Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
kurikulum 2

kurikulum 2

Ratings: (0)|Views: 483 |Likes:
Published by dyana_tahar

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: dyana_tahar on Mar 28, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/03/2013

pdf

text

original

 
 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 95
MEMAHAMI TUMPUAN GURU DALAM PELAKSANAANPERUBAHAN KURIKULUM: SATU PERBINCANGANHabib Mat SomUniversiti Malaya
Concerns often reflect personal competence to conduct new activities in a
responsible manner. In situations where teachers are expected to tackle newinnovation programs, use new curriculum materials or apply new mannersof working, concerns are a natural phenomenon. For these reasons, analysisand understanding of teachers' concerns are important. This article exploresteachers' concerns surrounding innovation in the curriculum and suggestsways to help teachers implement change.
Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi masa kini, perubahan kehidupan manusiadalam pelbagai dimensi berlaku dengan begitu pantas. Perubahan tersebut, sarna adasecara langsung atau tidak, merupakan faktor pendorong kepada institusi pendidikanuntuk melakukan perubahan terhadap kurikulumnya bagi memastikan sekolah akan dapatterus memainkan peranannya dengan berkesan untuk menyediakan pelajar dengankemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian bagi menghadapi perubahan tersebut.Bagaimana pun, sebarang bentuk perubahan sarna ada dipanggil reformasi kurikulum,inovasi kurikulum, baik di peringkat makro atau mikro, akan memerlukan guru untuk membuat pengubahsuaian dalam amalan pengajarannya (Dow, Whitehead,
&
Wright,1984). Bukti-bukti penyelidikan menunjukkan kebanyakan guru menghadapi kesukaranmengubah kebiasaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan perubahan (Fullan
&
Miles, 1992).Sehubungan dengan penyesuiaan guru untuk melaksanakan perubahan kurikulumtersebut, pakar-pakar bidang perkembangan guru seperti Burden (1990), Fuller (1969),Glathom dan Fox (1996) serta Hall dan Loucks (1978) bersetuju tumpuan guru adalahpembolehubah penting yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan juga gerak balas gurubagi melaksanakan sesuatu inovasi atau perubahan kurikulum dengan berkesan.
Memahami Model-model Tumpuan Guru
Terdapat beberapa model yang telah dikonsepsikan bagi menjelaskan pola tumpuan gurudalarn melaksanakan tugas dan juga pelaksanaan perubahan kurikulum di sekolah. Fuller(1969) yang dianggap sebagai pelopor dalarn teori tahap perkembangan guru telahmengklasifikasikan urutan tumpuan guru kepada tiga tahap iaitu: 1) Tahap tumpuanperibadi; 2) Tahap tumpuan tugas; dan 3) Tahap tumpuan kesan. Fuller mencirikan setiaptahap tumpuan sebagaimana berikut:
Tahap Tumpuan Peribadi
Tahap ini dikenal pasti sebagai tahap paling rendah di mana guru pada tahap ini sentiasamerasa terancarn dan kurang selamat; Mereka juga kurang yakin dengan pengetahuandan pengalarnan mereka; Guru pada tahap ini runsing mengenai penarnpilan diri dalamkelas supaya dapat diterima dengan baik oleh pelajar; Guru juga rnemikirkan apakahpendekatan sesuai untuk rnemenuhi keperluan pihak pentadbiran sekolah;
 
