You are on page 1of 24

TUGASAN A: PENULISAN AKADEMIK

Soalan : Berdasarkan pengalaman anda semasamenjalani praktikum sebelum ini, kenal pasti satu masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid di sekolah. Rancangkan satu program intervensi bimbingan kelompok yang berkesan untuk di laksanakan bagi mengatasi pemasalahan tersebut.

1.0 PENGENALAN

Masalah berkaitan salah laku di sekolah yang berlaku di kalangan pelajar kini menjadi satu perkara yang membimbangkan memandangkan masalah ini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pelbagai pihak termasuk pihak Kementerian Pelajaran, pihak sekolah mahupun pihak swasta dalam usaha membenteras kegiatan tidak sihat ini di kalangan pelajar sekolah. Kadar berlakunya keruntuhan nilai sosial dan kejadian salah laku di kalangan pelajar sentiasa meningkat tahun demi tahun. Perkara ini membawa kebimbangan terhadap masa depan negara kerana masa depan sesebuah negara sangat bergantung kepada generasi muda yang ada sekarang ini terutamanya pelajar-pelajar. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali. Namun, oleh kerana golongan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan pelajar dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka. Salah satu masalah sosial yang dihadapi adalah masalah pelajar-pelajar yang sering ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah merupakan masalah yang terdapat di dalam institusi persekolahan. Ponteng sekolah kian meningkat baik di peringkat sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ia kini dianggap sebagai salah satu masalah disiplin yang semakin serius. 2.0 MASALAH PONTENG SEKOLAH Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebabsebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para pelajar khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah rendah ataupun sekolah Menengah. Tidak disangkal bahawa isu gejala sosial sekolah boleh menjadi landasan lencongan untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial lebih serius iaitu berunsur jenayah.

Senario remaja sekolah yang pada mulanya hanya terbabit dengan isu gejala ponteng sekolah dan kemudian didapati sabit terlibat dengan kes-kes jenayah berat kerap berlaku. Bagi setengah kes di Negara Malaysia sendiri ada di antara pelajar sekolah pernah disabitkan dengan kesalahan memiliki atau memakan atau mengedar dadah seperti syabu, kokain, ecstacy, atau bahan-bahan sejenis yang mengkhayalkan sama ada dalam bentuk cecair atau pil-pil kapsul dan sebagainya, merokok, meminum minuman keras atau arak, mencuri, bergaduh, terjerat dengan masalah cinta remaja atau love affair , vandalism, terlibat dengan penubuhan kumpulan remaja nakal atau gangsterism.

3.0 INTERVENSI Proses kaunseling bermula dengan pra-sesi membina hubungan dan membuat

penstrukturan antara kaunselor dengan klien. Hubunganboleh terbina apabila persediaan kaunselor memadai, layanan yang baik diberikan dan perbualan antara kaunselor dengan klien berlaku dalam keadaan yang selesa dan terpeutik.

3.1 Prasesi
Persediaan bagi kaunselor untuk peringkat ini bergantung kepada situasi di mana khidmat kaunseling itu diberikan sama ada klien dirujuk atau datang sendiri. Pada peringkat ini, kaunselor perlu menyediakan diri dengan mengetahui serba sedikit tentang profil klien menurut Abdul Ghani Sulaiman (2003). Ini boleh dilakukan dengan meminta klien mengisi borang biodata yang berkaitan tentang peribadi, peralatan fizikal, dan maklumat atau rekod-rekod mengenai klien. Antara kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut: Perancangan prasesi Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien, ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Tingkah laku dan prestasi yang ditunjukkan oleh bakal klien hendaklah disenaraikan manakala tingkah laku standard dan prestasi yang dijangka juga perlu disediakan..Kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.

