You are on page 1of 26

TUGASAN A: PENULISAN AKADEMIK

1.0 Pengenalan Sewaktu menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Cheras pengkaji mendapati pelbagai masalah murid yang dihadapi oleh pihak sekolah. Antaranya ialah bergaduh, merokok, penyalahgunaan dadah, vandalisme, cinta monyet, gangguan seksual, malas, ponteng sekolah atau ponteng kelas dan sebagainya. Hal ini berikutan, kebanyakkan murid murid yang bersekolah di sekokah ini tinggal di kawasan rumah flat. Oleh itu, pelbagai masalah yang timbul di persekitaran murid murid. Terdapat masalah yang berasal daripada ibu bapa seperti penceraian, penderaan malah ada ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang anak anak kerana terlalu sibuk mencari nafkah. Malah, ada juga masalah yang berpunca daripada terpengaruh dengan persekitaran dan media massa yang kini sering memaparkan tayangan hiburan. Pengkaji memilih untuk mengkaji tentang salah laku gaduh di kalangan murid sekolah rendah. Hal ini berikutan, sekiranya tidak dibendung akan menyebabkan isu yang lebih besar berlaku. Sebagai contoh, seorang pelajar dari sekolah di Sungai Petani telah meninggal dunia kerana dibelasah oleh pelajar senior di sekolah tersebut. Oleh itu, penerokaan tentang masalah murid murid yang terlibat amat penting bukan sahaja megurangkan masalah disiplin tetapi juga keperluan murid tersebut dalam menghadapi hari mendatang yang serba mencabar. Pengkaji mendapati terdapat beberapa orang murid yang didapati sering bergaduh dan kadang kala menyebabkan kecederaan. Murid murid yang

dikenalpasti ini berada di dalam lingkungan umur sepuluh hingga dua belas tahun. Walaupun bagi memastikan kawalan bagi kaunseling kelompok lebih terkawal, maka lima orang sahaja murid di bagi setiap kelompok.

Walaubagaimana pun, hanya satu kumpulan kelompok kaunseling sahaja yang digunakan untuk melengkapkan tugasan ini. Guru bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama guru biasa iaitu pengkaji telah melakukan beberapa sesi intervensi bagi menenalpasti dan mencari alternative bagi menyelesaikan masalah.

2.0 Intervensi 2.1 Prasesi Langkah ini merupakan langkah yang sangat penting. Hal ini kerana, segala perancangan dan pemilihan aktiviti serta matlamat ditentukan pada langkah. Oleh itu, guru perlu merancang dengan teliti supaya matlamat yang ingin diperolehi dapat dicapai pada masa yang ditetapkan. Tujuan dan objektif kelompok kaunseling semestinya mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid iaitu sering bergaduh. Antara langkah dan perkara yang boleh dilakukan oleh guru pembimbing untuk membantu guru kaunseling untuk prasesi ialah:2.1.1 Mengumpul Maklumat Sebagai permulaan,guru hendaklah mengumpul maklumat yang lengkap daripada guru bilik darjah mengenai murid - murid yang bermasalah. Maklumat maklumat berkaitan seperti umur, jantina, kaum, latar belakang dan lain lain dikumpul bagi boleh membantukan guru bimbingan dan kaunseling lebih mengenali murid murid tersebut. Malah dangan adanya maklumat tersebut, guru boleh mengenalpasti masalah dan membuat inferens tentang punca masalah murid tersebut. Hal ini dapat dikumpul sama menggunakan teknik ujian iaitu ujian pencapaian dan ujian sikap manakala bagi teknik bukan ujian, guru menggunakan teknik pemerhatian dan temubual 2.1.2 Menyediakan Tempat Kaunseling Kelompok Yang Teraputik Guru pembimbing boleh membantu guru kaunseling dalam

menyediakan tempat mengadakan kaunseling berada dalam keadaan teraputik dengan menghias supaya kelihatan menarik dan selesa. Guru juga boleh menyediakan barang barang yang diperlukan di dalam sesi. Hal ini bagi memastikan aktiviti dapat dijalankan dengan lancer tanpa sebarang gangguan. 2.1.3 Penetapan Masa Guru pembimbing bersama sama guru bimbingan dan kaunseling akan merancang aktiviti aktiviti yang bersesuaian dan hasilkan jadual untuk mereka. Hanya 1 jam seminggu yang diperuntukkan bagi setiap 3

sesi. Hal ini kerana, masa yang diperuntukkan ini sesuai bagi klien yang dipilih iaitu berada di dalam lingkungan umur 10 hingga 12 tahun. Mereka akan mempunyai masa yang cukup untuk memahami dan mempraktikkan perkara yang dipelajari dalam kelompok dan pada masa yang sama, jangka masa itu mengekalkan kesungguhan, minat dan deria ingin tahu mereka. Masa yang sesuai untuk diadakan sesi tersebut ialah selepas waktu sekolah. Hal ini bagi mengelakkan daripada mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran mereka. 2.1.4 Pemilihan Ahli Dan Bilangan Murid murid tersebut dipilih mengikut masalah yang dihadapinyaiai tu salah laku bergaduh dan dikelompokkan supaya guru kaunseling berupaya memberi pertolongan kepada lebih ramai pelajar. Murid tersebut kemudiannya akan dipujuk untuk menyertai kaunseling kelompok. Hal ini bagi mendapat kerjasama yang jitu daripada mereka. Murid murid

tersebut akan dibentuk dalam kumpulan berlima. Hal ini kerana, mereka tersebut mempunyai masalah yang berat iaitu bergaduh. Murid yang agresif dank keras tidak harus diletakkan dalam kelompok yang besar. Mereka memerlukan perhatian yang lebih dan bimbingan.

