You are on page 1of 46

Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahami.

Ia merupakan satu fenomena yang luar biasa dan kejadian insiden adalah lebih kurang 5 - 15 setiap 10,000 kelahiran. Ramai kanak-kanak yang mengalami sindrom ini menghadapi masalah komunikasi, tingkah laku, sosial dan adaptasi. Trend pendidikan masa kini menggalakan murid autisme ditempatkan belajar bersama murid normal dalam kelas biasa. Matlamatnya ialah untuk memberi peluang kepada murid autistik menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru kelas biasa tentang sindrom autisme dan pengetahuan guru tentang jenis perkhidmatan sokongan untuk murid autisme dalam program inkliusif. Sampel responden adalah seramai 49 orang guru dari 5 buah sekolah integrasi di daerah Batang Padang. Data dianalisis dalam bentuk peratusan, skor min dan skala sela aras kesilapan. Hasil kajian mendapati bahawa guru kelas biasa kurang berpengetahuan mengenai aspek-aspek kognitif, sosial dan emosi murid autisme. Secara keselurhannya 84.3% dari jumlah persampelan tidak dapat menamakan jenis perkhidmatan sokongan atau ahli profesional untuk murid autisme.
Pengenalan

Kajian ini adalah satu penyelidikan mengenai pengetahuan guru tentang sindrom autisme. Semua guru yang mengajar kelas biasa di sekolah integrasi sewajarnya sedar tentang keperluan murid khas yang akan mengikuti pendidikan inklusif supaya mereka dapat memberi layanan yang sepatutnya kepada murid tersebut. Oleh demikian pengkaji merasakan bertanggungjawab untuk menjalankan kajian tentang pengetahuan guru di sekolah integrasi bagi melihat sejauh mana guru kelas dapat membantu murid autisme dalam mendapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam program inklusif. Sindrom autisme masih merupakan satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahaminya. Satu senarai yang tetap mengenai ciri sindrom ini masih tidak dapat dipersetujui oleh pengkaji dan punca kejadian sindrom tetap mengelirukan ahli pengkaji.Penilaian berkaitan kebolehan dan ketidakbolehan yang ditonjolkan oleh kanak autisme dalam bidang bahasa, kemahiran sosial dan adaptasi masih dimengerumuni oleh pelbagai masalah berkaitan diagnosis yang berbeza, metodologi dan analisis statistik. Masalah ini dirumitkan lagi oleh ciri yang pelbagai. Literatur yang berikut akan membincangkan isu-isu penting berkaitan cara mengenal pasti sindrom autisme dan seterusnya memberi satu kefahaman yang lebih jelas tentangnya. Sindrom autisme telah dikenal pasti di seluruh dunia. Ia dapat terjadi pada siapa sahaja. Tidak ada perbezaan status sosio-ekonomi, pendidikan atau keturunan etnik . Jumlah kes dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun. Ia merupakan satu fenomena yang luarbiasa dan kejadian insiden lebih kurang 5 15 setiap 10,000 kelahiran. Biasanya sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki dibandingkan dengan jantina perempuan, dalam nisbah 4 : 1. Sejak penemuan oleh Kanner pada tahun 1943, ahli penyelidik telah berusaha mencari punca kejadian autisme. Selepas hampir enam puluh tahun, penyebab spesifik berlakunya sindrom ini masih tidak di ketahui lagi walaupun ada

bukti yang menyokong sebab-musabab yang pelbagai ( Bauserman, 1981). Kanner pada peringkat awal mempertimbangkan adanya pengaruh psikogenik sebagai penyebab autisme: ibu bapa yang obsessif dan kurang emosional yang mengasuh anak mereka dalam persekitaran dingin. Penyebab lain mengatakan adanya trauma pada anak yang disebabkan oleh hostility yang tidak disedari oleh ibu bapa. Menurut Bettelheim (1967), perilaku ibu bapa yang dingin dan perasaan penolakan anak dapat menimbulkan ciri autisme pada anak mereka. Hasil penelitian terhadap keluarga menunjukkkan adanya komponen genetik dalam etiologinya. Kajian Cohen (1975) pada anak kembar satu telur, kejadiannya 89% - 100% iaitu sekiranya seorang dikenal pasti sebagai autistik, besar kemungkinannya kembarnya pun autistik. Pada penelitian terhadap keluarga yang mempunyai saudara kandung autistik insidennya meningkat di antara 2.5 % - 3 % . Walau berbagai jenis definisi telah dikemukakan mengenai sindrom autisme oleh ahli pengkaji tetapi didapati ada persamaan berkaitan kelakuan dan simptomnya. Simptom dan tingkahlaku autisme boleh dibahagikan kepada kategori berikut: i. Antisosial. ii. Pergerakan fizikal berulangan. iii. Kurang komunikasi lisan / ekolalia. iv. Tidak bertentangan mata. v. Kurang respons. vi. Tidak mahu perbezaan dalam hidup seharian. vii. Tidak mahu didakap. viii. Perasaan sayang keterlaluan kepada objek. ix. Permainan luar biasa. x. Tidak mengenali bahaya. Seorang psikiatris bangsa Swiss, Eugene Bleuler, mula memperkenalkan perkataan autism pada tahun 1906. Dia melihat sindom ini sebagai penarikan aktif daripada interaksi sosial dan realiti untuk hidup dalam dunia fantasi. Beliau membandingkan situasi ini dengan penyakit adult schizophrenia dan dapati ada persamaan antara kedua keadaan ini maka Bleuler telah mengaitkan autisme dengan childhood schizophrenia. Pada tahun 1943, Leo Kanner, seorang ahli psikiatris kanak-kanak di Hospital John Hopkins mula menghuraikan simptom autisme dan membezakannya daripada childhood schizophrenia. Beliau menyenaraikan perkara berikut sebagai ciri autisme yang penting: i. ii. iii. iv. Ketidakbolehan berinteraksi dengan orang lain. Keinginan terlampau untuk persamaan dalam hidup seharian. Kekurangan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi. Kesukaan luarbiasa pada benda /objek.

v. Rupa fizikal normal.


Pernyataan Masalah

Pendidikan Inklusif Program Bermasalah Pembelajaran jika dilihat dari segi sejarah, telah dimulakan pada tahun 1994 dengan projek printis dibeberapa buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program Inklusif diperkenalkan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid bekeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah bersama murid normal. Sejak kebelakangan ini, guru biasa telah diberi perhatian yang lebih memandangkan peranannya yang semakin penting dalam program inklusif. Menyedari betapa penting tanggungjawab ini, mereka harus dan perlu mempunyai pengetahuan yang terkini mengenai sindrom autisme supaya mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Kekurangan kesedaran tentang sindrom autiisme boleh membawa akibat yang mungkin akan menjejaskan pencapaian murid. Kajian ini ingin melihat tahap pengetahuan mengenai sindrom autisme di kalangan guru kelas biasa di daerah Batang Padang. Kepentingan Kajian Kajian ini dirasakan amat penting untuk dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan guru biasa mengenai sindrom autisme. Diharapkan kaijian ini akan dapat memberi gambaran sebenar tentang persediaan guru biasa untuk mengajar murid autisme dalam program inklusif. Di samping itu, hasil kajian ini akan digunakan oleh Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan bagi murid autistik dalam program inklusif. Juga, Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai sebuah universiti yang melatih guru akan mempertingkatkan ilmu dengan adanya bahan rujukan yang terkini. Akhirnya kajian ini akan dapat memberi sumbangan yang bermakna terhadap perkembangan dan peninigkatan pendidikan khas di Malaysia secara keseluruhannya. Objektif Kajian Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif seperti berikut: i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru biasa sekolah rendah dan menengah tentang sindrom autisme. ii. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru biasa tentang jenis perkhidmatan sokongan untuk murid autistik dalam program inklusif. Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan kerana ia mempunyai beberapa persoalan penting untuk dijawab. Antaranya ialah:

i. Apakah tahap pengetahuan guru biasa tentang sindrom autisme? Apakah tahap pengetahuan guru biasa tentang perkhidmatan ii. sokongan untuk murid autistik dalam program inklusif? Hipotesis Kajian Pengkaji membuat andaian bahawa : i. Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan mengenai sindrom autisme di kalangan guru sekolah rendah berbanding guru sekolah menengah. ii. Tidak dapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan guru mengenai jenis perkhidmatan autisme dengan kelulusan akademik. Andaian ini dibuat berdasarkan fakta bahawa program inklusif untuk murid khas telah pun bermula di sekolah rendah pada tahun 1994 (10 tahun) dan di sekolah menengah pada tahun 1998 (6 tahun) dan kebanyakkan guru sekolah rendah berkelulusan SPM jadi pengkaji mengandaikan ada perbezaan antara guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah. Limitasi Kajian Pengkaji mempunyai limitasi dalam menjalankan kajian ini iaitu kajian ini adalah tertumpu kepada sepuluh guru biasa disetiap lima buah sekolah rendah dan menengah di daerah Batang Padang, Negeri Perak sahaja sebagai responden. Oleh itu, kajian ini tidak mewakili pengetahuan keseluruhan guru yang mengajar didalam program inklusif. Pengkaji juga melihat pengetahuan guru tentang sindrom autisme sahaja sebagai tajuk kajian, Oleh demikian pengetahuan guru berkaitan kecacatan murud khas lain tidak termasuk dalam ruang lingkup kajian yang dijalankan ini.
Sorotan Literatur

Dipertikaikan bahawa tahap pengetahuan guru berkaitan murid berkeperluan khas mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penyesuaian diri murid dari segi sosial dan emosi. Haring (1978) berpendapat tahap pengetahuan, sikap, prasangka, keperluan dan konflik guru akan kelihatan dalam tingkah laku guru dan mempengaruhi perkembangan sosial murid berkeperluan khas. McDanial (1980) telah gunakan skala Attitudes Towards Disabled Persons sebagai satu instrumen untuk mengukur sikap 288 orang guru terhadap murid khas. Keputusan kajian tersebut menunjukkan ramai guru kurang mempunyai pengetahuan tentang murid berkeperluan khas dan tidak dapat menyampaikan maklumat secara sesuai kepada mereka. Frith dan Edwards (1980) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti hal salah anggap dan kebimbangan sebenar guru kelas biasa yang di tugaskan mengajar muird khas

dalam program inklusif. Guru yang kurang berpengalaman menyuarakan kebimbangan mereka tentang pengurusan diri murid (78%) masa lebih untuk menyiapkan tugasan (50%) kekurangan bahan mengajar (57%) tanggungjawab memberi ubat (50%) dan dokumentasi dan menyimpan rekod (50%). Guru yang berpengalaman telah menyuarakan kebimbangan tentang kekurangan bahan mengajar (41%) masa untuk menyiapkan tugasan (34%) . Anderson dan Coleman (1985) telah mengkaji 135 guru kelas biasa di Pennsylvania (guru tadika hingga gred 8) untuk menilai pengetahuan mereka mengenai masalah pembelajaran dan persediaan mereka untuk bekerja bersama murid khas. Kajian ini cuba mencari maklumat tentang persediaan mengajar guru, pengetahuan dan pengalaman mengenal pasti dan mengajar murid berkeperluan khas. Tiga puluh enam peratus (36%) daripada responden pernah mengikuti kursus khas dan 43% pernah mengikuti bengkel berkaitan masalah pembelajaran. Lapan puluh dua peratus (82%) daripada jumlah responden melapor mereka pernah mengenal pasti murid berkeperluan khas atau merujuk mereka kepada pakar tetapi hanya 21% rasa mereka memahami konsepnya. Keputusan kajian menunjukkan guru masih keliru apabila diminta membuat rujukan atau mengajar murid yang mengalami masalah pembelajaran. Kajian Philips (1993) yang telah dijalankan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati di antara 100 orang guru yang dikaji, guru dalam lingkungan umur di antara 35 39 tahun lebih berpengetahuan (77.2%) tentang sindrom autisme berbanding dengan guru dalam lingkungan umur 45 49 tahun (60.6%) . Kajian mengenai tahap pengetahuan guru tentang autisme masih terhad . Walau bagaimanapun, kajian yang telah dijalankan jelas menunjukkan bahwa pengetahuan guru mengenai sindrom autisme adalah kurang memuaskan.
Metodologi