3.2 Sesi Pertama


3

Dalam fasa ini Kaunselor berkenalan dengan klien untuk membina hubungan diantara ahli-ahli kumpulan bagi kaunseling kelompok ini. Keadaan tempat juga, merupakan satu perkara penting dalam hubungan kaunseling. Kaunselor sebaiknya mewujudkan tempat yang mempunyai unsur-unsur teraputik yang wujud elemen-elemen penyembuhan seperti bilik yang berhawa dingin, dengan warna yang lembut dan hiasan-hiasan bilik yang menarik serta jauh dari gangguan yang boleh menyebabkan proses kaunseling terencat seperti bunyi bising dan sebagainya. Dalam Sesi pertama ini kaunselor akan bermula dengan sisi taaruf. Taaruf ertinya

pengenalan. Pada pertemuan yang pertama kali, klien datang berjumpa dengan kaunselor tentulah banyak perkara yang tidak diketahui antara satu sama lain. Oleh itu masing-masing akan cuba mengenali antara satu sama lain seperti bertanyakan nama, alamat tempat tinggal dan lain-lain perkara yang asas dalam perkenalan. Konsep taaruf dilihat sama dengan membina hubungan yang mana proses ini menggalakkan interaksi awal antara kaunselor dan klien. Kaunselor mungkin memulakan sesi dengan bertanya khabar dengan bahasa yang penuh penerimaan. Contohnya: Apa khabar ? Terima kasih banyak kerana sudi datang ke sini. Apa khabar? Saya hargai kehadiran awak. Terima kasih banyak. Kaunselor boleh mengambil masa beberapa minit untuk berbual ringan dengan klien. Masa yang terlalu panjang tidak digalakkan diambil pada fasa ini kerana dikhuatiri topik yang diperkenalkan mungkin akan mengalih perhatian klien kepada topik tersebut sebaliknya bukan isu yang akan dibawa. Contohnya, Saya sudi bantu saudara melalui perbincangan kita selama 30 minit. Kita ada masa 40 minit, ceritakan pada saya apa yang merunsingkan saudara .

Dalam sesi ini juga kaunselor akan menerangkan tentang matlamat sesi kaunseling yang di adakan untuk menbantu klien-klien. Selain itu juga, kaunselor akan menjelaskan peraturan yang perlu di patuhi oleh klien agar rahsia klien dapat dijaga dan mengelakkan klien berasa tidak selesa pada masa hadapan

Dalam sesi ini, aktiviti yang dilakukan ialah ice-breaking. Antara aktiviti yang dilakukan ialah LUKISAN MASA HADAPAN

Pelaksanaan

1. Pelajar diminta untuk melukis imej diri pada masa 20 tahun akan datang. Lukisan ini berbentuk bebas. Terpulang pada kreativiti ahli. 2. Beri sedikit masa kepada ahli kelompok untuk melukis (10 minit) 3. Minta ahli menerangkan gambar yang dilukis seorang demi seorang. 4. Minta ahli beri respon terhadap hasil lukisan dan impian sesama ahli. 5. Fokus apa yang ingin disampaikan oleh ahli. Apa yang diungkapkan dengan perkataan lebih bermakna dari lukisan kerana lukisan itu sebagai medium sahaja 6. Bincangkan secara umum kaitan penerangan ahli dengan gambar yang dilukis

3.3 Sesi Kedua


Pada langkah ini, guru perlu mengenalpasti masalah dan menganalisis sebab dan faktor sebenar masalah yang dihadapi oleh setiap murid. Untuk langkah ini, guru bimbingan dan kaunseling dan pengkaji telah memilih untuk menggunakan terapi seni seni Peralatan Dan Bahan Guru akan menyediakan peralatan peralatan seperti: Kertas Plastesin

Prosedur Melaksanakan Terapi Seni 1. Murid diminta menbentuk objek yang selalu di lihat di sekeliling. 2. Guru kaunseling bertanyakan beberapa soalan mengenai bentuk yang telah dibina oleh klien.

Contoh perbualan Guru kaunselor : bentuk apa yang telah kamu kamu buat ini? Kenapa kamu bina bentuk ini. 5

Arif Guru kaunselor Arif Guru kaunselor

: saya bentuk ini. : adakah kamu sedang sedih? : ya : kenapa kamu selalu ponteng?

