You are on page 1of 5

( PANAS SALJU )

BAB 1 - Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan ke kampung isterinya di


Kampung Sungai Baru Melaka. Kemudian, mereka ternampak sebuah kereta
terjunam ke dalam sungai. Zulkifli membantu pasangan sikh yang berada di
dalam kereta itu. Pada mulanya Bushrah tidak mahu menolong namun dia
terpaksa akur. Pasangan sikh itu dihantar ke Hospital Seremban. Setelah tiba
di sana hari sudah lewat malam. Keesokan harinya, mereka pergi ke Felda
Ulu Tebrau menghadiri majils perkahwinan adik Zulkifli, Narizah. Dalam
perjalanan keretanya rosak, dengan bantuan seorang lelaki Cina kereta
Zulkifti dapat diperbaiki.

BAB 2 - Zulkifli melihat banyak perubahan di Felda Ulu Tebrau. Semasa


majlis perkahwinan berlangsung, Zulkifli berjumpa Maliyudi bersama
isterinya Saleha Brigtte Abdullah bersama anak-anaknya. Zulkifli
menceritakan tentang penyakit yang dihadapi oleh anaknya Nadhirah
kepada Maliyudi. Maliyudi berasa kasihan kepada Nadhirah. Maliyudi
mencadangkan kepada Zulkifli supaya menceritakan perkara ini kepada
pihak akhbar.

BAB 3 - Zulkifli dan Bushrah berbincang mengenai penyakit Nadhirah.


Zulkifli mengambil keputusan mendedahkan masalahnya di akhbar. Pada
rnulanya Bushrah malu namun, dia terpaksa akur dengan keputusan
suaminya. Bushrah mahu Nadhirah sihat selalu. Di samping itu Zulkifli
membuat permohonan untuk tukar kerja ke Hospital melaka kerana sudah
jemu berulang alik ke Kuala Lumpur.

BAB 4 - Zulkifli ke pejabat utusan Malaysia menyatakan hasratnya.


Wartawan yang menemubualnya bernama Mohd Yusuf. Mohd Yusuf berasa
simpati terhadap penyakit Nadhirah. Selepas itu, Zulkifli ke Hospital Kuala
Lumpur untuk membuat permohonan bertukar ke Hospital Melaka.
Kemudiannya dia pergi menjemput isterinya.
BAB 5 - Pada hari itu Zulkifli dan Bushrah ke kursus ”Anak Cemerlang”
anjuran Institut Pembangunan Kanak-kanak ataupun ringkasannya NURY.
Zulkifli dan Bushrah pergi ke atas kesedaran untuk menimba ilmu bagi
mendidik anak supaya menjadi cemerlang. Setelah tamat kursus itu, Bushrah
mencadangkan untuk menghantar Nazli ke Tadika NURY apabila umurnya
cukup empat tahun.

BAB 6 - Penderitaan Nadhirah yang mengidap penyakit rosak hati dan


hempedu tersiar di Utusan Malaysia. Mereka tidak menyangka Nadhirah
menghidap penyakit kronik pada usia semuda itu. Sementara itu, Nadhirah
tidak ke sekolah pagi itu. Gurunya menasihatinya agar berehat sahaja di
rumah. Di sekolah, Bushrah menjadi tumpuan rakan-rakanya, sekolah
tempat Bushrah berkerja juga telah melancarkan kutipan derma untuk
keluarga Bushrah.

BAB 7 - Tan Sri Shamsuddin sedih membaca kisah Nadhirah. Dia ialah
Pengarah Sapura Holdings. Beliau kemudian segera menghubungi isterinya,
Puan Sri Sapura untuk menyatakan hasratnya. Kemudian beliau menelefon
rumah Nadhirah pula. Nadhirah yang menjawab panggilan itu. Pada sebelah
malam pula, Tan Sri Shamsuddin menelefon sekali lagi dan dijawab oleh
Zulkifli. Tan Sri Shamsuddin memintanya datang ke pejabatnya pada
keesokan hari.

BAB 8 - Zulkifli bertemu dengan Tan Sri Shamsuddin di Pejabatnya dan


membincang mengenai kesanggupan Tan Sri Shamsuddin
membantu keluarganya. Sebelum pulang, Tan Sri Shamsuddin
menyerahkan kepada Zulkifli cek RM50,00 sebagai permulaan
sumbangannya. Sebelum pulang, Zulkifli segera ke Bank Simpanan
Nasional untuk menyimpan cek itu.

BAB 9 - Berita kesedihan Bushrah mendermakan hatinya mendapat


pelbagai reaksi. Namun dia tidak mempedulikannya. Wartwan Mohd Yusuf
telah mewawancara Bushrah mengenai perkara itu. Zulkifli pula menyokong
dan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya itu.
BAB 10 - Nadhirah dan ibunya, Bushrah menonton filem Panca Delima .
Zulkifli menaip skrip drama di dalam bilik dan dia tidak mahu sesiapa pun
menganggunya. Nadhirah dan Bushrah khusyuk mendengar lagu ”Berkorban
Apa Sahaja” yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan lagu
”kasihnya ibu” yang dinyanyikan oleh biduanita Saloma. Mereka terpesona
mendengar lagu itu.

BAB 11 - Zulkifli menerima surat dari Muliyadi yang berada di England.