96 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya
Tahap Tumpuan Tugas
Guru-guru pada tahap ini agak stabil dari segi emosi dan tidak berasa bimbang danterancam; Tumpuan mereka beralih kepada melaksanakan tugas dan mencuba inovasidengan baik, memberi perhatian dan tumpuan kepada penyediaan bahan pengajaran danmembina hubungan yang akrab dengan rakan setugas; Guru-guru juga berusaha untuk mengkaji dan mempelajari sesuatu perkara barn, melakukan penambahbaikan supayadapat melaksanakan tugas dengan lebih profesional; dan
Tahap Tumpuan Kesan
Guru yang berada pada tahap ini memberi tumpuan kepada impak pengajaran merekakepada pelajar, sekolah, masyarakat dan negara; Merekajuga menelaah mengenai aspek aplikasi, apa yang telah diajarkan kepada murid bagi digunapakai dalam kehidupanpelajar sebenar di luar sekolah.Teori yang dikemukakan Fuller tersebut mencadangkan seseorang guru boleh digerakkandari satu tahap tumpuan ke tahap tumpuan yang lain misalnya daripada tahap tumpuanperibadi kepada tahap tumpuan kesan sekiranya mereka memperoleh maklumat yang jelas mengenai tugas dan juga sesuatu inovasi yang diperkenalkan, di samping diberikanlatihan dan kemahiran yang bersesuaian .Sementara itu, Kartz (1972) mengkategorikan tahap tumpuan guru kepada empattahap perkembangan iaitu: 1) Tahap
survival;
2) Tahap penambahbaikan; 3) Tahapkonsolidasi; dan 4) Tahap kematangan. Ciri-ciri perkembangan setiap tahap tumpuanoleh Kartz adalah seperti berikut:
Tahap Survival
Kurang mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam kelasnya. Tum-puan diberi terhadap keupayaan dirinya bagaimana untuk menyampaikan pelajarandengan baik yang dapat diterima pelajar;
Sering mencari-cari alasan bagi memperjelaskan tentang kelemahan dan ketidakupayaandirinya, sekiranya tidak boleh mengajar dengan baik;
Sering mengkritik sekolah dan menyalahkan pelajar di atas kelemahan dirinya sen-diri;
Tidak mempunyai visi dan matlamat jelas dad segi peranan sebagai guru di dalam kelas;
Bersikap reaktif terhadap sesuatu situasi yang berlaku dalam tugasnya;
Bersikap
self-centered 
dan kurang mengarnbil perhatian sarna ada pelajar faham atautidak apa yang diajar dalan kelas;
Tidak cuba untuk menyesuaikan bahan pengajaran dengan tahap keupayaan pelajar;
Sentiasa mengharapkan sokongan pihak lain terutama dati segi penyediaan bahanpengajaran.
Tahap Konsolidasi
Guru mula memberikan tumpuan terhadap kualiti pengajaran;
Guru mulai cenderung untuk mengambil berat dan melayan pelajar rnengikut bakat danpotensi mereka;
Berupaya untuk menguatkuasakan peraturan dalam kelas dengan mengambil kirakeunikan dan perbezaan setiap individu pelajar;
Berupaya mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang;
 
 Masalali Pendidikan 2005. Universitl Malaya 97 
Bersedia untuk berkongsi idea dan pengalaman dengan guru lain bagi meningkatkankecekapan;dan
Berminat mencari maklumat semasa yang berkaitan dengan tugas-tugasnya.
Tahap Penambahbaikan
• Mempunyai kompetensi lebih meyakinkan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran
Sentiasa memikirkan idea baru serta kreatif dalam menjalankan tugas pengajaran bagimengelakkan kebosanan;
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran;
Berminat menghadiri kursus-kursus perkembangan staf; dan
Sentiasa bersedia untuk melakukan penambah baikan.
Tahap Kematangan
Berfokus kepada persoalan berkaitan dengan aspek yang tersirat seperti matlamatpendidikan yang hendak dicapai, visi, dan falsafah pendidikan; dan
Membincangkan tentang kesan sesuatu inovasi terhadap pelajar dalam kehidupanmereka di luar sekolah.Hall dan Loucks (1978), yang telah melakukan banyak kajian ke atas tumpuan guruterhadap pelaksanaan perubahan kurikulum, mencadangkan satu daripada strategi merekaiaitu mengatasi apa yang menghalang keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum,selain mencadangkan supaya kepimpinan kurikulum mengaplikasikan "Model MengatasiRintangan Perubahan" - yang memberi penekanan faktor tumpuan guru perlu dikenalpasti. Mereka berpendapat pelaksanaan perubahan melibatkan persoalan perbezaan setiapindividu guru sarna ada dari aspek kemahiran, kesediaan sikap, dan tahap motivasi. Halldan Loucks telah menghasilkan topografi tumpuan guru yang diperincikan sepertimanaberikut:
Tumpuan tiada Berkaitan
GUlU pada tahap ini tidak memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugas!untuk melaksanakan inovasi dalam kelas mungkin kerana kurang maklumat, pengetahuan dankemahiran; Guru menganggap sebarang perubahan kurikulum yang diminta untumereka laksanakan tidak membawa sebarang makna kepada mereka.
Tumpuan berkaitan Peribadi
Tumpuan guru menjurus kepada persoalan mengenai kemampuan dirinya untuk melaksanakan tugas dan mencuba sesuatu inovasi; Guru memikirkan mengenai tahapkeupayaan, kecekapan, pengetahuan, dan keselesaan dirinya; Persoalan mengenaikeluarga, masa, kewangan, motivasi dan sikap melengkari pemikiran guru yang beradapada tahap tumpuan ini.
Tumpuan berkaitan Tugas
Guru memberikan tumpuan bagaimana untuk melaksanakan tugas dengan lebih cekapdan berusaha melakukan penambahbaikan terhadap tahap kecekapannya; Tumpuan guruberkisar tentang bagaimana untuk menyediakan bahan-bahan kurikulum dengan lebihbaik; penggunaan kaedah pengajaran yang lebih berkesan; penggunaan media dengan

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
ejatt liked this
abulhayat liked this
norilah liked this
norilah liked this
apad liked this
shahkaki liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->