Rajah 1.0 Contoh hasil kerja murid Guru mengumpulkan maklumat yang diperolehi daripada tingkah laku murid dan respon murid. 3.4 Sesi Ketiga
Dalam fasa ini Kaunselor menerokaan masalah ponteng para ahli kumpulan. Di dalam sesi ini terapi Bercerita akan di gunakan Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien. Kaunselor bertindak sebagai fasilitator / pemudah cara dalam sesi ini.

Melalui terapi ini juga, kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan yang terpendam secara refleks atau tidak langsung melalui perwatakan yang ditonjolkan semasa mereka memegang sesuatu watak ketika bercerita. Selain daripada itu, kanak-kanak dapat mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka melalui bahasa tubuh. Kepercayaan dalam ahli kumpulan dapat diwujudkan terutamanya dalam terapi kelompok. Hal ini dapat dilihat melalui kemahiran interpersonal yang dipelajari seperti komunikasi mata, berunding dan menerima pandangan orang lain dan membantu sesebuah kumpulan untuk membuat keputusan secara bersama. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam terapi bercerita: Alatulis- kertas,pensel 6

Bahan seni- kertas ,krayon,pensel warna sbg alatilustrasi cerita. Boneka dan anak patung Pita rakaman dan peralatan video.

Prosedur dalam terapi bercerita: 1) Kanak menyampaikan cerita 2) Kemudian guru akan mengemukakan versi alternatif yang mengandungi cara-cara penyelesaian yang lebih sihat terhadap konflik mereka. 3) Apa yang disampaikan dirakam untuk melihat semula hasilnya. 4) Boleh juga digunakan boneka sebagai bahan tambahan. 5) Kanak-kanak bebas bercerita apa sahaja. 6) Sambil bercerita guru perlu peka kepada beberapa elemen. 7) Tetapi, terdapat juga maklumat yang diceritakan tidak tepat. 8) Mungkin kerana kanak-kanak ini mempunyai tahap imaginasi dan fantasi yang tinggi. 9) Melalui maklumat yang diperolehi daripada terapi bercerita, guru boleh menggabungjalinkan dengan terapi lain untuk memperolehi hasil yang lebih tepat. 3.5 Sesi Empat Pada fasa ini kaunselor bersama-sama klien berbincang dan mengatur strategi agar membolehkan klien menangani atau mengatasi masalah beliau. Kaunselor berperanan membantu klien menyemak kebarangkalian potensi kejayaan dan halangan dihadapi bakal dalam melaksanakan rancangannya. Kaunselor juga boleh memberikan panduan tentang langkah yang dianggap baik untuk mengatasi masalah yang dibawa oleh klien. Kaunselor boleh sertakan contoh dan bincangkan dengan menyentuh kemungkinan cadangan kaunselor dapat dilaksanakan beserta kekuatan dan kelemahan cadangan itu mengikut panduan klien dan kaunselor.

Untuk sesi ini, guru bimbingan dan kaunseling telah memilih Terapi Bermain iaitu patung masa depan Prosedur aktiviti

1. Guru kaunseling dan klien akan berbincang tentang perasaan yang dialami oleh klien. 2. Guru akan menberikan setiap murid satu anak patung. Guru menerangkan apa yang mereka lakukan dengan anak patung tersebut mengikut situasi yang telah di berikan oleh guru. 3. Klien akan melaukan aktiviti sambil di perhatikan oleh guru sambil menasihat jika berlaku sebarang kesilapan.. 4. Di akhir cerita guru menberikan nasihat dan menberitahu kesan yang berlaku keatas patung tersebut pada masa hadapan. 5. Guru mengaitkan dengan situasi klien dan apa yang akan berlaku pada mereka jika, mereka tidak berhenti melakukan aktiviti ponteng tersebut.
3.6 Sesi Lima Peringkat keenam adalah Penamatan Sesi, pada fasa ini sebelum menamatkan sesi kaunselor perlu membuat rumusan daripada keseluruhan sesi tersebut. Di dalam kaunseling, penamatan dibuat pada dua cara iaitu penamatan bagi setiap sesi kaunseling yang dijalankan pada akhir sesi dan seterusnya terdapat beberapa sesi lagi klien perlu bertemu dengan kaunselor. Cara kedua adalah penamatan terus serta memberhentikan khidmat dan hubungan kaunseling antara klien dan kaunselor mengikut persetujuan bersama serta jika klien sudah benar-benar pulih. Sesi ini merupakan pertemuan terakhir antara guru kaunseling dan klien klien dalam kaunseling kelompok ini. Pada sesi ini, klien diminta membuat refleksi mengenai perkara yang diperolehi sepanjang sesi yang telah dilalui oleh mereka. Kemudian, perbincangan dibuat bagi melihat sama ada matlamat yang telah ditetapkan pada sesi pertama tercapai atau tidak dan melihat keberkesanan alternatif yang dipilih sewaktu sesi lima. Pada tempoh ini, klien akan berasa sedih untuk berpisah disebabkan hubungan yang mesra yang telah terjalin dan ada juga yang cuba memperkenalkan masalah baru. Walaubagaimana pun, permintaan tidak dapat dipenuhi kerana tarikh tamat telah ditetapkan. Hal ini bagi mengelakkan daripada terlalu bergantung kepada guru kaunseling apabila menghadapi masalah. Bagi memastikan salah laku gaduh tidak diulangi dan tingkah laku baru yang positif dapat diterapkan di dalam diri klien, perjanjian atau kontrak ditandatangani bersama sama.

