You are on page 1of 19

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

TAZKIRAH AL-ASFIYA
FI
HAYAT AL-AWLIYA

k
Oleh:
'ABDU DHAIF FAQIR HAQIR
MAULAWI JALALUDDIN AHMAD AR-ROWI
'UFIYALLAHU 'ANHU WALI WALIDAIHI
WALI MASYAIKHIHI WALI JAMI'IL MUSLIMIN

KHANQAH NAQSHBANDIYAH
1430 HIJRAH

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


1
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

IMAMUL ASFIYA QUTUBUL AQTAB GHAUTS SAMADANI


HADHRAT KHWAJAH ABUL HASSAN ‘ALI AL-KHARQANI

H ADHRAT Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih


menerima nisbat Batin dari Hadhrat Sultanul ‘Arifin Khwajah Abu Yazid
Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih. Beliau menerima Tarbiyah Suluk dari
Ruhaniah Hadhrat Sultanul ‘Arifin Khwajah Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih kerana kelahiran Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih adalah hampir setengah abad sesudah kewafatan Hadhrat
Sultanul ‘Arifin Khwajah Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih. Pada setiap
tahun sekali telah menjadi kebiasaan bagi Hadhrat Sultanul ‘Arifin Khwajah Abu
Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih untuk pergi menziarahi Kubur Para Auliya dan
orang-orang yang mati Syahid di Dahistan. Apabila beliau tiba di Kharqan, beliau
menarik nafas panjang seolah-olah menghidu bau bunga yang wangi.

Apabila Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih ditanya oleh


murid-murid beliau apakah yang dihidunya dan dari manakah datangnya bau
wangi itu? Beliau menjawab,
“Bahawa akan datang di bandar ini kelahiran seorang hamba Allah yang
mendapat keharuman dari Allah Ta’ala bernama ‘Ali dan nama Kuniyatnya adalah
Abul Hassan yang peringkat Keruhaniannya akan lebih tinggi dariku tiga kali ganda
dan dia akan menghabiskan hayatnya dengan keluarganya dan bertani. Dia akan
lahir seratus tahun sesudahku.”

Setelah beberapa tahun kemudian Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih pun lahir. Setelah sampai usianya dua puluh tahun,
maka tiap-tiap hari dia pergi mengunjungi Maqam Hadhrat Sultanul ‘Arifin
Khwajah Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih selepas menunaikan Solat. Di
Maqam Kubur Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih itu dia berdoa,
“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku sebahagian daripada Keruhanian yang
Engkau beri kepada Abu Yazid.”

Setelah dua belas tahun beliau berbuat demikian, maka pada suatu hari
semasa pulang dari Maqam itu, beliau terdengar satu suara dari Maqam itu berkata,
“Abul Hassan, semua Keruhanianku adalah hadiahmu kepadaku.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Tuan, saya lahir tiga puluh sembilan tahun selepas tuan, bagaimana saya
menghadiahkan Keruhanian saya kepada tuan?”

Suara itu berkata lagi,


“Daku telah terhalang dalam perjalanan Keruhanianku, maka daku berdoa
kepada Allah meminta halangan itu dibuang. Daku terdengar suara Ketuhanan
berkata, “Berdoalah kepada Nur yang akan meliputi kamu apabila kamu melawat
Kharqan kali ini.” Bila daku sampai di Kharqan, daku benar-benar bertemu dengan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


2
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

nur itu yang meliputi dari bumi sampai ke langit. Daku berdoa kepadaNya seperti
disuruh oleh Allah, maka dari semenjak itu terhapuslah halangan itu.”

Apabila Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih


pulang selepas peristiwa itu, beliau terasa mendapat kurnia dalam dirinya. Beliau
dapat menghabiskan bacaan Al-Quran dalam dua puluh empat jam, padahal beliau
tidak tahu membaca sebelum peristiwa itu.

Beliau merupakan seorang Syeikh yang teragung dan menerima kedudukan


yang terpuji di kalangan sekelian Para Auliya pada zamannya. Hadhrat Syeikh Abu
Sa’id Rahmatullah ‘alaih, seorang Ahli Sufi yang masyhur pada ketika itu pernah
menziarahinya dan mereka telah banyak bermuzakarah antara satu sama lain
tentang berbagai tajuk.

Pada suatu ketika sedang mereka berbual-bual kerana keadaan dzauq,


Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih telah memeluk
Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih. Setelah kembali ke tempatnya,
Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih telah menghabiskan masa malam itu
dengan bertafakkur, sambil duduk melutut dan selalu juga dia menjerit dalam
keadaan mabuknya itu.

Pada keesokan harinya, Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih telah
pergi berjumpa Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih
dan meminta supaya beliau ambil balik percikan cahaya Keruhanian yang tersinar
dalam dirinya itu akibat pelukan Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih kerana katanya, beliau masih belum mencapai kemajuan dalam
bidang Keruhanian seperti yang dicapai oleh Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih dan beliau tidak tahan dengan keadaan yang terlalu
tinggi itu. Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih pun
memeluk beliau sekali lagi dan kembalilah Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah
‘alaih sepertimana biasa.

Ketika Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih hendak pergi, beliau
telah berkata kepada Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah
‘alaih,
“Daku memilih kamu untuk menjadi Khalifahku.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih lalu


memberitahu Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih seperti berikut,
“Daku akan jadikan kamu seorang Keruhanian yang tinggi kerana Allah telah
mengurniakan kamu kepadaku setelah daku berdoa kepadaNya memohon Dia
memberi kepadaku seorang sahabat yang dapat daku berbincang tentang hal-hal
Keruhanian dengannya. Syukurlah, Allah telah mengkabulkan permohonan itu.”