Kesedaran tentang peranan utama yang dimainkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran murid autisme adalah penting untuk memastikan guru mempunyai pengetahuan yang terkini mengenai sindrom ini. Kekurangan kesedaran boleh mengakibatkan pencapaian yang kurang memuaskan kepada pembelajaran golongan murid khas ini. Sebagai contoh kegagalan seorang guru untuk memahami takat masalah seorang murid autistik mungkin akan mengakibatkan ekspektasi guru yang keterlaluan dan program intervensi yang tidak sesuai. Kajian kuantitatif yang dijalnkan oleh pengkaji adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan guru mengenai sindrom autisme. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih guru di lima buah sekolah yang mempunyai program integrasi program khas bermasalah pembelajaran di daerah Batang Padang. Dalam kajian ini juga pengkaji memfokuskan kepada pengetahuan guru yang sedia ada

mengenai sindrom autisme. Kajian ini bertujuan mencapai matlamat seperti berikut: i. Menilai tahap pengetahuan responden mengenai sindrom autisme. ii. Menilai pengetahuan responden mengenai perkhidmatan sokongan untuk murid autistik. Pemilihan Sampel Kajian Subjek kajian adalah guru yang mengajar kelas biasa di lima buah sekolah integrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang dipilih. Guru yang menjadi responden kajian dipilh secara random dan mengajar pelbagai mata pelajaran. Seramai 50 orang menjadi responden dalam kajian ini. Dari sampel ini, 49 responden telah mengisi soal selidik yang diedarkan. Mereka terdiri daripada 39 orang guru sekolah rendah dan 10 orang guru sekolah menengah yang mengajar di 5 buah sekolah kerajaan di daerah Batang Padang. Sampel responden ini terdiri daripada 10 orang lelaki dan 39 orang perempuan (lihat Jadual 3.1). Kelulusan akademik responden terdiri daripada 26 orang kelulusan SPM, 13 orang berkelulusan STPM / Matrikulasi dan 10 orang kelulusan Ijazah Sarjana Muda . Instrumen Kajian Instumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi soalan tertutup dan soalan terbuka khusus kepada guru yang terpilih. Soalan dalam borang soal selidik ini distrukturkan berdasarkan objektif dan soalan kajian yang dinyatakan dalam persoalan kajian. Instrumen yang dihasilkan telah diubahsuai dari instrumen yang pernah digunakan dalam kajian yang telah dijalankan oleh Bitsika di Australia pada tahun 1992. Instrumen ini di terjemahkan kedalam Bahasa Malaysia oleh pengkaji kerana ini boleh membantu untuk mendapat hasil kajian yang lebih baik.
Dapatan

Dalam perbandingan respons antara guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah, terbukti bahawa guru sekolah menengah dalam sampel memperolehi pencapaian yang lebih baik (55.8 % respons betul) berbanding dengan guru sekolah rendah (45.5 % respons betul). Daripada data ini boleh dibuat kesimpulan bahawa guru sekolah menengah mempunyai tahap pengetahuan lebih tinggi mengenai sindrom autisme berbanding guru sekolah rendah. Dalam perbandingan mengikut kelulusan akademik tertinggi seperti tercatat dalam Jadual 1, 60.8% guru kelulusan ijazah sarjana muda memberi jawapan yang betul berbanding dengan kumpulan guru berkelulusan STPM / Matrikulasi (50.0%) dan guru berkelulusan SPM (43.6 %).

Jadual 1: Pengetahuan mengenai sindrom autisme di kalangan guru sekolah rendah dan menengah mengikut kelulusan akademik tertinggi (% memberi respons betul) N = 49

ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Min

% RESPON GURU SPM 80.8 34.7 19.2 46.2 42.3 53.8 34.7 46.2 50.0 46.2 50.0 19.2 43.6

% RESPON GURU STPM/ MATRIK 92.3 30.8 15.4 30.8 69.2 30.8 46.2 53.8 69.2 46.2 76.9 38.5 50.0

% RESPON GURU IJAZAH 90.0 30.0 50.0 40.0 70.0 80.0 50.0 50.0 100 60.0 60.0 50.0 60.8

Jadual 2: Pengetahuan mengenai sindrom autisme di kalangan responden secara keseluruhan (Bilangan responden dan % memberi respons yang betul) N = 49

BIL

ITEM

JUMLAH % JUMLAH 42 16 85.7 32.6

1 Kebanyakkan kanak autisme menghadapi kelambatan perkembangan. 2 Autisme adalah sejenis masalah seumuru hidup.

3 Lebih ramai perempuan daripada lelaki mengalami sindrom autisme. 4 5 6 7 8 Ramai kanak-kanak autisme tidak boleh bercakap. Autisme adalah sejenis sindrom luar biasa. Ramai kanak-kanak autisme tidak mengalami kesukaran memahami apa yang diperkatakan.

11 20 31 22 19

22.4 40.8 63.2 44.9 38.7 40.8

Kanak-kanak autisme sukar memahami apa yang diperkatakan dan apa yang diisyaratkan. Kanak-kanak autisme tidak mengalami kesukaran bertentangan mata kearah sesiapa yang bercakap dengannya.

20

35 21

71.4 42.8

10 Terdapat juga ramai kanak-kanak autisme sukar berinteraksi dengan orang lain. Ramai kanak-kanak autistic rasa senang 11 menyesuaikan diri dengan sesuatu pembaharuan dalam rutin mereka. Kanak-kanak autistik terlalu asyik dengan pergerakan fizikal yang berulang ulang 12 seperti menggoyangkan badan dan mengibaskan tangan atau jari Ramai kanak-kanak autistic mengalami rencatan akal MIN

29

59.2

14

28.6

47..6

Setiap item di atas terkandung dalam lima aspek autisme iaitu fakta statistik, komunikasi, kemahiran sosial, keperluan rutin dan tingkah laku sterotaip. Jadual 3 meringkaskan respons secara keseluruhan mengikut lima aspek autisme. Hanya 2 % (seorang responden) telah memberi lima jawapan betul untuk item berkaitan fakta statistik; 34.6% memberi 2 jawapan betul daripada 3 item berkaitan komunikasi; 32.6% mendapat 2 jawapan betul daripada 2 item berkaitan kemahiran sosial dan 46.9% dan 61.2% daripada jumlah

keseluruhan memberi jawapan untuk dua item masing -masing berkaitan keperluan rutin dan tingkah laku sterotaip.
Jadual 3: Pengetahuan mengenai sindrom autisme mengikut klasifikasi item

KLASIFIKASI ITEM 1. Fakta statistikal 2. Komunikasi 3. Kemahiran Sosial 4. Rutin 5. Tingkah laku sterotaip

ITEM

% ITEM BETUL 1 2 3 4

1, 2, 3 , 4 , 12 10.2 16.3 26.5 42.8 2.0 2.0 5, 6, 7 8, 9 10 11 16.4 34.6 34.6 14.4 22.4 44.8 32.6 53.1 46.9 38.8 61.2

Pengujian Hipotesis Pengujian hipotesis dilakukan pada bahagian ini untuk memastikan sama ada hipotesis yang dibentuk dalam kajian ini dapat diterima ataupun tidak. Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) digunakan untuk menganalisis serta untuk mendapatkan keputusan. Melalui SPSS, Ujiant dan Anova Sehala digunakan bagi menguji kesemua hipotesis yang dibentuk pada aras signifikan P = 0.05. Pada aras signifikan ini, sekiranya P < 0.05 maka sesuatu pernyataan hipotesis akan ditolak dan sebaliknya jika P > 0.05 sesuatu pernyataan hipotesis akan diterima. Berikut ialah dapatan daripada penganalisisan dengan menggunakan anova sehala dan ujiant bagi pernyataan hipotesis yang di tunjukkan pada Jadual 4 danl 5. Hipotesis Pertama Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan mengenai sindrom autisme di kalangan guru sekolah rendah berbanding guru sekolah menengah.
Jadual 4: Hasil Ujian t bagi Hipotesis Pertama

Jenis Sekolah MIN pengetahuan .7143 p<0.05 Jadual 4 menunjukkan perbandingan tahap pengetahuan guru mengenai sindrom autisme mengikut jenis sekolah. Perbandingan min penguasaan pengetahuan antara sekolah adalah 1.1547 .4330 48 .001 SD NILAI t DK SIG

sekolah rendah 45.5 % dan sekolah menengah 55.8%. Hasil Ujiant mendapati bahawa aras signifikan yang diperolehi ialah 0.001. Oleh yang demikian hipotesis yang dikaji diterima dan dapat dirumuskan bahawa terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan tentanag sindrom autisme di kalangan guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah. Hipotesis Kedua Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan mengenai jenis perkhidmatn sokongan di kalangan guru dengan kelulusan akademik.
Jadual 5: Hasil Ujian Anova Sehala bagi Hipotesis Kedua

Punca variasi Antara kumpulan Dalam kumpulan p<0.05

dk 15 30

JKD 11.501 14.933

MKD .767 .498

F 1.540 -

Sig .153 -

Ujian Anova Sehala dijalankan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan mengenai jenis perkhidmatan sokongan antara guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah. Analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p < 0.05, maka hipotesis yang diuji ditolak. Pengetahuan mengenai Ahli Professional dan Perkhidmatan Sokongan Soalan untuk bahagaian kedua soal selidik ini berbentuk subjektif di mana guru diminta menamakan ahli profesional atau khidmat sokongan yang sesuai untuk beberapa jenis perkhidmatan bagi murid autisme. Jadual 6 menunjukkan bahwa 84.3% daripada responden secara keseluruhan tidak dapat menamakan jenis perkhimatan sokongan atau ahli profesional untuk murid autisme. Hanya 15.7% dapat menamakannya.
Jadual 6: Pengetahauan guru secara keseluruhan mengenai jenis perkhidmatan / ahli profesional

KATEGORI PERHIDMATAN 1. Diagnosis dan Penilaian 2. Intervensi Awal 3. Penempatan di sekolah 4. Latihan Pra vokesional / kerjaya 5. Program Integrasi

SPESIFIK (%) 8.2 4.1 6.1 16.3 14.3

TIDAK TAHU (%) 91.8 95.9 93.9 83.7 85.7

6. Rawatan Perubatan/ Psikiatri 7. Rawatan Pergigian 8. Sokongan Keluarga 9. Penempatan di Institusi Berasrama

30.6 44.9 24.4 12.2

69.4 55.1 75.6 87.8

Rumusan dan Cadangan

Kajian semasa telah menyokong hipotesis pertama pengkaji di mana terdapat perbezaan dalam tahap pengetahuan guru biasa sekolah rendah dan guru sekolah menengah. Kajian dapati tahap pengetahuan guru sekolah rendah lebih rendah (45.5%) berbanding dengan tahap pengetahuan guru sekolah menengah (55.8%) Dapatan ini adalah di luar jangkaan pengkaji yang menganggap guru sekolah rendah lebih berpengetahuan berdasarkan fakta program khas bermasalah pembelajaran di keempat-empat sekolah rendah telah pun bermula lebih awal berbanding dengan program di sekolah menengah dan guru sekolah rendah sepatutnya sudah kenal dengan ciri murid autisme melalui pendedahan yang telah diberi oleh guru khas di sekolah masing-masing. Hipotesis kedua yang menyatakan tidak dapat perbezaan antara tahap pengetahuan tentang jenis perkhidmatan sokongan guru dengan kelulusan akademik tidak diterima. Kajian menunjukkan guru berkelulusan SPM lebih berpengetahuan tentang jenis perkhidmatan sokongan untuk murid autisme . Analisis data menunjukkan tidak ada seorang guru berijazah Sarjana Muda yang dapat menamakan jenis perkhidmatan sokongan untuk murid autisme. Sesuatu sebab yang munasabah tidak dapat diberi tentang ini hanya boleh dikatakan kemungkinan guru berkelulusan SPM yang semuanya mengajar di sekolah rendah pernah ada pengalaman dengan ahli profesional atau pernah buat rujukan tentang perkhidmatan sokongan untuk murid khas.
Penutup