Hal ini sebagai pengukuhan kepada mereka. Akhir sekali, guru membuat kesimpulan keseluruhan terhadap sesi yang telah dijalankan 3.7Susulan Peringkat terakhir adalah Susulan, fasa terakhir ini kaunselor perlu membuat susulan terhadap klien itu. Menghubungi klien untuk temujanji sesi berikutnya ataupun memantau tindakan klien. Khidmat susulan dilakukan bagi memonitor kemajuan klien dalam konteks keupayaannya menguruskan permasalahan yang dihadapinya. Antaranya adalah mendengar kemajuan yang telah dibuat oleh klien dan memberikan galakan atau bimbingan baru untuk meningkatkan progres diri klien. Mengatur atau mengubah strategi baru dalam bentuk intervensi bagi membantu klien. Seterusnya menilai strategi yang telah dilaksanakan oleh klien dan akhir sekali, memberikan khidmat lanjutan seperti khidmat rujukan sekiranya dirasakan perlu

Tugasan B: penulisan Kritikal


Soalan :Hasilkan satu penulisan esei secara analitis dan kritis mengenai peranan anda sebagai guru biasa dalam menbantu Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sekolah dalam menangani pemasalahan murid-murid di atas. Beri kan justifikasi anda atas pemilihan terapi dan aktiviti serta kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang dapat diaplikasi dalam program intervensi bimbingan kelompok berkenaan.

10

1.0 Pengenalan
Isu keruntuhan moral pelajar bukanlah sesuatu yang baru. Ia sudah lama wujud dan dikatakan semakin serius. Sudah banyak laporan yang diketengahkan oleh pihak media yang berkaitan dengan salah laku pelajar seperti kes gangsterisme dan buli dalam kalangan pelajar. Gejala ponteng mungkin dianggap kurang memberi impak kepada tercetusnya permasalahan dalam kalangan pelajar pada masa kini. Tanpa disedari, gejala inilah yang akan menjadi titik tolak kepada permasalahan yang lebih besar seperti gangterisme, dadah, mat rempit, ragut serta aktiviti-aktiviti tidak bermoral. Menurut Rasidah bt Omar (2005) dalam Azizi et. al. (2005) ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Gejala ponteng selalunya dikaitkan dengan masalah disiplin. Kamus Dewan (2000), disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya ahli masyarakat atau individu boleh mengawal diri, peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang berkelakuan baik Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Ini berlaku di sebabkan beberapa faktor diantaranya adalah apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah, diantaranya dintara faktor lain adalah disebabkan faktor sikap pelajar, rakan sebaya, ibu bapa dan guru. Selain itu faktor-faktor persekitaran sekolah, pengurusan sekolah dan prasarana sekolah juga boleh menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah

2.0 Punca masalah


2.1 Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat 11

kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

2.2 Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya kawan baru ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.

