Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
UNIT 9-Warisan Melayu.

UNIT 9-Warisan Melayu.

Ratings: (0)|Views: 83 |Likes:
Published by Ires

More info:

Published by: Ires on Apr 21, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/21/2013

pdf

text

original

 
Warisan Melayu
 
 _________________________________________________________________________ 
175
 
UNIT 9
WARISAN MELAYU
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini anda dapat:1.
 
Mengetahui dan memahami warisan puisi dan prosa Melayu .2.
 
Mengenal pasti ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan dalam budaya masyarakatMelayu.3.
 
Menyenaraikan keistimewaan kesenian dan kebudayaan Melayu.4.
 
Menjelaskan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem hidup masyarakat Melayu.
PENGENALAN
nit ini akan membincangkan tentang warisan Melayu yang sebahagian daripada amalan orangMelayu sekarang ini adalah hasil himpunan dan adunan pelbagai amalan luar yang terkumpulsejak begitu lama. Amalan luar ini menyerap ke dalam kehidupan orang Melayu lalubercampur-aduk dengan amalan budaya yang sedia ada pada mereka. Kebudayaan Melayu telahmengalami perubahan hasil kesan pertembungan dua masyarakat atau budaya
(cultural contact)
menerusi proses-proses difusi, asimilasi atau penyebatian dan perubahan-perubahan masyarakatyang lain. Walau bagaimanapun, sebenarnya orang-orang Melayu sudah mempunyai identitikebudayaannya dan paling akhir perubahan dan penyesuaian diterima adalah daripada pengaruhIslam. Untuk memudahkan perbincangan, warisan Melayu dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu;a)
 
Warisan puisi dan prosa Melayub)
 
Warisan kesenian dan kebudayaan Melayu
WARISAN PERSURATAN MELAYU
Sebelum datangnya pengaruh Hindu, Islam dan Barat, unsur penting dalam kesusasteraan Melayuialah kepercayaan animisme. Apabila agama Hindu datang, kepercayaan agama ini telah membawasikap dan nilai baharu kepada masyarakat Melayu dan seterusnya memberi kesan kepadakesusasteraan Melayu. Kata-kata dalam bahasa Sanskrit telah masuk kedalam kosa kata bahasaMelayu dan seterusnya sastera Melayu. Pengaruh ini dapat kita lihat antaranya melalui Hikayat SriRama, Hikayat Sang Boma dan cerita-cerita saduran dari kesusasteraan Hindu.Apabila Islam bertapak di alam Melayu pada abad ke-13, unsur-unsur Hindu mulai hilang.Cerita-cerita yang dipegaruhi unsur Hindu berbaur dengan unsur Islam. Sebahagian hasil sasterabanyak dipengaruhi dengan cerita-cerita Islam, dan ada yang diterjemah langsung daripada cerita-cerita Arab dan Parsi seperti Hikayat 1001 malam, Hikayat Bayan Budiman, Abu Nawas dan lain-lainseumpamanya. Cerita pahlawan Islam mula mempengaruhi sastera Melayu seperti Hikayat Iskandar 
U
 