Hadhrat ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah ‘alaih meriwayatkan


bahawa beliau mendengar dari Hadhrat Hassan Mu’addib Rahmatullah ‘alaih yang

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


3
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

merupakan seorang juru khidmat bagi Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih
bahawa apabila Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih datang menghadirkan
diri di samping Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih,
dia tidak akan mengucapkan sebarang perkataan tetapi hanya mendengar dan cuma
akan menjawab dengan apa yang telah diucapkan oleh Hadhrat Khwajah Abul
Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih telah


bertanya kepada Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih, mengapakah beliau
sentiasa mendiamkan diri? Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Seorang penterjemah adalah mencukupi untuk satu tajuk.”

Hadhrat ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah ‘alaih juga telah


meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Hadhrat Khwajah Abul-Qasim
Qusyairi Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Apabila daku tiba di Kharqan, kelancaranku mula keluar dan daku tidak lagi
memiliki daya dan upaya untuk menerangkan keadaan diriku di sebabkan amalan
yang telah diberikan oleh pembimbing Keruhanian, dan daku menyangka bahawa
daku telah dilucutkan dari Kewalianku.”

KERAMAT KEBESARANNYA DAN KEBESARAN KERAMATNYA

P ADA suatu hari, Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah
‘alaih menggali tanah di rumahnya. Tiba-tiba wang perak keluar. Ditutupnya
tempat itu. Digali pula di tempat lain dan di situ keluar pula emas. Ditutupnya
lubang itu juga. Pada kali ketiganya keluar pula intan. Lubang itu juga ditutupnya.
Digalinya di tempat yang keempat, maka keluar pula berlian. Itu pun ditutupnya.

Kemudian Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah


‘alaih berdoa,
“Ya Allah, walaupun aku dapat seluruh harta Dunia ini dan harta di Akhirat
kelak, namun tidak akan aku tukarkan dengan wajahMu.”

Pada suatu hari, seorang Sufi duduk di samping Hadhrat Khwajah Abul
Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih sambil menunjukkan keramatnya
dengan mengeluarkan seekor ikan hidup dari sebaldi air yang diletakkan di hadapan
Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih. Hadhrat
Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih meletakkan tangannya
dalamapi dapur yang menyala di hadapannya dan mengeluarkan ikan hidup dari
dalam api itu. Kemudian, orang itu meminta Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih melompat dengannya ke dalam api itu dan lihatlah
siapa akan hidup selepas masuk ke dalam api itu.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih


menjawab,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


4
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

“Menunjukkan keramat itu tidaklah baik. Marilah kita tenggelamkan diri kita
dalam lautan Wujud Fana dan timbul semula dengan memakai pakaian Wujud
Baqa.” Orang Sufi itu pun diam.

Pada suatu masa, sebelum mula berjalan menunaikan Haji, beberapa orang
telah berjumpa dengan Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih dan bertanya kepadanya apa yang mereka akan buat sekiranya
penyamun menyerang mereka.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Ingatlah daku pada waktu itu.”

Dalam perjalanan itu, Kafilah yang mereka sertai itu diserang oleh penyamun.
Semua orang dalam Kafilah itu dirompak oleh penyamun kecuali seorang yang ingat
pada Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih. Pada
masa orang itu ingat kepada Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih, nampak olehnya Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih berada di hadapannya. Orang itu dan barang-
barangnya tidak kelihatan oleh penyamun itu. Maka dia pun selamat. Setelah
kembali, orang-orang bertanya kepada Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih kenapa mereka tidak diselamatkan pada hal mereka
berdoa kepada Allah? Orang yang seorang itu hanya meminta pertolongan kepada
beliau.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Kamu semua hanya menyebut Allah di mulut saja, tetapi daku
mengingatNya dengan seluruh jiwa ragaku. Oleh itu, jika kamu semua
mengingatiku, daku akan mengingati Allah bagi pihak kamu semua dengan seluruh
hati dan jiwa, dan permintaan kamu akan dikabulkan. Tetapi jika kamu semua
hanya menyebut Allah di bibir saja tanpa terhunjam sepenuhnya dalam hati, maka
permohonan kamu tidak akan mendatangkan hasil.”

Seorang Murid Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah


‘alaih meminta kebenaran beliau hendak pergi ke Iraq untuk belajar Hadits, kerana
tidak ada guru yang pakar di tempat beliau itu.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Daku akan ajarkan kepada kamu sebagaimana aku belajar dari Nabi itu
sendiri.”

Murid itu tidak percaya cakap beliau itu. Tetapi semasa dia tidur, dia melihat
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Baginda berkata
bahawa apa yang dikatakan oleh Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih itu adalah benar. Maka mulalah Murid itu belajar Hadits pada
Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih. Selalu juga

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


5
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berkata bahawa
Hadits itu telah salah. Murid itu bertanya kenapa Hadits yang demikian itu salah?

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Nabi sentiasa bersama aku semasa aku mengajar kamu. Apabila sesuatu
Hadits salah dinyatakan, mukanya berubah tanda tidak setuju. Dari situlah saya
tahu sama ada sesuatu Hadits itu betul atau tidak.”

Suatu ketika Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah


‘alaih hadir dan mengambil bahagian dalam upacara Sama’ iaitu tarian muzik
Keruhanian di rumah seorang hamba Allah. Dalam Sama’ itu beliau telah sampai
kepada keadaan dzauq mabuk Allah dan memukul tanah dengan kakinya tiga kali.
Dinding rumah itu bergoyang dan orang lain merasai seolah-olah dinding itu telah
menari bersamanya serta juga tanah di situ. Setelah beliau sedar semula, beliau
ditanya kenapa beliau berbuat demikian.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Sama’ ialah bagi mereka yang dalam keadaan itu telah dibawa ke peringkat
Ruhaniah yang tinggi di mana semua hijab tersingkap dan mereka dapat melihat
Alam Malaikat.”