Kajian tentang sindrom autisme di Malaysia adalah sesuatu yang jarang dilakukan.Oleh yang demikian masih banyak kajian yang perlu dilaksanakan untuk mengetahui tentang sindrom ini. Kajian yang pengkaji jalankan ini adalah satu usaha untuk melihat berkembangnya kajian tentang sindrom autisme di Malaysia. Masih banyak lagi aspek kajian sindrom autisme boleh diterokai dan diperincikan supaya mereka yang terlibat dalam bidang ini lebih peka tentang keperluan murid autisme. Pendidikan bagi murid autisme pada masa kini adalah ke arah mengintegrasikan mereka dengan murid normal. Oleh itu usaha tertentu perlu dilakukan untuk merealisasikan matlamat ini supaya murid autisme tidak disingkir untuk bersama menikmati kehidupan

yang lebih sempurna. Guru kelas biasa mesti sentiasa bersikap positif dan sentiasa berusaha untuk memberi motivasi pada murid autisme serta sanggup bekerjasama dengan guru khas dalam meningkatkan pengetahuan mengenai sindrom ini.
Rujukan

Cohen, D. (1975). Childhood autism and atypical development. In H. Yahreaes (Ed.). New light on autism and other puzzling disorders. Maryland: DHEW Pub. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders. (1987). Diagnostic Criteria. Dyah Puspita. (2003 ). Mempersiapkan dan membantu anak autis mengikuti pendidikan di Sekolah Umum. Seminar MANDIGA, Indonesia. Gillberg, C., & Schaumann, H. (1982). Social class and infantile autism. Journal of Autism and Developmental Disorders, 12, 223 228. Gilliam, J., & Coleman, M. ( 1982). A survey of knowledge of autism among experts and caregivers. Behavioral Disorders, 7, 189 196. Jabatan Pendididikan Negeri Perak. ( 2002). Buletin Pendidikan Khas Daerah Batang Padang. Lam Chee Meng & Chan Yee Pei. (2002) . Assessment for children for school readiness in Singapore mainstream education. WeCAN Third Annual Autism Best Practices Conference, November 2002 Masra, F. (2002). Autisme: Gangguan perkembangan anak. Retrieved from http://www.tempo.co.id/medika/arsip/072002/hor-1.htm National Autistic Association of Malaysia. (2003). Information leaflet. Philips, S. (1993).. A Study of knowledge of autism in Malaysia. Unpublished Masters Thesis, Monash University, Australia. Powers, M. (1989). Children with autism: A perents guide. USA : Woodbine Inc. Ritvo, E., & Freeman, B. (1978). NSAC definition of the syndrome of autism. Journal of Autism and Childhood Schizophrenia, 8, 162 167. Schultz, J. B., & Carpenter, C. (1995). Mainstreaming exceptional children.

Boston : Allyn & Bacon. Sussman, F. (1999). More than words: Helping parents promote communication and social skills in children with autism spectrum disorder . Canada : Hanen Pub. Wing, L. (1978). Social, behavioural and cognitive characteristics: An epidemiological approach. In M. Rutter & E. Schopler (Eds). Autism : A reappraisal of concepts and treatment. New York: Plenum Press. Wing, L. (1980). Childhood autism and social class: A question of selection. British Journal of Psychiatry, 137, 410 417. Ysseldyke , J., & Algozzine, B. (1990). Introduction to special education (2nd ed.). Boston: Houghton Mifflin.

[ E-Forum ] [ Ke atas ]

tentang kami | panduan pemakalah | sidang editor | makalah | arkib | ulasan buku | penerbit upsi | halaman utama

Abstrak Pengenalan Sorotan Literatur Metodologi Dapatan Rumusan dan Cadangan

Penutup Rujukan Pernyataan Masalah

Home

Events Introduction to Autism Handout English | Chinese | Malay

Home TeleAutism About Us About Open Minds Hubungi Kami Articles Events News Forum Book List

Introduction to Autism Handout


PENGENALAN AUTISME

Latar Belakang Filem "Rain man" satu contoh persepsi television terhadap autisme. Dalam cerita tersebut seorang dewasa dgn autisme, pintar dlm kemahiran matematik dapat menyaingi permainan judi di Las Vegas. Tidak semua individu dgn autisme mempunyai kemahiran yang sama seperti "Rain man". Ini satu persepsi yg salah. Sebenarnya ramai individu dgn autisme sukar atau jarang menyamai "Rain Man". Sebaliknya ada pula rancangan tv yang mempamerkan individu dgn autisme sebagai kumpulan yang sering menyendiri, terasing dalam dunia mereka sendiri, tidak berupaya berkomunikasi atau memberikan atau menerima perasaan kasih sayang. Ada yang menganggap seandainya dapat dikeluarkan mereka dari kepompong dunia mereka, maka terserlah kepintaran yang tersembunyi di dalam diri mereka. Individu dgn autisme juga dipaparkan sebagai agresif atau mencederakan diri sendiri. Semua yg telah disebutkan hanyalah mitos umum, mengenai autisme. Terdapat ramai individu dengan autisme boleh belajar bercakap dan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, simbol gambar, dan bantuan teknologi, walaupun menghadapi ketidakupayaan yang mereka alami menjejaskan cara mereka menyampaikan atau menerima perasaan. Bagaimanakah sebenarnya rupa autisme? Terdapat ramai individu dengan autisme mempunyai ciri-ciri spt kekurangan upaya atau defisit dalam kemahiran berkomunikasi dan asas kemahiran hidup, tetapi ciri-ciri kanak-kanak autisme tidak serupa. Juga ramai ahli profesional merujuk autisme sebagai "pelbagai masalah" ( spectrum disorder).

Username Password Remember me


Login

Password Reminder
No account yet?

Register Now
Is Online Screening a viable option? Yes No

Maybe
Vote

Mendifinisikan Autisme Autisme masih kurang difahami dan dianggap paling misteri dalam kumpulan " pervasive developmental disorders [PDD]." Ramai pula yang tidak pernah berjumpa atau mengenali individu dgn autisme. The National Institute of Child Health and Development (2003) menyatakan autisme ialah masalah biologikal yang kompleks dan dihadapi individu sepanjang hayatnya. Individu dengan autisme menghadapi masalah interaksi sosial dan komunikasi. Jadi mereka menghadapi masalah pertuturan atau mereka tidak dapat menumpukan atau memberikan perhatian kepada anda. Mereka berkelakuan tertentu, atau mengulangngulangkan [ekolalia] perbuatan tingkah laku tertentu (spt tidak mendengar arahan kecuali diletakkan pensil secara selari, atau menyatakan ayat tertentu berulang-ulang kali). Mereka mungkin bertepuk tangan menyatakan mereka gembira dan mencederakan diri sendiri untuk menyatakan sebaliknya. 1943 Leo Kanner telah mengenalpasti gejala yang menjelaskan ciri-ciri autisme. Kanner (1943/ 1983) menghuraikan istilah autistik sebagai "mengelakkan diri dari realiti/kehidupan sebenar." Sebelum Kanner, kanak-kanak dgn masalah autisme dilabelkan sebagai " schizophrenia, febble minded, idiot, mentally retarded, mbecile, childhood schizophrenia, early infantile autism, childhood onset pervasive deveopmental disorder." Anggapan apabila dewasa mereka menjadi schizophrenia diakui tidak benar oleh beberapa pengamal profesional. Kanner menghuraikan kanak-kanak ini mempunyai daya ingatan yang tinggi, lambat perolehan pertuturan dan bahasa (termasuk sebutan terbalik, ekolalia, dan masalah literasi) dan terlalu menekankan perlakuan yang sama. Perkataan "autisme" dipinjam dari perkataan yang pernah digunakan untuk menjelaskan sifat schizophrenia yang bermaksud menarik diri daripada perhubungan dan menutup diri dari dunia luar. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-Text Revised (DSM-IV-R) (American Psychiatric Association, 2000) kini menerima autisme sebagai berpunca dari pelbagai masalah perubatan yang kompleks, melibatkan genetik, persekitaran, dan neurologikal (Piven, 1997). Tetapi penyelidik masih belum menjumpai "penawar"nya. Pengelasan Individu dgn Autisme Mengelaskan individu melalui kategori diagnostik kurang diterima pihak tertentu kerana menganggapkannya sebagai menutupi identiti unik individu yg sebenar. Tetapi pengkategorian ini pula bertujuan mengelakkan dari homogeniti, malah boleh dijadikan panduan untuk mengenali heterogeniti individu. Walaupun terdapat kekurangan pengelasan, kebaikannya adalah: a. Berpeluang mendapatkan perkhdimatan perubatan, psikiatri, psikologikal, dan pendidikan. b. Mendapatkan insuran dan pelbagai faedah. c. Memperolehi perkhidmatan dan bantuan khas, seperti rumah bakti, rumah perlindungan, dan pelbagai bantuan. d. Mendapatkan pelbagai peralatan khusus e. Mendapat perkhdimatan bersesuaian.

Berikut ialah dua sistem diagnostik yang kerap diguna pakai di US, untuk mengenalpasti dan mengelaskan autisme dan masalah perkembangan yang lain. a. DSM-IV-TR (American Psychiatric Association, 2000). b. Individual with Disabilities Education Act Amendments of 1997 (IDEA) PL105-17 (Federal Register, 1999) Oleh kerana tiada ujian medikal untuk mendiagnosis autisme, kedua-dua pengelasan di atas DSM-IV-TR dan IDEA dipakai sebagai penanda aras. Pasukan Pelbagai Disiplin yang terdiri daripada ahli neurologi, psikologi, pediatrisyen perkembangan, ahli pathologi pertuturan-bahasa, dan ahli pendidikan khas, perlulah menaksir dan mengenalpasti kanak-kanak autisme (Dahle, 2003). Diharap ahli keluarga dapat belajar menghadapi implikasi diagnosis perkembangan seperti autisme dan cuba mengelak dari berasa diri bersalah sebagai penyebab wujudnya masalah tersebut. DSM (Diagnostic and Statistical Manual) Persatuan Psikiatri Amerika (APA) kerap mengemaskini DSM. Autisme mula dimasukkan dalam edisi ketiga DSM (1977). Persatuan Autisme Amerikalah yang bertanggungjawab menyarankan autisme dimasukkan ke dalam DSM-III dan juga mempengaruhi pembentukan definisinya (Freeman, 1999). Individu di bawah kategori "Pervasive Developmental Disorder" dalam DSM-IV-TR menunjukkan persamaan defisit, Pervasive Developmental Disorder [PDD] Terkandung dalam kategori diagnosis PDD dengan autisme ialahn Masalah Rett, masalah disintegratif kanakkanak, masalah Asperger, dan PDD yang Tidak Ditentukan (Not Otherwise Specified : NOS) Asperger Disorder Pada masa lalu individu yang mempunyai ciri-ciri autisme tetapi berkeupayaan berkefungsian tinggi berbanding kanak-kanak dgn autisme tidak diasingkan dpd PDD yang lain. Pada 1994, ahli profesional perubatan dan klinikal bersetuju terdapat perbezaan ketara di antara individu yang didiagnosis mengalami Asperger dan individu dengan autisme yang berkefungsian tinggi (APA, 1994). Asperger berbeza dari Autisme berkefungsian tinggi a. Asperger diprognosis mempunyai kelebihan personal, sosial, dan kefungsian kerjaya berbanding autisme berkefungsian tinggi. b. Ciri-ciri klasik tingkah laku seperti masalah komunikasi, sosial, tingkah laku terhad, dan tingkah laku berulang, kurang dikesan pada kanak-kanak dgn masalah Asperger. c. Kanak-kanak dgn Asperger kurang menghadapi masalah perkembangan bahasa (APA, 1994). d. Motor clumsiness (kline & Volkmar, 1997), kelemahan sensori persepsi (Dunn, Myles, & Orr, 2002), lebih banyak pada Asperger berbanding Autisme berkefungsian tinggi. e. Individu dgn Asperger dikenalpasti pada peringkat umur yg lebih lewat berbanding Autisme kerana kesukaran pengesanan (Simpson & Miles). Seorang yg dikenalpasti menghadapi Asperger memerlukan latihan berikut a. kemahiran sosial dan penyesuaian tingkah laku

