You are on page 1of 9

UNIT 3 KESULTANAN MELAYU MELAKA

Melaka dibuka pada awal abad ke-15. Tahukah kamu siapakah yang mengasaskan Melaka? A. PENGASASAN MELAKA Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara. Parameswara telah mengasaskan Melaka pada sekitar tahun 1400. Mari kita lihat peristiwa Parameswara mengasaskan Melaka. Parameswara merupakan putera raja yang berasal dari Palembang. Sumatera. Parameswara berusaha untuk membebaskan palembang daripada naungan kerajaan Majapahit. Apabila gagal, Parameswara melarikan diri ke Temasik. Temasik merupakan negeri di bawah naungan kerajaan Siam. Parameswara telah menguasai Temasik. Tindakan Parameswara menimbulkan kemarahan Siam. Oleh itu, Siam mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Walau bagaimanapun, Parameswara bertindak melarikan diri ke Muar sebelum sempat Siam menyerang. Di Muart, Parameswara masih berasa dirinya tidak selamat. Parameswara meneruskan perjalanannya ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya, Parameswara tiba di sebuah perkampungan nelayan. Berdasarkan rajah dibawah, nyatakan tempat yang dilalui oleh Parameswara.

Info Murid Temasik pada masa kini dikenali sebagai Singapura. Melaka Mendapat Nama Tahukah kamu bagaimana Melaka mendapat nama? Semasa tiba di sebuah kampung nelayan, Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok. Parameswara telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai. peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan seekor anjing. Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa untuk mendirikan kerajaan. Oleh itu, baginda telah menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda berehat. Keistimewaan Melaka Parameswara mendapati Melaka banyak mempunyai keistimewaan. Apakah keistimewaan tersebut? i. Pokok bakau boleh dijadikan sumber kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan benteng pertahanan.

ii. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Dari bukit ini juga mereka dapat mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka. iii. Muara Sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun sesuai dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.

B. KEGEMILANGAN MELAKA

Pentadbiran yang Sistematik Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sultan menjadi ketua kerajaan. Baginda dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mari kita lihat tugas dan tanggungjawab Sultan dan Pembesar Berempat. SULTAN Sultan merupakan ketua kerajaan dan ketua agama. Baginda mempunyai kuasa mutlak dalam semua urusan pentadbiran negara. Baginda mempunyai kuasa untuk melantik pembesar, menyelaras kegiatan perdagangan, ketua tentera dan menjalinkan hubungan diplomatik. BENDAHARA Bendahara merupakan ketua pentadbir negara, penasihat utama kepada Sultan, ketua turus angkatan perang dan ketua hakim. Bendahara juga menjadi pemangku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara. TEMENGGUNG Temenggung merupakan ketua polis dan ketua penjara, ketua protocol istana, hakim kes-kes jenayah di darat, penguasa kota Melaka. PENGHULU BENDAHARI Penghulu Bendahari menguruskan perbelanjaan negeri, Ketua Bendahari, ketua urus setia istana, Ketua Syahbandar dan pemungut cukai atau ufti. LAKSAMANA Laksamana merupakan ketua angkatan laut, pengawal keselamatan Sultan, ketua utusan diraja ke seberang laut. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, terdapat beberapa orang tokoh yang telah menyumbang kea rah kemajuan negeri Melaka. Mari kita lihat sumbangan tokoh tersebut seperti jadual di bawah: TOKOH Parameswara SUMBANGAN Mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka. Memajukan Melaka daripada sebuah perkampungan nelayan sehinggalah menjadi

Sultan Muzaffar Shah Sultan Mansor Shah Sultan Alauddin Riayat Shah Bendahara Tun Perak

pusat perdagangan. Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China. Menjadikan Melaka sebagai pusat pengajian agama Islam. Menggubal Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Memperluas kuasa Melaka dengan menakluki Bernam, Perak, dan Siak. Mempertingkatkan keselamatan dan keamanan Melaka. Menjadi bendahara semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Memastikan dasar perluasan kuasa berjaya. Buktinya beliau menguasi Pahang. Menguruskan pentadbiran negara dengan bijaksana.

Tahukah anda, jawatan dalam struktur pentadbiran Melaka mempunyai persamaan dengan beberapa jawatan pentadbiran negara kita pada hari ini?. Mari kita lihat dan bandingkan kedua-dua jawatan dalam struktur pentadbiran tersebut. JAWATAN PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA Bendahara Penghulu Bendahari TUGAS JAWATAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA PADA HARI INI Perdana Menteri Menteri Kewangan

Temenggung Laksamana

Ketua Pentadbir Negara Menjaga kewangan dan mengurus perbelanjaan negeri Menjaga keselamatan negara Menjaga perairannegara

Menteri Dalam Negeri Ketua Turus Angkatan Tentera Laut

Pusat Perdagangan Pelabuhan Melaka terletak di tengah-tengah jalan perdagangan di antara India dengan China. Kedudukan Melaka selamat daripada tiupan angin kencang monsun barat daya kerana dihalang oleh Pulau Sumatera. Ada para pedagang yang membawa barangan dari pelabuhan di India kemudian di pasarkan di Melaka. Berdasarkan peta 3.2, dinyatakan pedagangan yang berdagang di Melaka dan barang yang didagangkan.

