You are on page 1of 32

PENDAHULUAN

Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak Perkembangan Menurut Kamus Dewan Edisi Baru(1993), perkembangan memberi erti perihal( proses dsb) berkembang menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas dsb, pertumbuhan ataupun kemajuan. Dalam Dictionary of Psychology (1972), dijelaskan bahawa perkembangan adalah tahap-tahap perubahan yang progresif yang terjadi dalam kehidupan manusia dan organisme lainnya, tanpa membezakan aspek-aspek yang terdapat dalam diri seseorang tersebut. . Selanjutnya dinyatakan bahawa perkembangan merupakan perubahan-perubahan yang dialami individu atau organisme menuju ke tingkat kedewasaannya atau kematangannya (maturation) berlangsung secara sistematik, progresif, dan berkesinambungan baik pada aspek jasmaniah mahupun rohaniah. Perkembangan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses di mana individu mencapai kematangan seperti kemampuan menyebut perkataan mengikut peringkat umur. Perkembangan kanakkanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Pertumbuhan dan perkembangan manusia mempunyai persamaan dan perbezaan di antara satu sama lain. Perkembangan manusia juga bersifat kompleks kerana ianya terhasil daripada proses biologi, kognitif dan sosio-emosi manusia. Setiap manusia melalui proses kelahiran, tumbesaran dan kematian. Namun dalam proses tersebut, setiap individu melalui pengalaman yang berbeza dan akhirnya menjadikan setiap individu adalah unik.Sesetengah pihak menggunakan perkataan pertumbuhan untuk menerangkan konsep perkembangan. Ini juga dapat dilihat sendiri jika dicarikan ertinya didalam Kamus Dewan Edisi Baru(1993) yang bermaksud perihal tumbuh atau perkembangan. Realitinya, makna kedua-dua perkataan ini adalah berbeza namun tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya adalah saling berkait antara satu sama lain.

Pertumbuhan Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sesuatu yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain seperti tinggi,perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh. Pertumbuhan bererti perubahan kuantitatif yang berkaitan dengan jumlah, besar dan luas yang bersifat konkrit. Woolfolk dan Margetts (2007) mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan pada saiz dan kematangan. Ciri-ciri pertumbuhan Terdapat banyak ciri-ciri yang dapat dilihat untuk mengetahui pertumbuhan seseorang. Antaranya adalah dari segi : 1. ketinggian seseorang individu dimana setiap individu mempunyai ketinggian dan kadar ketinggian yang berbeza. 2. Selain itu, saiz dan struktur badan yang lain juga mengalami pertumbuhan seperti ukur lilit pinggang, saiz kepala, dan juga dada yang kelihatan lebih besar dari yang sebelumnya. 3. Berat seseorang individu yang semakin bertambah juga menunjukkan bahawa seseorang itu sedang mengalami pertumbuhan. 4. Selain itu, saiz otak dan organ dalaman juga betambah. Pertumbahan ini memberi keupayaan yang lebih untuk menaakul dan mengingat. 5. Oleh itu, pertumbuhan ini melibatkan aspek kognitif dan fizikal. 6. Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibubapa dan juga tidak dapat dinafikan dipengaruhi oleh faktor persekitaran individu tersebut.

Perkembangan Perkembangan bermaksud perubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses di mana individu mencapai kematangan seperti kemampuan menyebut perkataan mengikut peringkat umur. Ini bermaksud satu perubahan yang bersifat abstrak di mana satu perubahan yang tidak boleh diukur secara fizikalnya, namun masih boleh dilihat corak perubahannya.

Ciri-ciri perkembangan Setiap proses perkembangan yang berlaku pasti akan menunjukkan perubahan yang dapat dilihat ataupun dirasai secara jelas atau sebaliknya. Terdapat cirri-ciri berlakunya perkembangan : perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan-perubahannya adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral. Di mana perubahan ini akan jelas kelihatan melalui perwatakan seseorang dari segi sahsiah dan juga keperibadian dalam pergaulan antara keluarga, adik-beradik, rakan sebaya dan juga dengan orang-orang sekeliling. Kematangan dari segi pemikiran dan pembelajaran juga akan dapat menentukan bahawa seseorang itu sedang mengalami proses perkembangan. Setiap individu mempunyai tempoh kematangan yang berbeza-beza. Tempoh kematangan ini menunjukkan kelangsungan perkembangan secara tetap setiap individu dari peringkat bayi sehingga dewasa. Namun begitu, tahap-tahap perkembangan setiap individu melalui satu pola umum yang sama kerana semuanya mempunyai fungsi-fungsi yang sama untuk bertumbuh. Perubahan ini adalah stabil dan berlaku secara teratur serta progresif dalam arah yang tertentu. Secara umumnya, individu yang berada dalam umur yang sama mempunyai minat dan pemikiran yang hampir sama. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan dipengaruhi oleh genetik atau baka dan juga faktor daripada persekitaran.
3

