You are on page 1of 21

Internet

Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
Pursuing MBL ( UKM )

1
Buku Thomas Friedman, yang bertajuk The World is
Flat, beliau membahagikan tempoh globalisasi
kepada tiga peringkat.

Peringkat pertama bermula apabila Christopher


Columbus mengelilingi dunia pada 1492-1800, era
globalisasi ini digerakkan oleh negara dan kudrat.

Peringkat kedua globalisasi bermula pada 1800


hingga 2000 yang digerakkan syarikat multinasional.

Manakala peringkat mutakhir globalisasi yang


diistilahkan beliau globalisasi 3.0, bermula pada alaf
ketiga abad ke-21 yang digerakkan individu dan
kumpulan yang memanfaatkan perisian bidang
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

2
Teknologi Komunikasi dan Maklumat – atau lebih
dikenali dengan kata singkat ICT (Information and
Communication Technology) merupakan suatu
medium yang merangkumi semua jenis teknologi
yang digunakan untuk mencipta, menyimpan, serta
menukar maklumat dan informasi dalam berbagai
bentuk (data perniagaan, suara, gambar,
perangkaan firma, persembahan multimedia, dan
sebagainya).

Walaupun ICT sering dikaitkan dengan pendekatan


serta penggunaan komputer, namun ianya juga
merangkumi teknologi maklumat lain seperti telefon,
surat khabar (konvensional dan digital), serta
televisyen.

Namun isu dan fokus utama kita adalah internet.

3
Terdapat empat jenis kawalan Internet seperti yang
digariskan Lawrence Lessig dalam bukunya, Code and
other Laws of Cyberspace :

1. Undang-Undang: Undang-undang kes dan duluan


menggariskan, banyak tindakan di Internet boleh dikawal oleh
perundangan konvensinal. Kawasan seperti perjudian, pornografi
kanak-kanak, dan frod diregulasi dalam cara yang serupa pada
alam nyata. Meskipun satu daripada kawasan yang paling
kontroversi dan tidak jelas adalah penentuan forum mana yang
mempunyai bidang kuasa terhadap aktiviti subjek yang
dilakukan di Internet, khususnya pada urusniaga antara
sempadan yang mempengaruhi bidang kuasa tempatan, dan ia
tentunya jelas yang cebisan-cebisan besar aktiviti Internet
tertahluk pada pengawalan tradisional, dan perlakuan yang
menyalahi undang-undang pada dunia nyata juga salah pada
dunia maya, dan tertakluk pada undang-undang dan
pengawalan yang sama. Skandal dengan syarikat gergasi
membuat perundangan Amerika Syarikat memikirkan semula
pemerintahan kawalan syarikat seperti Akta Sarbanes – Oxley.

4
2. Arkitek: Kanun Pantai Barat: mekanisma-
mekanisma ini termasuk parameter bagaimana
informasi boleh dan tidak boleh dihantar
menerusi Internet. Semuanya dari perisian
menyekat Internet (yang mencari kata kunci atau
URL yang spesifik dan menyekat mereka sebelum
mereka boleh dilihat pada komputer yang
meminta mereka), ke program penguncian, ke
perarkitekan protokol TCP/IP, termasuk dalam
katagori pengawalan ini. Ia dihujahkan bahawa
cara megawal Internet yang lain sama ada
bergantung kepada, atau disokong, pengawalan
Kanun Pantai Barat.

5
3. Kebiasaan atau Kelaziman: Seperti semua
jenis interaksi sosial yang lain, perlakuan dikawal
oleh norma dan kebiasaan yang signifikan.
Meskipun aktiviti atau jenis perlakuan pada alam
maya tertentu tidak dihalang oleh kanun arkitek
Internet, atau tidak secara terang dipersalahkan
undang-undang, tetapi aktiviti-aktiviti ini atau
perlakuan ini akan secara tersembunyi dikawal
oleh piawaian komuniti, dalam kes ini "pengguna"
Internet. Dan sepertimana sesetengah perlakuan
menyebabkan satu individu dipulaukan oleh
masyarakat sebenar, juga perlakuan yang serupa
akan dikritik atau dikawal oleh norma-norma
komuniti di Internet.