2.3 Pengaruh rakan sebaya Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakanrakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah. 2.4 Peraturan sekolah yang terlalu ketat Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan 12

oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu. Selain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

2.5 Tekanan Ekonomi Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakanrakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa lapang mereka. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai.

3.0 Kesan masalah


Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan kepada pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri. Antara kesankesan negative yang timbul ialah seperti berikut:

Pembaziran masa dan tenaga Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya.

Masa Depan tidak terjamin Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut adalah mereka akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan

13

hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.

Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar Walaupun sudah dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng sekolah namun risiko yang perlu ditanggung oleh para pelajar disebabkan gejala sosial ponteng sekolah lebih ditekankan kepada peratus kedatangan pelajar.

4.0 Kaitkan masalah dengan budaya dan pembelajaran di sekolah


Umumnya, sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanakkanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Guru Malaysia memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti. Budaya dan pembelajaran di sekolah turut menjadi salah satu punca masalah ini berlaku. Antaranya ialah terdapat guru yang tidak menerapkan budaya kasih sayang dan tolak ansur sesama pelajar. Budaya tersebut seharusnya diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan perlu diberi penekanan pada langkah penutup. Budaya tersebut tidak hanya di dalam bilik darjah sahaja tetapi juga boleh diterapkan di luar bilik darjah. Sebagai langkah pertama, guru perlu menjadi tauladan kepada murid murid. Faktor lain ialah pihak sekolah tidak bersikap tegas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah. Hal ini mungkin disebabkan bagi menjaga kepentingan tertentu sama ada hubungan dengan ibu bapa atau bagi menjaga nama baik sekolah. Hal ini seharusnya tidak berlaku dan ia mencemarkan kualiti sekolah sebagai institusi pendidikan. Seharusnya pihak sekolah perlu bersikap tegas dan telus supaya keadilan kredibiliti pihak sekolah tidak diragui. 14

Selain daripada itu,guru tidak memainkan peranan dalam mencegah dari perkara tersebut iaitu bergaduh daripada berlaku. Antara tindakan yang berkemungkinan menyebabkan kes tersebut berlaku ialah mentinggalkan murid bersendirian di dalam kelas tanpa pengawasan guru atau pengawas. Malah, apabila berlaku pergaduhan guru tidak mengambil inisiatif dengan mendamaikan murid yang bergaduh. Ini boleh mengelakkan rasa dendam dalam diri murid.

5.0 Peranan guru biasa


Peranan guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling sangat penting bagi membentuk murid-murid yang sentiasa bersikap positif. Bilangan murid di sesebuah sekolah adalah berbeza. Disesetengah sekolah terdapat beberapa puluh orang murid sahaja dan sesetengahnya lebih daripada dua ribu orang. Sekiranya, setiap tugasan bimbingan diserahkan kepada guru bimbingan, maka kes-kes murid yang memerlukan pekhidmatan bimbingan akan berhimpun. Oleh itu, setiap guru, sama ada guru biasa atau guru bimbingan hendaklah memainkan peranannya dalam membantu meningkatkan kebajikan murid-muridnya. Bimbingan merupakan sebahagian daripada tugas pengajaran. Sama ada dikehendaki atau tidak. Seseorang guru tidak dapat mengelakkan daripada tugas memberi bimbingan. Dalam pengajarannya setiap hari, murid-murid mungkin mengemukakan pelbagai masalah mengenai pelajaran dan sosioemosi. Guru perlu berusaha untuk mengendalikan penyelesaian masalah-masalah tersebut. Oleh sebab guru biasa kurang pengetahuan dan latihan dalam bidang bimbingan, maka tugas-tugas mereka biasanya terdiri daripada: Yang pertama, guru biasa memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid di bawah jagaannya. Guru membimbing murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah, peraturan-peraturan tatatertib dan sebagainya, khasnya dalam awal persekolahan. Murid menghadapi masalah dan kekeliruan apabila mereka memasuki situasi pembelajaran baru. Mereka memerlukan penyesuaian diri. Dalam hal ini, murid perlu diperkenalkan dengan sistem pendidikan dan matlamat kurikulum, sukatan pelajaran, kaedah atau cara belajar, situasi persekitaran dan peraturan sekolah, serta kepentingan