Faktor perdagangan tersebut menyebabkan Melaka munculs ebagai sebuat pelabuhan entrepot (pusat perdagangan yang biasanya menjadi tempat menngimport dan mengeksport semula barang dagangan.

Pusat Penyebaran Agama Islam Agama islam telah berkembang di Melaka pada awal abad ke 15. Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam ialah Megat Iskandar Shah, iaitu anak kepada Parameswara. Peranan Pedagang dari Sumatera Pulau Sumatera menerima Islam pada abad ke 13. Ramai pedagang dari Sumatera telah mengetahui Melaka sebagai sebuah pelabuhan. Oleh itu, pedagang tersebut datang berdagang sambil menyebarkan agama Islam di Melaka. Pedagang Islam Pedagang Islam datang dari negara India dan Arab. Di samping berdagang, mereka juga menjalankan kegiatan dakwah. Pendakwah telah mengislamkan Sultan Melaka. Apabila sultan memeluk agama Islam, rakyat Melaka turut memeluk agama Islam. Ada juga pedagang Islam yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Oleh itu agama Islam juga dapat disebarkan. Peranan Ulama Pedagang Islam semasa datang ke Melaka telah membawa ulama bersama-sama. Ulama telah menjadi guru agama di Melaka. Ulama ini mengajar dan berdakwah di madrasah dan surau. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Melaka muncul sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama Islam. Pendakwah bertemu dengan raja ataupun pemimpin tempatan. Mereka turut bergaul dengan penduduk tempatan untuk menyebarkan agama Islam. Selain itu, terdapat pedagang dari Pulau Jawa yang memeluk Islam di Melaka. Apabila mereka pulang ke tanah air, ajaran Islam disebarkan pula di sana.

C. MELAKA SEBAGAI PUSAT KEGIATAN ILMU Berdasarkan peta 3.3, dinyatakan kawasan yang menerima penyebaran agama Islam dari Melaka. Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, istana merupakan pusat kegiatan ilmu. Istana dijadikan tempat pertemuan ulama, pendakwah dan cendiakiawan Islam. Aktiviti yang dijalankan ialah penulisan, penterjemahan dan penyaduran kitabb agama Islam. Kegiatan penterjemah dan menyadur karya sastera Parsi dan Arab telah dilakukan oleh ulama dan jurutulis. Kegiatan menyadur dannnn menggubal kitab-kitab perundangan Islam juga dijalankan. Beberapa kitab perundangan seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah digubal. Hukum Kanun Melaka Merupakan dokumen undang-undang yang mengandungi 44 fasal, kanun ini menghuraikan kedudukan raja, peranan raja dan pembesar serta perundangan Islam. Undang-undang Laut Melaka Digubal bagi menentukan peraturan pelayaran dan aktiviti perdagangan. Istana Melaka menjadi tempat penyimpanan buku-buku yang ditulis oleh penulis tempatan dan asing. Istana Melaka juga dijadikan tempat perbincangan dan perdebatan ulama tentang hal-hal agama. Kegiatan ilmu di sitana ini terhad kepada golongan istana dan bangsawan sahaja.

D. PERLUASAN KUASA MELAKA Cara Perluasan Semasa zaman kegemilangan, Kesultanan Melayu Melaka telah meluaskan jajahan takluknya. Berdasarkan peta 3.4, dinyatakan negeri yang menjadi jajahan takluk Melaka.

