You are on page 1of 2

Refleksi (Faten Fazira Mohd Noor)

Alhamdulillah,selesai sudah Majlis Sambutan Maulid Nabi di Institut Perguruan bagi tahun 2013 ini. Pada sambutan kali ini, kami para pelajar PISMP Semester 3 telah menjadikan majlis ini sebagai aktiviti Bina Insan Guru bagi

kumpulan Pengajian Agama 1 dan 2. Dalam melicinkan lagi proses perjalanan majlis, kami telah berbincang dan melantik ahli jawatankuasa pengurusan dalam kalangan kami sendiri bagi menguruskan majlis tersebut. Tambahan pula, ahli jawatankuasa dalam kalangan pensyarah juga telah dilantik kerana majlis ini merupakan aktiviti rasmi institut ini. Alhamdulillah, kerja antara kami menjadi lebih ringan kerana adanya kerjasama dua pihak dimana setiap pihak mempunyai pengalaman dan kekuatannya tersendiri. Saya dan beberapa rakan lain telah dilantik memegang amanah menjadi ahli jawatankuasa sambutan. Antara bidang tugas kami ialah, membuat kad jemputan dan mengedar kepada tetamu jemputan, pensyarah dan pelajar-pelajar. Namun, saya berpendapat bahawa untuk membuat,mencetak serta

mengedarkan kad bukan satu kerja yang ringan namun tidak membebankan sekiranya kita benar bekerjasama. Antara butir-butir yang perlu ada didalam kad ialah, nama tetamu, aturcara majlis serta program yang dilakukan. Kad mestilah senang difahami tujuannya namun perlu padat maklumatnya. Semasa kami membuat kad ini, kami perlu mengetahui senarai nama tetamu yang akan diundang dan bilangannya. Sekiranya terdapat salah didalam kad tersebut kami perlu membetulkannya semula. Ia amat menguji kesabaran apabila pembetulan yang dilakukannya adalah banyak. Setiap kesusahan terdapatnya kesenangan. Sesungguhnya dalam kesulitan terdapat kemudahan. Alhamdulillah, kesuasahan yang kami hadapi menjadikan kami lebih berhati-hati dalam setiap gerak kerja kami, menjadikan kami lebih teliti terhadap hasil kerja kami. Insya Allah pengalaman ini kami akan berkongsi dan menggunakannya pada masa akan datang.

Perjalanan majlis berjalan dengan baik walaupun mempunyai beberapa kesilapan teknikal pada bahagian sistem audio. Kelemahan tersebut boleh dibaiki dengan menyediakan sebarang peralatan dengan teliti serta dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, terdapat juga beberapa orang pensyarah serta pelajar yang tidak dapat bersama-sama menghadiri jamuan yang disediakan kerana kekurangan juadah makanan. Namun, alhamdulillah ianya dapat diatasi dengan saling berkongsi rezeki antara satu sama lain. Kesimpulannya, adalah sangat penting kerjasama antara ahli organisasi dalam menjayakan sesuatu program yang telah dirancang. Berlapang dadalah dalam bekerjasama, ikhlaslah dalam beramal. Insya Allah. Allah akan permudahkan segalanya.

You might also like