b. keperluan akademik dan pembelajaran c. latihan sensori d. latihan motor Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) Autisme didefinisikan dlm IDEA (1997) sebagai Masalah perkembangan yang dengan ketara mempengaruhi komunikasi verbal dan bukan verbal dan interaksi sosial, kebiasaannya dikesan pada umur 3 tahun, dengan melibatkan pencapaian pendidikan murid. Ciri-ciri autisme yang lain ialah telibat dalam aktiviti secara berulang-ulang, dan pergerakan stereotaip, menentang perubahan persekitaran atau perubahan tugasa harian, dan bertindak balas pada pengalaman sensori secara luar biasa. Hiperleksia: kebolehan membaca tanpa latihan formal Hubungkait Medikal Keadaan genetik dan pelbagai keadaan medikal dikaitkan dengan autisme - Tuberous sclerosis - Fragile X syndrome - Gilles de la Tourette syndrome - Angelman syndrom - Landau-Kleffner syndrome - Wialliams syndrome - Down Syndrome (Barton & Volkmar, 1998) Autisme peringkat teruk berkemungkinan menghadapi serangan sawan. Walaupun ada yang mengaitkan autisme dengan medikal, tetapi terdapat kekeliruan sejauh mana keadaan dan ciri-ciri neurobilogikalnya (Rutter, 1994). Masalah Perkembangan Pervasif (Pervasive Developmental Disorder) Childhood Autisme Rett Disorder Disintegrative Disorder Antara 5 dan Umur dikenalpasti Nisbah LelakiPerempuan Jumlah terlibat/ prevalence Awal 3 tahun 48 bulan 4-5 lelaki: 1 perempuan Dilaporkan perempuan shj Selepas 2 tahun Selepas umur 3 dan sebelum 10 Lebih banyak di kalangan lelaki Jarang, Kurang dari autisme Lebih banyak di kalangan lelaki Terhad, tetapi lebih ramai di kalangan lelaki Tidak diketahui Disorder NOS Asperger PDD

Tidak diketahui

2-5 setiap 10,000 1 setiap 10,000

Tidak diketahui

Masalah Ada Komunikasi Masalah Ada Sosial Kebiasaannya masalah interaksi sosial timbul kemudian Stereotaip memusingkan tangan Ada Ada Ada Ada Ada Perkembangan bahasa yang normal Mungkin dilaporkan

Tingkah Laku Terhad dan Berulang Masalah Mental Kelemahan Kawalan buah pinggang, perut (usus), kemahiran bermain, dan motor. Serangan sawan 25% di kalangan dewasa Peningkatan kekerapan abnormal EEG dan serangan sawan Peningkatan kekerapan abnormal EEG dan serangan sawan Tidak Dilaporkan Tidak Dilaporkan Tiada Ada Ada Tiada Tidak Dilaporkan 70% sederhana ke sangat teruk Teruk ke sangat teruk Masalah mental teruk Tidak sama Kecacatan mungkin wujud ataupun tidak Ada Ada Ada Mungkin dilaporkan

Sumber: Diagnostic and Statistival Manual - Text Revision (APA, 2000) pp. 70-84, 830 Sejarah Perkembangan Bidang Autisme Bidang Autisme terus berkembang sejak Kanner (1943-1985) mengesan sebelas murid pertama menghadapi autisme. Penyelidik dan teori terawal mengenai autisme perlu juga dirujuk. Evolusi kefahaman penyebab biologikal autisme ditentukan melalui kajian seterusnya dan terkini. 2.6% kanak-kanak berkeperluan khas di US adalah autisme (Department of Education, 2002

Keadaan Medikal Berkaitan Autisme

Disorder Masalah

Prevalence Kerencatan Mental Jumlah Terlibat Ciri-ciri yang kebiasaannya tiada kaitan dengan autisme Luka kulit

Tingkah laku seperti Autistik Tingkah laku persamaan 0.4-2.3%; lebih tinggi di kalangan individu yang menghadapi serangan sawan 3.0% - 5.3% melibatkan spektrum /pelbagai tingkah laku

Tuberous Sclerosis

1 dlm 10,000

Ada

Lelaki 1 dlm 2,000 Fragile X Syndrome Perempuan 1 dlm 4,000 Ada

Pembesaran genitalia Telinga besar Ciri-ciri muka Mitral valve prolapse

Tourette Syndrome

4-5 dlm 10,000

Tidak diketahui

Tics verbal atau motor

Penyelidik tiada persetujuan mungkin ada perubahan Kebiasaannya terkeliru dengan Sindrom Rett. Gagal untuk dipamerkan perkembangan normal Jarang bergantung kepada perkembangan kanak-kanak

Angelman Syndrome

1 dlm 10,000 -30,000

Ada

Ketawa tanpa rangsangan, rupa bentuk muka yang berbeza, kecacatan otot

Landau-Kleffner Syndrome

Jarang

Ada

Keupayaan kefahaman, perturturan, perhatian kepada bunyi yang rendah

Williams Syndrome

1 dlm 20,000

Ada

Kemungkinan Tidak diketahui kecacatan kardiovaskular, ketinggian kandungan kalsium dlm darah, dan darah tinggi Mempamerkan 1 - 2.2% pelbagai ciri fizikal yang mengakibatkan kesukaran dan berisko pada masa hadapan

Down Syndrome

1 dlm 800

Ada

Gargiulo, R. M. (2006). Special education in contemporary society. p.530

Teori Psikogenik

Di kalangan ahli terapi Freudian memperkenalkan teori psikogenik berhubung autisme, dan kebanyakan penyelidik pada peringkat awalnya memfokus kepada kelemahan didikan ibubapa sebagai penyebab autisme. Mereka mempercayai sekiranya hubungan pertalian antara ibubapa dan anak tidak dilahirkan di peringkat awal lagi mereka tidak mampu berinteraksi dengan orang lain kelak. Malah Bruno Bettelhem (1967) mendapati ibulah yang banyak dipersalahkan kerana kerap melahirkan perasaan negatif. Tetapi pada 1985, Bernar Rimland menyangkal teori psikogenik berhubung autisme. Pertuduhan kepada ibu hanyalah sebagai hipotesis yang tidak dapat dibuktikan. Rimland mengemukankan sembilan fakta sebagai bukti autisme berpunca dari pengaruh biologikal. Teori Organik

Pada 1940an dan 1950an, Loretta Bender dan penyelidik lain mencadangkan autisme mungkin berasaskan organik dan tingkah laku ibu ialah reaksi kepada keadaan kanak-kanak tersebut (Rutter, 1978) Dokumentasi tahun 1960an mencatatkan ramai yang menghadapi serangan sawan sebagai bukti hubungkait autisme dengan organik. Organik tidak lagi dipersoalkan apabila dikaitkan pula dengan kerencatan mental (Volkmar & Pauls, 2003). Teori Tingkah Laku Fester salah seorang ahli psikologi tingkah laku yg pertama mencadangkan autisme ditentukan oleh persekitaran (LaVigna, 1985). Ahli psikologi mempercayai bahawa kanak-kanak autistik tidak dibentuk oleh ibubapa cara yang betul. Fester dan pengikutnya memperkenalkan Analisis Tingkah Laku Gunaan ABA (Applied Behavior Analysis). Hasil kerja Ivar Lovaas (1993) iaitu modifikasi tingkahlaku, berkembang dari hasil usaha Fester. Tumpuan utama Lovaas ialah pada tingkahlaku yang mencederakan diri sendiri. Laovaas menggunakan bentuk hukuman seperti kejutan, untuk mengurangkan tingkah laku mencederakan diri sendiri. Tetapi akhirnya Lovaas mendapati kanak-kanak autisme dapat menyesuaikan dirinya dengan hukuman dan ini tidak memberikan kesan kepada mereka. Akhirnya Lovaas tidak lagi menggunakan hukuman fizikal untuk mengurangkan tingkah laku mencederakan diri, walaupun begitu penggunaan "penarikan" dan "timeout" diteruskan dengan kebenaran ibubapa (Johnson, 1994). Etiologi Autisme Etiologi (sains penyebab) autisme adalah kompleks, dalam kebanyakan kes, mekanisma pathologinya tidak diketahui. Autisme ialah masalah heterogeneous, didiagnosis secara restrospektif berasaskan kewujudan atau ketiadaan ciri-ciri tertentu. Faktor Genetik dan Kromosoma Kajian terbaru mengkaji genetik, di utero insults, dan kefungsian otak, juga neurokimia, dan faktor immunologikal. Kajian mengenai kecacatan kromosom berhubung autisme menunjukkan tiada persetujuan jenis kromosome

atau masalah kromosome yang mengakibatkan autisme (Volkmar & Pauls, 2003). Gangguan semasa Mengandung Dalam kes tertentu autism dikaitkan dengan gangguan semasa atau selepas mengandung, termasuk Kekurangan oksigen semasa kelahiran Keracunan thalidomide Rubela kongenital Encephalitis Measles-campak Mum-Begok (Chess, Korn, & Fernandez, 1971). Kedudukan anak juga ada kaitan Anak pertama daripada dua anak dlm sekeluarga Anak keempat atau seterusnya bagi yg anak lebih daripada empat orang (Mesibov et al., 1997) Kecacatan struktur otak Pengimejan neuro menyediakan bukti ketidakfungsian pada serebellum, sistem limbik, dan kemungkinan pada temporal lobe dan korteks individu dengan autisme. (Mesibov et.al., 1997). Faktor Persekitaran dan Autoimune Peningkatan jumlah masalah autoimune menyarankan dalam keluarga tertentu menghadapi masalah atusime, ketidakfungsian immune, kemungkinan berinteraksi dengan faktor persekitaran yang menyebabkan autisme. Juga dikaitkan dengan alergi atau alahan makanan, terutamanya susu, gandum, dan ragi ( yeast) dan ada yang menunjukkan gejala autisme selepas memakan makanan alahan berkenaan. Kekurangan vitamin juga ada dicadangkan, terutama B6 (Rimland, 1988). Vitamin B6 dan magnesium boleh meningkatkan metabolisme kanak-kanak dgn autisme dan mengekalkan aktiviti gelombang otak. Ciri-ciri kanak-kanak Autisme Diagnosis autisme memerlukan enam daripada dua belas gejala dikesan, dan sekurang-kurangnya dua kategori gejala kemahiran sosial, dan sekurang-kurangnya satu ciri dari setiap kategori yang lainnya.

Kriteria Diagnostik Autisme

A. Sebanyak enam item dari (1), (2), dan (3) dan sekurang-kurangnya dua dari item (1) dan setiap satu dari (2) dan (3) (1) Kecacatan Kualitatif dalam interaksi sosial, yang dapat dikesan sekurang-kurang dua dari senarai berikut: (a) Kecacatan ketara penggunaan pelbagai tingkah laku nonverbal seperti pandangan mata, ekspresi muka, postur badan, dan isyarat badan untuk menggerakkan interaksi sosial. (b) kegagalan membentuk hubungan rakan sebaya sesuai mengikut peringkat umur (c) kekurangan berkongsi kegembiraan secara spontan, atau pencapaian dengan pihak lain spt kurang kebolehan mengenengahkan atau membawa diri, atau menunjukkan objek yang ia minati) (2) Kecacatan kualitatif dalam komunikasi seperti dipamerkan sekurang-kurang satu daripada perkara berikut: (a) lambat atau ketiadaan perkembangan pertuturan lisan (tiada usaha untuk mengatasi melalui moda alternatif komunikasi seperti isyarat atau mimik) (b) Individu yg mempunyai pertuturan lengkap, kecacatan ketara dalam keupayaan memulakan atau mengekalkan perbualan dengan orang lain. (c) (d) Stereotaip dan berulang menggunakan bahasa atau bahasa yang kurang difahami. kekurangan pelbagai, lakonan spontan, atau lakonan sosial bersesuaian dengan tahap perkembangan.

