You are on page 1of 4

TUMBUHAN HIASAN Tumbuhan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas berdasarkan kegunaan, jenis batang, kitaran hidup

dan adaptasi kepada persekitaran. Secara am berdasarkan kegunaan tumbuhan hiasan boleh dibahagikan kepada dua kegunaan utama.

1)Tumbuhan dalam Bangunan Bilangan tumbuhan yang boleh ditanam di dalam atau di persekitaran bangunan adalahterhad jika dibandingkan dengan tumbuhan yang boleh ditanam di persekitaran luar Kebanyakkan tumbuhan yang ditanam di dalam bangunan adalah tumbuhan yang tidak tahan kepada cahaya matahari yang terik dan sesuai hidup di persekitaran tertutup.Tumbuhan dalam bangunan biasanya mempunyai rupa bentuk yang menarik seperti bunga setawar, tumbuhan kaktus dan juga tumbuhan bonsi atau mempunyai daun yang berwarna-warni seperti bunga ati-ati. Tumbuhan hiasan dalam bangunan biasanya ditanam di dalam pasu.

2)Tumbuhan Luar Bangunan Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan adalah lebih banyak dari segi pilihan jikadibandingkan dengan tumbuhan hiasan untuk dalam bangunan. Tumbuhan ini terdiri dari pelbagai jenis antaranya dari tumbuhan menjalar sehinggalah pokok yang besar. Antaracontoh tumbuhan ini adalah Arachis Pintoi, ros Jepun, rumput-rumput, pakupakis,tumbuhan bebawang, tumbuhan herba dan juga pokok dewasa seperti pokok sena dan pokok hujan-hujan. Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan ini mempunyai nilaikeindahan (estetik) tersendiri dari segi rupa bentuk, warna dan tabiat pertumbuhan.

JENIS-JENIS TUMBUHAN HIASAN

1.Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi Tumbuhan hiasan yang biasa digunakan sebagai penutup bumi antaranya termasuklahrumput turf seperti rumput bermuda, rumput tikar dan rumput zoysia, tumbuhan menjalar seperti kekacang pinto dan ros Jepun Tumbuhan penutup bumi selain daripada memberikeindahan ia juga boleh mencegah hakisan tanah dari berlaku.

2.Contoh Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi i) Rumput Tikar (Axonopus compressus) Nama Saintifik :Axonopus compressus Nama Biasa : Rumput Tikar Asal : Amerika Utara Family :Poaceae Pembiakan : Aseks

ii) Rumput Bermuda (Cynodon dactylon) Nama Saintifik : Cynodon dactylon Nama Biasa : Rumput Bermuda Family :Poaceae Asal : Turkey dan Pakistan Pembiakan : Aseks(rizom)

iii) Ros Jepun (Portulaca Grandisflora) Nama Saintifik :Portulaca Grandisflora Nama Biasa : Ros Jepun Family :Portulacaceae Asal : Brazil Pembiakan : Seks

iv) Kekacang Pinto (Arachis Pintoi) Nama Saintifik :ArachisPintoi Nama Biasa : Kekacang Pinto Family :Fabaceae Asal : Amerika Selatan Pembiakan : Aseks

v) Rumput Zoysia (Zoysia Matrella) Nama Saintifik : Zoysia Matrella Nama Biasa : Rumput Zoysia Family :Poaceae Asal : Kepulauan Filipina Pembiakan : Aseks

You might also like