Satu hari, seorang telah datang kepada Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali
Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih dan meminta kepada beliau hendak memakai
pakaiannya agar dia dapat menjadi seperti Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih juga.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih bertanya,


“Bolehkah perempuan yang memakai baju lelaki menjadi lelaki atau orang
lelaki memakai baju perempuan menjadi perempuan?”

Orang itu berkata tidak boleh, lalu Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih pun berkata,
“Jika itu tidak mungkin, bagaimana kamu memakai pakaianku boleh menjadi
diriku?”

Seorang ‘Alim telah bertanya kepada Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih dan meminta beliau memberi syarahan kepadanya.
Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Serulah manusia ke Jalan Allah dan janganlah dipanggil mereka kepada diri
kamu sendiri. Jika seorang ‘Alim itu dengki kepada seorang ‘Alim yang lain yang
menjalankan tugas sepertinya juga iaitu mengajak manusia ke Jalan Allah, maka itu
bererti dia bukan mengajak manusia ke Jalan Allah tetapi adalah kepada dirinya
sendiri. Jika tidak, apakah sebabnya dia dengki?”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


6
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Pada suatu ketika, Hadhrat Abu Sina Rahmatullah ‘alaih datang melawat
Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih. Bila sampai ke
rumah Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih, beliau
memanggil tuan rumah itu. Datanglah isteri Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih. Isteri Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih menggelar Hadhrat Abu Sina Rahmatullah ‘alaih itu sebagai
seorang kafir dan meminta beliau jangan memanggil Hadhrat Khwajah Abul Hassan
‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih kerana dia telah pergi mencari kayu api ke
dalam hutan.

Hadhrat Abu Sina Rahmatullah ‘alaih pergi mencari Hadhrat Khwajah Abul
Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih dan dilihatnya seekor singa membawa
kayu api Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih itu.
Hadhrat Abu Sina Rahmatullah ‘alaih menundukkan kepadalanya tanda hormat
kepada Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih. Dalam
perbualan mereka itu, Hadhrat Abu Sina Rahmatullah ‘alaih bertanya kenapa isteri
Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih menggelarnya
kafir? Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih
menjawab bahawa jikalau beliau tidak sabar terhadap isterinya itu, tentulah beliau
tidak dapat menguasai singa itu. Pada malam itu mereka pun berbual-bual tentang
hal-hal Keruhanian dan Kesufian.

Keesokan harinya tatkala Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih membaiki dinding rumahnya, sekeping besi yang dipegangnya
itu terjatuh. Sebelum beliau tunduk mengambil keeping besi yang terjatuh itu, besi
itu melayang sendirinya pergi ke tangan Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih. Dengan itu kepercayaan Hadhrat Abu Sina
Rahmatullah ‘alaih tentang ketinggian Ruhaniah Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali
Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih bertambah teguh dan semua syak wasangkanya
tentang ketinggian Ruhaniah Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih itu pun hilang dan lenyap.

Satu ketika suara Ketuhanan berkata,


“Abul Hassan, jika Kami nyatakan kepada Dunia apa yang Kami ketahui
dan tersembunyi dari Dunia tentang apa yang telah kamu capai, mereka akan
lemparkan batu kepada kamu hingga kamu mati kerana ucapan-ucapan kamu itu.”

Mendengarkan itu Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Adakah Engkau mahu, Oh Tuhan, supaya aku nyatakan kepada Dunia
sebagaimana Engkau layan kami dalam keadaan Engkau itu? Ketahuilah bahawa
tidak akan ada orang menyembah Engkau dan semua mereka akan membuangkan
penyembahan mereka terhadap Engkau.”

Suara itu berkata lagi,


“Jangan hebahkan kepada Dunia apa yang kamu tahu tentang Kami dan
Kami tidak akan nyatakan kepada Dunia apa yang Kami tahu tentang kamu.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


7
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Satu ketika suara Ketuhanan terdengar berkata,


“Abul Hassan, Kami ini kepunyaan kamu dan kamu itu kepunyaan Kami.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Oh Tuhan, Engkau Tuhan Yang Maha Berkuasa dan aku ini hambaMu yang
hina.”

AJARAN KEUNGGULANNYA DAN KEUNGGULAN


AJARANNYA

H ADHRAT Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih


dilapurkan sebagai telah berkata,
“Terdapat dua jalan, satu adalah salah dan satu adalah betul. Jalan
yang salah ialah jalan manusia kepada Tuhan dan jalan yang betul ialah jalan Tuhan
kepada manusia. Barangsiapa yang berkata bahawa dia telah mencapai Tuhan
sebenarnya masih belum mencapainya, akan tetapi apabila seseorang berkata
bahawa dia telah dijadikan untuk mencapai Allah, ketahuilah bahawa dia benar-
benar telah mencapaiNya.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih telah


memberitahu kepada seorang daripada Murid kesayangannya,
“Pada pandangan Dunia, Abu Yazid telah mati, tetapi pada pandanganku dia
masih hidup dan mengetahui semua gerak-geriku.”

Antara kata-kata hikmah Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih yang berisi pengajarannya seperti berikut:

1. “Carilah Rahmat Tuhan kerana ianya melampaui azab Neraka dan nikmat
Syurga.”

2. “Masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang itu adalah hijab. Bila hijab
ini disingkap, kamu boleh lihat semua.”