(3) Ulangan yang terhad dan corak tingkah laku stereotaip, minat, dan aktiviti yang dapat dilihat sebagai salah satu tingkah laku berikut: (a) meliputi penglibatan satu ataupun lebih stereotaip dan corak minat terhad yang tidak normal sama ada intensiti ataupun berfokus. (b) jelas tindakan tidak khusus yang fleksibel, amalan atau tindakan biasa yang tidak fungsional

(c) stereotaip dan tindakan motor berulang (spt melambaikan atau memusingkan tangan atau jari atau pergerakan kompleks keseluruhan badan). (d) tindakan yang sama menggunakan bahagian objek

B. Lewat atau kefungsian tidak normal sekurang-kurangnya salah satu bidang berikut, kelihatan pada umur 3 tahun (1) interaksi sosial (2) bahasa yang digunakan dalam komunikasi, atau simbol atau lakunan imaginasi. C. Ganggun tidak dialami Kecelaruan Rett (Rett Disorder) atau Childhood Disintegrative Disorder.

Sumber: American Psychiatric Association. (2000).Diagnostic and Statistical Manual - Text Revision. .p. 75 Teori Otak Teori ini ialah hipostesis kognitif yang cuba menjelaskan ketidakupayaan individu autisme menyedari yang orang lain juga mempunyai pandangan unik mereka sendiri, mengenai dunia ini. Ramai individu dengan autisme tidak menyedari orang lain juga mempunyai pemikiran, perancangan, dan perspektif yang berbeza

(Baron-Cohen, 1991). - Kanak-kanak 18 bulan hingga 7 tahun kebiasaannya mempunyai kapasiti memahami perbezaan (Meltzoff, 1999) - Poirer mendapati kekurangan ini melangkau umur 7 tahun, dan mungkin disebabkan kelewatan perkembangan khususnya mekanisma mental Gejala Interaksi Sosial Kategori gejala interaksi sosial ialah kekurangan ketara penggunaan pelbagai tingkah laku bukan verbal (berpandangan, ekspresi muka, gerak badan, dan cara bergerak), gagal membentuk hubungan rakan sebaya mengikut peringkat umur, kekurangan keupayaan perkongsian minat secara spontan dan pencapaian dengan orang lain, dan kekurangan kefahaman sosial dan emosi. Gejala Komunikasi Gejala berhubung kategori komunikasi adalah perkembangan lewat mengenai perkembangan bahasa pertuturan, pada yang boleh bertutur, kelemahan ketara keupayaan kemahiran pertuturan, stereotaip, berulang penggunaan bahasa yang sama, dan ketidakupayaan berlakon mengikut peringkat umur. Tingkah Berulang-ulang atau Terhad Walaupun penyelidik masih tidak memahami asas neurologikal yang menyebabkan tingkah laku autisme, Rapin & Katzman (1988) mendapati ramai di kalangan autisme mungkin mempamerkan pergerakan badan yang sama seperti menepuk tangan, mengoyangkan jari, memusing jari, dan menggoyangkan badan) Menunnjukan minat yang luarbiasa terhadap objek tertentu Membau, menyentuh berulang-ulangkali, dan merasai tekstur bahan. Menjilat, memasukkan dlm mulut, atau menggigit objek. Menunjukkan minat pada objek atau aktiviti yang anih, seperti memusingkan roda atau menyusun objek Melakukkan tindakan yang sama berulangkali spt mengetuk objek Melakukan perkara yang sama seperti menyentuh dan mengubah objek cara yang sama berulangkali Mengarah orang dewasa melakukan perkara yang sama dengan perlakuannya Tidak takut kepada bahaya, tetapi takut pula kepada objek yang selamat. "... for an obsession or a compulsion, the behaviors must be excessive or unreasonable, cause marked distresss, or result in unusual social activities or relationships." (American Psychiatric Association, 2000) Ciri-ciri Lain Selain dari ketiga ciri utama autisme, gejala lain yang ada bersama autisme ialah masalah tumpuan, memberi perhatian, tahap aktiviti, tingkah laku mencederakan diri sendiri, dan agresif, makan tidak normal, masalah gangguan tidur, mood tidak normal, kecacatan sensori seperti digambarkan dalam rajah berikut: Ciri-ciri berkaitan dialami individu Autisme.

Bidang Masalah Hiperaktif Penumpuan dan Pemerhatian Tumpuan terhad Impulsif Mengetuk kepala Tingkahlaku Mencederakan Diri Sendiri

Pemerhatian

Menggit jari, tangan, atau lengan Terlalu menggaru atau menggosok Menghadkan pemakanan pada makanan tertentu Makan secara tidak normal Makan bahan bukan makanan Sukar tidur atau mengantuk Masalah Tidur Kerap bangun dari tidur Bangun awal Kencing semasa tidur Gelak atau menangis tanpa sebab Mood atau kesan yang tidak normal Wujud atau ketiadaan, reaksi emosi Tekanan

Kekurangan Persepsi Sensori Sensory Perception Deficits Kebanyakan individu autistik menghadapi kecacatan salah satu atau lebih keupayaan ssnsori. Kekurangan melibatkan auditori, visual, taktil, rasa, vestigbular, olfaktori, atau sensori pascapraoseptif. Mereka mungkin janggal bertindakbalas pada rangsangan, seperti tidak tahan pada sakit, terlalu sensitif pada bunyi, atau apabila disentuh, dan tindakbalas yang luar biasa pada cahaya atau/dan warna, dan mungkin tertarik pada rangsangan berwarna. Kekurangan keupayaan sensori mungkin menyukarkan menghadapi situasi normal. Ada kanak-kanak autistik yang langsung takut pada sentuhan badan, dan ada pula yang tidak langsung mempunyai deria sentuhan atau tidak merasai sakit dan suka ditekan. Hipersensitif pada pendengaran (pada frekuensi tertentu) juga satu contoh masalah sensori. Penaksiran Autisme Autism Assessment Masalah penaksiran wujud oleh kerana memerlukan subjek bertingkah laku sesuai seperti duduk dengan

tenang, tidak bergerak, memberi tumpuan, mengikut arahan, dan bertindak balas secara lisan, yang kesemuanya adalah sukar bagi kanak-kanak autisme. Ramai yang menganggap tidak berupaya menaksir kanak-kanak autisme dan mengabaikan penaksiran intelektual dan kognitif. Tetapi terdapat penyelidik yang masih menganggap boleh melaksanakan penaksiran pencapaian dan intelek kepada mereka. Maklumat penaksiran amat diperlukan terutama untuk merancang program pendidikan untuk pelajar berkenaan. Penaksiran Intelektual Intelectual Assessment Salah satu mitos mengenai autisme ialah kepintaran mereka dianggap tersembunyi. Tetapi walupun ada yang dianggap sebagi "serpihan kelebihan" kebanyakan individu autisme mempamerkan kelambatan proses mental mengikut penaksiran intelektual formal (Klin, Carter, & Sparrow, 1997). Di antara 50 ke 70% individu dgn autisme menghadapi kecacatan mental, dgn skor IQ di antara 35 ke 50 (Freeman, 2000; Sigman & Capps, 1997). Kanak-kanak perempuan menunjukkan kecacatan mental yang lebih teruk (Volkmar & Pauls, 2003). Kadar Skala dan Penaksiran Tingkah Laku Rating Scales and Behavioral Assessment Kebangan skala kadar yg ada lebih merupakan alat saringan dan bukan diagnosis tingkah laku. Kadar skala yang biasa digunakan ialah - Childhood Autism Rating Scale (CARS) (Schopler, Reichler, & Renner, 1986) - Gilliam Autism Rating Scale (GARS) Gilliam, 1995) - The Behavior Observation Scale (BOS) (Freeman, Schroth, Ritvo, Guthrie, & Wake, 1980) - The Autism Screening Instrument for Educational Planning (ASIEP) termasuk Autism Behavior Checklist (ABC) (Krug, Arick, & Almond, 1981). Fokus penaksiran tingkah laku ialah mengenalpasti antisiden (Apa yang berlaku?), tingkah laku, dan konsikuen setiap tingkah laku. Dengan mengubahsuai pembolehubah antisiden dan konsekuen, ahli psikologi dapat mengubah tingkah laku. Kombinasi penaksiran tingkah laku dan pendidikan menyediakan gambaran keseluruhan kekurangan individu supaya program dapat distrukturkan untuk memenuhi keperluan khas kanak-kanak. Penaksiran Kefungsian Functional Assessment Psychoeducational Profile - Revised (PEP-R) (Shopler, Retchler, Bashford, Lansing, & Marcus, 1990) ialah analisis kefungsian tingkah laku yang boleh digunakan pada subjek dewasa. Struktur PEP-R membolehkan hampir semua kanak-kanak autistik diuji (Schopler & Mesibov, 1988).

The Adolescent and Adult Psychoeducational Profile (AAPEP) (Mesibov, Schopler, Schaffer, & Landrus, 1988) dibentuk mengukur kemahiran yang diperlukan untuk kejayaan kefungsian di rumah perlindungan, tempat kerja perlindungan untuk individu autisme yang lebih tua. Instumen Diagnostik Diagnostic Instrument Piawaian menerima keputusan diagnosis autisme dengan menggunakan dua instrumen - The Autism Diagnositc Observation Scale (ADOS ) (Lord et al, 1989) - dan the Autism Diagnostic Interview - Revised (ADI-R) (Lord, Rutter, & LeCouteur, 1994). ADOS ditumpukan kepada individu dengan autisme dan hasilnya menghuraikan ciri-ciri individu sesuai dengan senarai autistik dinyatakan dalam DSM-IV (American Psychiatric Association, 1994). Pertimbangan Pendidikan Educational Considerations Individu autisme adalah kumpulan heterogeneus. Murid ini memerlukan intervensi pendidikan dan strategi pengajaran yang pelbagai. Adalah sependapat, persekitaran pendidikan yang terbaik kepada individu autisme ialah program yang bersturktur, boleh diramal, dan menumpukan kepada tahap kefungsian individu (Freeman, 1999; Howlin, 1997; & Rutter, 1980). Bartak (1978) mengemukan dua penstrukturan: Pertama ialah struktur tugasan dan kedua struktur persekitaran. Tetapi ada yang berpendapat penstrukturan persekitaran adalah lebih preventif daripada reaktif. Di manakah mereka dididik?

