You are on page 1of 10

Maklumat Peribadi Responden Bahagian 1 : Latar Belakang Demografi A. B. C. D.

Jantina Umur Taraf Pendidikan Taraf Perkahwinan 1 : Nithyasree A / P Ganesan : 03 April 2003 : Hospital Kuala Pilah : 10 Tahun : Pelajar : Bermain Bola Jaring : Negeri Sembilan : No 119 Peringkat 2, Felda Bukit Rokan ( LKTP ) : Menjadi Seorang Doktor Perempuan 10 tahun Bersekolah Bujang

Kumpulan 1. Nama 2 Tarikh Lahir 3. Tempat Lahir 4. Umur 5. Pekerjaan 6. Hobi 7. Asal 8. Alamat 9. Cita-cita

Bahagian 2 : Transkripsi Temuramah Kumpulan 1

a) Apakah Tujuan sambutan Deepavali dibuat ? Bagi meraikan kemenangan untuk melawan orang yang jahat/ b) Pada pendapat anda adakah sambutan ini penting ? Sekiranya penting kenapa? Penting, kerana kita dapat berseronok, memakai pakaian baru dan berjumpa Dengan saudara mara yang jauh. c) Sekiranya tidak penting, kenapa? d) Bagaimana suasana sambutan diadakan: i) Pada tahun 2011 Masa ini lebih meriah sebab ibu mempunyai banyak masa, Nenek pun masih ada. Jadi persiapan Deepavali banyak disediakan sendiri. ii) Pada zaman sekarang ? Nenek telah tiada. Jadi suasana banyak berubah. Ibu melahirkan adik pada tahun ini. Jadi kurang membuat persiapan iii) Apakah perbezaan di antara sambutan di kedua-duanya? Banyak beza dari segi persiapan dan suasana. Paling ketara dari segi Suasana. Dulu nenek ada. Lebih terasa kemeriahannya. e) Apakah berlaku masalah kemerosotan / kehakisan nilai atau amalan-amalan semasa sambutan Deepavali disambut ? i) Sekiranya Ya , kenapa ? Ada. Dari segi pakaian dan penyediaan kolam. Ibu tidak mengamalkan pemakaian sari sebab tidak ada orang untuk tolong ikat dan leceh bila ada adik yang masih kecil. ii) Sekiranya tidak, kenapa ?

f) Perlukah amalan-amalan dan nilai-nilai tersebut dikekalkan ? i) Sekiranya Ya, kenapa ? Ya,perlu dikekalkan supaya generasi akan datang mengenali adat resam

dan budaya mereka sendiri. ii) Sekiranya Tidak, kenapa ?

Catatan Ada maklumat yang tidak terdapat di dalam rakaman video kerana terpaksa diedit bagi mengecilkan failnya bagi memudahkan urusan upload.

Maklumat Peribadi Responden Bahagian 1 : Latar Belakang Demografi A. Jantina B. Umur C. Taraf Pendidikan D. Taraf Perkahwinan Kumpulan 1. Nama 2 Tarikh Lahir 3. Tempat Lahir 4. Umur 5. Pekerjaan 6. Hobi 7. Asal 8. Alamat 9. No. Tel 2 : Pn. Manohari A / P Ramalinggam : 03 September 1981 : Hospital Tampin : 32 Tahun : Suri Rumah Tangga : Memasak : Negeri Sembilan : No. 119 Peringkat 2, Felda Bukit Rokan ( LKTP ) : 019 - 6822441 Perempuan