3. “Menganggap diri sendiri itu seorang Sufi adalah satu anggapan yang besar.
Sekurang-kurangnya dia bukanlah Sufi.”

4. “Orang yang menunjukkan keramatnya adalah dilemparkan jauh dari


Hadhrat Allah.”

5. “Apabila seseorang itu betul-betul dengan ikhlas menuju Allah dan mati
dalam diri mereka, maka Allah akan ditemui.”

6. “Seorang Muslim itu bukanlah terpuji kerana dia berpuasa dan


bersembahyang tetapi dia terpuji kerana dalam catatan amalannya dia tidak

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


8
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

ada berdosa semasa hidupnya. Apabila peringkat itu tercapai, dia akan takut
kepada Allah dan berada dalam sopan santun dan merendahkan diri.”

7. “Barangsiapa dengan kehendak Allah dapat melihat Tuhan, dia tidak nampak
yang lain. Orang yang sampai kepada Allah akan lenyaplah dirinya.”

8. “Pahlawan Tariqat itu mati walaupun dia hidup di Dunia ini.”

9. “Wahai Salik, janganlah menganggap kamu telah mendapat Nur, sehingga


belum kamu mengalami tujuh puluh tahun apa yang dialami semasa daku
bersembahyang di Khurasan sambil rukuk menghadap Mekkah dan semua
harta bumi dan langit diletakkan di hadapan kamu, tetapi meskipun begitu
kamu tetap tidak terpengaruh olenya dan terus merendahkan diri kepada
Allah kerana takut Allah tidak akan menerima ibadatmu.”

10. “Banyak orang bertawaf keliling Ka’abah, tetapi ada juga yang bertawaf
keliling langit dan Syurga, namun begitu yang lebih agung dan terpuji ialah
mereka yang bertawaf keliling Tauhid.”

11. “Benda-benda mula dicari dalam Dunia dan kemudian didapati, tetapi Allah
dijumpai dahulu dan kemudian dicari.”

12. “Ada hamba-hamba Allah itu yang menjadi kekasihNya. Apabila mereka
memanggil Nama Allah, semua burung-burung dan binatang-binatang tegak
berdiam diri, Malaikat terketar, langit dan bumi akan bercahaya. Demikianlah
agungnya menyebut Nama Allah itu oleh mereka hinggakan bumi
bergoyang.”

13. “Tidak ada orang yang dapat menempuh jalan menuju Allah itu tanpa
pertolonganNya. Dengan kesungguhan dan daya sendiri sahaja tidak akan
berjaya.”

14. “Hiduplah dalam Dunia ini tanpa dosa.”

15. “Sentiasalah berada di samping Allah dan bukan di samping alam, kerana
seseorang itu sentiasa berdampingan dengan sahabatnya, dan tidak ada
sahabat yang lebih agung dari Allah.”
16. “Setengah daripada sahabat-sahabat Allah itu dapat membaca apa yang
tertulis dalam Taqdir meskipun mereka berada dalam Dunia ini.”

17. “Allah kurniakan rindu dendamNya kepada mereka yang dilimpahiNya


Nur.”

18. “Wali Allah itu bukanlah makhluk atau pun insan Dunia ini.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


9
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

19. “Orang yang mencapai Allah dalam hidup yang sekarang ini dan tidak
menangguhkan perjumpaan dengan Allah itu hingga selepas mati, maka dia
itulah sebenarnya kekasih Allah.”

20. “Apabila Allah membawa seseorang itu ke JalanNya, maka dia akan sampai
ke lembah Tauhid, tidak ada yang tahu keadaannya kecuali Allah.”

21. “Hati yang rindu kepada Allah itulah hati yang paling baik.”

22. “Apabila sakit, Allah itulah menjadi Tabib.”

23. “Barangsiapa hendakkan Syurga akan terhindar dari RahmatNya. Orang yang
sentiasa berkhalwat dan menyingkirkan diri dari segala makhluk dan terus
mematikan dirinya, maka terbukalah hijab yang melindungi pandangannya
dengan Tuhan.”

24. “Barangsiapa mencari keduniaan akan diperhambakan oleh Dunia. Tetapi


barangsiapa menyingkirkan keduniaan, maka Dunia ini akan menjadi
hambanya.”

25. “Jika dalam sesuatu masyarakat itu ada orang yang dikurniakan Allah dengan
Nur dan kehampiran denganNya, maka Allah dengan RahmatNya akan
mengampunkan dosa yang dilakukan oleh masyarakat itu.”
26. “Orang Darwish tidak menumpukan pandangannya kepada Dunia ini atau
Akhirat.”

27. “Hanya orang yang bercita-cita tinggi itu mencapai Tuhan.”

28. “Nama Allah itu hendaklah disebut berulang-ulang setelah mematikan diri.”

29. “Hapuskan dosa dan sembahlah Allah, maka Allah akan ditemui.”

30. “Tiap-tiap orang hendak membawa sesuatu dari Dunia ini ke Akhirat, tetapi
tidak ada apa-apa dalam Dunia ini yang boleh mencari jalan ke sana kecuali
Fana tidak ada diri.”

31. “Takutlah Allah dan serulah Dia, dan kamu akan ditempatkan dalam keadaan
Fana.”

32. “Di antara beribu-ribu orang yang menjalani jalan yang diterangkan oleh Al-
Quran itu, ada seorang yang jalannya diikuti oleh Al-Quran itu sendiri, iaitu
tiap-tiap lakuannya bersesuaian dengan apa yang diterangkan oleh Al-
Quran.”

