekalipun, perbicaraan tentang asas kebudayaan Melayu harus bertitiktolak dengan melihat kepada kewujudan masyarakat peribumi di sekitar Selat Melaka. Selain itu,pada zaman mana sekalipun, misalnya sejak nama Melayu muncul dalam catatan sejarah yangdipercayai sebagai catatan I-Tsing pada abad ke-7 masihi tidak ada satu pun sumber yang dapatdijadikan bukti untuk menunjukkan masayarakat ini pernah menganut agama Hindu, Buddha danlain-lain, melainkan keprcayaan purba animisme dan Islam. Dalam catatan I-Tsing memang adamenyebut nama Melayu dan sehingga kini itulah satu-satunya sumber terawal yang berkaitandengan masyarakat rantau ini sebelum pengislaman mereka.Kenyataan ini dapat menunjukkan kewujudan unsur-unsur luar dalam kebudayaan Melayumuncul setelah asas-asas kebudayaannya telah pun dibina oleh peradaban dan agama Islam.Antara kebudayaan-kebudayaan luar yang bertembung secara serta merta dengan kebudayaanMelayu adalah Jawa, iaitu di sekitar abad ke-14. Pertembungan itu boleh berlaku setelah kawasanSelat Melaka menjadi lebuh raya perdagangan dan muncul entrepot hasil pengaruh para perdagangIsalm yang menguasai perdagangan maritim hampir seluruh dunia. Keduanya, Siam, iaitu selepasabad ke-13 kerana orang-orang Siam sendiri hanya muncul di rantau ini pada abad ke 12 masii danmereka mengambil pengaruh Buddha dari Sri Langka pada abad ke 13. Ketiga, pengaruh baratselepas abad ke-16.
Bagaimanapun
, adakah cukup untuk berhujah bahawa oleh sebab kepentinganpolitik pemerintah, ekonomi dan pendakwahan maka setiap pertembunganpengaruh luar mendorong masyarakat tempatan menukar agama, daripada Hindu-Buddha kepada Islam? Soalnya atas kepentingan politik, kenapakah pemerintahMelayu menukar agama sedangkan langkah untuk mendapatkan kekudusandewaraja itu boleh diperolehi daripada anutan agama Hindu-Buddha? Jadi apaperlunya mereka menukar agama? Demikian juga dalam memperkatakan tentangpertembungan dengan pengaruh luar itu sendiri. Adakah benar setiap kalibetembung dengan pengaruh luar telah menyebabkan masyarakat tempatanmenukar agama?
 

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->