You are on page 1of 1

NAMA : NURSUHADA BINTI HAMZAH NO.

KAD PENGENALAN : 930412-01-5016

Pada 25 hingga 28 Mac yang lalu, telah berlangsungnya satu program perkhemahan Bina Insan Guru ( BIG ) bagi siri pertama. Program ini telah dilaksanakan secara berperingkat memandangkan bilangan pelajar Semester 1 PISMP adalah ramai. Perkhemahan selama 4 hari 3 malam ini telah dilaksanakan di Teluk Gorek, Mersing yang melibatkan 66 orang pelajar meliputi pelajar Tesl 1,2 dan 3. Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik yang telah disertai oleh para guru pelatih. Aktiviti-aktiviti tersebut meliputi berkayak, kembara hutan dan Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ). Pada pandangan saya, aktiviti-aktiviti tersebut sangat membantu dalam membina semangat kepasukanan dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan guru pelatih. Dengan adanya aktiviti-aktiviti tersebut, para guru pelatih dapat merapatkan jurang serta menyesuaikan diri mereka dengan rakan-rakan yang mungkin berlainan kelas seterusnya mewujudkan komunikasi antara mereka. Walaupun saya tidaklah memegang apa-apa jawatan yang penting dalam jawatankuasa pelajar bagi program ini, namun saya telah mencuba sedaya-upaya untuk memberi komitmen dan menjadi aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Oleh sebab itu, saya berusaha untuk menyuarakan atau memberi pendapat apabila perlu kerana ia dapat membantu saya untuk menjana pemikiran yang kreatif dan kritis. Tidak lupa juga, saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya lebih menepati masa sepanjang program ini berlangsung dan amalan ini dapat diteruskan di masa hadapan. Saya juga turut bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah sepanjang perkhemahan ini dijalankan. Malah saya juga berusaha membantu rakan-rakan yang mengalami kesulitan dalam program ini. Bimbingan dan bantuan dari para pensyarah yang mudah didapati turut memudahkan dan melancarkan lagi perjalanan program tersebut. Kesimpulannya, saya merasakan program BIG ini benar-benar membantu membina jati diri seorang guru dalam diri. Sesungguhnya nilai-nilai yang didapati dan dipelajari sepanjang program ini amat berguna dan perlu saya praktikkan dalam kehidupan seharian.

You might also like