33. “Orang Sufi tidak perlu cahaya matahari dan bulan kerana Cahaya Allah yang
ada padanya itu lebih terang dari segala cahaya.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


10
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

34. “Jalan itu akan dipendekkan oleh Allah bagi mereka yang dibimbingNya.”

35. “Makan dan minum Auliya Allah itu ialah mengenang Allah dan
membicarakan tentang Allah.”

36. “Tuhan Allah itu menjadi benar-benar cahaya mata hamba-hambaNya.”

37. “Sebahagian kecil daripada Cinta Allah itu turun ke Dunia dan mencari tiap-
tiap hati dalam Dunia, dan didapati tidak ada yang upaya memegangnya.
Maka kembalilah ia kepada Allah.”

38. “Selepas tiap-tiap seratus tahun, satu jiwa yang sempurna akan lahir ke
Dunia.”

39. “Orang yang bertemu dengan Allah itu akan mati dirinya.”

40. “Siapa yang hatinya kasih kepada yang lain dari Allah, meskipun dia
melakukan Ibadat dan bermujahadah sepanjang hidup, namun semua itu
tidak akan diterima Allah dan hatinya itu tetap tinggal mati.”

41. “Hijab yang paling besar antara insan dengan Tuhan ialah Hawa Nafsu.”

42. “Kegiatan yang paling besar ialah mengenang Allah. Selepas itu ialah
kesucian hidup, bersedekah dan bersikap Zuhud.”

43. “Pada segi Keruhanian, duduk bersama di majlis Auliya Allah itu adalah satu
amalan yang terpuji.”

44. “Bersama di majlis Auliya Allah itu adalah satu kurniaan Allah yang besar.”

45. “Kamu melakukan Ibadat yang paling besar jika kamu dapat melarikan diri
dari keduniaan.”

46. “Ka’abah yang paling besar itu ialah memandang wajah Allah.”

47. “Apabila sepuluh kali Si Salik itu merasai racun dengan gembira dan rela,
maka pada kali ke sebelas rasa gula akan diberi kepadanya. Di awal
perjalanan Si Salik itu akan diuji dan ditapis.Selepas itu akan dikurniakan
kehampiran dengan Allah.”

48. “Kamu akan berjaya mencapai Allah setelah kamu diberiNya kekuatan untuk
mencapaiNya dan itu pun dengan kehendakNya jua.”

49. “Orang yang mengorbankan kemuliaannya kerana Allah, maka Allah akan
memberinya pakaian KemuliaanNya sendiri.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


11
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

50. “Allah akan ditemui apabila Aku dimatikan.”

51. “Orang yang mengatakan dia mendapat Nur dan kemudian menyibarkan
kepada orang ramai adalah sebenarnya dia tidak ada Nur itu kerana
perbuatan demikian itu adalah hijab juga.”

52. “Teruskan melakukan latihan Ruhaniah itu sehingga latihan Ruhaniah itu
sendiri meninggalkan kamu.”

53. “Mematuhi kehendak Ruhaniah itu adalah lebih baik dari melakukan banyak
latihan.”

54. Sekiranya setitik sahaja Rahmat Allah itu jatuh kepada kamu, nescaya kamu
tidak akan mahu apa-apa lagi dalam Dunia ini, bahkan tidak mahu bercakap
atau mendengar orang lain.”

55. “Ingat kepada Allah itu lebih tajam daripada tikaman seribu pedang sekali
gus.”

56. “Apabila kamu melihat wajah Allah, kamu tidak akan melihat yang lain lagi
sepanjang masa.”

57. “Seseorang itu hendaklah berlatih sepenuhnya selama empat puluh tahun dan
kemudian bolehlah mengharapkan hasil yang memuaskan. Sepuluh tahun
melakukan latihan Keruhanian itu ialah untuk membetulkan kesalahan lidah,
sepuluh tahun lagi untuk mengurangkan gemuk badan, sepuluh tahun untuk
membetulkan kesalahan hati dan sepuluh tahun lagi untuk membetulkan
segala kejahatan yang lain itu.”
58. “Sedikit ketawa dan banyak tangis, makan dan tidur sedikit sahaja.”

59. “Malanglah orang yang hidup dalam Dunia ini tanpa bercakap dengan
Allah.”

60. “Jalan Ma’rifatullah itu ialah untuk orang-orang yang suci dan mabuk dalam
Allah, kerana bercakap dalam dzauq dengan Tuhan itu sangatlah seronok.”

61. “Ingat dan kenanglah Allah sentiasa.”

62. “Apabila seseorang itu menyebut Nama Allah, lidahnya terbakar dan tidak
dapat menyebut nama itu lagi. Jika terlihat ia menyebutnya, maka sebenarnya
memuji Dia.”

63. “Kemarahan api perpisahan dengan Tuhan itu sangatlah panas hingga jika ia
terlepas dari hati orang yang mengandungnya, seluruh Dunia ini akan
hangus. Tidak lain kehendak hati orang-orang yang demikian itu ialah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


12
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

hendak mengenang Allah tetapi mereka dapati mereka tidak dapat berbuat
demikian.”

64. “Jika hatimu terpaku pada Tuhan, seluruh Dunia tidak akan dapat
memudharatkan kamu jika mereka semuanya menjadi musuhmu.”

65. “Melihat Allah beserta dengan dirimu ialah Fana dan melihat Allah sahaja
tanpa dirimu ialah Baqa.”

66. “Bergaullah dengan orang yang hatinya terbakar dalam cinta kepada Allah
dan tenggelam dengan rindu dendam kepadaNya.”

67. “Jangan buat kegiatan lain kecuali mengingat nama Allah dan jangan ingat
apa-apa kecuali Dia.”

