You are on page 1of 6

PM2312 P5 BAHASA MELAYU II

HARITH SUKRI 910329-02-5637

BAB 2 KEMAHIRAN MENULIS 2.1 Definisi Menulis Tokoh tempatan, Juriah Long (1990) menerangkan bahawa menulis merupakan satu proses bagi menyampaikan buah fikiran atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada orang ramai. Manakala tokoh asing seperti Don Bryne (1979) pula mengatakan, When we write, we use graphic symbol that is combinations of letters which relate to the sounds we make when we speak, sementara Walshe R.D (1981) pula mentafsir menulis sebagai, Writing is the proses of selecting, combing, arranging and developing ideas in effective sentences, paragraphs, and often longer units of discourse. Secara umumnya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang penting dan amat perlu dikuasai oleh murid-murid bagi memudahkan lagi pemahaman seseorang murid dalam menerima pembelajaran harian. 2.2 Konsep Menulis Menulis merupakan perbuatan mencatat bait-bait huruf yang membentuk kata-kata menggunakan alat tulis. Menulis juga melibatkan aktiviti menzahirkan apa yang terkandung di dalam minda melalui penulisan supaya teks yang terhasil dapat dibaca serta difahami orang lain. Selain itu,menulis merujuk kebolehan atau kemampuan seseorang menulis serta meluahkan idea menggunakan berbagai jenis penulisan kreatif terutamanya yang melibatkan ayat-ayat gramatis,ejaan dan tanda baca yang betul serta kekemasan tulisan. Amnya, terdapat tiga kategori sistem menulis iaitu alfabet yang merupakan satu set simbol terkecil yang mewakili satu fonem; suku kata iaitu satu set simbol tulisan yang mewakili suku kata daripada gabungan konsonan dan vokal; dan logo grafik iaitu imej atau karakter tulisan seperti tulisan Jepun dan tulisan Cina.
2

PM2312 P5 BAHASA MELAYU II

HARITH SUKRI 910329-02-5637

Ringkasnya, menulis melibatkan penghasilan bahan bertulis yang terhasil daripada penulis dalam bentuk alfabet, huruf, simbol, karakter atau simbol visual lain bertujuan mempersembahkan idea dan pendapat. 2.3 Tujuan Menulis Setiap hal atau urusan pasti ada tujuannya. Begitu juga dengan menulis. Tujuan menulis terbahagi kepada enam kategori iaitu tujuan serta-merta, tujuan lanjut, tujuan ekspresif, tujuan pemujukan, tujuan informatif, dan tujuan kesusasteraan. 2.3.1 Tujuan Serta-Merta Tujuan serta-merta dalam penulisan adalah mendirikan asas yang benar-benar kukuh supaya kanak-kanak mampu menulis dengan baik,cekap, dan pantas di samping melatih kanak-kanak, mengeja dan membina struktur ayat dengan betul serta boleh difahami pembaca. Selain itu, melalui penulisan juga buah fikiran dan perasaan seseorang lebih mudah diluahkan seperti menulis puisi. Ini bermakna, menulis mampu menyuburkan minat dalam penulisan dan mengarang sekaligus menambah perbendaharan kata. 2.3.2 Tujuan Lanjut Penulisan turut mempunyai tujuan lanjut atau tujuan jangka panjang. Menambah pengetahuan, meluaskan pengalaman, dan berhubung ketika berjauhan merupakan antara tujuan lanjut penulisan. Selain itu, menulis juga dapat memberi kepuasan jiwa, ketenangan fikiran dan perasaan terhadap seseorang. Dalam masa yang sama, kanak-kanak dapat diterapkan nilai-nilai murni ke arah membentuk generasi yang dikehendaki masyarakat. 2.3.3 Tujuan Ekspresif Penulisan yang berbentuk ekspresif adalah bertujuan melahirkan perasaan, hujah, idea, dan sebagainya. Penulisan bertujuan ekspresif ini tidak terlalu mementingkan pembacaan kerana lebih tertumpu kepada perasaan, emosi, pengalaman dan kreativiti penulis.
3

PM2312 P5 BAHASA MELAYU II

HARITH SUKRI 910329-02-5637

2.3.4 Tujuan Pemujukan Penulisan bertujuan pemujukan tertumpu kepada pembaca, khusus untuk menarik perhatian pembaca dan ditulis dalam pelbagai gaya. 2.3.5 Tujuan Informatif Penulisan informatif bersifat eksternal bertujuan menyampaikan maklumat kepada pembaca. Lazimnya, penulisan informatif adalah berbentuk prosa pada masa kini jika dibandingkan pada suatu ketika dahulu di mana penulisan informatif berbentuk puisi. 2.3.6 Tujuan Kesusasteraan Penulisan berteraskan kesusasteraan mempunyai keunikan dari segi bahasa atau lebih dikenali dengan istilah ciri-ciri stilistik. Penulisan sastera melibatkan penggunaan elemen-elemen bahasa dalam struktur sesebuah hasil karya. Dasarnya, mengarang atau menulis bertujuan menguji kefahaman, kebolehan, kemahiran, fikiran,dan pengetahuan murid-murid serta merangsang perkembangan tatabahasa dan kosa kata murid-murid.

