You are on page 1of 2

Ulasan Jurnal : ISU PPSMI/ETeMS 1

Artikel: Antara Aku, Mereka dan Peralatan PPSMI...


Pengarang: Philip ak Pupur
Jurnal: Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006, Jilid 1/ Kerjasama IPBL

dengan PPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak di bawah

KPKIPBL
Pengulas: Mardiana binti Mhmad Tahar (M20072000628)

1. Jurnal ini merupakan satu penyelidikan tindakan yang dijalankan dengan oleh

penulis ke atas rakan kolaborasi serta guru-guru ETeMS di SK St John Taee,

Serian terhadap penggunaan peralatan PPSMI. Kajian ini dijalankan berikutan

beliau tidak berpuas hati dengan tahap penggunaan peralatan PPSMI yang

dibekalkan oleh kerajaan.

2. Hasrat penulis untuk meningkatkan lagi tahap penggunaan peralatan PPSMI di

sekolahnya merupakan satu usaha yang murni yang mungkin jika dilakukan di

setiap sekolah, isu tidak tahu dan tidak menggunakan peralatan PPSMI tidak

akan timbul.

3. Langkah terancang yang dilakukan oleh penulis adalah amat baik seperti

membuat soal selidik untuk mendapatkan dapatan awal yang seterusnya

digunakan untuk merancang tindakan yang sesuai dibuat untuk mengatasi

masalah ini.

4. Bengkel penggunaan peralatan PPSMI yang dibuat oleh penulis dengan

kerjasama pihak-pihak tertentu itu amat baik jika dapat dilakukan di setiap

sekolah. Ini sedikit sebanyak sepatutnya akan dapat meningkatkan kadar

penggunaan peralatan PPSMI di dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-

guru juga tiada alasan lain yang membolehkannya menidakkan penggunaan

peralatan tersebut.

Pendidikan Komputer Di Sekolah


hcm
Ulasan Jurnal : ISU PPSMI/ETeMS 2

5. Seperti yang kita tahu, Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) didatangkan dengan pakej teaching

courseware yang memang berkait rapat dengan teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK). Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk

membiayai program ini. Jadi seharusnyalah, guru sebagai orang tengah dalam

aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kompetensi murid dalam ilmu sains dan

teknologi menggunakan apa yang telah diberikan oleh kerajaan sepenuhnya

dan menganggap TMK sebagai pemudah cara dalam memastikan objektif

utama PPSMI tercapai.

6. Penulis mungkin boleh meneruskan usaha ini dengan mengadakan bengkel-

bengkel lain seperti bengkel penggunaan Microsoft Office, bengkel

penggunaan internet, bengkel pembinaan website atau blog yang mungkin

sedikit sebanyak dapat meningkatkan minat guru-guru untuk penggunaan

peralatan PPSMI yang optimum. Ia juga boleh mengurangkan phobia guru-

guru tersebut terhadap TMK dan juga dapat mengubah persepsi mereka

terhadap pelaksanaan PPSMI yang dikatakan tidak membawa apa-apa

kebaikan.

Pendidikan Komputer Di Sekolah


hcm

You might also like