Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
32Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Konsep Psikologi

Konsep Psikologi

Ratings: (0)|Views: 4,141 |Likes:
Published by latyp

More info:

Published by: latyp on Mar 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/14/2013

pdf

text

original

 
Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2
Tuliskan sebuah esei pendek yang menjelaskan maksud ilmu psikologipendidikan dan kepentingannya kepada guru. Esei tersebut harus merangkumia)Konsep Psikologi Pendidikanb)Kepentingan ilmu Psikologi Pendidikan kepada guru dalam pelaksanaanproses pengajaran dan pembelajaran.Perkataan psikologi berasal dari dua perkataan Greek, iaitu
‘pyche’ 
(jiwa)dan
‘logos’ 
(kajian terhadap sesuatu). Terdapat ramai ahli psikologi yangmenghuraikan pengertian psikologi mengikut pemahaman masing-masing.Antaranya ialah William (1960), mengatakan bahawa psikologi ialah cabangkajian saintifik tentang tingkah laku dan aktiviti manusia. Selain itu, Whittaber (1970) dalam bukunya,
Introduction to Psychology 
, menghuraikan psikologisebagai sains tingkah laku.Fantino (1974) pula menjelaskan psikologi sebagaipenyelidikan saitifik terhadap mimpi, fantasi, ingatan, pemikiran kebimbangandan sensasi manusia. Menurut Murphy (1975), psikologi merupakan sebagaiilmu yang mengkaji tindak balas yang diberi oleh manusia terhadap rangsanganpersekitaran. Kalish (1977) menyatakan psikologi ialah sains yang digunakanuntuk memahami, meramal, dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Baron(1989) pula mengertikan psikologi ialah sains yang mengkaji tingkah laku danproses-proses mental manusia. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satukajian mengenai sesuatu yang memberikan kesan kepada jiwa seseorang.Terdapat empat konsep asas dalam psikologi iaitu naluri, keperluan,desakan dan motivasi. Naluri ialah tenaga atau kuasa semulajadi yangmendorongkan seseorang individu bertindak balas dengan cara tertentu. Iamerupakan tingkah laku yang diwarisi sejak lahir dan bukan diperolehi daripadapengalaman ataupun pelajaran. Keperluan ialah keinginan memenuhikekurangan seseorang individu dari aspek fisiologi dan psikologi. Desakan ialahtindakan atau perubahan tingkah laku akibat satu-satu keperluan fisiologi yangtidak dipenuhi. Ia merupakan kecenderungan untuk mengekalkan keseimbangansesuatu keadaan fisiologi seperti lapar dan dahaga. Motivasi merupakanperangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke1
 
Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2
arah mencapai sesuatu matlamat tertentu termasuklah mengubah sikap, minatdan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi ataupsikologi yang timbul.Pendidikan mengikut pandangan umum ialah aktiviti-aktiviti yangberkaitan dangan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohaniandan jasmani manusia. Secara khususnya, pendidikan boleh diertikan sebagaiaktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yangmempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-muridsupaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia danmenguasai kemahiran tertentu serta berupaya menyesuaikan diri dalammasyarakatnya pada masa depan. Usaha utama pendidikan ialah menyediakanseseorang individu memainkan peranan yang positif dan berkesan dalammasyarakat. Di dalam usaha ini, pendidikan menjadi suatu agen untukmenyebarkan dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan danpembangunan semasa. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan adalah pentinguntuk mennyediakan masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan danpembaruan serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbanganuntuk pembangunan masyarakat itu.Perkataaan pendidikan mempunyai tafsiran yang berlainan bagi setiapindividu. Pengertian pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman,tujuan dan tugasnya. Di dalam buku
 A Philosophy of Education
, John Macdonaldmenghuraikan perbezaan pendidikan di antara masyarakat primitif denganmasyarakat moden. Menurut beliau, pengertian pendidikan didalam masyarakatprimitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan sertacara sembahyang disampaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsungdaripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa. Manakala pengertianpendidikan dalam masyarakat moden merupakan latihan khusus menguasaikemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupandisampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmutinggi serta mempunyai kemahiran mengajar. Seorang pakar pendidikan yang2
 
Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2
lain, T.H.Huxley, di dalam bukunya,
Science of Education
, menegaskan orangyang benar-benar dikatakan berpendidikan sempurna akan bersedia berkhidmatuntuk kemajuan diri dan masyarakatnya serta rela melaksanakan kerjanyadengan ikhlas dan patuh kepada undang-undang alam, penuh bertenaga,bersemangat, berseni dan bermasyarakat. Mengikut pandangan tokoh-tokohIslam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan didalam Al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Mengikut mereka, pendidikanboleh memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensifizikal, intelek dan rohani manusia. Dari pandangan tokoh-tokoh pendidikanTimur, ramai di antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialahmembina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak muliamengikut peraturan serta taat dan cinta kepada perintah dan negara.Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff, dalam bukunya
Falsafah Pendidikan
,menghuraikan pengertian pendidikan sebagai suatu proses persekolahan formal,proses latihan, proses perkembangan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorangindividu. Selain itu, pengertian pendidikan dikenali sebagai proses indoktrinasidengan tujuan agar pelajar mempercayakan apa yang disampaikan. Selain itu, ia juga sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat sepertimemperoleh kemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara intergrasi selainsuatu disiplin, seni dan sains.Ramai ahli pendidikan pada umumnya mentafsirkan pendidikan sebagaiproses penyediaan kanak-kanak untuk menghadapi kehidupan masa depanmereka dan membina sahsiah dengan harmonis dan seimbang. Berdasarkantafsiran pendidikan oleh beberapa pakar dan ahli-ahli pendidikan, kita bolehrumuskan pengertian pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusahauntuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu.Selain itu, ia dapat menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan danpengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuandalam kehidupannya, membantu serta mendorongnya bertindak dengan carayang sihat bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.3

Activity (32)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nurul Farhana liked this
WanMei Khor liked this
Adah Hadihaz liked this
Shah Takanouchi liked this
Siti Rohaida liked this
Aliza Vna Rod liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->