Prinsip asas perkembangan Proses perkembangan berlaku mengikut aturan-aturan tertentu. Mempunyai satu pola perkembangan yang sama tetapi berbeza dari segi masa mengikut kemampuan seseorang individu. Selain itu, perkembangan dan pertumbuhan adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan. Bermula sejak lahir sehinggalah ke akhir hayat. Ianya sentiasa berlaku untuk mencapai kemahiran-kemahiran yang baru ataupun memperbaiki kemahiran yang sedia ada. Proses ini juga beransur daripada sederhana kepada yang lebih kompleks, daripada umum kepada yang lebih spesifik. Sebagai contohnya, seseorang bayi yang hendak belajar bercakap. Pada mulanya hanya mampu menangis dan mengboo dan seterusnya perkataan pertama dan akan berkembang kepada perkataan baru. Seterusnya bayi itu dapat menghasilkan ayat-ayat mudah. Pada peringkat yang lebih kompleks, bayi tadi terus belajar sehingga dapat bertutur dalam bahasa yang berbeza. Perkembangan dipengaruhi oleh proses dan hasil belajar. Bermakna, seseorang akan mempunyai pengalaman, pengetahuan, keterampilan dan sikap yang akan menentukan tahap kedewasaan seseorang. Kedewasaan atau kematangan ini pula sangat dipengaruhi oleh faktor genetik pada awalnya. Jadi, faktor genetik memainkan peranan yang penting pada awal peringkat perkembangan.

KAJIAN LITERATUR
Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak Perkembangan fizikal Perkembangan fizikal merupakan perubahan saiz fizikal kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk&Margetts,2007). Ianya melibatkan perubahan dari segi ketinggian, bentuk badan, berat badan, perwatakan, dan juga perkembangan otak kanak-kanak. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Fizikal o Genetik atau baka Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. o Kesihatan Kesihatan juga memainkan peranan yang penting. Kanak-kanak yang mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna dapat membesar dengan sempurna manakala kanak-kanak yang terabai akan terbantut tumbesarannya. Pemakanan dan pengambilan gizi yang seimbang juga dapat menjamin perkembangan fizikal yang positif. Kesan dari pengambilan gizi yang tidak seimbang, pelbagai penyakit akan dihidapi dan akan mengganggu proses perkmbangan fizikal kanak-kanak tersebut.
5

o Kesihatan ibu yang hamil Penjagaan bayi semasa dalam kandungan juga sangat penting. Ibu yang mengandung hendaklah menjauhi tabiat merokok, minuman keras dan juga dadah. Bahan kimia yang berbahaya akan menjejaskan tumbesaran kandungan dan member kesan kepada otak bayi. Ini akan menjejaskan tumbesaran bayi apabila lahir kelak. Penjagaan yang sempurna dan pengambilan makanan yang sesuai oleh ibu yang hamil adalah sangat penting. Makanan yang berkhasiat dapat menjamin kesempurnaan janin dan perkembangan fizikal bayi yang positif.

Perkembangan Kognitif Merupakan satu proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual.Perkembangan ini membolehkan kanak-kanak ber kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami dan menganalisa bagi membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya.Ianya adalah salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Menurut psikologi kognitif, manusia (organisme) memiliki cara tersendiri untuk membuat kemajuan intelektual.

Teori Perkembangan Kognitif Piaget Piaget merupakan seorang ahli psikologi dan pendidik yang terkenal di seluruh dunia pada abad ini. Beliau dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Dalam kajian yang dilakukan Piaget, kebanyakannya tertumpu ke arah perkembangan intelek. Teori ini melihat bagaimana manusia dari peringkat bayi sehingga dewasa mampu bertutur, menyelesaikan masalah dan menjadi cerdas dalam pemikiran mereka. Dalam hal ini Piaget cuba menerangkan bagaimana manusia mampu membentuk dan mengembangkan kebolehan mereka, menyimpan pengalaman-pengalaman lalu di dalam fikiran dan seterusnya juga mampu menyelesaikan masalah yang semakin hari bertambah kompleks untuk difikirkan. Terdapat lima konsep yang asas iaitu skema,
6

adaptasi, keseimbangan, asimulasi, dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu. Skema Skema merupakan struktur mental di mana individu menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Struktur mental berubah dan boleh disesuaikan semasa berlakunya perkembangan mental dan pembelajaran. Ianya digunakan untuk mengenal pasti, memproses dan menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana individu mengelas dan menyimpan maklumat spesifik serta pengalaman.

Adaptasi Dan Keseimbangan Adaptasi dan keseimbangan saling berkait rapat dan menjadikan skema sebagai asas bagi tindakannya.Menurut teori piaget, adaptasi merupakan proses perubahan skema selaras dengan keperluan situasi. Proses perubahan tingkah laku individu untuk mengadaptasikan diri dengan alam sekitar adalah sebenarnya suatu pembelajaran.Keseimbangan pula ditakrif Jean Piaget sebagai kuasa penggerak dalaman atau motivasi pembelajaran. Ini bermakna motivasi oleh seseorang individu untuk mengubah diri sendiri dengan inisiatif sendiri.

Asimilasi Dan Akomodasi Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seorang pelajar mengintegerasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia ada. Semasa pembelajaran, proses asimilasi berlaku hasil daripada interaksi pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan bertambahnya pengalaman baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu, proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru dengan bantuan skema yang ada. Akomodasi merupakan proses untuk meminda atau menambah skema yang ada atau
7

menghasilkan skema baru. Skema berubah hasil daripada pengalaman dan kerana itu bidang skema pelajar dewasa lebih luas daripada kanak-kanak. Seorang pelajar akan cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada apabila bertemu dengan konsep atau pengalaman baru. Jika proses asimilasi ini tidak secocok, dua kemungkinan boleh dilakukan.

Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kognitif Menurut Piaget Menurut Piaget (dalam Ratna W. Dahar, 1989: 157-158; Moh. Amien, 1987: 46; Woolfolk & Nicolich, 1980: 50-51), beliau menggariskan lima faktor yang mempengaruhi proses perkembangan individu iaitu: Kematangan Berkaitan dengan proses pertumbuhan tubuh, sel-sel otak dan sistem saraf. Hal ini ditunjukkan oleh hasil beberapa penelitian yang membuktikan bahawa terdapat perbezaan usia kanak-kanak pada tahap perkembangan yang sama pada satu masyarakat dengan masyarakat lain yang berbeza. Pengalaman fizikal pengalaman yang melibatkan seseorang beinteraksi dengan objek-objek di sekeliling mereka. Pengalaman logika matematik merupakan pengalaman yang terhasil daripada proses membuat abstraksi daripada pengalaman fizikal.

Transmisi sosial Merupakan proses interaksi sosial yang menerapakan unsur-unsur budaya, adat, cara hidup dalam pergaulan mereka.
8

Ekuilibrasi Merupakan kemampuan untuk mencapai kembali keseimbangan setelah melalui satu keadaan yang kurang selesa atau masalah.

Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky Lev Vygotsky merupakan ahli psikologi Russia yang asalnya mendalami ilmu perubatan tetapi akhirnya mempelajari bidang undang-undang dan kesusasteraan.Beliau menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan kanak-kanak. Kebanyakan daripada kemahiran kognitif terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan dan orang dewasa.Perkembangan kognitif kanakkanak terhad disebabkan sistem biologi yang belum matang.

Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kognitif Menurut Lev Vygotsky

Terdapat dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak menurut Lev Vygotsky iaitu; interaksi sosial kemahiran berbahasa Menurut vygotsky lagi, perkembangan kognitif berlaku dalam dua peringkat : peringkat sosial o maklumat yang diperolehi hasil daripada interaksi antara dua individu seperti ibu bapa, rakan-rakan, dan jiran. peringkat individu o kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.
9

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Latar Belakang Sampel Sampel yang telah digunakan semasa menjalankan ujian ini ialah pelajar tahun satu hingga tahun enam. Sampel dua lelaki dan dua perempuan diambil dari setiap darjah. Kebanyakan pelajar berasal dari keluarga yang berpendapatan sederhana dan tidak mempunyai masalah keluarga di rumah. Pendapatan keluarga adalah sederhana kerana kawasan sekolah merupakan kawasan Bandar dan keaadan kawasan tempat tinggal pelajar adalah berhampiran dengan bandar. Namun begitu terdapat juga pelajar yang boleh dikategorikan sebagai golongan berpendapatan rendah.

Pemilihan Sampel Pada peringkat permulaan untuk memilih sampel, pengkaji telah dibantu oleh Ketua Panitia Sains, Puan Siti Zaiton dari S.K.Perwira untuk penggunaan makmal sains sekolah itu. Selain itu, alat-alat seperti pita ukur , penimbang berat dan alat pengukur tinggi yang berada di makmal sains dipinjam dari Puan Hani dari S.K.Sultan Idris 2. Beliau memberikan kebenaran untuk menggunakan makmal sains untuk melakukan kajian. Pengkaji bergerak ke setiap kelas untuk memilih sampel dan sampel di ambil secara rawak dan diminta untuk ke makmal sains untuk menjalankan kajian. Ukuran di ambil dan data dicatat dan ia dijalankan secara berkumpulan dan sistematik

Instrumen Yang Digunakan Dalam menjalankan uji kaji ini, alat yang digunakan dalam pekembangan fizikal adalah pita ukur, penimbang berat dan alat pengukur tinggi. Manakala dalam perkembangan kognitif pula menggunakan duit syiling, silinder penyukat, bikar, plastisin dan penimbang berat

10

Arahan

Perkembangan Fizikal Para pengkaji membahagikan tugas secara adil dan saksama. Pengkaji yang merupakan, guru-guru pelatih terdiri dari dua pasukan dimana satu pasukan terdiri dari tiga orang.Pasukan saya di Sekolah Kebangsaan Perwira mengambil data untuk pelajar tahap satu, manakala satu lagi pasukan di Sekolah Sultan Idris 2 mengambil data untuk tahap dua. Sampel yang telah dipilih akan diminta memasuki makmal sains dan maklumat peribadinya akan diambil terlebih dahulu. Terdapat tiga hentian dibuka iaitu hentian untuk mengukur berat badan, hentian untuk mengukur tinggi, dan hentian untuk ukuran badan. Pengkaji akan menjaga setiap hentian dan data diambil. Akhir sekali, data dikumpulkan untuk dianalisa. Perkembangan Kognitif Dalam ujian melaksanakan Piagets Conservation Task terhadap sampel responden ini, pengkaji telah menggunakan sampel pelajar tahap satu yang sama dalam yang digunakan dalam melaksanakan ujian fizikal. Mereka yang berada di dalam makmal sains akan menjadi sampel yang sama untuk melaksanakan ujian ini. Seperti di dalam ujian fizikal, pengkaji juga telah membuat tiga hentian untuk memastikan proses ini berjalan dengan lancar dan teratur. TAHAP SATU S.K.PERWIRA Hentian yang pertama adalah ujian bikar pula, pengkaji menguji sampel mengenai isipadu air. Pada awalnya, pengkaji menggunakan dua bikar yang mempunyai sama saiz dan kemudian air diisikan supaya isipadunya sama sebanyak 100 ml. Soalan yang ditanya kepada sampel adalah Adakah air dalam kedua-dua bekas ini mempunyai air yang sama banyak?. Setelah itu, salah satu bikar saya ambil dan menuang air dalam bikar tersebut ke dalam silinder penyukat. Soalan yang ditanya adalah Adakah air dalam kedua-dua bekas ini masih sama banyak?.