Melaka telah meluaskan pengaruhnya untuk menguasai kegiatan perdagangan di Selat Melaka. Di samping itu, penguasaan kedua-dua bahagian pantai Selat Melaka memudahkan Melaka mengawal ancaman lanun. Para pedagang berasa selamat untuk singgah berdagang di pelabuhan Melaka. Cara-cara Melaka Meluaskan Kuasanya Melaka telah menakluki beberapa buah kerajaan seperti Kampar dan Pahang. Penaklukan ini disebabkan kebijaksanaan Sultan dan Bendahara Melaka melaksanakan peluasan kuasa. Keagungan dan kekuatan Melaka menyebabkan pemerintah Jambi dan Lingga rela berada di bawah naungan kekuasaan Melaka. Naungan ini dapat melindungi negeri-negeri tersebut daripada ancaman siam. Perkahwinan putera dan puteri Sultan Melaka dengan putera dan puteri raja dari Pahang, Kelantan dan Siak telah meluaskan pengaruh Melaka ke negeri-negeri tersebut. Melaka dapat meluaskan tanah jajahan hasil daripada kebiksanaan pemimpinnya. Antaranya termasuklah Sultan Melaka dan Bendahara Melaka. i. ii. Sultan Muzaffar Shah Menjalin hubungan dengan China untuk mengelak serangan Siam dan disegani oleh kuasa lain di Asia Tenggara. Menguasai Pahang, Inderagiri dan Kampar untuk mendapatkan keperluan bahan mentah bagi Melaka. Sultan Mansor Shah Menakluki Siak, Perak dan Rokan. Berjaya menghalang usaha Pahang, Kampar dan Inderagiri untuk keluar daripada jajahan takluk Melaka.

Penaklukan

Kerajaan Negeri Lain

Perkahwinan

Kebijaksanaan Pemimpin

iii.

Bendahara Tun Perak Mengarahkan pengikutnya membawa bersama keluarga mereka dari Klang ke Melaka untuk menghadappi serangan Siam. Tujuannya adalah untuk memberi semangat. Mengarahkan askarnya menggunakan perahu kecil sebagai muslihat menentang tentera Siam. Siam akan beranggapan Melaka mempunyai askar yang ramai.

E. KEDATANGAN KUASA LUAR Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat kuasa luar datang ke Melaka.Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan keperluan bahan mentah.

Kedatangan Portugis

Portugis telah datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada awalnay kedatangan mereka hanya untuk berdagang. Oleh sebab Melaka menjadi pusat perdagangan rempah dan enterpot yang terkenal, Portugis telah menawan Melaka pada tahun 1511. Belanda telah pun bertindakk di Betawi (Indonesia) semasa menguasai Melaka. Belanda ingin monopoli kawasan perdagangan di Selat Melaka. Selain itu, Belanda juga hendak menguasai rempah dan bijih timah. Belanda dengan bantuan Johor telah menakluki Melaka pada tahun 1641. Semasa Belanda menguasai Melaka, pihak British telah bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Namun pelabuhan Pulau Pinang tidak berkembang maju, oleh itu, British hendak menguasai pelabuhan Melaka serta ingin menguasai kawasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu. Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 18824, British telah dapat menduduki Melaka.

Kedatangan Belanda

Kedatangan British

F. KEMEROSOTAN KESULTANAN MELAKA Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah.. Namun, semasa pememrintahan Sultan Mahmud Shah, Melaka mengalami kemerosotan. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan tersebut?. Mari kita kaji. Bendahara Tun Mutahir yang menggantikan Bendahara Tun Perak sebagai Bendahara Melaka bersikap pilih kasih dalam urusan pentadbiran negara. Pengganti Bendahara Tun Mutahir, iaitu Bendahara Tun Perpatih Putih sudah tua dan uzur. Sultan Mahmud Shah pula kurang mengambil berat tentang hal-hal pentadbiran. Baginda telah menyerahkan kuasa kepada puteranya, Sultan Ahmad Shah yang lemah dan tidak cekap. Perebutan kuasa berlaku di kalangan pembesar. Bendahara Tun Mutahir melantik saudara-saudaranya memegang jawatan penting dalam pentadbiran. Keadaan ini menyebabkan pembesar yang diketuaiii oleh laksamana Khoja Hassan tidak berpuas hati. Akibatnya, timbul fitnah terhadap Bendahara Tun Mutahir. Fitnah tersebut menyebabkan beliau dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Melaka. Semasa menghadapi serangan Portugis. Askar Melaka menggunakan tombak, keris, panah dan sumpit beracun, manakala Portugis menggunakan meriam dan senapang yang lebih canggih. Tentera Portugis pula telah mendapat bantuan dari pangkalan tentera Portugis di Goa, India. Keadaan ini telah melemahkan semangan juang di kalangan Askar Melaka. Selain it, askar upahan Jawa pula melarikan diri daripada medan perang. Kematian Bendahara Tun Mutahir akibat fitnah telah menyebabkan rakyat berpecah belah. Merekka tidak bersatu padu mementang musuh. Portugis dapat menawan Melaka setelah berjaya memusnahkan jambatan sungai Melaka. Kejayaan ini disebabkan oleh si Katol telah membocorkan rahsiia penting maklumat pertahanan Melakka kepada Portugis.

Kelemahan Pemimpin

Perebutan Kuasa

Kelemahan Askar Melaka

Rakyat Tidak Setia

You might also like