2.2 Sesi Satu ( Permulaan) Langkah pertama yang diambil oleh guru kaunseling bagi membantu klien ialah berkenalan antara satu sama lain. Perkenalan tersebut akan dimulakan oleh guru kaunseling secara ringkas barulah diikuti oleh ahli ahli yang lain. Di sini, guru pembimbing dan kaunseling akan menjadi ketua kelompok dan bertindak lebih aktif bagi menggalakkan klien menggambil bahagian dalam aktiviti dan mengenepikan perasaan ragu ragu.

Guru kaunseling: Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini merupakan pertama kali kita bertemu. Pastinya ada di antara kita yang sudah mengenali antara satu sama lain. Namun, saya mahu kita lebih mengenali. Nama saya Ahmad Ammar bin Ahmad Amran. Saya tinggal di Taman Jasmin dan mempunyai empat orang adik beradik. Bolehkah kamu memperkenalkan diri kamu? Saya mahu kamu beritahu nama penuh, tempat tinggal dan bilangan adik beradik kamu.

Guru kemudiannya akan menerangkan matlamat yang perlu dicapai oleh mereka setelah tamat sesi di samping peraturan - peraturan yang perlu dipatuhi oleh mereka. Antaranya mereka perlu mengikuti sesi sesi yang telah dijadualkan secara teratur tanpa ponteng. Mereka juga perlu menjaga kerahsiaan sepanjang mereka mengikuti sesi tersebut. Peraturan peraturan tersebut akan digantung bagi memberi peringatan kepada mereka. Disebabkan kaunseling kelompok ini merupakan jenis tertutup, Para klien diberitahu pada peringkat awal lagi bahawa sesuatu yang bermula pasti akan berakhir begitu jugalah dengan proses kelompok ini akan ditamatkan apabila matlamat telah dicapai. Hal ini supaya klien tidak terkejut dan berasa hampa apabila kelompok itu berakhir. Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dalam sesi ini iaitu membina hubungan antara klien. Dalam sesi ini, aktiviti yang dilakukan ialah ice-breaking. Antara aktiviti yang dilakukan ialah nama berantai, dan kumpulanku. 2.2.1 Prosedur Aktiviti Ice Breaking 2.2.1.1 Nama Berantai 1. Guru meminta klien membentuk satu bulatan.

2. Guru memulakan dengan memperkenalkan nama penuhnya dan nama panggilan secara berbisik kepada klien pertama. 3. Gerak kerja ini dilakukan secara bergilir gilir dengan memberitahu nama guru kaunseling dan nama sendiri kepada rakan sebelah. 4. Tukar rakan sebelah dan ulang aktiviti tersebut. 2.2.1.2 Kumpulanku 1. Pecahkan kumpulan kepada beberapa kumpulan berdasarkan : Bulan kelahiran yang sama Pangkal nama mengikut abjad Minat

2. Setiap kali berkumpul, minta peserta bermesra antara satu sama lain. Selepas selesai melakukan aktiviti ice-breaking, guru meminta murid membuat rumusan. 2.3 Sesi Dua (Konflik Dan Pertentangan) Pada langkah ini, guru perlu mengenalpasti masalah dan menganalisis sebab dan faktor sebenar masalah yang dihadapi oleh setiap murid. Untuk langkah ini, guru bimbingan dan kaunseling dan pengkaji telah memilih untuk menggunakan terapi seni .

2.3.1 Peralatan Dan Bahan Guru akan menyediakan peralatan peralatan seperti: Kertas Berus Cat pelbagai warna Krayon pelbagai warna

2.3.2 Prosedur Melaksanakan Terapi Seni 1. Murid diminta melukis ekspresi muka tanpa memberitahu rakan mereka. 2. Guru kaunseling bertanyakan beberapa soalan mengenai lukisan yang dilukis klien.

Contoh perbualan Guru kaunselor: cantik lukisan kamu? Kenapa kamu lukis ekspresi muka ini? Rashid : saya suka muka ni.

Guru kaunselor : adakah kamu sedang marah? Rashid : ya

Guru kaunselor : kenapa kamu terlibat dalam pergaduhan itu?

Rajah 1.0 Contoh hasil kerja murid Guru mengumpulkan maklumat yang diperolehi daripada tingkah laku murid dan respon murid.

2.4 Sesi Tiga (Perkembangan Dan Persepaduan) Pada sesi seterusnya, guru menggunakan terapi bercerita bagi memberi ruang kepada murid murid untuk menceritakan masalah yang dihadapi mereka melalui cerita yang disampaikan.