32 Tahun SPM

Berkahwin

Bahagian 2 : Transkripsi Temuramah Kumpulan 2

a) Apakah Tujuan sambutan Deepavali dibuat ? Untuk raikan kejayaan melawan kuasa jahat di zaman dahulu kala. b) Pada pendapat anda adakah sambutan ini penting ? Sekiranya penting kenapa? c) Sekiranya tidak penting, kenapa? Penting sebab ia melibatkan amalan keagamaan dan juga sebagai hari kebesaran. d) Bagaimana suasana sambutan diadakan: Pada zaman kanak-kanak Paling meriah walaupun kehidupan tidak sesenang sekarang sebab semua Persiapan dibuat sendiri secara bekerjasama sesama ahli keluarga mahupun Saudara-mara dan juga jiran-jiran. Pada zaman sekarang ? Kurang meriah sebab sudah dewasa, ada tanggungjawab kepada suami dan Anak-anak. Perlu fikirkan persiapan untuk keluarga. Apakah perbezaan di antara sambutan di kedua-duanya? Sangat berbeza dari segi cara menyediakan persiapan, pakaian dan juga Amalan-amalan yang dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas perayaan. e) Apakah berlaku masalah kemerosotan / kehakisan nilai atau amalan-amalan semasa sambutan Deepavali disambut ? i) Sekiranya Ya , kenapa ? Memang berlaku.Contohnya Pn. Manohari sendiri tidak lagi memakai Sari kerana di rumahnya tiada wanita dewasa yang boleh membantunya mengikatnya. Beliau lebih kepada pemakaian baju Punjabi kerana lebih mudah dan ringkas. Begitu juga dengan anak-anak. Beliau menyediakan sepasang baju Punjabi sahaja untuk anak-anaknya khusus untuk hari pertama Deepavali. Baju lain merupakan baju moden sahaja. ii) Sekiranya tidak, kenapa ?

f) Perlukah amalan-amalan dan nilai-nilai tersebut dikekalkan ?

i)

Sekiranya Ya, kenapa ? Perlu sebenarnya supaya amalan dan budaya yang diwarisi daripada nenek moyang akan terus amalkan oleh generasi muda. Itu juga merupakan identiti sebenarnya masyarakat India. Sekiranya tidak dikekalkan, hilanglah indentiti tersebut.

ii) Catatan

Sekiranya Tidak, kenapa ?

Ada maklumat yang tidak terdapat di dalam rakaman video kerana terpaksa diedit bagi mengecilkan failnya bagi memudahkan urusan upload.

Maklumat Peribadi Responden Bahagian 1 : Latar Belakang Demografi E. Jantina F. Umur G. Taraf Pendidikan H. Taraf Perkahwinan Kumpulan 1. Nama 2 Tarikh Lahir 3. Tempat Lahir 4. Umur 5. Pekerjaan 6. Hobi 7. Asal 8. Alamat 9. No. Tel 3 : En. Arumugam A / L Vedan : 16 Oktober 1957 : Felda Bukit Rokan : 55 Tahun : Pegawai Aset SK Bukit Rokan : Bersukan / kriket : Kuala Pilah : No. 83, Peringkat 1, Felda Bukit Rokan : 019 - 3563452 Lelaki 55 Tahun SPM Bujang

Bahagian 2 : Transkripsi Temuramah Kumpulan 3

a) Apakah Tujuan sambutan Deepavali dibuat ? Lebih kepada aspek keagamaan yang dituntut dilakukan oleh semua penganut. b) Pada pendapat anda adakah sambutan ini penting ? Sekiranya penting kenapa? Sangat penting sebab ini amalan agama Hindu. Macam Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan Krismas yang disambut. Sekiranya perayaan setiap agama tidak disambut, lama-kelamaan generasi akan datang akan terus melupakan tuntutan Agama ini. c) Sekiranya tidak penting, kenapa? d) Bagaimana suasana sambutan diadakan: ii) Pada zaman kanak-kanak ? Zaman kanak-kanaklah yang paling seronok sebab semua keperluan hanya dilakukan oleh ketua keluarga dan orang dewasa. Dahulu semua kuih-muih dibuat sendiri.Malahan disediakan secara tradisional seperti penggunaan dapur kayu atau arang. Masa raya, kanak-kanak berjalan ke seluruh kampung untuk beraya tanpa mengira rumah siapa. Tidak ada perasaan takut langsung untuk beraya. Walaupun nilai duit raya dahulu kecil tetapi amat bermakna bagi kami. Masa itulah dapat makan makanan yang enak-enak, kuih-kuih raya dan pakai baju baru. iii) Pada zaman sekarang ? Sekarang ini semua persiapan adalah tanggungjawab diri sendiri dari persiapan pakaian, kemas rumah, kuih-muih dan malahan perlu sediakan duit raya untuk anak-anak saudara. Memandangkan beliau masih bujang lagi dan telah kehilangan kedua orang tua, sambutan secara ala kadar. Malahan pakaian baru juga tidak disediakan. Kuih banyak yang dibeli tetapi bukan semua. Amalan kunjung-mengunjungi semakin kurang. Begitu juga dengan kanakkanak makin kurang beraya ke rumah saudara-mara.Apalagi ke rumah jiran atau kawan-kawan. iv) Apakah perbezaan di antara sambutan di kedua-duanya? Sangat berbeza. Dahulu ikatan antara saudara-mara sangat kuat. Hari Deepavali merupakan masa berkumpul dan bergembira. Amalan mandi minyak di pagi Deepavali, sediakan kolam, pemakaian pakaian tradisional, potto dan sebagainya menjadi kewajipan.Persiapan dilakukan secara bekerjasama dengan bersungguh. Mereka akan bercuti untuk merayakannya.Tetapi sekarang persiapan ala kadar. Pakaian, kuih-muih, juadah lain, kebanyakan dibeli atau

