You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SRI DAMANSARA 2


JALAN CEMPAKA SD 12/2, BANDAR SRI DAMANSARA,52200 KUALA LUMPUR

TEL FAKS

: 03 - 62720144 : 03 - 62772539

Rujukan kami : PIBG SKBBSD(2)/07/01/005(01) Tarikh : 26 April 2010 Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. (U/P : Unit Aduan) Tuan / Puan, ADUAN PENJAJA HARAM DI HADAPAN SK. BANDAR BARU SRI DAMANSARA 2 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dukacita dimaklumkan, pihak PIBG SK Bandar Baru Sri Damansara 2 telah menerima aduan daripada pihak Sek. Keb Bandar Baru Sri Damansara 2 tentang masalah penjaja haram yang berniaga di hadapan sekolah pada waktu tamat persekolahan. Kehadiran para penjaja ini telah mengakibatkan kesesakan yang teruk terutama bagi kenderaan ibu bapa yang datang mengambil anak-anak setelah sesi persekolahan tamat. ( sila rujuk gambar kesesakan laulintas yang disertakan bersama surat ini). 3. Pihak sekolah juga bimbang tentang keselamatan murid-murid yang membeli makanan daripada penjaja ini kerana kedudukannya di bahu jalan. Para penajaja ini juga kurang mengambil berat aspek kebersihan yang boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada murid-murid. 4. Untuk makluman pihak tuan, pihak PIBG dan pihak sekolah telah beberapa kali menegur penjaja-penjaja tersebut tetapi tidak mendapat kerjasama yang baik daripada mereka. 5. Oleh yang demikian, kami berharap agar pihak tuan dapat mengadakan pemantauan dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang benar, (MOHAMAD MOIN B. WASIKON) Yang Dipertua PIBG SK Bandar Baru Sri Damansara 2, Jalan Cempaka SD 12/2, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.

s.k. - Fail PIBG - Guru Besar, SK Bandar Baru Sri Damansara 2, Bandar Sri Damansara - Penjaja hadapan sekolah SK Bandar Baru Sri Damansara 2

Lampiran Kehadiran penjaja haram (anak panah) menyebabkan kesesakan yang teruk di hadapan Sek Keb Bandar Baru Sri Damansara 2 pada waktu tamat persekolahan ( 12:45 pm hingga 1:30 pm)

Gambar-gambar menunjukkan kesesakan yang terpaksa dialami oleh ibubapa yang datang untuk menjemput anak-anak yang pulang dari sekolah disebabkan oleh kehadiran penjaja haram

You might also like