Penempatan Murid Autisme Kelas Berasingan Bilik Darjah Perdana Sekolah Berasingan Bilik Resos Kemudahan Berasrama Di Rumah/Hospital 49.9% 20.6% 13.2% 14.5% 1.2% 0.45%

US Government Printing Office, 2002.p. A-130

Persoalan sama ada inklusif sepenuh tanpa kontroversi. Banyak kajian menyokongnya (Klieewer & Biklen,

1999) tetapi masih ada kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan sokongan yang berterusan. Keputusan adalah di tangan ibubapa. Pendekatan Pembelajaran Kini program pendidikan yang paling berstruktur menggunakan modifikasi tingkahlaku atau bergantung kepada strategi pengajaran berstruktur. Terkini Program yang dikaji meliputi Lovaas Young Autism Project (YAP) - Projek TEACCH - The LEAP Program - Applied Behavior Analysis Program (Douglas Developmental Center, Princton University) - Denver Health Sciences Programs - The Clinical Child and Pediatraic Psychology section, APA "Despite the use of structure, none of these programs was considered to have passed the task force standards as validated treatnets for chidlren with autisme." Gargiulo (2006) p.543 "The most common problem is that the research evidence from these programs has failed to incorporate random assignment of children into control and treatment groups." ABA Applied Behavior Analysis berasaskan premis iaitu respon atau tindak balas yang diperkukuhkan akan berulang, berbanding tindak balas yang tidak diberikan perhatian. Kaedah asas ABA (a) arahan pembelajaran daripada pengajar atau penunjukcara (b) tindak balas murid (c) penyampaian konsekuen (hadiah atau hukuman)

Perkhidmatan untuk Kanak-kanak Autisme Services for young children with autism Rawatan autisme masih belum ditermui. . Tetapi program pendidikan berstruktur dan pengurusan di peringkat awal umur boleh berperanan meningkatkan kefumgsian apabila dewasa kelak (Howlin, 1997). Mengenalpasti dan mendiagnosis autisme di peringkat awal lagi menyediakan ruang kepada perkhidmatan yang bersesuaian yang menghasilkan prognosis yang lebih baik. Intervensi lebih awal boleh mengurangkan halangan atau menghadkan penempatan murid. Bimbingan tingkah laku yang intensif dan berterusan kepada kanak-kanak prasekolah memberi kesan

perubahan (Smith, Etkeseth, Klevstrand, and Lovaas, 1997). 15% berjaya mengurus diri apabila dewasa dan 15-20% mampu berfungsi dengan baik (Sparrow, 1997). Perkhidmatan Intervensi Awal Early Intervention Services Perundangan US memandatkan penilaian, penaksiran, dan rawatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Perkhidmatan intervensi awal, diseduaikan dengan keperluan individu, termasuk program pendidikan berstruktur dan pendekatan tringkah laku menurut keperluan khas murid. Teknologi Bantuan dan Perkhidmatan Perkhidmatan Jururawat Sekolah Kaunseling dan Latihan Ibubapa Perkhidmatan Pemakanan Program Artistik dan Kebudayaan - seni lukis; muzik, dan terapi tarian Terapi Cara Kerja Terapi Pertuturan dan Bahasa Program intervensi awal bermula dengan menyediakan Rancangan Perkhidmatan Keluarga Individu (IFSP Individualized Family Service Plan). Menumpukan keperluan kemahiran sosial, kemahiran kefungsian (berpakaian, latihan tandas, makan sendiri), komunikasi, dan modifikasi tingkah laku (Autisme Society of America, 2000) Defisit Komunikasi dan Isu Keselamatan Communication Deficits and Safety Issues Ramai kanak-kanak autisme kekurangan keupayaan komunikasi. Mungkin mereka tidak menyahut panggilan tidak tahu nama mereka tiada idea menjalankan aktiviti apabila diminta secara verbal atau nonverbal. Tidak ada konsep buat ini dan kemudian ini hasilnya/akan berlaku Keselamatan juga satu isu, kanak-kanak prasekolah autisme boleh berlari membuka pintu memanjat

tetapi tidak menyahut panggilan tidak memahami "tidak boleh" dan tidak tahu bahaya menyeberangi jalan raya yg penuh kenderaan Bayi boleh didukung dan dikawal tetapi kanak-kanak yang lebih besar dan inginkan kebebasan bergerak memerlukan keselamatan. Isu Kurikulum Curriculum Issues

Kurikulum kanak-kanak prasekolah lebih umum berbanding untuk yang lebih umur. Pengajaran berstruktur memerlukan penyesuaian khusus mengikut tingkah laku yang dipamerkan. Model modifikasi tingkah laku sesuai untuk mengawal kanak-kanak Amat penting untuk mengajar komunikasi dan kemahiran sosial sebagai sebahagian program prasekolah Adaptasi bilik darjah merupakan komponen penting kejayaan akademik (Dahle, 2003). Program Prasekolah Preschool Programs Pelbagai program disediakan untuk kanak-kanak autisme. Pemulihan tingkah laku mendatangkan faedah jangka panjang kepada ramai kanak-kanak autisme (Meachin, Smith, & Lovaas, 1993). Kejayaan dijamin bergantung kepada jumlah masa yang diambil untuk membantu kanak-kanak. Akademi Sains (2002) mencadangkan bimbingan minimum 25 jam seminggu. "My advice would be to always remember that kids are kids. A disability is only part of a child, and while it may shape most of their world, they are still kids. They still need love and support. You as the teacher need to know how to provide these things to your students and still encourage academic growth. Learn about the disability as much as possible, but learn everything about the kids." Sarah Reynolds Prinsip Menilai Pemulihan Baru Autisme

1. 2.
3.

Hadapi cara pemulihan atau rawatan baru dengan sendikit harapan dan keraguan. Peringatan: Matlamat pemulihan ialah supaya kanak-kanak autisme dibantu supaya mereka menjadi ahli masyarakat yang berfungsi. Berhati-hati jika ada program menjanjikan kejayaan untuk semua individu autisme. Berhati-hati program individu yang akhirnya akan menjejaskan individu autisme. Berhati-hati apabila menggunakan sesuatu program sekiranya terdapat lebih banyak pilihan yang lain. Berhati-hati pemulihan selalunya bergantung kepada maklumat penaksiran individu dan digunakan

4. 5.

6.

sebagai pemilihan yang bersesuaian untuk kanak-kanak berkaitan. Berhati-hati supaya rawatan baru tidak digunakan kecuali dipastikan kesesuaian untuk individu terlibat. Berhati-hati kerana pendebatan berkaitan pelbagai teknik akan akhirnya mendorong kepada persoalan siapa yg salah dan betul, dan sama ada beretika, atau siapa sebenarnya pejuang kanakkanak ini.

7.

Diagnosis: menentukan jenis penyakit dan tanda-tanda Prognosis: telahan atau ramalan (oleh doktor) bukan punca sesuatu penyakit Ciri-iri Program Perkhidmatan kanak-kanak Autisme

Program Projek Autisme Lovas Young

Kaedah

Ciri-ciri

Kekuatan Kejayaan 47% kes, perubahan dalam kefungsian adaptif dan peningkatan kecerdasan.

Kelemahan Tidak terdapat kajian replikasi oleh penyelidik lain, tidak ada kumpulan kawalan dalam kajian. Tidak begitu efektif kepada pelajar visual.

(YAP) Lovas Young Autism Project TEACCH

Latihan Percubaan Terapi intensif Berasingan/Khusus sekurang-kurangnya (Discrete trial 40 jam seminggu. training) dengan Memerlukan dua tahun pujian verbal dan latihan terapi Lovaas. hukuman fizikal di Melibatkan ibubapa luar jangkaan. dalam program Ibubapa sebagai ahli pemulihan terapi.

Penggunaan (Treatment and pengajaran Education of Autistic berstruktur dan and Related latihan ibubapa Communication Handicapped Children)

Menyesuaikan 7% kejayaan di persekitaran peringkat institusi mengikut kekurangan. berbanding 39%Hubungan terus 74% kejayaan antara penaksiran dan melalui kolaborasi intervensi. Bersedia dengan intervensi menghadapi di rumah. kekurangan/kelemahan dan perbezaan individu. Kolaborasi di antara ahli profesional dan ibubapa. Inklusif: disertai rakan Penggunaan sebaya pengsealiran intervensi dlm kumpulan perantaraan rakan program. Pembelajaran sebaya. Hubungan kumpulan individu. Kerjasama antara Latihan kepada sekolah-rumah. ibubapa. Program Terdapat penulisan transisi. yang menyokong Latihan Percubaan Peningkatan Khusus (Discrete Trial kefungsian Training) intervensi intelektual dalam kelas atau di rumah. Inklusif

Penyelidikan bertarikh (1982). Tidak menggunakan kumpulan kawalan dalam kajian. Penyelidikan tidak mengaitkan isu semasa di sekolah dan integrasi komuniti.

LEAP

Pengurusan tingkahlaku, latihan ibubapa, dan intervensi perantaraan rakan sebaya.

Tiada penyelidikan yang menyokong kejayaan program

Pusat Perkembangan Douglas (Douglas Developmental Center )

Analisis Tingkah laku Gunaan

Penyelidikan terhad. Tidak menggunakan kumpulan kawalan.

perkembangan rakan sebaya dalam program Institut Perkembangan Kanak-kanak Princeton (Princeton Child Development Institute) Gargiulo, R. M. (200). Special education in contemporary society, (2nd. Ed.). p.544 Dewasan Autisme Adults with autism Kebanyakan individu autisme to uapaya sama hidup atau bekerjasa secara berdikari apabial dewasa. Walaupun, gejala berkurang apabila meningkat umur, tetapi di peringkat dewasa mereka masih mempamerkan tingkah laku berbeza, hubungan sosial dan perasaan yang masih tidak stabil, serta minat dan penyertaan aktiviti yang terhad (Nordin & Gilberg, 1998). Hanya satu pertiga dewasa autisme yang dapat mencapai sebahagian kebolehan berdikari (American Psychiatric Association, 2000). Kepada yang tidak boleh berdikari disarankan program penempatan berasrama, kediaman berkumpulan, atau penempatan kediaman berpenyeliaan. Pada peringkat dewasa, kebanyakannya keluarga tidak berupaya mengawal mereka, terutama yang masih agresif dan mencederakan diri sendiri. Penempatan di luar rumah merupakan keputusan yang amat pahit bagi sesetengah keluarga. Apa lagi mereka bimbang apabila keluarga tiada kelihatan, untuk menjaga mereka. Kehidupan Penyeliaan Berkumpulan dan tempat kediaman Terdapat individu dewasa autisme yang boleh berdikari dan tinggal di tempat kediaman dengan bantuan penyeliaan. Perkhidmatan yang diberikan seperti pengurusan kewangan pengurusan perubatan pengangkutan membantu interaksi dlm komuniti Kediaman dgn Penyeliaan ini kebiasaannya terletak di kawasan perumahan. Rumah perlindungan ini dibantu oleh ahli profesional dan menyediakan kemudahan mengikut keperluan individu. Bantuan yang diberi Bantuan Siang: a. Perlindungan tempat kerja Analisis Tingkah Laku Gunaan (Applied Behavior Analysis) Modifikasi tingkah Hasil positif 6 laku, latihan di rumah, daripada 9 kanakdan menggunakan kanak strategi visual Penyelidikan terhad. Tidak menggunakan kumpulan kawalan dalam kajian.

b. Bantuan kerjaya c. Program latihan harian Bantuan petang/malam: a. b. c. d. penjagaan diri

mengemas rumah penyediaan makanan melaksanakan program pengurusan tingkah laku

Tempat Keidaman Bantuan Penyeliaan: Keutamaan kediaman ini membolehkan ahli tinggal dalam kumpulan yang lebih kecil secara berdikari tapi masih memerlukan sebahagian bantuan penyeliaan . Staf sekali sekala memantau dan memberikan bantuan mengikut keperluan dan persetujuan. Bantuan yang diberi boleh merangkumi: a. Bantuan rumah membantu pengurusan kediaman. b. Pengurus Kes membantu menentukan dan menyelaras pelbagai perkhidmatan c. Bantuan kewangan membantu kos tambahan seperti kos perubatan d. Peralatan suaian, kaunseling, atau pengubahsuaian kediaman Keluarga Angkat Foster Care Jika keluarga sendiri tidak lagi mampu menampung tuntutan, bolehlah menggantikannya dengan memilih keluarga angkat yang bersedia membantu. Keluarga baru ini mungkin mempunyai atau tidak, kemahiran menjaga dewasa autisme. Tetapi keluarga baru ini perlulah bersetuju menjaga individu berkenaan dengan bantuan kewangan daripada kerajaan/keluarga asal. Perkhidmatan Kediaman Residential Services Perkhidmatan kediaman bagi dewasa autisme berbeza saiz, tempat, dan sumber kewangannya. Tetapi ada ibubapa yang bersetuju dan ada yang membantah, bentuk institusi yang dibiyai kerajaan atau pertubuhan untuk melindungi individu autisme dewasa Pemilihan penempatan yang sesuai bergantung kepada keperluan staff kemudahan program khusus spt terapi cara kerja, perkhidmatan pertuturan dan bahasa, perkhidmatan rekreasi dan riadah peluang mendapatkan khidmat psikologikal, psikiatrik, perubatan