68. “Bersama dengan Allah seketika adalah lebih bernilai daripada beribadat
sepanjang hayat kerana keduniaan.”

69. “Tiap-tiap makhluk itu adalah hijab dan jarring kepada Salik yang ikhlas.
Tidak diketahui bagaimana dan bila seseorang itu boleh terjerat pada mereka
itu.”

70. “Walaupun sekali dalam seumur hidup kamu membuatkan Allah murka,
maka wajarlah kamu memohon ampun sepanjang hidup kepadaNya, kerana
meskipun Dia ampunkan kamu, namun dalam hati masih terasa yang kamu
telah menimbulkan kemurkaan Tuhan dan tidak mematuhi Dia.”

71. “Orang yang paling baik dalam menghampirkan diri dan mengabdi kepada
Ilahi ialah orang yang buta tidak melihat yang lain kecuali Allah, pekak tidak
mendengar yang lain kecuali Allah dan bisu tidak bercakap kecuali tentang
Allah.”

72. “Allah telah mengurniakan sesuatu perkara kepada kita dan setelah
mendampingkan kita dengan perkara itu, Dia pun menghilangkannya dari
kita. Maka sewajarnyalah kita membuang semua perkara keduniaan dan
berdampingan dengan Dia, agar Dia tidak jauhkan diriNya dengan kita.”

73. “Banyak orang yang berjalan-jalan di jalan tetapi mereka mati. Banyak juga
yang telah berkubur tetapi mereka masih hidup.”

74. “Orang yang cinta kepada Allah itu ialah orang yang hatinya hancur lebur
menjadi abu kerana Allah.”

75. “Tinggalkan semua Ibadat dan dosa, dan tenggelamkan dirimu dalam lautan
RahmatNya.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


13
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

76. “Manusia melihat Allah di Akhirat dengan mata Ketuhanan.”

77. “Makin kuat kamu berkhidmat dengan gurumu, makin tinggi naik taraf
Ruhaniahnya.”

78. “Badan, lidah dan hati tidak ada padaku, hanya Allah sahaja dalam diriku.”

79. “Banyak orang yang bersembahyang dan beribadat dalam Dunia ini, tetapi
sedikit benar yang membawa hasilnya bersama mereka ke Akhirat.”

80. “Ahli Dunia mendapat apa yang tercatit dalam nasib mereka, tetapi Auliya
Allah mendapat apa yang tidak tercatit dalam nasibnya.”

81. “Di jalan Tuhan, tidak ada yang lain kecuali Tuhan.”

82. “Menangislah dalam Dunia agar kamu ketawa di Akhirat kelak.”

83. “Apabila hamba itu Fana, dia akan diberi pakaian Baqa.”

84. “Dalam peringkat Ruhaniah yang paling tinggi, dahaga terhadap Allah itu
sangat kuat dalam diri si hamba hinggakan jika air dari semua sungai diberi
kepadanya tidaklah dapat menghilangkan dahaganya itu bahkan bertambah
dahaga lagi. Si hamba seperti ini memutuskan segala perhubungan dengan
alam dan tidak pernah megah dengan keramat yang mengalir keluar tanpa
disedarinya daripada dirinya.”

85. “Gelaran paling bagus untuk si hamba Allah ialah ‘Abdullah.”


86. “Untuk si Mukmin, tiap-tiap tempat itu adalah Masjid dan tiap-tiap hari itu
adalah hari Jumaat.”

87. “Jangan biarkan pengemis pulang dengan tangan kosong dari rumahmu,
berilah dia sesuatu walaupun kamu berhutang untuk itu.”

88. “Layanlah tetamu kamu dengan sebaik-baiknya.”

89. “Ada tiga hal keadaan yang terakhir dalam Keruhanian. Pertama kamu
anggap diri kamu sebagaimana Tuhan menganggap kamu. Kedua, kamu
menjadi kepunyaan Dia dan Dia menjadi kepunyaan kamu. Ketiga, kamu
lenyap dan hapus dan Dia sahaja yang mengisikan kamu.”

90. “Sebelum kamu mati, kamu mestilah berusaha untuk mencapai tiga perkara.
Pertama, dalam cintamu kepada Allah kamu menangis sebanyak-banyaknya
hingga airmata darah mengalir dari matamu. Kedua, kerana takutkan Allah
hinggakan air kencing kamu menjadi berupa darah. Ketiga, berjaga malam
hingga kurus kering badan kamu.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


14
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

91. Berdampinglah dengan Allah sahaja dan janganlah berkeinginan hendak


bertemu dengan makhluk, walaupun makhluk itu Khidhr. Adakah kamu
jemu berdamping dengan Allah maka kamu hendak berdamping pula dengan
makhluk? Sepatutnya engkau hanya rindukan hendak berdampingan dengan
Allah sahaja tiada yang lain.”

92. “Makhluk itu ditakluki oleh waktu atau masa dan Aku ini Tuhan bagi masa
itu.”

93. “Apabila aku telah Fana, aku lihat diriku dibalut oleh Wujud Ketuhanan
tetapi apabila aku pandang diriku, Fana itu pun terjatuh dari aku.”

94. “Apabila aku melampaui diri sendiri (ego), air tidak boleh melemaskan aku
dan api tidak boleh membakar aku. Kemudian selama tiga bulan empat hari
aku tidak makan dan dapat menghadapi semua ujian.”

95. “Kebaikan itu adalah Sifat Allah sahaja, kita tidak boleh mengatakan kita
baik.”