2.4.1 Peralatan Dan Bahan Guru akan menyediakan peralatan dan bahan: anak patung/ boneka haiwan latar belakang kisah Momo dan Bobo perakam video

Kisah Momo dan Bobo Pada zaman dahulu, di dalam sebuah hutan, tinggal seekor arnab yang suka marah bernama Momo. Setiap hari, dia akan bermain dengan rakannya, Bobo seekor gajah. Pada suatu hari, permainanan Momo telah dipinjam oleh Bobo. Momo berasa sangat

marah kepada Bobo. Dia cuba merampas permainan tersebut daripada Bobo tetapi
tidak berjaya kerana Bobo berbadan besar. Disebabkan terlalu marah, dia memukul Bobo dengan sebatang kayu. Namun, Momo sempat dihalang oleh Pak Belang, jiran Momo.Selepas kejadian itu, mereka tidak berkawan lagi. Pada pendapat kamu, apakah perkara yang akan berlaku seterusnya?

2.4.2 Prosedur Terapi Bercerita 1. Guru bimbingan dan kaunseling akan menceritakan tentang kisah Momo dan Bobo kepada klien dengan bantuan boneka haiwan. 2. Klien kemudiannya akan menyambung kisah tersebut mengikut versi mereka sendiri atau mengikut pengalaman hidup mereka. 3. Cerita yang disampaikan oleh mereka dirakam supaya mereka boleh melihat kembali lakonan mereka.

Atan : Momo pun bermain seorang diri dengan permainan tersebut. Bobo cuba berbaik baik dengan Momo tetapi Momo tidak melayannya kerana Bobo jahat. Guru kaunseling: (sambil menganguk)hmm. Maksud kamu Momo tidak suka berkawan dengan Bobo kerana dia mengambil barang Momo?

Kamal : Momo tidak berbaik dengan Bobo. Begitu juga dengan Bobo.......tapi kadangkala Momo berharap Bobo datang semula bermain dengannya. Momo rasa menyesal.

Sambil mendengar cerita yang disampaikan oleh klien, guru kaunseling akan peka pada beberapa elemen berikut:1. Siapalah watak utama, wira dan watak jahat dalam cerita tersebut? 2. Apakah peristiwa utama dan peristiwa sampingan dalam cerita tersebut? 3. Apakah perkaitan antara watak dan peristiwa diperihalkan? 4. Bagaimanakah cerita ini merentas masa? 5. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh klien dalam cerita ini? Pada akhir sesi, guru kaunseling berbincang dengan klien apakah penyelesaian terbaik yang perlu dilakukan oleh Momo dan Bobo untuk menjernihkan hubungan mereka.

2.5 Sesi Empat (Perkembangan Dan Persepaduan) Untuk sesi ini, guru bimbingan dan kaunseling telah memilih Terapi Bermain iaitu aktiviti perasaan botol.

Rajah 1.2 menunjukkan hasil kerja aktiviti perasaan botol

Guru akan menyediakan peralatan dan bahan: 1 botol plastik 500 ml Sabun cecair Batu kecil warna, kulit kerang, pasir halus Serbuk warna (glitter) Pewarna biru makanan Gam UHU

Prosedur aktiviti 1. Guru kaunseling dan klien akan berbincang tentang perasaan yang dialami oleh klien. Guru kaunseling : mahukah kamu meletakkan perasaan yang kamu alami sekarang di suatu tempat yang istimewa

2. Tanggalkan label plastik pada botol plastik. Masukkan tersebut.

air ke dalam botol

3. Masukkan dua titik sabun cecair ke dalam botol tersebut. 4. Minta klien seorang demi seorang untuk mengambil 5 10 barang seperti batu kecil, batu warna , kulit kerang dan pasir halus ke dalam botol. Sewaktu

10

klien memilih barang tersebut, minta mereka menjelaskan maksud yang mewakili setiap barang yang diambil untuk dimasukkan ke dalam botol. Guru kaunseling : Cantik barang barang yang kamu pilih untuk diletakkan di dalam botol ini. Kenapakah kamu memilih batu berwarna gelap dan kerang yang pecah ini?

5. Masukkan sedikit serbur warna (glitter) ke dalam botol dan minta klien ceritakan perasaan yang mewakili setiap kali serbuk warna ditambah. 6. Masukkan beberapa titik pewarna biru makan. 7. Gamkan penutup botol dengan gam UHU supaya air tidak terkeluar. 8. Guru kaunseling meminta klien supaya menggambarkan diri sama seperti botol tersebut. Guru kaunseling : Cuba kamu lihat botol yang kamu masukkan barang barang yang kamu pilih. Pada pendapat kamu cantik atau tidak hasil kerja yang kamu lakukan. Baiklah, bayangkan boto tersebut adalah kamu dan goncang botol. cuba gambarkan apa perasaan kamu sekarang?

