You are on page 1of 1

No 6, Taman Budiman Jalan Awi, 09000, Kulim, Kedah.

20 Februari 2013 Menemui Kekanda Haikal yang berada di Ipoh, Perak. Adinda dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Kekanda, Apa khabar kekanda di sana? Sudah hampir enam bulan kekanda tidak

pulang ke rumah. Kami sekeluarga rindu akan gelak tawa kekanda. Farzana adik kita sering bertanya tentang kekanda. Mujurlah kekanda sering menghubungi kami di sini. Terubatlah juga rindu kami terhadap kekanda. Untuk pengetahuan kekanda, kekanda Yusuf telah membuka warung di hadapan rumah kita. Minatnya timbul apabila dia melihat rakannya berniaga pisang goring di pecan. Selepas tamat pengajian tiga bulan yang lalu, Kekanda Yusuf masih belum mendapat pekrjaaan. Oleh itu, ayahanda mencadangkan supaya kakanda Yusuf berniaga kecil-kecilan. Kata orang, berjagung-jagung dahulu, sementara padi belum masak. Pada mulanya, kekanda Yusuf cuma mahu menjual jus buah-buahan seperti jambu dan tembikai. Namun, keuntungan yang diperolehi tidak seberapa. Kini, bonda turut membantu kekanda Yusuf menjual pisang goreng, keropok lekor dan cempedak goreng. Setelah beberapa minggu, perniagaan kekanda Yusuf semakin mendapat sambutan. Warungnya tidak putus-putus dikunjungi oleh penduduk kampung. Sehingga hari ini, kekanda Yusuf tidak menang tangan melayan pelanggannya. Adinda kagum dengan kegigihannya. Kini segala usahanya membuahkan hasil. Memang benarlah Usaha itu tangga kejayaan. Sekian sahajalah warkah daripada adinda buat kali ini. Sambutlah salam rindu daripada ayahanda, bonda, kekanda Yusuf dan Adinda Farzana. Adindamu,
Aina Thaqifah binti Rahmat

You might also like