Pilihan Kerjaya Employment Options Dua pilihan utama kerjaya untuk individu autisme yang tidak berupaya berdikari iaitu a. Pusat Latihan Terselindung : Memperuntukkan pegawai penyeliaan, tempat yang berstruktur menyediakan latihan kemahiran tertentu. Kebiasaannya melaksanakan satu kontrak kerja tertentu dengan sesuatu syarikat untuk menghasilkan atau memasang komponen. Kelebihan Pusat Latihan Terselindung ialah peluang berinteraksi dan perkembangan sosial dan kos penyeliaan yang rendah, tetapi kelemahannya ahli diberi upah yang terlalu rendah (Autism Society of America, 1999). b. Bantuan Pekerjaan: Pembimbingan (Coach) pekerjaan diperlukan untuk terus membimbing individu autisme di tempat kerja, sama ada sepenuh masa atau sekali sekala. Kemudahan staf dan peruntukan kewangan menentukan sama jangka masa perkhidmatan dan nisbah pembimbing dengan jumlah individu autisme. Pembimbing tersebut boleh memberikan khidmat bantuan pengangkutan, latihan, sokongan, mengekalkan kerjaya dan menjadi perantaraan di antara majikan dan keluarga. Bantuan sokongan jangka panjang secara berterusan memberi kesan positif sehingga 89% kejayaan (Laporan TEACCH, Keel, Mesibov & Woods, 1997). Isu Keluarga Family Issues

Keluarga individu dengan autisme mengalami isu ini sepanjang hayat, tetapi mereka tetap terus menjaga anak mereka. Dari awal lagi mereka mendapat kesan perbezaan terhadap anak mereka berbanding rakan sebaya. Kebiasaannya ibubapa akan dimaklumkan yang anak mereka dapat mengatasi masalah ini. Kekeliruan, kehampaan, dan marah adalah sebahagian rempah ratus kehidupan yang dihadapi ibubapa dan keluarga. Diagnosis ialah langkah pertama keluarga berusaha mengatasi ketidakupayaan anak mereka. Dengan cara ini dapat meringankan bebanan keluarga kerana mengetahui masalah yang wujud ini bukanlah berpunca dari kesalahan mereka dan mereka lebih memahami kekurangan yang dihadapi anak mereka serta dapat merujuk ahli profesional yang boleh membantu. Walaupun begitu terdapat ibubapa menghadapi kekeliruan kerana nasihat yang pelbagai dari ahli profesional dan program yang menjanjikan kejayaan. Ini ekoran dari diagnosis, dan usaha ibubapa untuk menentukan tempat, intervensi, dan terapi yang bersesuaian dan efektif untuk anak mereka. Intervensi dan pemulihan melibatkan kos yang tinggi, masa, tekanan, dan harapan yang belum tahu kesudahannya. Kajian Homes & Carr (1991) mendapati tekanan yang lebih di kalangan ibu kerana mereka lebih banyak membantu anak mereka berbanding bapa. Ada ibubapa yang menghadapi lebih banyak kesukaran terutama apabila umur anak mereka meningkat dan yang mempunyai masalah tingkah laku Maklumat mengenai autisme perlu difahami oleh seluruh keluarga kerana ibubapa memerlukan bantuan dan sokongan anak-anak lain yang berkeupayaan. Terdapat ibubapa yang memerlukan bantuan secara

berterusan. Anak-anak lain perlu memahami keadaan ini. Anak-anak lain juga perlulah diberikan peluang untuk melahirkan perasaan dan pendapat mereka melalui kumpulan tertentu atau secara terbuka bersama keluarga. Pelbagai Isu Issues of diversity Mengikut Autism Society of America (1999), autisme tidak mengenal bangsa, ethnik, atau sempadan sosial. Autisme berlaku di seluruh pelusuk dunia, pada semua bangsa, masyarakat, dan pelbagai bentuk keluarga. Seperti yang dinyatakan terdahulu, tiada ciri-ciri sosial atau psikologikal ibubapa atau keluarga dibuktikan ada kaitan dengan autisme. Teknologi dan Individu Autisme Technology and persons with autism Penggunaan teknologi rendah atau tinggi digunakan untuk memberikan faedah pendidikan khas terutamanya membantu dan meningkatkan keupayaan komunikasi. Tetapi kurang difahami sejauh mana teknologi bantuan ini boleh membantu individu dengan autisme. Malah tidak diketahui berapa ramaikah individu dgn autisme yang menggunakan alat teknologi bantuan. Kajian yang pernah dilakukan kebanyakan menumpukan kepada alat bantuan pertuturan (Voice Output Communication Aids - VOCAs). output suara.

Alatan Berteknologi Tinggi Penggunaan komputer mengajar komunikasi (Heimann, Nelson, Tjus, & Gillberg, 1993). Peningkatan kosa kata dan perkataan tetapi selepas tiga bulan lupa sebahagiannya VOCA boleh diprogram untuk menghasilkan pertuturan. Boleh menggerakkan jawapan mudah ya/tidak atau ayat kompleks. Ditambahkan dengan gambar memudahkan murid membuat pilihan. Tetapi apabila memerlukan perubahan isi pelajaran menimbulkan kesukaran kepada pengguna yang kurang mahir komputer. Alatan ini kurang dibentangkan dalam penulisan (Blishak & Schlosser, 200).

Alatan Berteknologi Rendah Strategi visual dianggap sebagai berteknologi rendah melibatkan penggunaan gambar, dan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Bondy & Frost (1998) telah memperkenalkan Picture Exchange Communication System - PECS) Kebaikan gambar dapat mengurangkan kesukaran pertuturan dan menumpukan kepada keupayaan visual PECS telah digunakan dalam perbagai keadaan autisme untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, memperbaikki interaksi sosial dan mengurangkan masalah tingkah laku (CharlopChristy; Carpenter, Le, LeBlanc, & Kellet, 2002).

Bahasa isyarat juga dipadankan dengan penggunaan gambar meningkatkan peluang dan menggalakkan kanak-kanak autisme berinteraksi. Seperti bahasa lisan berkembang, Individu dgn autisme mungkin lebih memahami tanda isyarat dan mungkin akan mencipta isyaratnya sendiri untuk berkomunikasi. Adalah lebih baik sekiranya ada pihak yang memahami isyarat berkenaan

menterjemahkannya apabila kanak-kanak cuba berinteraksi.

Penggunaan gambar dianggap lebih murah dan kurang bahaya jika dimakan. Saiznya pula tidak menghindarkan penggunaan disebabkan kecacatan motor. Gambar mudah digunakan tanpa bantuan orang lain. Hala Tuju, Persoalan, dan Perbalahan Trends, issues, and controversies Ibubapa dan individu autisme sering diperkenalkan pelbagai cara pemulihan yang menjajinkan "penawar" untuk anak mereka. Memandangkan autisme disebabkan pelbagai punca, ini bermakna memerlukan pelbagai cara pemulihan. Tetapi masih belum ada kajian yang boleh memadankan cara pemulihan dengan sesuatu masalah atau penyebab autisme. Kebiasaannya ahli keluarga terlibat lebih bergantung kepada laporan pendek rawatan berbanding menunggu kajian yang boleh membuktikan penambahbaikan. Asalkan tidak menjejaskan anak mereka, ahli keluarga tidak sanggup menunggu lama untuk mendapatkan jawapan kajian. Ramai ibubapa yang mencuba pendekatan baru dan kerap berhubung melalui internet. Berikut ialah sebahagian alamat internet berkaitan autisme: http://www.asha.org/ American Speech-Language Hearing Association

http://www.abainternational.org/ Applied Behavior Analysis http://www.patientcenters.com/autism http://www.autism-resourceses.com/ http://www.cdc.gov/ http://www.feat.org/ http://www.nas.edu/ http://www.nichd.nih.gov/ Autism Center Autism Resources Center for Disease Control and Prevention Families for Early Autism Treatment (FEAT) National Academy of Science National Institute of Child Health and Human Development OASIS (Information about Asperger Syndrome)

http://www.udel.edu/bkirby/Asperger/#education http://www.unc/depts/teacch Communication Handicapped Children)

TEACCH Program (Treatment and Education of Autistic and Related

Masalah

Ahli Profesional Terlibat

Dapatan

Masalah Ahli Terapi Cara Kesukaran persepsi sensori melibatkan pengurusan maklumat Persepsi Sensori Kerja membolehkan deria berkerjasama. Apabila persepsi sensori berfungsi secara automatik, efisyen, dan tepat kita dapat membentuk gambaran sebenar, di mana kita berada, apa yang berlaku di sekeliling kita. Sensory dan Perception Disorder Ahli Terapi Fizikal Terlalu sensitif pada sentuhan, atau tidak merasa sakit, masalah penglihatan, pendengaran, sentuhan, deria bau, dan rasa boleh terjejas. Warna mungkin dilihat terlalu kabur atau terang, dan cahaya atau bunyi mungkin menyakitkan.

Program persepsi dan sensori termasuk latihan interaksi sosial meningkatkan minat terhadap aktiviti baru dan bersedia dipegang atau dipeluk. Famarkologi Pharmacology Ahli Farmasi dan Tiada penawar yang boleh "mengubati" autisme. Pengamal Perubatan dan Ibubapa serta Pemberi Perkhidmatan Kesan samping berlaku tetapi sukar mendapatkan maklum balas daripada individu dgn autisme. Pemerhatian teliti amat penting sekiranya individu berkenaan mengambil ubatan untuk melihat kesan samping dan tindakan. Individu dgn autisme menghadapi kekurang vitamin merupakan hipotesis. Ahli Farmasi Bernard Rimland dikenali berjaya dengan memberikan vitamin B6 , bersama magnesium, vitamin C, dan DMG (dimerthylglycine) untuk meningkatkan tingkahlaku individu autisme (Rimland, 2000). Memberikan Kebanyakan ahli perubatan menyarankan penawar digunakan sebagai rawatan integrasi termasuk pendekatan tingkah laku (Scahill & Koenig, 1999); Thivierge, 1998). Penawar diguna untuk mengurangkan gejala agresif, serangan sawan, hiperaktif, obsesif, kompulsif, atau anxiety (Thivierge, 1998; Volkmar & Pauls, 2003).

Vitamin Vitamins

dos yang tinggi merupakan rawatan yang digemari ibubapa.

Vitamins dilaporkan berkesan meningkatkan keupayaan pertuturan, meningkatkan jangka masa tumpuan, dan menstabilkan mood (Autism Society of America, 1999).

Sebaliknya Findling et.al. (1998) mempertikaikan keberkesanan vitamin. Pelalian Vaccinations Doktor Perubatan Ada Ibubapa melaporkan pelalian MMR (measles, mumps, & rubella) menyebabkan autisme. Epidimologi

Tetapi tiada kajian membuktikannya (Bower, 1999; DeStefanso & Chen, 1999; Taylor et al., 1999)

Beberapa kajian epidimologi menunjukkan tiada kaitan di antara pelalian MMR dan autisme (Fombornne & hakrabarti, 2001)

Masalah

Ahli Profesional Terlibat

Dapatan Terdapat individu dgn autisme mempunyai ketahanan rendah terhadap alahan bahan seperti ragi (yiest -candida) dan bahan hasilan dari gluten (bahan lekit kanji)

Alahan Makanan Ahli Food Allergies Pharmakologi Ahli Dietrisyen

Walaupun tiada bukti saintifik menyokong idea pemakanan memberikan kesan mengurangkan atau menghapuskan gejala autisme (Autism Society of America, 1999), tetapi ada ahli profesional dan ibubapa mengesahkan keberkesanannya (Rimland, 2000).

Teorinya ialah candida boleh menghasilkan toxin yang menyebabkan gangguan jangka panjang terhadap sistem imun, dan juga boleh menyerang otak. Dalam kes yang teruk dianggarkan fungsi otak boleh diambilalih pengaruh cadidiasis mengakibatkan autism, terutamanya diikuti dengan terlalu banyak penggunaan antibiotik.

