You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT HIJAU 06400 POKOK SENA KEDAH DARULAMAN KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

PADA 29. 09.2011

TEMPAT SURAU SEK. KEB. BUKIT HIJAU

Kertas kerja ini dibuat bagi maksud melaksanakan satu program tahunan selepas UPSR bagi murid tahun 6. Program ini mendapat kerjasama yang jitu daripada pihak pentadbir dan juga semua guru di SK. Bukit Hijau. Berikut adalah maklumat cadangan program tersebut.

PENDAHULUAN
Kem bestari solat merupakan salah satu daripada model ko-kurikulum yang terkandung dalam program j-qaf dan wajib dilaksanakan pada peringkat sekolah yang dikelolakan secara bersama oleh panitia pendidikan islam dan j-qaf. Program ini diwajibkan kepada semua pelajar beragama islam. Kem bestari solat kali ini merupakan kem pertama bagi sesi 2011 anjuran panitia p.islam (unit j-qaf) yang melibatkan 13 orang fasilitator dan urusetia dari kalangan guru j-qaf,guru p.i dan guru-guru lain yang dilantik.kem ini dikhususkan kepada 142 orang murid islam skbh. Di harapkan agar program ini dapat berjalan lancar bagi memastikan objektif bestari solat kali ini tercapai.

OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada murid kepentingan solat dalam islam. Memberi penekanan kepada murid cara-cara melakukan solat secara teori dan praktikal. Membimbing murid ke arah pengamalan solat yang lebih baik

STRATEGI PERLAKSANAAN
Kem ini dilaksanakan di surau skbh. Pelajar akan diajar secara teori dan praktikal dalam kumpulan kecil yang akan dibimbing oleh fasilitatorfasilitator yang dilantik

SASARAN
Mensasarkan penyertaan daripada semua pelajar tahun 6

JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : PN HAJJAH ROSIDAH BT LAZIN N. PENGERUSI: 1. PN SITI MARIYAM BT ABD RASHID 2. PN SYARIFAH NORIZAH BT SYED ALI 3. TN HAJI TARMIZI B ABD MALEK SETIAUSAHA : PN NORHANIZAH BT MAT ARSHAD BENDAHARI : EN YUSOFF B GHAZALI

AHLI JAWATANKUASA FASILITATOR PN. UMMI KALSUM B MAHAYUDDIN EN SHAHRIL AKMAL B ABDUL RAHMAN MAKANAN DAN MINUMAN MURID PN JURAINI IRNA BT JUHARI PN RASHNIZA BT ABDUL RASHID

PENDAFTARAN PN FOZIAH BT ABDULLAH PN KHAIRULENA BT MD AKHIR

HADIAH DAN CENDERAMATA PN HALIZA BT YAHAYA EN ANAS PUTRA B MAHMUD

TENTATIF PROGRAM
7.45 PG - 8.00 PG - PENDAFTARAN - Taklimat - Pembahagian Kumpulan 8.00 PG - 09.00 PG LDK 1 (TEORI/ PRAKTIKAL WUDUK ) (Ustazah Norhanizah bt Mat Arshad) 09.00 PG - 10.00 PG LDK 2 (PERLAKUAN SOLAT) (Ustaz Shahril Akmal b Abdul Rahman) 10.00 PG - 10.30 PG 10.30 PG - 11.30 PG REHAT LDK 3 (AMALI SOLAT BACAAN ) (Ustazah Ummi Kalsum bt Mahayuddin)

LDK 3 11.30 PG - 12.30 TGH PENILAIAN (Ustazah Norhanizah,&Ustazah Ummi Kalsum) - MAJLIS PENUTUPAN - PENYAMPAIAN SIJIL/ CENDERAMATA (Ustaz Shahril Akmal b Abdul Rahman) - BERSURAI

12.30 TGH - 01.15 TGH

ANGGARAN PERBELANJAAN 1. Fail peserta & alat tulis RM 3.00 x 41 RM 123.00

2. Hadiah peserta terbaik

RM 20.00 x 5 RM 15.00 X 9 RM 3.00 x 41

RM 100.00 RM 135.00 RM 123.00

3. Makanan dan minuman murid

Jumlah

RM 481.00

Disediakan oleh, (NORHANIZAH BT MAT ARSHAD) Setiausaha Kem Bestari Solat Tahun 6

disahkan oleh (ROSIDAH BT LAZIN) Guru Besar SK Bukit Hijau

You might also like