Guru kaunseling akan cuba mencari pentafsiran bagi setiap perilaku dan cerita yang disampaikan oleh klien dan. Kemudian,guru menerangkan rasional sebenar botol tersebut. Guru kaunseling : Letakkan botol tersebut supaya tidak berkocak. Cuba lihat botol itu. Nampak tenangkan? Sebenarnya kehidupan kita ini tenang sama seperti botol tersebut. Walaubagaimana pun, kehidupan kita kadang kala diwarnai dengan pelbagai perasaan. Gembira, sedih, marah dan semua perasaan tersebut menyebabkan kehidupan bercelaru sama seperti botol yang digongcang.(sambil mengoncang botol). Namun apabila botol tersebut diletakkan semula ia akan tenang semulakan. Begitu juga kehidupan ini, perasaan marah dan benci akan hilang sekiranya kita cuba berfikiran tenang. Jangan terlalu mengikut perasaan. Nanti badan merana.

11

2.6 Sesi Lima (Hasil) Pada sesi ini, para klien telah mencapai peringkat hasil iaitu peringkat di mana ada ahli yang mempuyai kebolehan untuk memimpin dan kebolehan mereka diterima tanpa banyak soal daripada ahli yang lain. Oleh itu, peranan guru kaunseling akan berubah kepada ahli biasa. Disebabkan hubungan yang rapat antara ahli telah terjalin, ahli ahli berasa yakin untuk mengkritik dan berbincang dengan terus terang. Ia dapat dijalankan melalui perbincangan dalam satu bulatan di tempat yang teraputik. Di dalam sesi ini, klien diminta untuk menyenaraikan seberapa banyak alternatif yang dapat dilakukan bagi mengurangkan rasa marah dan mengelakkan pergaduhan. Mereka berbincang bersama sama agar mendapat kesepakatan. Kemudian, setiap ahli akan memilih alternatif yang paling sesuai bagi mereka dan menjelaskan faktor dia memilih alternatif tersebut. Hal ini penting supaya klien memilih faktor tersebut sekadar mengikut ahli yang lain tetapi tahu kemampuannya dalam melaksanakannya. 2.7 Sesi Enam (Penamatan)

Sesi ini merupakan pertemuan terakhir antara guru kaunseling dan klien klien dalam kaunseling kelompok ini. Pada sesi ini, klien diminta membuat refleksi mengenai perkara yang diperolehi sepanjang sesi yang telah dilalui oleh mereka. Kemudian, perbincangan dibuat bagi melihat sama ada matlamat yang telah ditetapkan pada sesi pertama tercapai atau tidak dan melihat keberkesanan alternatif yang dipilih sewaktu sesi lima. Pada tempoh ini, klien akan berasa sedih untuk berpisah disebabkan hubungan yang mesra yang telah terjalin dan ada juga yang cuba memperkenalkan masalah baru. Walaubagaimana pun, permintaan tidak dapat dipenuhi kerana tarikh tamat telah ditetapkan. Hal ini bagi mengelakkan daripada terlalu bergantung kepada guru kaunseling apabila menghadapi masalah. Bagi memastikan salah laku gaduh tidak diulangi dan tingkah laku baru yang positif dapat diterapkan di dalam diri klien, perjanjian atau kontrak ditandatangani bersama sama. Hal ini sebagai 12

pengukuhan kepada mereka. Akhir sekali, guru membuat kesimpulan keseluruhan terhadap sesi yang telah dijalankan. 2.8 Susulan Untuk langkah susulan, guru bimbingan membuat pemantauan tentang perkembangan klien. Hal ini bagi melihat sama ada mereka masih berada di takuk yang sama atau berubah ke arah positif. Ia juga dapat dilakukan dengan menemubual guru guru yang mengajar klien dan rakan rakan di dalam bilik darjah. Hal ini bagi memastikan perubahan klien yang dipantau oleh guru bimbingan dapat disahkan.Guru juga boleh menemui klien itu sendiri bagi menentukan alternatif yang dipilih oleh klien itu sesuai atau tidak bagi dirinya di samping melihat perkembangan mereka. Hal ini kerana, guru dan rakan tidak mengetahui suasana atau situasi yang dihadapi oleh klien sewaktu di rumah. Langkah susulan juga penting kerana ia menunjukkan bahawa guru kaunseling mengambil berat dan berharap klien betul betul berubah ke arah positif. 3.0 Penutup Peringkat perkembangan kaunseling kelompok yang dirancang tidak semestinya berlaku sama dalam tiap tiap kelompok terutama kes salah laku gaduh. Kadang kala ia bergantung kepada jenis ahli dan ketua kelompok itu. Walaubagaimana pun, ada sifat sifat yang sama akan timbul dengan sendirinya. Memang menjadi kebiasaan ahli kaunseling kelompok akan mengalami perasaan was was, curiga dan rasa tidak percaya pada peringkat awal pertemuan. Namun apabila rasa mesra timbul di antara mereka telah terbina, banyak masalah dan kebimbangan akan diceritakan dengan terus terang. Apabila mereka telah Berjaya mencapai sebahagian daripada matlamat yang ditetapkan, mereka rasa gundah apabila berlaku perpisahan. Yang paling menyeronokkan ialah kepuasan yang dicapai apabila mereka merasa pengalaman dalam kelompok mereka.

