You are on page 1of 7

Tarikh: 2 Januari 2013 Masa: 2.30 p.m 3.15 p.

.m Tempat: Gelanggara Aktiviti yang dijalankan: 1) Memperkenalkan pensyarah-pensyarah penasihat BSMM Encik Abdul Aziz Bin Ishak terlebih dahulu memberikan sepatah dua kata sebelum meneruskan dengan agenda lain yang ingin dibincangkan bersama.Pensyarah pembimbing menanyakan kepada ahli-ahli sama ada ingin membeli yang baru atau yang sebaliknya. Keputusan dicapai bahawa majority ingin kekal menggunakan yang lama atau tidak perlu membeli yang baru. Nama pensyarah-pensyarah penasihat: a. Encik Abdul Aziz Bin Ishak (Ketua) b. Encik Puspagaran A/L Maniam c. Puan Zowyah Binti Shabdin] d. Encik Ng Weng Tut

2) Pengenalan kepada BSMM Pensyarah pembimbing memberikan sedikit info tentang latar belakang BSMM. Antaranya ialah bantuan kecemasan dan tindakan yang perlu dilakukan pada masa kritikal seperti orang tercedera, dipatuk ular atau menghadapi kemalangan. Ahli BSMM diberi peluang untuk memberikan pendapat masing-masing. Encik Aziz merumuskan apa yang disampaikannya hari ini.

Tarikh: 9 Januari 2013 Masa: 2.30 p.m 4.15 p.m Tempat: Blok Akademik 3 -1 Aktiviti yang dijalankan: 1) Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa BSMM Semester 3/ 2013

Pengerusi: Naib Pengerusi: Setiausaha: Naib setiausaha: Bendahari:

Guganeswaran a/l M.Anandaram Yap Zhi Sheng Donna anak Dawi Jimmy anak Peter Chew Kok Rui

AJK (Mengikut Kursus Major) Matematik: Muzik: Pengajian Cina: Sains: TESL: Flora Maikol Chan Jee Sheng Kok Yu Chuan Kirubananthi a/p Selvam Puvendran a/l Packiananthan

2) Sejarah BSMM Encik Puspagaran telah berkongsi mengenai sejarah latar belakan penubuhan BSMM.

Tarikh: 16 Januari 2013 Masa: 2.30 p.m 3.45 p.m Tempat: Gelanggara Aktiviti yang dijalankan: 1) Latihan kawad kaki Kesemua anggota BSMM telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Masingmasingnya telah diketuai oleh Mohamaad Al-Afiq Bin Fadli dan Flora Maikol untuk latihan kawad kaki. Tumpuan latihan banyak diberi kepada latihan keseragaman dan cara berkawad yang betul.

Antara yang dipelajari pada hari tersebut ialah a. Senang diri b. Rehatkan diri c. Ke kanan lurus Pandang depan d. Bergerak ke kanan dalam satu barisan, ke kanan pusing e. Skuad! Akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing f. Bergerak ke kiri dalam satu barisan, ke kiri pusing g. Skuad! Akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing h. Skuad! Akan menghadap ke belakang, ke belakang pusing i. j. Skuad! Akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing Bergerak ke kanan/ke kiri dalam satu barisan, ke kanan/ke kiri, pusing!

k. Skuad! Berhenti! l. Bergerak ke kanan/ke kiri dalam satu barisan, ke belakang pusing

m. Dari kanan/kiri cepat jalan n. Hentak kaki!

Tarikh: 23 Januari 2013 Masa: 2.30 p.m 4.00 p.m Tempat: M -Square Aktiviti yang dijalankan: 1) Ukuran Baju Uniform BSMM Semua ahli BSMM mengukur baju untuk pakaian seragam masing-masing. Sepasang suami isteri tukang jahit telah dijemput untuk mengambil ukuran saiz para ahli BSMM. Suami bertanggungjawab mengukur baju uniform untuk ahli lelaki BSMM manakala isterinya bertanggungjawab mengukur baju uniform untuk ahli perempuan BSMM. Mereka telah menggunakan lebih kurang 1 jam setengah untuk mengukur baju uniform semua ahli BSMM. Pengerusi BSMM, Guganeswaran memaklumkan harga bayaran pakaian seragam adalah RM 178 bagi wanita manakala RM 188 bagi kaum lelaki.

Tarikh: 30 Januari 2013 Masa: 2.30 p.m 3.45 p.m Tempat: Gelanggara Aktiviti yang dijalankan: 1) Kemahiran pertolongan cemas Semua ahli BSMM telah diarahkan untuk menuju ke atas pentas bagi melaksanakan aktiviti. Setiap ahli telah diingatkan untuk membawa bersama kain anduh. Antara yang dipelajari pada hari tersebut ialah CPR(Bantuan pernafasan), cara-cara mengangkat mangsa mengikut jenis kemalangan, cara-cara menggunakan peralatan seperti kain anduh, tali dan kayu untuk merawat dan mengangkat mangsa, langkah-langkah yang perlu diambil semasa menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran. Pensyarah telah menunjukkan demonstrasi mengikut prosedur yang betul dan kemudiannya dilakukan oleh ahli BSMM dengan pemantauan pensyarah.

Tarikh: 6 Febuari 2013 Masa: 2.30 p.m 4.30 p.m Tempat: Gelanggara Aktiviti yang dijalankan: 1) Latihan kawat kaki Kesemua anggota BSMM telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Masingmasingnya telah diketuai oleh Mohamaad Al-Afiq Bin Fadli dan Flora Maikol untuk latihan kawad kaki. Tumpuan latihan banyak diberi kepada latihan keseragaman dan cara berkawad yang betul.Latihan ini bertujuan untuk pembarisan semasa sukan tara.

Antara yang kemahiran yang dikukuhkan pada hari tersebut ialah a. Senang diri b. Rehatkan diri c. Ke kanan lurus Pandang depan d. Bergerak ke kanan dalam satu barisan, ke kanan pusing e. Skuad! Akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing f. Bergerak ke kiri dalam satu barisan, ke kiri pusing g. Skuad! Akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing h. Skuad! Akan menghadap ke belakang, ke belakang pusing i. j. Skuad! Akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing Bergerak ke kanan/ke kiri dalam satu barisan, ke kanan/ke kiri, pusing!

k. Skuad! Berhenti! l. Bergerak ke kanan/ke kiri dalam satu barisan, ke belakang pusing

m. Dari kanan/kiri cepat jalan n. Hentak kaki!

Tarikh: 20 Febuari 2013 Masa: 2.30 p.m 4.15 p.m Tempat: Dewan Pelajar dan Bilik Mesyuarat Aktiviti yang dijalankan: 1) Memberi bantuan dalam suruhanjaya pilihanraya IPG Guganeswaran memberikan sedikit ucapan dan pesanan sebelum pembahagian kumpulan masak pra-perkhemahan dilakukan. Kemudiannya, pengerusi juga memaklumkankan bahawa semua pensyarah akan menghadiri mesyuarat jadi semua ahli BSMM dikehendaki untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya JPP untuk menyediakan bahan-bahan untuk pilihanraya yang bakal dilakukan. Semua ahli BSMM telah dibahagikan mengikut kumpulan dan kemudiannya diberikan tugas. Hasil kerjasama erat semua ahli BSMM, kerja telah dapat disiapkan dengan cepat dan efisien. Wakil SPR mengucapkan ucapan penghargaan atas khidmat yang telah diberikan oleh BSMM.

You might also like