Muliyadi menyatakan bahawa dia berjaya melanjutkan pelajaran
peringkat Ph.D. Dia juga berkata, pada musim cuti panas ini dia akan pergi
ke Perancis untuk ke rumah isterinya. Sebulan selepas itu, Muliyadi
menyatakan dia dilantik menjadi pensyarah kanan ITM. Akhir surat
Muliyadi, dia berharap agar Nadhirah dan Bushrah akan selamat semasa
dalam pembedahan itu dijalankan.

BAB 12 - Zulkifli , Bushrah dan Nadhirah pergi ke unit hati, Hospital


Kuala Lumpur. Mereka ada temu janji bersama doktor Gheethano. Sudah
bertahun Dr. Gheethan merawat Nadhirah. Zulkifli dan Bushrah mendengar
dengan khusyuk apa yang diterangkan oleh Dr. Gheethan.

BAB 13 - Zulkfli sekeluarga pulang ke


kampung di Melaka. Pak Ramli, ayah
mertuanya ada bersama kerana dia sudah tidak bekerja sebagai penambang
lagi berikutan pembinaan sebuah jambatan baru. Bushrah menceritakan
nasib Nadhirah kepada keluarganya. Mereka terkejut kerana tidak tahu
Nadhirah menghidap penyakit kronik.

BAB 14 - Nadhirah tidak ke sekolah berikutan penyakitnya yang


semakin serius. Ketika itu, dia sedang mendengar lagu ”Kasihnya ibu” dari
radio. Cikgu Khairani selalu meberi soalan latihan. Beliau memberi
peransang agar Nadhirah tabah serta beliau mendoakan keselamatan
Nadhirah.

BAB 15 - Zulkifli mengadakan majlis kenduri doa selamat dan tahlil


sempena pemergian mereka ke London. Semua penduduk dikawasan
kediamannya datang. Zulkifli membawa Nadhirah berjumpa imam Ghazali.
Imam Ghazali turut mengutip derma untuk membantu mereka sekeluarga.
BAB 16 - Zulkifli sekeluarga akan berlepas ke London. Murid-murid
Bushrah bersama guru-guru di sekolah Bushrah turut melawat mereka. Turut
hadir Tan Sri Shamsuddin bersama isterinya, Puan Sri Sapura. Akhirnya,
mereka berangkat ke London.

BAB 17 - Akhirnya, Zulkifli sekeluarga selamat tiba di Landon. Cuaca di


Landon cerah. Muliyadi datang melawat mereka. Muliyadi
bersimpati melihat Nadhirah yang dahulu cergas tiba-tiba menjadi lemah.

BAB 18 - Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah solat Subuh berjemaah.


Selepas itu, mereka bersarapan bersama-sama. Zulkifli dan Bushrah
bertikam Iidah siapa yang patut derma hati kepada Nadhirah. Menjelang
pukul 10.30 pagi, mereka pergi ke Hospital King’s College untuk berternu
dengan Dr. Tan Kai Chah.

BAB 19 - Dr. Tan Kai Chah mula pembedahan ke atas Nadhirah dan
Bushrah. Pada p Padakul 8.00 pagi, Bushrah dibius dan dipotong sebahagian
hatinya. Tepat pukul 2.00 petang, Nadhirah dibius dan dibedah. Pembedahan
kembar itu mengambil masa selama 14 jam dan akhirnya pembedahan itu
berjaya. Doktor Tan Kai Chah menasihati Bushrah dan Nadhirah berada di
Hospital selama 2 minggu.

BAB 20 – Muliyadi dan Zulkifli menziarahi Bushrah dan Nadhirah.


Mereka kelihatan masih lemah. Seminggu kemudian, Bushrah dibernakan
pulang manakala Nadhirah perlu berada di Hospital beberapa hari lagi.

BAB 21 - Hari minggu kota Landon cerah dan Muliyadi membawa


keluarga Zulkifli bersiar-siar di beberapa tempat. Tempat pertama yang
dilawati mereka ialah Istana Buckingham yang dibuka kepada pelancong
pada tahun 1993. Muliyadi mencadangkan supaya mereka melawat Sungai
Thames, Muzium British, Zoo London dan Westminster Abbey. Pada hari
itu, mereka mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang manis.

BAB 22 - Sebelum pulang ke Malaysia, Zulkifli melawat Dr. Tan Kai


Chah. Zulkifli mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Tan Kai Chah
kerana banyak membantu keluarganya. Muliyadi menghantar Zulkifli ke
lapangan terbang Heathrow.Kemudian, pesawat MAS meninggalkan Britain.
BAB 23 - Kapal terbang yang dinaiki Zulkifli sekeluarga
terpaksa mendarat di Batu Berendam, Melaka kerana Lapangan Terbang
Subang terbakar. Mereka sekeluarga terus menjemput Nazli di rumah ibu
bapa Bushrah. Mereka terlalu rindukan Nazli.

BAB 24 – Lima tahun sudah berlalu. Nadhirah kini telah berusia 19


tahun dan telah melanjutkan pelajaran ke ITM dan mengikuti kursus
Diploma Perakaunan. Zulkifli mendapat tawaran berkeja di Mingguan
Malaysia sebagai pengarang sastera. Pada pagi Jumaat, tepat jam 4.00 pagi,
Bushrah menghembuskan nafas buat kali yang terakhir. Kini, Nadhirah
berjaya menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan di Bank Islam. Dia
juga bakal berkhawin dengan doktor Bedah di Hospital Kuala Lumpur. Nazli
juga berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah berasrama penuh di Kuala
Kangsar.

You might also like