11

Seterusnya di hentian ujian duit syiling, pengkaji menyusun 10 keping syiling 50 sen dalam 2 baris secara selari yang sama panjang. Kemudian pengkaji bertanya kepada sampel tersebut berkaitan dengan baris yang manakah lebih banyak duit syiling? Kemudian pengkaji menjarakkan duit syiling dalam salah satu barisan dan bertanya semula baris manakah yang lebih banyak duit syiling? Akhir sekali di hentian ujian plastisin. pengkaji telah memilih plastisin yang sama jenis dan warna yang terdapat didalam makmal. Kemudian itu plastisin dibahagikan kepada dua bahagian dan kedua-dua bahagian ditimbang dengan menggunakan dua penimbang berat. Soalan ditujukan kepada responden Adakah kedua-dua plastisin di atas penimbang berat ini mempunyai berat yang sama? TAHAP DUA S.K.SULTAN IDRIS 2 Untuk ujian duit syiling, pengkaji menyusun 14 keping syiling 20 sen dalam 2 baris selari yang sama panjang. Kemudian pengkaji bertanya kepada responden tersebut baris yang manakah lebih banyak duit syiling? Kemudian responden menjarakkan duit syiling dalam salah satu barisan dan bertanya sekali lagi baris manakah yang lebih banyak duit syiling? Di hentian ujian bikar pula, pengkaji menguji pelajar mengenai isipadu air. Pada awalnya, pengkaji menggunakan dua bikar yang sama besar. kemudian diisikan air yang sama isipadunya iaitu 200 ml. soalan yang ditanya adalah Adakah air dalam kedua-dua bekas ini mempunyai air yang sama banyak?. Sete lah itu, salah satu bikar diambil dan dituang air ke dalam kelalang kon. Soalan yang ditanya adalah Adakah air dalam kedua-dua bekas ini masih sama banyak?. Akhir sekali di hentian penyepit tabung uji. Oleh kerana pengkaji tidak mempunyai pembaris pada masa itu, pengkaji mencari inisiatif lain iaitu penyepit tabung uji yang sama panjang. Pengkaji menyusun dua penyepit tabung uji dalam keadaan selari dan sama. Kemudian pengkaji mengajukan soalan adakah penyepit tabung uji ini sama panjang? kemudian pengkaji menyerongkan kedua-dua penyepit tabung uji itu dan mengulang soalan pengkaji kepada responden, adakah penyepit tabung uji ini sama panjang?
12

UJIAN KOGNITIF

Air (isipadu) Syiling (kuantiti) Ujian plastisin (jisim) Kedudukan Transformasi Kedudukan Transformasi Kedudukan Transformasi asal asal asal
Adakah jumlah air di dalam keduadua bikar sama? Adakah jumlah air masih sama di dalam setiap bikar atau salah satunya lebih banyak? Adakah jumlah syiling kedua-dua baris sama banyak? Adakah jumlah syiling keduadua baris masih sama banyak? Adakah jisim kedua-dua plastisin sama banyak? Adakah jisim kedua-d syiling kedua-dua baris masih sama banyak?

Sama() Tidak( X)

Sama() Tidak( X)

Sama() Tidak( X)

Sama() Tidak( X)

Sama() Tidak( X)

Sama() Tidak( X)

Tahun 1 1) SYUKUR 2) FAIZAL 3) AMANANI 4) NOORUL Tahun 2 1) FAYYADH 2) GURVIN 3) HAFIZAH 4) ALIYA Tahun 3 1) HAZIQ 2) LUKMAN 3) IZZATI 4) SOFIYA

X X X X X X X

X X X X X

X X X X X X X X

13

Ujian Penyepit Tabung Uji (panjang) Kedudukan Transformasi Kedudukan Transformasi Kedudukan Transformasi asal asal asal
Adakah jumlah air di dalam keduadua bikar sama? Adakah jumlah air masih sama di dalam setiap bikar atau salah satunya lebih banyak? Adakah jumlah syiling kedua-dua baris sama banyak? Adakah jumlah syiling keduadua baris masih sama banyak? Adakah panjang kedua-dua penyepit tabung uji sama panjang? Adakah panjang keduadua penyepit tabung uji sama panjang setelah satu daripadanya ditukar kedudukannya? Sama() Tidak( X)

Air (isipadu)

Syiling (kuantiti)

Sama() Tidak( X)

Sama() Tidak( X)

Sama() Tidak( X)

Sama() Tidak( X)

Sama() Tidak( X)

Tahun 4 1) ZULHIMI 2) WAN JOHAN 3) NATASYA 4) NURKAMAR Tahun 5 1) MOHAMMAD 2) ARIF 3) NATASYA 4) NUR KAMAR Tahun 6 1) HAFIZI 2) SHAHROL 3) AZNA 4) AMIRAH