tempah. Begitu juga dengan pemakaian Sari, Dothi dan Potto semakin dilupakan. Malahan ada yang bekerja di hari Deepavali ini. e) Apakah berlaku masalah kemerosotan / kehakisan nilai atau amalan-amalan semasa sambutan Deepavali disambut ? i) Sekiranya Ya , kenapa ? Ya. Contohnya, amalan mandi minyak, sembahyang untuk memperingati orang yang telah meninggal dunia, pemakaian pakaian tradisional, potto, inai, penyediaan kolam, penyediaan kuih yang menggunakan minyak atau bergoreng ( sepatutnya mesti ada ) kunjung-mengunjungi dan lain-lain lagi. Ini berlaku kerana penerapan budaya, amalan dan nilai daripada generasi tua kepada generasi muda tidak dilakukan sejak mereka kecil lagi. Seterusnya ibu bapa sibuk bekerja, jadi tidak berkesempatan membuat persiapan sebagaimana generasi lama dahulu. Faktor lain adalah, rancangan yang disogokkan melalui televisyen amat menarik menyebabkan generasi sekarang sayang untuk meninggalkan rumah. Selain itu, arus pemodenan juga memainkan peranan juga menyebabkan banyak amalan ini semakin terhakis. ii) Sekiranya tidak, kenapa ?

f) Perlukah amalan-amalan dan nilai-nilai tersebut dikekalkan ? Amalan, budaya dan nilai yang bersesuaian serta tidak bercanggah dengan sangat perlu dikekalkan. i) Kenapa ? Supaya generasi akan datang mengenali dan mengetahui asal-usul, amalan, nilai dan budaya bangsa serta agama. Sekiranya dilupakan identity bangsa dan agama pupus begitu sahaja. Secara tidak langsung mereka akan mengamalkan budaya,nilai dan amalan baru pula. ii) Sekiranya Tidak, kenapa ?

g) Adakah sesuai amalan-amalan yang dikongsi daripada kepercayaan kaum dan agama lain seperti makan bersama dan pemberian duit raya sebagaimana diamalkan dalam agama Budha dan bangsa Cina atau ziarah-menziarahi diteruskan? i) Sekiranya perlu atau sesuai, kenapa? Perlu diteruskan untuk mengekalkan hubungan antara adik-beradik dan saudara-mara. Kesibukan bekerja, belajar dan urusan seharian menyebabkan ahli keluarga terpaksa tinggal di tempat yang berasingan. Jadi, amalan inilah diperlukan bagi mengekalkan hubungan yang erat sesame mereka. Generasi muda akan mengenali dan menghormati genarasi tua. Begitulah sebaliknya.

Sekiranya tidak dilakukan pasti berlaku kes sepupu tidak mengenali sepupu. Bapa saudara tidak mengenali anak saudara dan sebaliknya. ii) Sekiranya tidak, kenapa ?

h) Secara peribadi, adakah anda akan mengekalkan pemakaian Sari, dothi, potto, semasa sambutan Deepavali ? Untuk pemakaian bagi kehidupan seharian adalah tidak praktikal kerana generasi sekarang bekerja dan bergerak ke sana-sini bagi menguruskan kehidupan seharian. Tetapi bagi program atau acara keagamaan di kuil dan majlis keramaian beliau akan memastikan ianya terus dikekalkan. i) Adakah anda akan memastikan apa yang diamalkan oleh nenek moyang anda akan turut diwarisi kepada generasi akan datang? Walaupun beliau masih bujang, tetapi masih memastikan kaum kerabatnya terus mengamalkan budaya, nilai dan amalan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu. Setiap satu yang diwarisi itu ada kebaikan dan keistimewaannya.

Catatan Ada maklumat yang tidak terdapat di dalam rakaman video kerana terpaksa diedit bagi mengecilkan failnya bagi memudahkan urusan upload

You might also like