13

TUGASAN B: PENULISAN KRITIK

1.0 Pengenalan 14

Kajian bagi salah laku fizikal memberikan tumpuan kepada tiga jenis salah laku iaitu salah laku buli, salah laku bergaduh dan salah laku kelucahan yang dilakukan oleh murid ketika berada di sekolah. Salah laku bergaduh merupakan suatu masalah yang berat dan tidak boleh dipandang ringan oleh murid. Hal ini turut dikaitkan dengan perlakuan agresif. Menurut Azizi (2004), agresif ialah sebarang tingkah laku yang dirancang untuk mencederakan orang lain, iaitu tingkah laku yang harus dielakkan. Reed & Baali, (1972) menjelaskan bahawa tingkah laku agresif ialah tingkah laku yang berlainan daripada norma-norma biasa yang telah ditetapkan oleh institusi tertentu. Kelainan ini mungkin boleh diterima atau tidak boleh diterima oleh masyarakat.Kekecawaan, kejengkelan, dan serangan semuanya mudah menyebabkan seseorang itu berasa marah. Perasaan marah ini adalah satu daripada unsur yang penting untuk menghasilkan tingkah laku agresif. Biasanya seseorang yang marah lebih cenderung untuk bersikap agresif. Ada juga seseorang itu bertindak agresif tanpa merasa agresif. Oleh itu, faktor untuk mengawal tingkah laku agresif sama penting dengan menimbulkan perasaan agresif. Pengetahuan lampau merupakan mekanisme penting untuk menentukan manusia yang bertingkah laku agresif.

2.0 Punca masalah Banyak faktor yang yang menyebabkan berlakunya pergeseran dan perselisihan antara murid. Ada murid yang mengalami tekanan emosi dan

pelajar jenis ini akan mudah tersentuh dan tersinggung. Pergaduhan berlaku sekiranya seseorang pelajar itu mengganggu, mengejek, dan mengusik rakannya di dalam bilik darjah. Kejadian boleh berlaku semasa guru sedang mengajar ataupun berada di luar bilik darjah. Pelajar yang suka bergaduh adalah disebabkan oleh konflik rumahtangga, terpengaruh dengan keadaan yang berlaku di sekitar, keganasan yang dilihat daripada media massa elektronik, bergaul dengan pelajar nakal yang suka mengusik pelajar lain dan sebagainya. Di dalam kes klien kaunseling kelompok ini, pengkaji mendapati mereka bermasalah disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satunya ialah mereka tidak dapat menguruskan emosi dengan baik terutama perasaan marah. Mereka mudah melenting apabila diusik dan melepaskan kemarahan mereka sama ada 15

merosakkan harta atau mencederakan orang lain. Apabila diselidik dengan lebih mendalam didapati klien tersebut mempunyai masalah dengan ibubapa. Ada juga yang terlibat di dalam pergaduhan ini kerana terlalu terikutkan kawan kawan atau media massa yang sering menunjukkan aksi berbahaya.

3.0 Kesan masalah Banyak kesan negatif yang akan timbul sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja. Antaranya ialah murid tersebut sukar mendapat kawan. Hal ini berikutan, rakan rakan yang berada di sekitarnya tidak suka berkawan dengannya. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan kemahiran sosial murid tersebut kurang. Oleh itu, sikap agresif tersebut semakin menjadi jadi. Selain itu, jika tidak diberi penekanan ia boleh menyebabkan timbul rasa dendam di dalam diri klien. Ini akan menyebabkan tingkah laku melibatkan fizikal , mengakibatkan kecederaan sama ada cedera ringan atau parah malah terdapat kes yang lebih serius menyebabkan kematian. 4.0 Kaitkan masalah dengan budaya dan pembelajaran di sekolah Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Guru Malaysia memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Budaya dan pembelajaran di sekolah turut menjadi salah satu punca masalah ini berlaku. Antaranya ialah terdapat guru yang tidak menerapkan budaya kasih sayang dan tolak ansur sesama pelajar. Budaya tersebut seharusnya diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan perlu diberi penekanan pada langkah penutup. Budaya tersebut tidak hanya di dalam bilik darjah sahaja tetapi 16

juga boleh diterapkan di luar bilik darjah. Sebagai langkah pertama, guru perlu menjadi tauladan kepada murid murid. Faktor lain ialah pihak sekolah tidak bersikap tegas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah. Hal ini mungkin disebabkan bagi menjaga kepentingan tertentu sama ada hubungan dengan ibu bapa atau bagi menjaga nama baik sekolah. Hal ini seharusnya tidak berlaku dan ia mencemarkan kualiti sekolah sebagai institusi pendidikan. Seharusnya pihak sekolah perlu bersikap tegas dan telus supaya keadilan kredibiliti pihak sekolah tidak diragui. Selain daripada itu,guru tidak memainkan peranan dalam mencegah dari perkara tersebut iaitu bergaduh daripada berlaku. Antara tindakan yang

