You are on page 1of 48

AMARAN!!!

Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apaapa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi

BAHAN KIMIA Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini.

Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia.
Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut.

PEPEJAL MUDAH TERBAKAR


Logam Natrium dan Kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak (Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosforus kuning mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering. Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida.

CECAIR MUDAH TERBAKAR


Cecair mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah dalam almari. Almari ini harus mempunyai tubir untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas dan hendaklah terhindar daripada bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.

Bahan Kimia Mengkakis


Contoh seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat (VII) dan argentum nitrat.

Pengendalian bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap dengan memakai cermin mata keselamatan serta sarung tangan keselamatan.
Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah segera dibilas dengan air yang berlebihan.

JENIS KEBAKARAN

Pemadam Api Jenis Air (Water)


Berat: 3kg Warna: Merah Jenis api yang boleh dipadamkan: Kelas A sahaja

Catatan: Amat berbahaya digunakan untuk memadamkan kebakaran yang berpunca daripada peralatan elektrik kerana ia merupakan konduktor elektrik yang sangat baik.

Jenis Serbuk Kering (Dry Powder)

Berat: 12kg atau 3kg Warna: Biru Jenis api yang boleh dipadamkan: Kelas A,B dan C Catatan : Mempunyai kebolehan memadamkan kebakaran kelas A, B dan C dan lebih baik berbanding dengan alat pemadam api jenis karbon dioksida.

Pemadam Api Jenis Gas (Serbuk Kabron Dioksida)


Berat: 3kg Warna: Hitam Jenis api yang boleh dipadamkan: Kelas B dan C

Catatan: Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka

Pemadam Api Jenis Buih (Foam)


Berat: 3kg Warna: Kuning Jenis api yang boleh dipadamkan: Kelas B Catatan: Memadamkan kebakaran jenis minyak (cecair). Lazimnya digunakan oleh Bomba Jabatan Penerbangan.

Warna yang dimaksudkan adalah pada lebel bukannya warna tong pemadam api..

Sila tengok lebel ya..

You might also like