X X X X X X X

X X X X X

X X X X X X X X

14

Analisis data
ANALISIS BERAT PELAJAR
Nama Pelajar Syukur Faizal Fayyadh Gurvin Haziq Lukman Zulhilmi Wan Johan Mohammad Arif Hafizi Shahrol Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12 Berat Purata Jantina (kg) (kg) Lelaki 16 16.5 Lelaki 17 Lelaki 27 26 Lelaki 25 Lelaki 29 27.5 Lelaki 26 Lelaki 20 21 Lelaki 22 Lelaki 27.5 23.75 Lelaki 20 Lelaki 31 30 Lelaki 29

Nama Pelajar Amani Nurul Hafizah Aliya Izzati Sofiya Natasya Nur Kamar Fazira Intan Azna Amirah

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Jantina Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan

Berat (kg)

Purata (kg) 18 17.5 17 23 23 23 37 28 19 24 23.5 23 36 35 34 35 33.5 32

15

BERAT PELAJAR
40 35 30 BERAT (KG) 25 20 15 10 5 0 7 TAHUN 8 TAHUN 9 TAHUN 10 TAHUN 11 TAHUN 12 TAHUN LELAKI PEREMPUAN

Graf diatas menunjukkan analisis bagi berat pelajar dari darjah satu hingga darjah enam bagi lelaki dan perempuan. Bagi lelaki dan perempuan pelajar tahap satu, berlakunya peningkatan dari darjah satu hingga tiga. Berat pelajar darjah empat pelajar perempuan mula menurun tetapi meningkat naik pada darjah lima dan berlaku sedikit penurunan bagi darjah enam. Perkara yang sama berlaku bagi pelajar lelaki darjah empat apabila berlakunya penurunan graf, namun meningkat naik hingga darjah enam. Berat pelajar perempuan bagi tahap dua adalah lebih berat berbanding pelajar lelaki tahap dua. Berat bagi kedua-dua pelajar lelaki dari tahun satu hingga enam menunjukkan perbezaan yang sedikit dimana pelajar paling berat adalah pelajar tahun 6 iaitu saudara Hafizi seberat 31kg. Bagi pelajar perempuan pula, kedua-dua pelajar bagi tahun tahun satu,dua, empat, lima dan enam menunjukkan perbezaan berat yang sedikit kecuali pelajar tahun tiga yang mana saudari izzati seberat 37kg manakala saudari sofiya seberat 19kg.

16

ANALISIS DATA UKUR LILIT KEPALA PELAJAR

Nama Pelajar Syukur Faizal Fayyadh Gurvin Haziq Lukman Zulhilmi Wan Johan Mohammad Arif Hafizi Shahrol

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Ukur lilit Kepala Jantina (cm) Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki

Purata (cm) 51 55 54 50 52 52 50 49 50 47 48 51 53 52 52 49.5 48.5 49.5

Nama Pelajar Amani Nurul Hafizah Aliya Izzati Sofiya Natasya Nur Kamar Fazira Intan Azna Amirah

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Ukur Lilit Kepala Jantina (cm) Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan

Purata (cm) 52 50 52 53 56 52 51 46 51 50 49 51 51 52.5 54 48.5 50.5 50

17

UKUR LILIT KEPALA PELAJAR


55 54 53 LILITAN KEPALA (CM) 52 51 50 49 48 47 46 45 7 TAHUN 8 TAHUN 9 TAHUN 10 TAHUN 11 TAHUN 12 TAHUN LELAKI PEREMPUAN

Graf diatas menunjukkan purata ukur lilit pelajar bagi darjah satu hingga darjah enam.bagi tahap satu, berlakunya peningkatan bagi pelajar lelaki dan perempuan. Namun bagi pelajar tahap dua,penurunan telah berlaku bagi pelajar lelaki dan perempuan. Namun begitu, pelajar perempuan mempunyai ukur lilit kepala yang lebih besar berbanding pelajar lelaki. Bagi ukuran lilit kepala pula, kedua-dua pelajar lelaki dari tahun hingga enam menunjukkan perbezaan yang sedikit namun pelajar yang mempunyai ukur lilit kepala paling besar adalah pelajar tahun 2 iaitu saudara Faizal iaitu 55 cm. Bagi pelajar perempuan pula, kedua-dua pelajar dari tahun satu hingga enam juga menunjukkan perbezaan yang sedikit tetapi ukuran lilit kepala yang paling besar adalah saudari Izzati iaitu 56 cm.

18

ANALISIS DATA UKUR LILIT PINGGANG PELAJAR

Nama Pelajar Syukur Faizal Fayyadh Gurvin Haziq Lukman Zulhilmi Wan Johan Mohammad Arif Hafizi Shahrol

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Ukur Lilit Pinggang Jantina (cm) Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki

Purata (cm) 50 52.5 55 61 61.5 62 61 58.5 56 55 55 55 65 59 53 61 59 57

Nama Pelajar Amani Nurul Hafizah Aliya Izzati Sofiya Natasya Nur Kamar Fazira Intan Azna Amirah

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Ukur Lilit Pinggang Jantina (cm) Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan

Purata (cm) 56 54 61 57 72 54 66 64 65 60 65 59 55 59 63 65 62.5 63

19

UKUR LILIT PINGGANG (CM)