berkemungkinan menyebabkan kes tersebut berlaku ialah mentinggalkan murid bersendirian di dalam kelas tanpa pengawasan guru atau pengawas. Malah, apabila berlaku pergaduhan guru tidak mengambil inisiatif dengan mendamaikan murid yang bergaduh. Ini boleh mengelakkan rasa dendam dalam diri murid. 5.0 Peranan guru biasa Guru biasa kini bukan sahaja berperanan dalam menguruskan pengajaran dan pelajaran sahaja tetapi juga berperanan sebagai seorang guru pembimbing. Seperti yang telah diketahui, bilangan murid di sekolah adalah berbeza bagi setiap sekolah dan keperluan guru bimbingan dan kaunseling tidak mencukupi mengikut quota murid. Oleh itu, Seorang pembimbing guru akan memberi

nasihat dan bantuan kepada murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi. Oleh itu, setiap guru sama ada guru biasa atau guru kaunseling perlulah memainkan peranan mereka dalam meningkatkan kebajikan murid murid mereka. Jika didalami dengan betul, terdapat perbezaan di antara guru biasa dengan guru bimbingan dan kaunseling. Perbezaan tersebut ialah guru biasa tidak menghadiri kursus bimbingan atau tidak mempunyai kelayakan dalam bimbingan dan kaunseling yang melayakkan mereka menjadi kaunselor. Walaupun begitu, guru biasa pernah didedahkan dengan konsep bimbingan dan kaunseling. Sama ada sedar atau tidak sebenarnya, guru biasa turut terlibat dalam bimbingan terutamanya sewaktu P&P berjalan.

17

Antara tugas guru biasa sebagai guru bimbingan ialah membimbing murid di bawah jagaannya. Perkara yang boleh dilakukan oleh guru adalah membimbing murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah, peraturan, dan tatatertib terutama pada awal

persekolahan. Hal ini penting kerana ketika itu, murid menghadapi masalah dan keliru apabila memasuki situasi pembelajaran baru dan dalam masa yang sama mereka perlu menyesuaikan diri dengan situasi baru. Selain daripada itu, peranan guru biasa ialah mengenal pasti murid murid yang bermasalah kepada gur bimbingan dan kaunseling. Hal ini penting bagi memberi bantuan kepada murid murid tersebut bagi mencari penyelesaian untuk menghadapi masalah tersebut. Hal ini kerana, masa usia ini, murid masih tidak mampu membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Biasanya keputusan dibuat oleh ibu bapa atau orang yang lebih dewasa daripada mereka. Dengan berjumpa guru kaunseling, mereka akan dibimbing untuk belajar cara membuat keputusan sendiri. Ini penting untuk masa hadapannya. Peranan lain ialah menyediakan sokongan dan dan bantuan untuk program bimbingan dan kaunseling di sekolah. Antaranya ialah menampal program yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling di bilik darjah, memantau perkembangan murid, melaporkan perkembangan murid bermasalah dan sebagainya. Tugas ini biasanya tidak berat dan ianya sejajar dengan tugas guru sebagai pengajar. Di samping itu, guru juga perlu sentiasa mengemas kini dan melengkapkan maklumat dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, maklumat maklumat tersebut sangat penting untuk kegunaan guru bimbingan dan kaunseling. Maklumat tersebut digunakan sebagai rujukan bagi menyelesaikan masalah. Contoh maklumat ialahmaklumat murid, alamat rumah, latar belakang, dan sebagainya. Ini membolehkan guru mengenali murid murid dengan lebih dekat dan memahami masalah mereka serta memudahkan guru memberi bimbingan kepada mereka. Guru harus menolong murid membentuk tabiat kerja yang baik dan menghargai kerja yang diamanahkan. Ini bermakna guru perlu memupuk tabiat melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan sempurna. Secara tidak

18

langsung akan melahirkan pekerja yang berkualiti pada masa hadapan bagi keperluan negara.

6.0 Pemilihan Terapi dan Justifikasi 6.1 Terapi Seni Faktor terapi seni dipilih untuk sesi kedua kerana ia dapat membantu guru kaunseling untuk memahami dan mengenal pasti masalah murid tanpa menakutkan murid. Malah, komunikasi sewaktu sesi dijalankan adalah minima bergantung kepada kehendak klien untuk menjawab pertanyaan guru kaunseling.Hal ini kerana, pada peringkat ini klien masih belum mempercayai ahli kelompok kumpulan yang lain dan guru kaunseling. Walaupun begitu, mereka berharap guru kaunseling dapat menumpukan perhatian kepada dirinya seorang sahaja. Namun apabila guru kaunseling membahagikan perhatiannya sama rata, mereka berasa dikhianati. Malah, meraka berasa curiga terhadap ahli kelompok disebabkan bimbang tentang penerimaan ahli lain. Untuk memastikan mereka merasa selamat, teknik seni iaitu melukis tanpa memberitahu ini digunakan. Melalui terapi ini, klien akan belajar cara mengenal perasaan dan meluahkan dalam bentuk situasi tanpa mencederakan orang lain. Malah, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan serta menyakitkan dengan bantuan daripada guru kaunseling. Melalui proses ini, klien akan diminta untuk meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya. Walaubagaimana pun, guru kaunseling perlu pandai agar klien tidak berasa tertekan atau didesak untuk meluahkan perasaannya. Di samping itu, terapi ini juga bole h membantu kanak -kanak

memahami perasaan peribadi mereka sendiri dengan mengenali dan mengatasi kemarahan,kesedihan dan emosi-emosi lain. Ini sangat membantu untuk mengatasi trauma yang dihadapi setelah sesuatu kejadian yang dahsyat dan sebagainya.