96. “Wahai Salik, jika kamu ingin menjadi pakar keramat, maka mulalah
berpuasa tiap-tiap tiga hari sekali. Selepas itu empat belas hari terus-menerus.
Selepas itu berpuasa selama empat puluh hari terus-menerus. Selepas itu
berpuasa selama empat bulan. Akhirnya berpuasalah selama satu tahun
penuh. Maka kamu akan capai satu peringkat di mana kamu akan lihat
perkara Ghaib yang memegang sesuatu dengan mulutnya yang rupanya
seperti ular. Jika kamu makan benda itu, kamu tidak akan berasa lapar
selama-lamanya. Bila aku mula berpuasa, datanglah benda yang berupa ular
itu. Aku enggan menerimanya kerana itu akan menghalang aku dari
mendapat Rahmat Tuhan. Aku berdoa kepada Allah supaya mengurniakan
aku apa yang Dia kehendaki terus langsung dan bukan melalui perantara.
Tuhan berfirman,
“Selepas ini kamu akan berasa kenyang dan tidak dahaga tanpa makan
dan minum apa pun.” Maka aku pun tidak lagi berasa lapar dan dahaga. Aku
pun diberi makan secara Ghaib ini tetapi rasanya manis seperti madu dan
wangi seperti kasturi. Dunia tidak tahu dari mana aku dapat makan.”

97. “Selagi aku memandang kepada pertolongan yang lain dari Allah, maka
selagi itulah aku tidak berjaya dalam Ibadatku. Tetapi bila aku putuskan
perhubungan dengan makhluk dan berharap kepada Allah sahaja, maka aku
dapati segala rintangan dalam perjalanan Keruhanianku itu hilang lenyap
dengan kurnia Allah dan tanpa daya usaha dari diriku dan hasilnya sangatlah
besar dan memuaskan.”

98. “Ketahuilah luas kasih sayang Tuhan itu. Jika dosa seluruh Dunia ini
dibandingkan dengannya adalah tidak lebih dari sebutir pasir sahaja.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


15
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

99. “Aku minta jangan ada hendaknya Neraka dan Syurga agar manusia cinta
kepada Allah kerana Allah sahaja.”

100. “Jalan-jalan menuju Allah itu tidak terkira dan tidak terhad. Bolehlah
dikatakan banyaknya itu seperti banyaknya makhluk ini. Tiap-tiap orang
berjalan di jalan itu menurut daya upayanya. Aku telah menjalani hampir
jalan-jalan itu dan aku dapati ada orang yang berjalan di jalan-jalan tersebut.
Tidak ada jalan yang kosong dan tidak ditempuhi orang. Kemudian aku
berdoa kepada Allah,
“Tunjukilah kepadaku jalan yang tidak ada orang menempuhinya dan
tidak ada di jalan itu kecuali Engkau dan aku sahaja.” Allah tunjukkan
kepadaku jalan rindu dendamnya jiwa. Ini bererti barangsiapa hendak
berjalan di jalan Cinta Allah ini hendaklah jangan takut susah payah yang
akan menimpanya dalam perjalanan itu. Hendaklah patuh sepenuhnya
menurut perintahNya dan ingat kurniaNya dan sentiasa bersyukur
kepadaNya.”

101. Orang yang dipandang penakut oleh Dunia ini adalah berani pada
pandangan Tuhan dan orang yang penakut pada pandangan Tuhan itu ialah
orang yang dipuji dan dipuja oleh Dunia sebagai pahlawan.”

102. “Apa yang aku ceritakan kepada kamu adalah perutusan dari Allah, ianya
sangat suci dan Dunia tidak boleh mengatakan itu haknya.”

103. “Apa sahaja keutamaan Ruhaniah yang aku capai adalah hasil dari
memencilkan diri dan menututp mulutku.”
104. “Suara Ketuhanan berkata,
“Abul Hassan, patuhlah kepadaKu kerana Aku hidup tanpa mati. Jika
kamu patuh kepadaku, maka Aku akan kurniakan kepadamu hidup yang
kekal. Janganlah hampir kepada perkara yang aku larang.”

105. “Dengan kurnia Allah, diberinya aku peringkat Ruhaniah yang lebih tinggi
dari yang dikurniakanNya kepada Abu Yazid.

106. “Aku ini bukan menetap dan bukan pula dalam perjalanan. Peringkat ini
lebih rendah dari peringkat yang aku nikmati sekarang iaitu aku telah
menetap dalam Tauhid dan berjalan dalam Allah. Oleh kerana Allah telah
menghapuskan diri egoku, maka Neraka dan Syurga tidak menjadi persoalan
kepadaku. Keadaan aku sekarang ialah jika semua penghuni Neraka dan
Syurga masuk ke dalamnya nescaya mereka semua akan Fana hancur lebur.”

107. “Ya Allah, KurniaMu padaku tidak kekal dan kurniaku padaMu adalah
kekal. Kerana KurniaMu padaku ialah diri Aku dan kurniaku kepadaMu ialah
Engkau. Aku mati tetapi Engkau hidup abadi.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


16
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

108. “Ya Allah, aku ingin mencapai peringkat di mana aku tidak ada lagi dan
Engkau sahaja yang ada dalamku.”

109. “Dunia lari dari mereka yang menuntutnya. Engkau Maha Kasih dan suka
menghampirkan diriMu kepada mereka yang menuju jalan kepadaMu.”

110. “Oh Tuhan, aku juga yang selalu menyakitkan Kamu, tetapi Kamu sentiasa
memberi kurnia yang tidak putus-putus kepadaku.”

111. “Ada orang mencari kebahagiaan dengan sikap Zuhud, ada yang dengan
berjalan menuju Ka’abah dan ada pula yang mencari kebahagiaan dalam
Ibadat. Jadikanlah aku tidak termasuk dalam golongan mereka itu, tetapi
jadikanlah bahagiaku itu dalam Engkau dan Engkau sahaja.”