Warisan Melayu
 
 _________________________________________________________________________ 
176
 
Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan tokoh-tokoh inikemudiannya muncul sebagai tokoh lagenda.Kedatangan orang Barat membawa perubahan yang agak ketara dalam sastera Melayu.Sastera Melayu mula mengalami perubahan atau permodenan. Dalam hal ini timbul persoalan ialahbilakah bermulanya kesusasteraan Melayu moden itu. Dalam maksud moden ini, kita harusmenentukan empat perkata, iaitu waktu, bahasa, masyarakat dan bahan.Kalau dilihat dari perspektif waktu, maka permulaan kesusasteraan Melayu moden, ramaisarjana setuju dengan meletakkan permulaan kesusasteraan Melayu moden adalah dari atauselepas Munsyi Abdullah, iaitu bermula dari abad ke19 masihi. Sebelum ini tidak ada hasil sasterayang boleh dianggap moden. Emeis pula menjelaskan, Abdullah tidak tergolong ke dalam sasteralama dan tidak juga ke dalam golongan sastera baharu. Abdullah sebenarnya adalah tokoh zamanperalihan di antara lama dan baru dengan alasan walaupun isi dan temanya membawa aliran modentetapi gaya bahasanya masih berbentuk klasik. Tetapi satu perkara yang perlu diperhatikan ialahgaya bahasa Munsyi Abdullah memang mendekati kepada gaya bahasa klasik dari moden.Mengenai bahasa pula, kesusasteraan moden menggunakan bahasa umum, iaitu bahasayang digunakan sehari-hari. Dari aspek waktu, Raja Ali Haji juga ternmasuk ke dalam golonganmoden, namun jika diteliti dari aspek bahasa maka karya-karya Raja Ali Haji harus dimasukkan kedalam golongan sastera klasik.Sastera dalam masyarakat Melayu moden adalah bersifat individualistik. Hal ini dapat dilihatdari aspek penciptaan dan penikmatan. Kisah-kisah yang dihasilkan adalah kisah masyarakat biasayang cuba mendedahkan segala kepincangan social. Tujuan pengarangnya tidak semata-mata untukmenghibur bahkan cuba membuka mata pembacanya tentang sesuatu gejala yang berlaku dalammasyarakat.
Kesusasteraan Melayu Klasik
 esusasteraan Melayu klasik adalah sastera tertua yang disampaikan secara lisan danditurunkan dari satu generasi ke generasi lain yang mempunyai unsur tokok-tambah. Ianyawujud sebelum adanya alat pencetak. Para pengkaji sastera menyebut hasil sastera klasik inidi hasilkan sebelum tahun 1800. Di dalam sastera Melayu klasik terpancar ‘worldview masyarakat’Melayu ketika itu. Cerita-ceritanya banyak yang bersifat khayalan dicampuradukkan dengankenyataan. Sebahagian besar daripada sastera Melayu klasik adalah sastera lisan dan dikenalisengan nama sastera rakyat. Sastera klasik dihasilkan antara lain bertujuan untuk hiburan danmemberi pengajaran kepada audien, mempunyai unsur-unsur setempat dan bersifat universal.Sastera rakyat merupakan sebahagian daripada tradisi kehidupan masyarakat Melayu.Cerita-cerita rakyat selalunya diceritakan pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu malam dankepada audien tertentu seperti kanak-kanak dan diceritakan oleh Tok Dalang. Sastera lisanmerupakan hak milik bersama (kepunyaan) orang Melayu dan berkembang dan hidup dalammasyarakat Melayu tradisional secara lisan. Oleh itu, kita ini tidak akan mengetahui nama pengarangatau penulisnya yang menghasilkannya dan tidak diketahui bilakah ia dicipta. Penciptanya tidakberasa bangga terhadap apa yang diciptanya tetapi mereka bangga kerana dapat mewarisikansesuatu kepada generasinya. Dalam proses penceritaan lisan berlaku banyak perubahan dan tokok-tambah serta disesuaikan dengan situasi setempat.Contoh sastera lisan berbentuk cerita:a.
 
cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )b.
 
cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
K
 
Warisan Melayu
 
 _________________________________________________________________________ 
177
 
c.
 
cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )d.
 
cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )e.
 
cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan sastera rakyat dan huraikan ciri-cirisastera rakyat.
 
PERIBAHASA
 Peribahasa ialah ayat atau kelompok yang mempunyai susunan yang tetap dan mempunyaipengertian yang tertentu. Peribahasa turut dikenali sebagai bidalan atau pepatah.Contoh,‘biar mati anak janagn mati adat’.
PANTUN
 Sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris pertama dalam tiap-tiap rangkap (duabaris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya(Kamus Dewan). Pantun Melayu dikatakan warisan orang Melayu yang tertua dan terbukti melaluicontoh berikut, iaitu pantun yang ditulis dalam tulisan rencong.
Pa
ntun Melayu dalam tulisan rencong.Sumber: manuskrip Melayu

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->