70 60 LILITAN PINGGANG (CM) 50 40 LELAKI 30 20 10 0 7 TAHUN 8 TAHUN 9 TAHUN 10 TAHUN 11 TAHUN 12 TAHUN PEREMPUAN

Graf diatas menunjukkan purata ukur lilit pinggang bagi pelajar-pelajar darjah satu hingga darjah enam. Pelajar tahun satu perempuan menunjukkan ukur lilit yang lebih besar berbanding pelajar lelaki tahun satu. Pada tahun dua pula, berlakunya persilangan antara pelajar lelaki dan perempuan. Ukur lilit pelajar tahun tiga perempuan menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding pelajar lelaki tahun tiga. Pelajar lelaki menunjukkan penurunan ukur lilit bermula dar darjah tiga tapi mula menaik pada darjah lima. Walaubagaimana pun, ukur lilit pelajar perempuan lebih besar berbanding pelajar lelaki pada tahap dua. Bagi pelajar lelaki, kedua-dua pelajar dari tahun satu hingga lima tidak menunjukkan perbezaan ketara dan pelajar tahun lima mempunyai ukur pinggang yang besar iaitu 65 cm. Bagi pelajar perempuan pula, terdapat perbezaan yang ketra pada tahun tiga iaitu saudari Izzati 72 cm manakala rakannya saudari sofiya, 57 cm dan saudari izzati mempunyai ukuran pinggang yang besar berbanding pelajar tahun 4,5,dan 6.

20

ANALISIS DATA UKURAN BAHU PELAJAR

Nama Pelajar Syukur Faizal Fayyadh Gurvin Haziq Lukman Zulhilmi Wan Johan Mohammad Arif Hafizi Shahrol

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Panjang Bahu Jantina (cm) Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki

Purata (cm) 31 31 34 32 34 33 32 33 37 33 39 37 31 33 33.5 32.5 35 38

Nama Pelajar Amani Nurul Hafizah Aliya Izzati Sofiya Natasya Nur Kamar Fazira Intan Azna Amirah

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Jantina Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan

Panjang Bahu (cm) 29 29 33.5 32 40 30 30 31 37 35 37 32

Purata (cm) 29 32.75 35 30.5 36 34.5

21

UKURAN BAHU
40 35 UKURAN BAHU (CM) 30 25 20 15 10 5 0 7 TAHUN 8 TAHUN 9 TAHUN 10 TAHUN 11 TAHUN 12 TAHUN LELAKI PEREMPUAN

Graf diatas menunjukkan purata ukuran bahu pelajar dari darjah satu hingga darjah enam. Bagi pelajar lelaki berlakunya perkembangan yang hampir sekata dari darjah satu hingga enam namun berlaku sedikit penurunan pada darjah empat. Bermula dengan peningkatan dari darjah satu hingga tiga kemudian berlakunya penurunan pada darjah empat tetapi meningkat sedikit pada darjah lima dan terus meningkat pada darjah enam. Bagi pelajar perempuan pula, peningkatan yang mendadak darjah satu hingga tiga telah berlaku tetapi penurunan turut berlaku pada tahun empat dan meningkat pada tahun lima tetapi kembali menurun pada tahun enam.

22

ANALISIS DATA UKURAN PANJANG LENGAN PELAJAR

Nama Pelajar Syukur Faizal Fayyadh Gurvin Haziq Lukman Zulhilmi Wan Johan Mohammad Arif Hafizi Shahrol

Purata Umur Jantina Panjang lengan (cm) (cm) 7 Lelaki 34 34.5 7 Lelaki 35 8 Lelaki 31 35 8 Lelaki 39 9 Lelaki 40 42.5 9 Lelaki 45 10 Lelaki 35 34 10 Lelaki 33 11 Lelaki 43 42 11 Lelaki 41 12 Lelaki 41 42 12 Lelaki 43

Nama Pelajar Amani Nurul Hafizah Aliya Izzati Sofiya Natasya Nur Kamar Fazira Intan Azna Amirah

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Panjang Lengan Jantina (cm) Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan

Purata (cm) 29 31.5 34 34 36 38 42 38.5 35 40 37 34 45 43 41 50 44.5 39

23

PANJANG LENGAN
50 45 40 PANJANG LENGAN (CM) 35 30 25 20 15 10 5 0 7 TAHUN 8 TAHUN 9 TAHUN 10 TAHUN 11 TAHUN 12 TAHUN LELAKI PEREMPUAN

Graf diatas menunjukkan purata ukuran panjang lengan bagi pelajar-pelajar dari darjah satu hingga enam. Terdapat perbezaan yang ketara pada tahun satu antara pelajar lelaki dan perempuan, namun pada tahun dua, ukuran panjang lengan peljar perempuan meningkat secara mendadak dan menyamai pelajar lelaki tahun dua. Ukuran pelajar perempuan terus meningkat hingga darjah tiga melebihi pelajar lelaki walaupun pelajar lelaki turut menunjukkan peningkatan. Pada tahun empat, kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan telah menunjukkan penurunan, kemudian meningkat pada tahun lima. Pada tahun enam, pelajar perempuan menunjukkan peningkatan dari darjah lima namun pelajar lelaki sekata dengan pelajar lelaki tahun lima. Bagi pelajar lelaki, ukuran lengan paling panjang adalah saudara Lukman iaitu 45 cm yang mana merupakan pelajar tahun 3 dan setiap kedua-dua pelajar bagi kategori lelaki dari tahun satu hingga enam tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Bagi pelajar perempuan pula, terdapat perbezaan yang ketara pada tahun 6 dimana saudari Azna mempunyai ukuran 50 cm manakala saudari Amirah 39 cm. saudari amirah merupakan pelajar perempuan yang mempunyai ukuran yang paling panjang dan tiada perbezaan yang ketra bagi tahun 1 hingga 5 bagi kedua-dua pelajar.