15

mata pelajaran terhadap masa depan kerjaya mereka. Program orientasi merupakan salah satu cara yang sesuai untuk mencapai matlamat ini. Harus juga diwujudkan peluang-peluang untuk setiap murid mengembangkan daya kebolehan mengikut kemampuan dan kebolehan mereka. Untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, perlulah ada rancangan pelajaran mulai dari peringkat awal pembelajaran. Dalam hal ini, murid perlu diberi bimbingan untuk aktiviti pelajaran yang sesuai mengikut kebolehan dan minat masing-masing. Jadi, peranan guru di sini ialah memberi kesedaran kepada semua murid di peringkat awal, sehingga mereka berjaya menanamkan sikap suka belajar dalam diri mereka. Ini akan membawa pencapaian objekif pelajaran dengan berkesan. Peranan guru yang lain ialah mengesan masalah atau keadaan-keadaan yang tidak memuaskan yang boleh menjejaskan pencapaian akademik para murid, di samping mengembangkan peribadi dan sosial para murid serta memberi bimbingan dan kaunseling mengenainya. Pada bila-bila masa, tiap-tiap individu sering menghadapi kesulitan yang berpunca dari dalaman diri sendiri, wujud konflik dalam jiwa, kekecewaan, rasa tersingkir, merendah diri dan bosan dalam kehidupan dan pelajaran. Semua ini merupakan gejalagejala tidak sihat yang memerlukan bimbingan daripada guru kaunselor. Masalah atau konflik yang dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah perlu mendapat perhatian dan bantuan daripada guru. Bimbingan ini membantu individu mengatasi masalah-masalah peribadi akibat kekurangan kemampuan individu untuk menyesuaikan diri dengan aspekaspek perkembangan yang begitu cepat. Masalah kejutan budaya, krisis keluarga, persahabatan jantina, soal kewangan dan kerjaya adalah antara masalah yang memerlukan bimbingan guru. Guru harus menolong murid membentuk tabiat kerja yang baik dan menghargai kerja yang diamanahkan. Ini bermakna guru harus membantu murid memupuk tabiat melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan sempurna. Guru memainkan peranan sebagai kaunselor, haruslah bekerjasama dengan ibu bapa dalam hal perkembangan murid, khasnya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Guru haruslah berkenal mesra dengan ibu bapa dan murid supaya dapat mengetahui latar belakang murid sekolahnya. Butir-butir penting hendaklah dicatatkan sebagai panduan untuk guru. Guru haruslah menyediakan kad rekod himpunan. Tujuan menyediakan kad rekod himpunan ini adalah untuk mengetahui butir-butir lengkap tentang maklumat pelajar serta latar belakang mereka. Dalam rekod ini, guru dapat mengatur rancangan pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk murid-murid tersebut. Kad rekod himpunan 16

merupakan suatu sistem untuk merekod butir-butir murid dari semasa ke semasa. Ini membolehkan guru mengenali setiap murid dengan lebih dekat dan memahami masalah mereka serta memudahkan guru memberi bimbingan dan kauseling untuk mereka.

6.0 Pemilihan Terapi dan Justifikasi


6.1 Terapi seni Pemilihan terapi seni adalah kerana Terapi seni ini boleh dijadikan sebagai alat diagnosis untuk menganalisis lambang visual seperti lukisan. Melalui terapi seni ini juga kita boleh membina kemahiran sosial, mengubah tingkah laku, meningkatkan kesedaran diri serta menyelesaikan konflik emosi Melalui ekspresi seni klien dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia senimelalui rekabentuk seni luar Antara kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas terutama bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah: 1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar 2. Meluahkan perasaan 3. Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti 4. Menguatkan daya imaginasi 5. Menguatkan motor kasar dan motor halus 6. Memperkembangkan bakat yang sedia ada 7. Menghayati nilai seni 6.2 Terapi bercerita Bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo serta mengenali kanakkanak dengan lebih mesra lagi. Semasa bercerita, kanak-kanak berkongsi maklumat penting 17

mengenai diri serta keluarga mereka. Melalui cerita yang disampaikan,oleh klien dapat melahirkan perasaan terpendam. Hasilnya, guru kaunseling dapat memahami konflik kanakkanak.