112. “Oh Tuhan, bawalah aku kepada AuliyaMu yang tahu menyebut NamaMu
sebagaimana ia patut disebut, agar aku dapat berkat dengan mengkhidmati
mereka itu.”

113. “Ya Allah, aku ini hanya hambaMu yang hina. Ibadatku dan Zikirku tidak
bernilai padaMu. Terimalah aku yang lemah ini yang tidak ada pergantungan
selain Kamu dan Kamu sahaja pelindungku.”

KEAJAIBAN PERKATAANNYA DAN PERKATAAN


KEAJAIBANNYA

P ADA suatu hari, seorang Sufi berjalan di udara dan turun di hadapan Hadhrat
Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih dan dia
mengatakan dirinya sebagai Al-Junaid dan Asy-Syibli pada hari tersebut.
Mendengarkan itu, Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah
‘alaih masuk ke dalam keadaan dzauq dan dalam keadaan itu dia menghentakkan
kakinya ke tanah dan berkata,
“Aku ini Tuhan pada hari ini dan Nabi pada hari ini.”

Hadhrat Khwajah Fariduddin ‘Attar Rahmatullah ‘alaih pengarang kitab


Tazkiratul Auliya berkata bahawa inilah keadaannya di mana Hadhrat Abul
Mughits Hussain Bin Mansur Al-Halaj Rahmatullah ‘alaih telah lalui. Hadhrat
Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih pernah berdoa kepada
Allah untuk mengeluarkan dirinya dari Dunia.

Suara Ketuhanan berkata,


“Kami sengaja menyimpan kamu dalam Dunia agar Wali-Wali Kami dapat
datang dan bergaul dengan kamu dan orang yang tidak dapat datang kepada kamu

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


17
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

dan hanya menyebut nama kamu dan bercakap tentang kamu juga akan mendapat
faedah Keruhanian yang besar.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Apabila aku lupa wujud diriku, aku lihat Yang Haqq di sekelilingku dan
tidak ada yang lain.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Allah berkata kepadaku bahawa tidak ada apa-apa dalam alam ini dan di
Alam Akhirat yang bersekutu denganNya. Allah sahaja yang ada.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Allah berkata kepadaku, “Abul Hassan, Kami kurniakan kepada kamu
segala-galanya kecuali Ketuhanan.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Tuhan, buangkan hijab yang akhir ini dariku tentang kurniaan dan
penolakan antara aku dakn Kamu, kerana itu adalah halangan bagi siapa yang
mengatakan Kamu itu haknya. Aku pinta supaya tidak ada perpisahan antara Kamu
dan aku.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Oleh kerana aku telah membuangkan Dunia, aku pun tidak memandangnya
lagi. Oleh kerana aku telah bercakap dengan Tuhan, aku tidak lagi bercakap dengan
insan.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Sehingga aku telah yakin dan percaya bahawa Allah bertanggungjawab
memberi nafkah kepadaku, maka barulah aku tidak mahu berusaha mencari nafkah
lagi.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Aku tidak mahu menjadi guru sesiapa pun. Aku harap aku sentiasa dapat
berkata dan merasai, “Cukuplah Allah bagiku.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Apabila aku lihat makhluk ini semuanya tidak berdaya upaya, maka aku
pun tidak lagi bergantung kepada mereka dan meminta perlindungan dari mereka
dan aku pun melepaskan perkaitan dengan mereka.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih sentiasa


mencari Fana diri ataupun menyerapkan segalanya. Dia lenyap dalam dirinya seribu
kali setiap jam dalam sehari. Dengan Rahmat Allah, beliau tahu tiap-tiap apa yang
terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi pada setiap makhluk sepanjang masa. Beliau
berkata bahawa, barangsiapa yang tidak dilengkapi dengan ilmu itu tidak boleh
menjadi guru.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


18
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Walaupun duri menikam tapak kaki seseorang di mana sahaja dalam Dunia
ini, dia tahu kejadian itu dan mengalaminya sendiri dan menunjukkan orang yang
menderita oleh duri itu. Ini ialah kerana dia telah kenal akan makhluk. Dia hanya
mencari Wajah Allah dan tidak takut kepada Neraka atau berharapkan Syurga. Dia
berharap di Hari Qiyamat kelak, dia akan disoal tentang dosa segala makhluk dan
rela menanggung azab kerana dosa mereka itu agar dengan itu semua makhluk akan
terselamat dari azab yang besar itu.

Adalah diriwayatkan bahawa Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-


Kharqani Rahmatullah ‘alaih selama tiga puluh tahun dia tidak tidur malam. Allah
Ta’ala telah mempengaruhinya hingga dia tidak ada lagi yakni mencapai Fana dan
badannya tidak ada apa-apa, hanyalah khayalan semata-mata. Beliau telah berkata
bahawa Allah telah kurniakan kepadanya murkaNya setitik sahaja dan jika setitik ini
dizahirkan ke Dunia, akan ributlah Dunia ini lebih hebat dari apa yang terjadi di
zaman Hadhrat Nabi Nuh ‘Alaihissalam. Murid-murid beliau akan terselamat
semasa hendak mati, dengan Syafa’at beliau kerana beliau memohon Rahmat Allah
untuk mereka. Beliau berasa lebih senang bermalam di bawah pokok yang kering di
Dunia ini sambil mengenang Allah daripada duduk di bawah pokok Syurga yang
nyaman dan menunaikan apa yang dipinta tetapi lupa kepada Allah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


19

You might also like