2.4

Jenis Kemahiran Menulis


4

PM2312 P5 BAHASA MELAYU II

HARITH SUKRI 910329-02-5637

Kemahiran menulis mempunyai dua jenis iaitu kemahiran menulis mekanis dan kemahiran menulis mentalis. 2.4.1 Kemahiran Menulis Mekanis Kemahiran menulis mekanis berfokus kepada pergerakan anggota fizikal seperti tangan dan mata; bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kemahiran membentuk lambang huruf dan seterusnya menulis perkataan dengan jelas, tepat dan kemas. Kemahiran menulis mekanis ini amat penting sebagai latihan dan bimbingan awal berkaitan asas yang diperlukan seorang murid untuk belajar membentuk lambang huruf dan menulis dengan cara dan gaya yang tepat. 2.4.1.1 Aktiviti-aktiviti Kemahiran Menulis Mekanis Penerapan kemahiran menulis mekanis dalam kalangan murid boleh dimulakan sebaik sahaja murid menghadapi latihan kemahiran pramenulis. Antara aktiviti kemahiran menulis mekanis adalah melatih pergerakan otot jari dan tangan dengan membuat garisan, bulatan, bentuk-bentuk yang berbagai; melatih pergerakan tangan dengan melukis di awangan, di pasir,di papan hitam; melatih cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat; melatih menulis cantik; melatih menulis cepat dan jelas. 2.4.2 Kemahiran Menulis Mentalis Kemahiran menulis mentalis berfokus kepada penyataan fikiran dan perasaan. Mungkin agak janggal bagi sesetengah pihak dengan istilah kemahiran menulis mentalis kerana timbulnya persoalan bagaimana mental dapat dikaitkan dengan kemahiran menulis. Dari segi konsepnya, kemahiran menulis mentalis adalah operasi yang melibatkan pemprosesan mental bagi menghasilkan sesuatu yang dapat dibaca dan difahami oleh individu lain. Secara amnya, asas kemahiran menulis bermula daripada mental seperti menulis karangan, menulis sajak, surat dan sebagainya.
5

PM2312 P5 BAHASA MELAYU II

HARITH SUKRI 910329-02-5637

2.4.2.1 Aktiviti-aktiviti Kemahiran Menulis Mentalis Seperti kemahiran menulis mekanis, kemahiran menulis mentalis juga memerlukan latihan bagi meningkatkan lagi penguasaan dalam kemahiran ini. Antara latihan yang boleh diaplikasikan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mentalis adalah menulis dan menyusun perkataan bagi membina ayat, menulis ayat-ayat mudah, menulis perkataan atau frasa yang disebut oleh guru, membuat latihan transformasi ayat menggunakan senarai perkataan yang diberikan, serta menulis frasa atau ayat yang bermakna menggunakan perkataan yang diberikan. 2.5 Peringkat Kemahiran Menulis Peringkat kemahiran menulis melibatkan tiga peringkat iaitu peringkat pra menulis, peringkat mendirikan asas, dan peringkat pelahiran. 2.5.1 Peringkat Pramenulis Peringkat pramenulis adalah tempoh persediaan seorang murid untuk belajar menulis dan tertumpu kepada latihan otot tangan serta koordinasi mata. Bagi mencapai tahap penguasaan kemahiran, latihan yang sistematik amat diperlukan. Antara latihan yang dimaksudkan adalah melatih murid menggerakkan tangan mengikut arah yang betul, melatih pergerakan tangan secara bebas mengikut bentuk-bentuk huruf, dan melatih pergerakan mata berdasarkan koordinasi tangan semasa membentuk corak bervariasi bentuk.

2.5.2 Peringkat Mendirikan Asas Setelah murid menguasai peringkat pramenulis, peringkat mendirikan asas mula diajar. Peringkat mendirikan asas adalah di mana murid
6

PM2312 P5 BAHASA MELAYU II

HARITH SUKRI 910329-02-5637

dilatih membentuk lambang tulisan dan menulis dengan kemas serta teratur yang turut menjadi keutamaan pada peringkat ini. Latihan mendirikan asas termasuklah latihan menulis huruf berurutan, latihan menulis perkataan dalam buku bergaris empat, latihan melukis gambar dan menulis frasa berdasarkan gambar. 2.5.3 Peringkat Pelahiran Peringkat pelahiran merupakan latihan sebenar dalam penulisan kerana pada peringkat ini penggunaan pemikiran tersendiri lebih digalakkan bagi melatih dan mengukuhkan lagi penguasaan terhadap kemahiran menulis yang dipelajari sebelum ini. Seperti biasa, latihan amat diperlukan. Oleh demikian, latihan boleh bermula secara terkawal. Latihan seperti membina ayat bagi melengkapkan cerita berpandukan bahan rangsangan dan latihan menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberi juga boleh dipraktikkan. Selain itu, latihan menyusun semula ayat dalam perenggan dan menulis jawapan soalan kefahaman juga boleh digunakan.

You might also like