Ahli Pharmakologi diperlukan untuk membantu menangani "cadidiasis." Latihan Integrasi Auditori Auditory Integration Training (AIT) Ahli Auditori Therapi pertuturan dan bahasa Latihan Integrasi Auditori didapati dapat "mengubati" atau mengurangkan masalah individu dgn autisme yang terlalu sesitif kepada bunyi Bearard, 199; Stehli, 1991). Adalah didapati tingkah laku yang tidak sesuai berpunca dari hipersensitif kepada bunyi tertentu.

Dr Guy Berard mencipta AIT, iaitu mendengar muzik audiokinetron. Menapis frekuensi tertentu untuk mengelak bunyi yang kurang senang dan megurangkan tekanan terhadap tingkah laku (Rankovic, Rabinowitz & Lof, 1996).

Walaupun berita kejayaan tersebut, didapati American Speech-hearing -Language Association, 1994 dan The American Academy of Pediatrics, Committee on Children with Disabilities (1998) tidak pula menyokong dan mengesahkan rawatan tersebut sebagai berkesan. Pemudahcara Komunikasi Ahli Facilitate Communication Pertuturan Guru Khas Ahli Teknologi Bantuan Pemudahcara Komunikasi ialah teknik sokongan fasilitator terlatih membantu tangan, lengan, atau bahu individu bermasalah komunikasi menunjuk atau menekan kekunci alat komunikasi. Jika berjaya individu berkenaan dapat menekan kekunci sendiri untuk berkomunikasi (Autisms Society of America, 1999).

Pada mulanya diperkenalkan di Australia, menaip perkataan untuk komunikasi dgn mudah dan dilaksanakan di Amerika pada 1989 oleh Douglas Biklen, Director of special Education at Syracuse University.

Tetapi tiada bukti kukuh kaedah ini boleh berjaya atau dijadikan diagnostik atau rawatan. Sekretin Secretin Ahli Pemakanan Hormon Sekretin, bertindak terhadap pankreas membantu penghazaman. Selepas Victoria Beck (1997) memberikan anaknya makanan hormon berjaya mengurangkan masalah autisme pada anak lelakinya. Ibubapa Doktor perubatan Ahli Farmasi Beberapa keluarga telah mencuba sekretin dan berjaya (Horvath et al., 1998) tetapi tidak pula berbezanya apabila plasebo digunakan (Chez et al., 2000)

Masalah Muzik Music

Ahli Profesional Terlibat Ahli muzik Ahli psikologi Guru Khas

Dapatan Hanya sedikit kajian mengenai terapi muzik kepada individu autisme.

Teorinya terapi muzik diguna dlm keadaan berstruktur disertakan dlm pengajaran kognitif, motor, dan kemahiran hidup harian adalah pendekatan yang berkesan bagi individu autisme tertentu.

Schumacher (1998) menjelaskan dialog muzikal mendorong individu yang sukar bertutur keluar dari kesukaran komunikasinya dan sebagai saluran melahirkan perasaannya. Rawatan Visual Visual Treatment Kesukaran penglihatan: sukar berpandangan mata, kurang menumpukan perhatian , hipo atau hipersensitif terhadap cahaya atau warna. Optometris Bantuan masalah penglihatan oleh ahli optometris boleh membantu individu yang menghadapi masalah kelemahan visual-persepsi (Kaplan, Eddelson, & Seip, 1998).

Rawatan menggunakan warna tertentu atau kanta prisme atau latihan visual. Mesen Pelukan Ahli terapi Grandin Ahli psikologi Grandin's Hug Machine Ahli Teknologi Suaian. Kajian awal, Edelson, Edelson, Kerr, & Grandin , (1999) mendapati mesen tersebut mengurangkan tekanan autisme di kalangun kanak-kanak yang mudah gairah dan menghadapi perasaan kebimbangan yang tinggi. RUMUSAN 1. Mendifinisikan Autisme: Proses Evolusi (Perubahan berterusan) Salah satu gejala umum autisme ialah mudah ghairah atau kebimbangan. Grandin (1999) mencipta mesen memeluk yang memberikan tekanan dagapan seperti disukai individu autisme.

Bidang autisme dan Masalah Perkembangan Pervasif masih baru, deskripsi klinikal pertama autisme lahir di dalam penulisan sekitar 1943. Autisme diasingkan sebagai kategori klinikal pada tahun 1977.

2. Pengelasan Individu dgn Autisme Terkinini ialah DSM IV-TR, mengambil autisme sebagai salah satu daripada lima kategori Masalah

Perkembangan Pervasif. Individu dengan Masalah Asperger dikenal pasti oleh profesional sebagai berlainan daripada autisme berkefungsian tinggi IDEA didiagnosis sebagai kategori berasingan pada 1990. Definisi autisme dlm IDEA sama seperti dijelaskan DSM-IV-TR 3. Jumlah Terlibat (Prevalence) Autisme Mengikut kerajaan Amerika lebih 94000 murid bermur 3-21 dikenalpasi sebagai autistik pada tahun 2000-2001 Kadar prevalen ini ketara perbezaannya.

1.

Etiologi Autisme

Punca-sebab Penyebab autisme tidak diketahui, dan juga tidak diketahui dengan tepat bagaimana menghalangkannya. Penyelidikan terkini cuba mengesan tanda biologikal, secara umumnya, dianggap sebagai sebarang kecederaan sistem neurologikal. Juga termasuk infeksi penyakit, kecederaan semasa mengandung, dan perbezaan/kecederaan struktur otak.

1.

Ciri-ciri Individu dgn Autisme Tiga ciri-ciri utama mendefinisikan autisme

a. b. c.

defisit interaksi sosial defisit komunikasi minat beruang-ulang atau terhad pada umur 3 tahun. Gejala tambahan kerap dilaporkan terhadap individu dgn autisme a. masalah tumpuan dan perhatian b. tahap aktiviti c. mencederakan diri d. tingkahlaku agresif e. berbeza cara makan f. tida nyenyak tidur g. mood dan minat yang luar biasa h. kecacatan/kerosakan sensori

1.

Penaksiran Autisme

Ahli klinikal yang berpengalaman akan menilai simtom/gejala autistik dengan menggunakan pelbagai skala dan inventori pemerhatian diagnostik. Penaksiran kefungsian individu dgn autisme membantu mengenalpasti kemahiran yg ada. Bukan anih bagi individu tertentu mempunyai sesuatu kemahiran yang luar biasa walaupun mempunyai masalah autisme

dan perkembangan kognitif yang tidak seimbang. 7. Pertimbangan Pendidikan Hampir setengah murid dgn autisme belajar di bilik khas. Pembelajaran berstruktur didapati berkesan untuk murid-murid ini. Strategi modifikasi tingkah laku sering digunakan untuk mencapai strategi tersebut. 8. Perkhidmatan Untuk Kanak-kanak dgn Autism Intervensi awal pendidikan memberikan kesan positif kepada kanak-kanak dgn autisme. Fokus utama kebanyakan program intervensi awal ialah mengatasi masalah defisit komunikasi. Aktiviti Pembelajaran 1. Perhatikan seorang murid dgn autisme dalam bilik darjah khas dan inklusif, kemudian bandingkan kelebihan dan kelemahan di kedua-dua persekitaran tersebut. 2. Apakah intervensi pendidikan yang dapat anda lihat? 3. Apakah persekitaran pendidikan yang anda fikir sesuai untuk anak anda? 4. Sekiranya anda terlibat memberikan bantuan kepada keluarga mempunyai anak dgn autisme, apakah bentuk bantuan yang boleh anda berikan kepada keluarga terlibat? Organisasi Autisme Autism Researah Institute http://www.autismresearch.com/ Autism Society of America http://www.autism.society.org/ Center for the Study of Autism http://www.autism.org/ Cure Autism Now Foundation CAN http://www.canfoundation.org/ Indiana Resource Center for Autism IRCA http://www.iidc.indiana.edu/-irca/Welcomex.html National Autism Society of Malaysia (NASOM) Kuala Lumpur

enabled to view it

nasom@streamyx.com This email address is being protected from spam bots, you need Javascript

Wadsworth website http://education.wadsworth.com/garguilo2/ http://www.wadsworth.com/ _______________________________________________________________________

Gargiulo, Richard M. (2006). Special education in contemporary society: An introduction to exceptionality , (2nd. Ed.). Belmont, CA.: Thomson. _______________________________________________________________________ Introduction To Autism A. What is Autism? Autism is a developmental disability that affects the normal functioning of the brain. Autism is present from birth and has an affect on how an individual learns. It is usually diagnosed by 3 years of age and continues through adulthood. It was Leo Kanner (1943), a psychiatrist, who first introduced the word autism which applied to a group of youngsters who shared common characteristics representing a unique and specific condition different from any other childhood conditions.

B. Causation Till today the question of causation remains unclear with research focused in three areas namely: Psychology - relating to an individual's cognition, perception and understanding. Neurology - relating to the dysfunction of particular structures of the brain and the neurochemicals which transmit information within the brain. Genetics - relating to the inherent characteristics which make up an individual. It is generally accepted that genetic factors play a major role in the aetiology of autism.

C. Diagnosis The diagnostic basis of Kanner's autism (also known as classic autism') which was regarded as a starting point, was condensed into two fundamental features :

o o

A profound lack of affective contact repetitive,ritualistic behaviour, which must be of an elaborate kind.

Mildred Creek (1964) defined nine key features sustained impairment of interpersonal relationships unawareness of personal identity pre-occupation with particular objects striving to maintain sameness acute anxiety produced by change abnormal perceptual experience (hearing and vision) failure to develop speech beyond a limited level distortion of movement some learning difficulty, but some islets of particular skills or abilities or knowledge.

D. Prevalence Recent studies have suggested that early estimates of the prevalence of autism were conservative. Research from the 1990's to the present day shows significant annual rise in the prevalence of autism with as many as 60 people per 10,000 reported by some researchers ( Wing and Porter 2002). The reason for this marked increase may be attributed to the following factors: Changes in diagnostic criteria A wider spectrum of autistic disorders Increased awareness Possible environmental causes

E. Models of Autism 1. The Triad of Impairments ( Wing , 1996 ) A. Impairment in Social Communication B. Impairment in Social Interaction C. Impairment in Imagination 2. Mind Blindness ( Baron - Cohen 1990 ) People with autism lack a theory of mind' - the ability to appreciate the mental states of oneself and other people 3. Executive Function Mechanism which enables us to move our attention from one activity or object to another flexibly and easily. The absence of such a mechanism could cause - meaningless activity

- inability to execute goal-generated behaviour 4. Central Coherence Theory Natural impulse to place information into context in order to give it meaning. Individuals with autism tend to focus on details rather than on the whole. Lack of central coherence can be noted in: - the narrowed interests of individuals with autism - the ways in which they are unable to generalize skills. - The way in which they display areas of relative strengths. F. The Impact of Autism on Learning Autism can be seen as having three areas of impact on an individual's learning. The affect of the condition itself - communication difficulties, social impairment, inflexible thinking. The behaviour which occurs as a result of the condition.- fear, flight, fight. The attitudes which form as a consequence of the individual's behaviour.- parents, peers, professionals.

G. Conclusion Children with autism are a uniquely challenging group. They display a number of traits which deviate significantly from expected learning pathways. They often find forming relationships a problem and can remain distant and disinterested in the adults around them. Therefore to work with these children requires a person who is skillful, emphatic and determined - a person who can make a difference for the child with autism; a unique practitioner for a unique child.

REFERENCES Hanbury,M. ( 2005 ). Educating Pupils with Autistic Spectrum Disorders. Chapman Pub : London ..... Educating Children about Autism in an Inclusive Classroom . www.gov.pe.ca

PHP Fatal error: Maximum execution time of 30 seconds exceeded in e:\domains\teleautism.net\wwwroot\includes\mambo.php on line 2818

You might also like