19

6.2 Terapi Cerita Pada sesi seterusnya, guru kaunseling menggunakan terapi bercerita. Hal ini kerana pada peringkat ini iaitu perkembangan dan persepaduan, ahli kelompok telah selesa di antara satu sama lain. Mereka telah mula mula menaruh kepercayaan dan rasa hormat. Hal ini berikutan, pada sesi terapi seni, mereka telah mewujudkan repo di antara mereka sewaktu berkongsi peralatan, idea dan sebagainya. Di dalam terapi ini, guru kaunseling telah menyampaikan sebuah cerita yang berkaitan dengan masalah yang mereka hadapi. Bezanya ialah watak tersebut ditukar supaya mereka lebih selesa sedikit sebanyak jalan cerita diubah bagi mengelakkan klien menjadi defensif. Seterusnya, guru kaunseling akan meminta klien supaya mereka cerita yang hampir sama dengan cerita yang telah disampaikan. Dengan mereka cerita sendiri, klien mungkin boleh memproses peristiwa peristiwa yang tidak menyenangkan dengan lebih mendalam, dengan meneroka emosi dan mencapai penyelesaian semasa bercerita. Malah, semasa bercerita, kanak - kanak berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka. Tugas guru kaunseling pada ketika itu mendengar dengan teliti dan memberi klien itu kebebasan untuk berpura pura. Hasilnya, guru kaunseling dapat memahami konflik kanak - kanak. Melalui tema yg menjelma atau berulang semasa analisis, guru kaunseling dapat memahami perasaan mereka serta perjuangan mereka dengan lebih dekat lagi. Bagi klien lain yang mendengar terutama klien yang mempunyai motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita merupakan pendekatan yang berkesan terutama klien yang mempunyai masalah tingkah laku. Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita yang mengambarkan emosi dalaman yang dialami oleh pencerita. Cerita umpama memberi klien perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka memahami perasaan tersebut. Di samping itu, pendengar cerita dapat menyediakan dirinya dengan pengalaman pencerita. Hal ini kerana, pencerita akan melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi pendengar seakan akan kehidupan pendengar seiring dengan cerita yang disampaikan. Di dalam proses itu, klien akan berbincang bersama sama cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi oleh klien.

20

6.3 Terapi Main Terapi ini digunakan kerana ia merupakan cara ekspresi kanak kanak yang semula jadi digunakan sebagai cara teraputik bagi membantu kanak kanak itu menangani trauma dan stres. Malah, ia sangat sesuai untuk menangani masalah tingkah laku agresif dan emosi yang mengganggu cara kanak kanak berfungsi secara normal. Terapi ini dapat diperhatikan melalui cara klien mengorganisasikan dan bermain dengannya. Klien berkomunikasi dengan pemikiran dan perasaan dalam cara yang lebih natural melalui aktiviti bermain berbanding dengan melalui komunikasi verbal. Hal ini kerana, klien dapat memanipulasi dunia mereka pada skala yang lebih kecil dan ia bukanlah sesuatu yang tidak akan dapat dilakukan dalam persekitaran seharian klien tersebut. Melalui aktiviti yang dilaksanakan di dalam sesi empat iaitu aktiviti botol perasaan, guru kaunseling cuba meminta klien mengetengahkan perasaannya

supaya dia dapat bersemuka dengannya dan dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dalam proses ini, guru pembimbingmenggunakan kemahiran

mendengar untuk memahami klien. Jadi, ia akan mewujudkan persekitaran yang mana mereka boleh menonjolkan diri mereka tanpa rasa terancam. Selepas mereka selesai bermain, guru akan menerang rasional aktiviti tersebut dijalankan. Ia adalah penting bagi menukarkan persepsi klien tentang masalah yang dihadapi murid. Guru menggunakan perumpamaan botol yang dihasilkan klien tentang masalah dan konflik dapat diselesaikan dalam keadaan tenang. Walaubagaimana pun, guru kaunseling sekadar memberi perumpamaan atau nasihat kepada klien. Ia bergantung kepada klien sendiri untuk menilai setiap penerangan guru kaunseling.