24

ANALISIS DATA PANJANG KAKI PELAJAR

Nama Pelajar Syukur Faizal Fayyadh Gurvin Haziq Lukman Zulhilmi Wan Johan Mohammad Arif Hafizi Shahrol

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Panjang Kaki Jantina (cm) Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki

Purata (cm) 65 64.5 64 67 70 73 72 75 78 64 65.5 67 84 78.5 73 75 71.5 68

Nama Pelajar Amani Nurul Hafizah Aliya Izzati Sofiya Natasya Nur Kamar Fazira Intan Azna Amirah

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Jantina Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan

Panjang Kaki (cm)

Purata (cm) 67 64.5 62 67 72 77 74 69.5 65 59 62 65 81 75.5 70 73 67.5 62

25

UKURAN PINGGANG KE KAKI PELAJAR


90 80 70 60 PANJANG (CM) 50 40 30 20 10 0 DARJAH SATU DARJAH DUA DARJAH TIGA DARJAH EMPAT DARJAH LIMA DARJAH ENAM LELAKI PEREMPUAN

Graf diatas menunjukkan purata ukuran kaki pelajar dari darjah satu hingga enam. Pada tahun satu, ukuran pelajar lelaki dan perempuan dalah sama. Pada tahun dua, ukuran pelajar perempuan lebih berbanding pelajar lelaki, namun pada tahun tiga, ukuran pelajar lelaki lebih berbanding pelajar perempuan. Ukuran pelajar perempuan mula menurun pada tahun tiga manakala bagi pelajar lelaki pada tahun empat. Pada tahun lima, kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan mula meningkat naik. Bagi pelajar lelaki tahun enam berlakunya peningkatan manakala bagi pelajar perempuan menurun. Kedua-dua pelajar lelaki dari tahun satu,dua,tiga,empat dan enam tidak menunjukkan perbezaan yang ketara kecuali pelajar tahun lima menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu saudara Mohammad 84 cm manakala saudara Arif 73 cm. Saudara Mohammad mempunyai ukuran kaki yang paling panjang dan merupakan pelajar tahun lima.

26

ANALISIS DATA UKURAN DADA PELAJAR

Nama Ukuran Dada Purata Pelajar Umur Jantina (cm) (cm) Syukur 7 Lelaki 48 51 Faizal 7 Lelaki 54 Fayyadh 8 Lelaki 63 63.25 Gurvin 8 Lelaki 63.5 Haziq 9 Lelaki 60 58 Lukman 9 Lelaki 56 Zulhilmi 10 Lelaki 58 59 Wan Johan 10 Lelaki 60 Mohammad 11 Lelaki 70 65.5 Arif 11 Lelaki 61 Hafizi 12 Lelaki 67 53 Shahrol 12 Lelaki 59

Nama Pelajar Amani Nurul Hafizah Aliya Izzati Sofiya Natasya Nur Kamar Fazira Intan Azna Amirah

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Ukuran Dada Jantina (cm) Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan

Purata (cm) 59 57 58 57 75 56 64 59 68 70 69 68 58 57.5 65.5 61.5 69 68.5

27

UKURAN DADA PELAJAR


80 70 60 PANJANG (CM) 50 40 30 20 10 0 DARJAH SATU DARJAH DUA DARJAH TIGA DARJAH EMPAT DARJAH LIMA DARJAH ENAM LELAKI PEREMPUAN

Graf diatas menunjukkan purata ukuran dada bagi pelajar-pelajar dari tahun satu hingga enam. Pada tahun satu, pelajar lelaki menunjukkan ukuran yang lebih besar berbanding pelajar perempuan,namun persilangan telah berlaku dan pelajar perempuan pada tahun dua mempunyai ukuran dada yang lebih besar berbanding pelajar lelaki. Peningkatan terus berlaku bagi pelajar perempuan pada tahun tiga berbanding dengan pelajar lelaki yang menurun. Walaubagaimanapun, perkembangan lelaki dalah sekata bagi tahun empat berbanding dengan pelajar perempuan yang ukurannya menurun. Tetapi peningkatan berlaku pada tahun lima dan lebih besar ukurannya bagi pelajar perempuan. Pelajar perempuan pada tahap dua mempunyai ukuran dada yang lebih besar berbanding pelajar lelaki. Bagi pelajar lelaki, kedua-dua pelajar dari tahun ,dua,tiga,empat dan enam tidak menunjukkan perbezaan yang ketara namun bagi pelajar tahun lima, saudara Mohammad mempunyai ukuran dada 70 cm manakala saudara Arif 70 cm. Bagi pelajar perempuan pula, kesemua pelajar tidak menunjukkan perbezaan ketara kecuali pelajar tahun tiga iaitu saudari Izzati 75 cm manakala rakannya saudari Sofiya 56 cm dan saudara Izzati merupakan pelajar yang mempunyai ukuran dada yang paling panjang bagi pelajar perempuan

28

ANALISIS KETINGGIAN PELAJAR

Nama Pelajar Syukur Faizal Fayyadh Gurvin Haziq Lukman Zulhilmi Wan Johan Mohammad Arif Hafizi Shahrol