6
4. Pasaran: Terikat dengan kawalan kebiasaan
sosial, pasaran juga mengawal sesetengah paten
perlakuan di Internet. Walaupun pengaruh
pasaran ekonomi terbatas dalam cebisan-cebisan
tidak komersial di Internet, Internet juga
mewujudkan pasaran maya maklumat, dan
maklumat ini mempengaruhi kesemuanya dari
perbandingan servis ke penetapan harga stok.
Secara tambahannya, ketambahan populariti
Internet sebagai satu medium urusniaga komersial
dan satu forum beriklan, telah membawa hukum
penawaran dan permintaan pada alam siber.

7
Kecanggihan Internet - kemampuannya
mengatasi sempadan geografi

Perbezaan antara Internet dan bahan media yang


sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah
satu platform yang menyediakan maklumat
daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji
selidik dari seluruh dunia. Internet
memungkinkan seseorang menyebarkan
maklumat dan berinteraksi dengan orang lain
yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.
Dengan perkembangan Internet,
timbullah tanda tanya sama ada
Internet harus dikawal selia atau
tidak.

8
Kerana Internet menyanggah sempadan
geografi, undang-undang nasional tidak
beraplikasi. Penggantinya adalah kanun
undang-undang yang dicipta khas
berkenaan hakcipta dan hak individu.
Dengan ini, Internet akan wujud sebagai
negara berdaulatnya sendiri.

9
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh
mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang.
Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman
memainkan alat yang penting dalam media untuk
menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang
ramai. Walaubagaimana pun, bahan-bahan media ini
penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak
interaktif seperti Internet. Ini membolehkan
pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan.
Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan
undang-undang yang mengawal percetakan dan
kandungan televisyen.
Namun kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh
dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak
pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu
mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan
berpendapat penduduk mereka.

10
Struktur unik Internet telah
membimbangkan pelbagai sistem kehakiman.
Meskipun terdapat dalam komputer fizikal
dan peralatan elektronik di alam nyata,
Internet itu sendiri bersifat maya. Bila
individu-individu benar melayari Internet dan
berhubungan dengan yang lainnya, ia
berkemungkinan untuk mereka memalsukan
maklumat peribadi mereka. Sekiranya ada
undang-undang yang memerintah Internet,
semestinya ia harus berbeza dengan undang-
undang yang negara-negara geografi
menggunakan hari ini

11
Terdapat undang-undang di Amerika
Syarikat yang menyekat sesetengah akses
ke bahan-bahan internet namun ia tidak
menyekat Internet secara langsung.

Ada negara-negara di Asia dan Timur Tingah


menggunakan pelbagai regulasi berasaskan
kod untuk menyekat bahan-bahan yang
kerajaan mereka telah menggariskan
sebagai tidak wajar dilihat.

Sehubungan itu negara China dan Arab


Saudi adalah dua contoh terbaik negara
yang berjaya menyekat Internet.

12
Sebaliknya pula, Kerajaan Malaysia mengambil
langkah yang positif untuk tidak menapis dunia
siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang
jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia
dengan syarikat-syarikat Koridor Raya
Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa
tiada suatu pun peruntukan di bawah akta
tersebut yang membenarkan sebarang
penapisan maklumat berlaku.

Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa


pengawalan maklumat hanya akan memberikan
kesan yang negatif kepada perkembangan
teknologi komunikasi yang canggih ini.

13
Malaysia menyenaraikan pembangunan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
sebagai elemen penting memacu
pembangunan negara.

Perubahan itu disemarakkan lagi dengan


ledakan maklumat, revolusi teknologi
multimedia dan komunikasi.

Secara relatif dengan media percetakan


tradisional, kebolehaksesan dan
kebolehcapaian dan ketidaktahuan yang wujud
di alam siber telah memansuhkan benteng
halangan antara satu individu dan
kebolehannya menerbit. Sesiapa yang
mempunyai kebolehan berinternet mempunyai
potensi untuk mencapai penonton yang
berbilang berjuta-juta dengan hanya sedikit
atau tiada kos pengedaran.

14
Sungguhpun Malaysia mempunyai peruntukan
undang-undang untuk mendakwa pesalah jenayah
siber tetapi masih lemah daripada segi
penguatkuasaan.