Melalui tema yang menjelma atau berulang semasa analisis, guru kaunseling dapat memahami perasaan mereka serta perjuangan mereka dengan lebih dekat lagi. Melalui terapi cerita juga nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak yang mempunyai motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah. Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan hidup emosi dalaman. Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka memahami perasaan tersebut. Dengan mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah harian. Di samping itu, menndengar cerita dapat menyediakan pengalaman hadapan. Bercerita dengan teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi pendengar, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu. Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang serupa dalam kehidupannya. 6.3 Terapi bermain Terapi ini digunakan kerana ia merupakan cara ekspresi kanak kanak yang semula jadi digunakan sebagai cara teraputik bagi membantu kanak kanak itu menangani trauma dan stres. Malah, ia sangat sesuai untuk menangani masalah tingkah laku agresif dan emosi yang mengganggu cara kanak kanak berfungsi secara normal. Terapi ini dapat diperhatikan melalui cara klien mengorganisasikan dan bermain dengannya. Klien berkomunikasi dengan pemikiran dan perasaan dalam cara yang lebih natural melalui aktiviti bermain berbanding dengan melalui komunikasi verbal. Hal ini kerana, klien dapat memanipulasi dunia mereka pada skala yang lebih kecil dan ia bukanlah sesuatu yang tidak akan dapat dilakukan dalam persekitaran seharian klien tersebut.

18

Selepas mereka selesai bermain, guru akan menerang rasional aktiviti tersebut dijalankan. Ia adalah penting bagi menukarkan persepsi klien tentang masalah yang dihadapi murid. Guru menggunakan perumpamaan patung yang di mainkan oleh klien tentang masalah dan konflik dapat diselesaikan dalam keadaan tenang. Walaubagaimana pun, guru kaunseling sekadar memberi perumpamaan atau nasihat kepada klien. Ia bergantung kepada klien sendiri untuk menilai setiap penerangan guru kaunseling.

7.0 Pemilihan Kemahiran Asas dan Justifkasinya


7.1 Kemahiran Membina Perhubungan Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antarakaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap initermasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenangdengan memberikan tanggapan pertama yang positif.Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah lakuyang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran initerdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alamsekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilandiri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nadasuara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling 7.2 Kemahiran Berempati Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang. Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh murid/ klien tersebut. Dengan ini, klien akan merasakan bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar yang baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya kerana kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya. Emosi seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua. Jadi, untuk menguasai kemahiran ini terlebih dahulu, kaunselor perlu berupaya untuk membezakan antara emosi dan sikap. 7.3 Mendengar dengan aktif Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar 19

semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. 7.4 Membuat interpretasi Keadaan dimana kaunselor menjelaskan makna apa yang telah dibincangkan dan apa isu tersirat yang klient tidak Nampak semasa berbincang. Ia merupakan suatu proses aktif dimana kaunselor menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut kefahaman kaunselor dari perspektif yang baru, kemahiran ini bererti memberi penghuraian kepada klien supaya klien dapat melihat perkara dari sudut perspektif yang berbeza. 7.5 Parafrasa Merupakan kemahiran mengulang ayat klient tanpa mengubah makna asal. Ia bertujuan untuk mendapatkan kepastian dan menyatakan bahawa kaunselor faham dengan apa yang dinyatakn oleh klient. Selain itu ia juga adalah respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkahlaku klien, pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam ayat yang agak pendek, kebiasaannya, prafrasa melibatkan penggunaa

20

8.0 Penutup Secara keseluruhannya Pembangunan serta pemesatan teknologi yang sedang dialami oe h negara samada secara langsung mahupun tidak langsung telah mengundang pelbagai perubahan serta kesan sampingan kepada masyarakat. Hasil daripada perkembangan dan kemajuan ini telah menimbulkan pelbagai kesan sosiopsikologikal kepada masyarakat. Selari dengan perkembangan ini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat diperlukan bagi membantu pengurusan kehidupan serta mencari kesejahteraan dalam kehidupan murid di sekolah.