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Tinggi Purata Jantina (cm) (cm) Lelaki 115 114 Lelaki 113 Lelaki 125 125.5 Lelaki 126 Lelaki 131 131.5 Lelaki 132 Lelaki 121.5 123.75 Lelaki 126 Lelaki 136.5 131.75 Lelaki 127 Lelaki 144 142.5 Lelaki 141

Nama Pelajar Amani Nurul Hafizah Aliya Izzati Sofiya Natasya Nur Kamar Fazira Intan Azna Amirah

Umur 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12

Tinggi Purata Jantina (cm) (cm) Perempuan 118 114 Perempuan 110 Perempuan 118 124 Perempuan 130 Perempuan 133 125.5 Perempuan 118 Perempuan 128 128.25 Perempuan 128.5 Perempuan 148.5 144.25 Perempuan 140 Perempuan 144 140.25 Perempuan 136.5

29

TINGGI PELAJAR
160 140 120 TINGGI (CM) 100 80 60 40 20 0 DARJAH SATU DARJAH DUA DARJAH TIGA DARJAH EMPAT DARJAH LIMA DARJAH ENAM LELAKI PEREMPUAN

Graf diatas menunjukkan purata ketinggian pelajar-pelajar dari darjah satu hingga darjah enam bagi lelaki dan perempuan. Bagi tahap satu iaitu darjah satu hingga tiga,ketinggian pelajar lelaki semakin meningkat dan lebih tinggi dari pelajar perempuan. Namun bermula dari darjah empat hingga lima, ketinggian pelajar perempuan meningkat dan lebih tinggi dari pelajar lelaki pada darjah empat dan lima. Purata ketinggian pelajar lelaki menurun pada darjah empat tapi pada darjah lima terdapat peningkatan. Ketinggian pelajar lelaki dan perempuan pada darjah enam adalah sama.kerana berlaku penurunan ketinggian pada darjah lima bagi darjah enam. Bagi pelajar tahun satu,ketinggian pelajar lelaki hamper sama iaitu 115 cm dan 113 cm, manakala pelajar perempuan,juga hamper sama iaitu,118 cm dan 110 cm. Begitu juga pelajar tahun dua bagi lelaki yang mana ketinggian kedua-dua pelajar hamper sama. Bagi pelajar perempuan pula, Hafiza mencatatkan ketinggian 118 cm manakala Aliya 130 cm. bagi pelajar tahun tiga pula ketinggian pelajar lelaki hamper sama iaitu 130 dan 131 cm manakala pelajar perempuan menunjukkan perbezaan ketara iaitu 133 cm saudari izzati manakala saudari sofiya 118 cm. bagi pelajar tahun empat pula keduadua pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan ketinggian hampir sama. Secara keseluruhannya ketinggian pelajar lelaki paling tinggi adalah saudari Hafizi pelajar tahun 6 iaitu 144 cm manakala pelajar perempuan pula adalah saudari Fazira 148 cm pelajar tahun 5.

30

KESIMPULAN

FIZIKAL Secara keseluruhan, dalam kajian ini telah menggunakan sampel dari dua jenis sekolah yang berbeza tidak kira dari latar belakang mahupun persekitaran. Sampel dari S.K.Perwira tinggal di kawasan perumahan terancang kerana lokasi sekolah yang terletak di kawasan Bandar. Sampel tersebut juga mempunyai latar belakang keluarga yang lebih baik jika dibandingkan dengan sampel di S.K.Sultan Idris 2. Dari segi ekonomi, keluarga bagi sampel yang tinggal di kawasan Bandar mempunyai pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan kawasan luar Bandar. Ini bermakna responden ini memperoleh semua keperluan dari segi pemakanan yang seimbang dan penjagaan yang sempurna Jika dilihat pada graf berat sampel lelaki pada umur 8 dan 9 tahun responden dari S.K.Perwira lebih tinggi dari umur 10 dan 11 tahun. Bagi sampel perempuan pula, kedua-dua sampel bagi tahun tahun satu,dua, empat, lima dan enam menunjukkan perbezaan berat yang sedikit kecuali sampel tahun tiga terdapat sampel bernama Izzati seberat 37kg manakala saudari Sofiya seberat 19kg. semasa pengkaji berinteraksi dengan sampel ini, maklumat yang diberikan dapat menunjukkan bagaimana terjadi nya perbezaan graf yang agak tinggi. Bapanya bekerja sendiri dan ibunya seorang attenden hospital. Faktor baka memengaruhi sampel ini dimana saiz badan kedua-dua ibu bapanya yang agak besar. Dari pertukaran maklumat dari pihak pengkaji S.K.Sultan Idris dan pengkaji dari S.K.Perwira. Sampel tahap dua dari S.K.Perwira berbeza dari S.K.Sultan Idris. Namun begitu, akibat dari kekangan masa. Kami terpaksa membahagikan kajian tetapi kami dapat memperoleh satu sampel tahap dua iaitu berumur 10, 11, dan 12 tahun. Bagaimanapun data dari sampel tersebut tidak dapat digunakan kerana satu sahaja sampel yang dapat diperoleh.

31

KOGNITIF Untuk ujian kognitif, sampel yang telah dipilih di S.K.Perwira adalah tidak rawak. Dimana ketika pengkaji hendak memilih responden, guru kelas telah member senarai nama responden yang mempunyai prestasi pencapaian dalam kelas yang baik.

32

You might also like