21

7.0 Pemilihan Kemahiran Asas dan Justifkasinya 7.1 Tingkah Laku Yang Memberi Perhatian Tingkah laku ini dapat dilihat pada semua sesi kaunseling. Kemahiran ini penting bagi menunjukkan bahawa guru kaunseling memberi perhatian dan berminat dengan apa yang disampaikan oleh klien. Antaranya ialah kedudukan tubuh badan guru kaunseling condong ke hadapan

menghadap ke arah klien terutamanya sewaktu sesi bercerita. Malah, berlaku kontak mata antara guru kaunsseling dengan klien. Di samping itu, ekspresi muka hendaklah berseri. Ini menunjukkan bahawa guru kaunseling menerima bersedia menerima klien tanpa ada tanggapan buruk. 7.2 Kemahiran Mendengar Kemahiran ini banyak digunakan di dalam kaunseling kelompok ini. Hal ini berikutan, pada setiap sesi, klien perlu menyatakan perasaannya secara verbal walaupun sedikit. Ini bagi memberi kelegaan kepada mereka. Berkemungkinan mereka menjadi agresif kerana terlalu

memendam perasaan menyebabkan mereka menjadi sensatif. Ia boleh disertakan dengan tingkah laku yang memberi perhatian seperti dorongan minima bagi menunjukkan guru mendengar. Kemahiran ini penting bagi mendapatkan maklumat tindakan selanjutnya. 7.3 Kemahiran Menyoal Kemahiran ini digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada klien. Kemahiran ini bagaimanapun digunakan secara minima. Hal ini kerana, klien terdiri daripada murid yang agresif dan mereka sukar untuk meluahkan perasaan mereka terutamanya pada sesi pertama. Walaupun begitu, guru kaunseling cuba bertanyakan soalan berbentuk terbuka bagi mendapat maklumat lanjut. 7.4 Pemparafrasaan Disebabkan masa yang diperuntukan hanya satu jam sahaja, adalah penting bagi guru kaunseling meringkaskan kenyataan klien dari semasa ke semasa. Pemparafrasaan ini jelas dapat dilihat pada sesi bercerita iaitu sewaktu klien membuat cerita. 22 untuk perbincangan di samping membuat

7.5 Pemberian Nasihat Kemahiran ini jelas dapat dilihat pada sesi empat, lima dan enam. Hal ini kerana, peringkat tersebut merupakan peringkat meneroka alternatif alternatif bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Walaubagaimanapun keputusan tersebut berada di tangan klien itu sendiri dan guru kaunseling berperanan membimbing mereka. Hal ini bagi mengelakkan daripada kebergantungan terhadap guru kaunseling

selepas sesi kaunseling kelompok tamat.

23

8.0 Penutup Sebagaimana yang telah dihuraikan, intervensi merupakan suatu teknik kaunseling yang digunakan dalam sesi terapi. Oleh itu, terapi melaksanakan intervensi kanak kanak melibatkan pelbagai jenis kemahiran komunikasi. Antaranya ialah terapi bermain, terapi seni kreatif, terapi bercerita, terapi biblio, terapi muzik dan sebagainya. Melalui terapi terapi tersebut, guru kaunseling dapat menyelami dunia kanak kanak dan mendignosis dengan lebih tepat lagi seterusnya menggunakan terpi intervensi kaunseling untuk membimbing mereka ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi.

24

REFLEKSI

Untuk semester ini, saya dan rakan rakan perlu mempelajari kursus Bimbingan Dan Kaunseling. Kursus ini merupakan kursus wajib yang perlu diikuti oleh semua guru pelatih semester 6.Melalui kursus ini saya telah menjalani kuliah mengenai teori mengenai intervensi, kemahiran asas di dalam kaunseling, peranan guru biasa sebagai pembimbing,kaunseling individu dan kelompok. Dalam menjalani kursus ini, saya dan rakan rakan perlu menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) mengenai masalah yang didapati di sekolah sewaktu praktikum terdahulu dan merancang intervensi kaunseling kolompok untuk murid murid yang bermasalah. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai perkara yang saya pelajari dan tempuhi. Saya juga mempunyai kekangan masa yang sangat sempit iaitu pada semesta ini, kami perlu melaksanakan praktikum sekama tiga bulan. Hal ini memerlukan saya bertungkus lumus memberi komitmen yang tidak berbelah bagi untuk praktikum lebih lebih lagi saya mengajar tahun satu. Malah, pada hujung minggu, sekolah saya sering mengadakan aktiviti. Bagi meyelesaikan masalah tersebut, saya terpaksa mengorbankan masa cuti saya di kampung dengan menyiapkan tugasan tersebut di IPG kerana tiada internet. Walaubagaimana pun di IPG, saya dapat berbincang dengan rakan rakan cara melaksanakan tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya turut dapat mengaplikasikan sedikit sebanyak teori teori yang terdapat di dalam kursus sewaktu praktikum. Hal ini kerana, terdapat murid di sekolah saya bersikap agresif sama dengan penulisan yang saya lakukan. Ia sangat memberi manafaat kepada saya dan memberi idea cara untuk menangani murid tersebut. Setelah berhempas pulas mengumpul maklumat dan mengolah, saya akhirnya berjaya menyiapkannya pada masa yang ditetapkan.

25

BIBLIOGRAFI BUKU CHOONG LEAN KEOW (2010)

26

You might also like