Oleh itu, Malaysia perlu memberikan lebih tumpuan


kepada penguatkuasaan undang-undang siber sedia
ada bagi membendung aktiviti berkaitan jenayah siber.

15
Malaysia perlu melabur lebih banyak dalam latihan
penguatkuasaan undang-undang dan membina
infrastruktur undang-undang yang dapat bertindak
sebagai pencegahan kepada aktiviti jenayah siber.

"Malaysia juga patut mengikuti perkembangan terkini


aktiviti jenayah siber, supaya ia tidak menjadi
subjektif, dan lebih mudah untuk mendakwa
pesalah.

"Sesetengah negara telah mula menyemak semula


undang-undang sedia ada atau mengeluarkan
undang-undang baru mengenai siber untuk
menangani isu baru mengenai ICT (Teknologi
Maklumat dan Komunikasi).

16
Prof. Hashim Kamali di dalam
bukunya Freedom of Expression
in Islam, menolak pemikiran
orientalis yang mengatakan
bahawa Islam hanyalah agama
yang mementingkan perihal
ritual ibadah sahaja. Malah,
katanya, terdapat banyak hak-
hak asasi manusia yang
dipandang tinggi dalam Islam.

17
Prof. Hashim Kamali menjelaskan bahawa hak bersuara
boleh dimanifestasikan dalam beberapa keadaan.

Pertama hak untuk memberi nasihat kepada orang yang


melakukan kesalahan (Nasihah).
Kedua, hak untuk berunding dan bermesyuarat (Syura).
Ketiga hak untuk membuat `ijtihad.
Keempat hak untuk mengkritik orang lain (Hurriyyat al
Mu'aradah).
Kelima kebebasan pendapat (Hurriyyat al-Ra'y) dan
keenam kebebasan untuk berpersatuan dan ketujuh
kebebasan beragama (al-Hurriyyah al-Diniyyah).
Kesemua hak ini adalah bersandarkan kepada nas-nas
al-Quran yang `sarih' (nyata).

Daripada penulisan Prof. tersebut, jelaslah konsep


kebebasan bersuara adalah bukan suatu konsep yang
ganjil dan tidak diiktiraf dalam Islam, malahan sebaliknya.

18
Keunggulan Internet sebagai alat
komunikasi yang canggih
seharusnya tidak dipandang
sebagai satu ancaman.

Kebebasan bersuara yang


sekarang dipraktikkan dalam
dunia siber di Malaysia mampu
membawa banyak kesan yang
positif. Ia dapat melahirkan
rakyat yang celik dan cerdik,
yang terdedah kepada
perkembangan, pemikiran, idea-
idea yang terkini dan ini
menyemarakkan lagi budaya
ilmu dan fikir di kalangan
masyarakat.

19
Transformasi siber menjadikan perhubungan dunia
menjadi bertambah mudah dan pantas sekelip mata
di mana segala urusan kehidupan berada di dalam
satu sistem yang cukup sempurna dan teratur.

Internet umpamanya adalah pelengkap kepada alam


siber dan menjadikannya medium paling
berpengaruh dan cukup mustahak kepada
kehidupan manusia hari ini. Malaysia sebagai
sebuah kerajaan elektronik (e-kerajaan) dalam hal
ini tidak pernah ketinggalan dan dengan sokongan
politik yang cukup kuat, kemudahan siber
diaplikasikan hampir dalam segala bidang sama ada
urusan berkaitan perkhidmatan awam, perbankan,
perhubungan dalam dan luar negara, pendidikan,
komunikasi dan sebagainya.

20
Malaysia adalah di antara negara pertama
di dunia yang memperkenalkan undang-undang
siber yang komprehensif seiring dengan
perkembangan pesat Koridor Raya Multimedia
(MSC) negara seperti Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997,
Akta Tandatangan Digital 1997, Akta
Teleperubatan 1997, pindaan Akta Hak Cipta 1997
dan Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.

Sehubungan bahawa kerajaan Malaysia yang


mesra ICT maka adalah diharapkan jangan pula
ada warga siber menyalahgunakan dimensi ini
kepada dan untuk memporakperandakan
kerangka politik Malaysia khususnya status quo
Ketuanan Melayu.

21

You might also like