21

BIBLIOGRAFI Buku 1) Mok Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KLPI. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 2) L. Derville. (1981). Penggunaan Psikologi dalam Pengajaran. Selangor. Longman Malaysia Sdn. Bhd. 3) Mok Soon Sang. (2011). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 4) Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Cerdik Pandai Publicatian Sdn. Bhd.

Laman Web 1) http://sbhs87.blogspot.com/2011/10/punca-punca-gengsterisme-dalam-kalangan.html) 2) http://matyusoff.blogspot.com/2010/05/kajian-masalah-disiplin-dalam-kalangan.html 3) http://psikologidplimu2012.blogspot.com/2012/08/terapi-terapi-kaunseling-danbimbingan.html

22

REFLEKSI
Syukur Alhamdulillah kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak- Kanak. Mengikut kepada soalan tugasan, saya dikehendaki menghasilkan satu tugasan berbentuk ilmiah mengenai masalah salah laku dalam kalangan murid di sekolah rendah. Tugasan dipecahkan kepada 2 bahagian. Bahagian A ditugaskan untuk mengenal pasti satu masalah dalam kalangan murid dan buat satu program intervensi bimbingan kelompok. Bahagian B pula ditugaskan untuk menghasilkan satu penulisan esei mengenai peranan guru biasa dalam membantu guru Bimbingan dan Kaunseling bagi menangani 3 permasalahan yang telah dikenal pasti dan bagi justifikasi pemilihan terapi dan kemahiran asas kaunseling yang digunakan. Setelah mendapat tugasan ini, pensyarah saya iaitu Puan Noorizan Baba telah memberikan sedikit taklimat, oleh itu sedikit sebanyak saya dapat memahami kehendak tugasan. Berdasarkan tugasan ini banyak manfaat yang dapat saya peroleh. Manfaat yang paling utama saya perolehi ialah setelah melakukan tugasan ini, sedikit sebanyak saya dapat mengetahui cara menangani masalah salah laku murid dengan menggunakan terapi yang telah dipelajari. Pelbagai terapi yang boleh digunakan untuk meneroka permasalahan murid bagi membantu murid-murid dalam menyelesaikan permasalahan mereka. Sesungguhnya, melalui tugasan ini manfaat besar telah saya peroleh iaitu menambahkan penguasaan dan pemahaman saya terhadap bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Sepanjang menyiapkan tugasan ini terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi. Antaranya ialah saya keliru dengan arahan tugasan yang diberikan. Pada mulanya, saya bertanya kepada rakan yang lain, namun mereka juga sama seperti saya. Namun begitu masalah ini dapat kami selesaikan dengan penerangan daripada pensyarah. Selain itu kekangan yang saya hadapi ialah kesibukan dengan aktiviti sekolah. Ini kerana pada semester 23

ini semua pelajar semester 7 perlu menajalankan praktikum selama 3 bulan di sekolah. Pelbagai aktiviti sekolah yang terpaksa kami ikuti semasa di sekolah. Oleh itu, masa yang diperuntukkan untuk membuat tugasan ini amat terhad. Namun begitu kekangan ini dapat saya atasi. Kekangan lain yang kami hadapi ialah dalam memikirkan rasional tentang setiap pemilihan terapi dan kemahiran asas kaunseling. Pada mulanya begitu sukar tetapi dari hasil perbincangan dan merujuk nota-nota, Alhamdulillah saya dapat menyiapkan tugasa yang diberikan ini.

Secara keseluruhannya, tugasan ini memberikan banyak faedah kepada saya terutamanya dari segi pengetahuan tentang Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak yang mana pengetahuan ini dapat saya gunakan di sekolah kelak ketika menguruskan masalah salah laku murid. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya kepada rakan saya kerana banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini dan juga kepada pensyarah saya iaitu Puan Noorizan Baba yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan semasa saya menyiapkan tugasan ini

Sekian, terima kasih.

(...........................................) MOHD ARIF BIN RAZALI

24

You might also like